Ahad, 16 Mac 2014

Tauhid Pada Tasbih Dan Bukan Pada Sifat

Tauhid Pada Tasbih Dan Bukan Pada Sifat


Tauhid dari apa yang telah dijelaskan sebelum ini, ia adalah pada Tasbih (Penyanjungan - Penyucian) dan bukan pada Sifat [1]. Maksudnya bahawa, Tauhid Hakiki dilakukan dengan menyanjung (Tanzih) KesucianNya dari makrifah (mengenal) pada Realiti dan Hakikat-Nya. Untuk mencapai penghujung makrifah, ia mestilah dengan mengenal ketidakupayaan makrifah. Oleh itu, penghujung yang manusia boleh sampai adalah dengan sifat-sifat atau Nama-nama Zat Kesempurnaan, itulah yang menyampaikan kepada makrifat ini  - yang bererti ketidakupayaan makrifat untuk mencapai makrifat – yang di-tajalli-kan kepada manusia melalui Hakikat Tauhid pada Tasbih. Dia SWT berfirman:

﴿سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ * إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ﴾

{Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan,* Kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas.} [Surah ash-Shaffat 37:159 -160]

Dan itu adalah kerana , hamba-hamba yang ikhlas telah mengenal bahawa sifat-sifat yang dirujuk kepada HakikatNya untuk menyucikan kekurangan Allah, atau bertasbih dan bertaqdis (menyanjung dan menyucikan). Maknanya, Dia SWT adalah bebas daripada kekurangan atau kelemahan, dan sesungguhnya Dia SWT adalah Cahaya dengan tiada kegelapan padaNya..

Abi Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya Ilmu Allah tanpa Kejahilan di dalamNya, Hidup yang tanpa Kematian pada-Nya, Cahaya yang tanpa kegelapan di dalamNya) [2]

Dari Yunus bin Abdul Rahman, dia berkata: Aku berkata kepada Abi Al-Hasan Al-Ridha (as) : ("Telah diriwayatkan kepada kami bahawa Ilmu Allah adalah tanpa Kejahilan di dalamNya, Hidup yang tanpa Kematian pada-Nya, Cahaya yang tanpa kegelapan di dalamNya " Jadi dia (as) berkata: Seperti itulah Dia) [3]

Dan Hakikat adalah, makrifat yang tidak boleh kita capai iaitu makrifat al-Lahut (Makrifat Ketuhanan), ia hanya mungkin kepada kita, dan kita tidak boleh sampai pada makrifat yang hakiki, kerana tidak mungkin kita tahu ketidakupayaan kita mengetahui (mengenal) HakikatNya SWT kecuali dengan mengenal ketidakupayaan kita pada makrifat al-Lahut (Makrifat Ketuhanan) yang mutlak. Ini kerana, al-Lahut mutlak ialah yang kita hadap, dan ia sesuai untuk keadaan kita, dan adalah mungkin bagi kita untuk menyelam ke dalam bidang pengetahuan tentang Dia, melalui kelemahan kita yang kita ketahui [4], kerana itu - Lahut mutlak adalah mutlak yang sempurna, yang kita beralih kepadanya dan mengatasi kekurangan kita. Tetapi adakah mungkin, sebagai contoh, kita ingin mengetahui ketidakupayaan untuk mengenal Ar-Rahmah Mutlak tanpa mengetahui rahmat tertentu? Sudah pasti jawapannya: Tidak.

Oleh itu untuk, mengetahui ketidakupayaan kita pada makrifat Ar-Rahmah Mutlak, atau (Al-Rahman Al-Rahim SWT), kita mesti tahu sesuatu rahmat. Dan semakin besar rahmat yang kita ketahui ini, semakin besarlah makrifat kita padaNya, Dan hasilnya adalah mengenal ketidakupayaan kita untuk mengetahui Rahmat Mutlak adalah lebih besar. Dan dengan itu akan, mengetahui ketidakupayaan kita untuk mengenal Hakikat, yang kita hadapkan dengan Rahmat Mutlak, yang lebih besar. Untuk mengetahui Rahmat Mutlak dicapai dengan mengetahui tajalliNya dalam Penciptaan, dan makrifat al-Lahut mutlak dicapai dengan mengetahui tajalliNya dalam Penciptaan, dan juga, sebagaimana Hakikat makrifat dicapai dengan makrifat al-Lahut (Tuhan) mutlak.

Oleh itu, adalah wajib kita mengenal siapa khalifah Allah di Bumi-Nya, mereka adalah tajalli Allah dalam penciptaan, dan dengan mengenali mereka kita akan mengenal Allah, iaitu mengenal ketidakupayaan untuk mengenaliNya. Oleh itu, mengenal ketidakupayaan untuk mencapai Hakikat makrifat, dan ini adalah Tauhid yang dituntut dari anak Adam. Dan itu adalah rahsia sebenar dan sebab diutus para Nabi dan Aushiak (as), adalah hakikat mereka diutus adalah perlu; Oleh kerana makrifat adalah melalui mereka..

Di sini terletaknya hakikat tauhid dan ia adalah: Sesunguhnya Dia SWT hanya tajalli untuk ciptaan-Nya pada al-Lahut Mutlak, supaya mereka mengenaliNya, yang mana sesuai untuk keadaan mereka, kerana mereka ini fuqara’ (serba kurang), dan mereka dapat beralih kepada Yang Kaya Mutlak supaya memenuhi kekurangan mereka. Yang bermaksud bahawa, al-Lahut bukan Hakikat, sebaliknya, adalah Wajah Hakikat yang sesuai (wajar) bagi penciptaan, dengan penampilanNya SWT kepada kita supaya kita boleh mengenaliNya. Oleh itu, al-Lahut bukan Hakikat, sebaliknya ia adalah jalan yang membawa ke arahnya (Hakikat). Tetapi itu tidak bermakna bahawa al-Lahut Mutlak lain dariNya SWT. Kerana pada hakikatnya, tidak terdapat namaNya (yang dipanggil) Lahut jika tidak kerana wujud Penciptaan, kerana Dia SWT adalah al-Lahut bagi kita, sesungguhnya kita adalah fuqara’ (serba kurang), dan perlu untuk mengatasi kekurangan, dan kerana itulah kita berpaling kepada -Nya SWT. Maksudnya, dengan tajallinya Dia SWT pada al-Lahut Mutlak untuk Penciptaan hanyalah penampilan-Nya SWT kepada mereka dengan apa yang wajar (sesuai) dengan keadaan mereka, tidaklah al-Lahut adalah al-Kasyaf al-Haqiqi (benar-benar terdedah) dan Hakikat yang lengkap, sebaliknya, ia ditakrifkan oleh Hakikat dengan apa yang sesuai dengan keadaan dan kekurangan penciptaan

Abi Sanan berkata, aku bertanya Aba Al-Hassan Al-Ridha (as): (Adakah Allah Azza wa Jalla, mengenal diri-Nya sebelum penciptaan telah dicipta?

Beliau (as) menjawab: Ya,

Aku berkata: Adakah Dia melihatNya dan mendengarkanNya?

Beliau (as) berkata: (Dia tidak memerlukannya, kerana Dia tidak bertanya padaNya dan tidak meminta dariNya. Dia adalah diriNya, dan diriNya adalah Dia. KekuasaanNya dilaksanakan, maka dia tidak perlu menamakan diriNya. Tetapi Dia memilih untuk diri-Nya Nama-nama supaya yang lain dariNya menyeru denganNya, kerana jika Dia tidak diseru dengan NamaNya, Dia idak akan dikenal. Nama pertama yang dipilihNya untuk DiriNya adalah: Yang Tinggi, Yang Agung [ العلي العظيم - Al-‘Aliy Al-‘Adzim], kerana Dia Maha Tinggi dari segalanya, maknanya ialah "Allah" , dan Nama-Nya ialah "Al-‘Aliy Al-‘Adzim (Yang Tinggi, Yang Agung) ", dan ia adalah yang pertama daripada nama-nama-Nya, Dia adalah di atas dari segala sesuatu ) [5]

Jadi dia (as) berkata:

(عَنْ هِشَامِ بْنِ الْحَكَمِ أَنَّهُ سَأَلَ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ (ع) عَنْ أَسْمَاءِ اللَّهِ وَاشْتِقَاقِهَا اللَّهُ مِمَّا هُوَ مُشْتَقٌّ، فَقَالَ (ع): يَا هِشَامُ، اللَّهُ مُشْتَقٌّ مِنْ إِلَهٍ وَإِلَهٌ يَقْتَضِي مَأْلُوهاً وَالِاسْمُ غَيْرُ الْمُسَمَّى، فَمَنْ عَبَدَ الِاسْمَ دُونَ الْمَعْنَى فَقَدْ كَفَرَ وَلَمْ يَعْبُدْ شَيْئاً، وَمَنْ عَبَدَ الِاسْمَ وَالْمَعْنَى فَقَدْ أَشْرَكَ وَعَبَدَ اثْنَيْنِ، وَمَنْ عَبَدَ الْمَعْنَى دُونَ الِاسْمِ فَذَاكَ التَّوْحِيدُ،

(Dari Hisham bin Al-Hakam, bahawa dia bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang nama-nama Allah dan nama "Allah" itu apa asalnya, dari mana terbitnya, dia (as) berkata: Ya Hisham, "Allah" berasal daripada "ilah", dan ilah diperlukan kepada yang berpaling (bergantung) padanya, dan nama bukan pada sebutan namanya. Oleh itu, sesiapa yang menyembah nama tanpa makna, sesungguhnya dia telah kafir dan tidak menyembah sesuatu, dan sesiapa yang menyembah nama dan makna, sesungguhnya dia telah syirik dan telah menyembah kedua-duanya. dan sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid. [6]

Dan kata-kata Imam-imam (as) adalah jelas di dalam riwayat-riwayat, bahawa manusia hanya perlu memikirkan kata-kata Imam Al-Ridha (as)

(KekuasaanNya dilaksanakan, maka dia tidak perlu menamakan diriNya. Tetapi Dia memilih untuk diri-Nya Nama-nama supaya yang lain dariNya menyeru denganNya, kerana jika Dia tidak diseru dengan NamaNya, Dia idak akan dikenal.),

Dan kata-kata Imam Sadiq (as): (Ya Hisham, "Allah" berasal daripada "ilah", dan ilah diperlukan kepada yang berpaling (bergantung) padanya)

Dan untuk gambaran yang lebih jelas kita mesti mengenal bahawa Makrifat tentang Dia SWT dengan mengenal Hakikat sifat-sifat-Nya yang sepenuhnya agak mustahil, kerana dua sebab:

Pertama: bahawa semua sifat-sifat Ilahiyah, bahkan keseluruhannya adalah al-Lahut  - Allah – tidak lain adalah wajah yang dengannya Allah SWT telah wajahkan wajah-wajah kita, dengan apa yang sesuai untuk keadaan kita. Jadi al-Lahut bukan hakikat, tetapi ia adalah jalan untuk Hakikat Makrifat. Oleh itu, ia berhenti padaNya dan mempertimbangkan dengan mengenalNya bahawa ia adalah Hakikat Makrifat, adalah sama seperti berhenti di tengah-tengah jalan yang membawa kepada sasaran, dan mendakwa bahawa  sudah mencapai sasaran.

Kedua : Apabila sifat-sifat yang diberikan namanya kepada-Nya SWT ia menjadi mutlak, jadi bagaimana mungkin yang tidak mutlak mengenal makrifat mutlak yang lengkap, manakala mengenal yang lengkap bermakna yang Arif perkara yang di sekeliling. Dan tidak ada yang di sekeliling sesuatu kecuali yang lebih atas atau, sekurang- kurangnya sama dengannya . Oleh itu, mendakwa keupayaan mengenal sifat-sifat Ilahiyah suatu yang makrifat lengkap samalah seperti mensabitkan dakwaan kemajmukan al-Lahut Mutlak, dan menjadikan Yang Maha ‘Arif itu sabit - dan dia adalah makhluk - satu ketuhanan mutlak, dan ini adalah palsu. Oleh itu, apa yang kita boleh kenal dari sifat-sifat adalah tajalli dalam penciptaan, dan sudah tentu tajalli yang paling rapat dengan mereka adalah para Hujjaj Allah dalam penciptaan dan khalifah yang menggantiNya di bumi -Nya [7].

Jadi jika kita mengambil Ar-Rahmah, sebagai contoh, dan kita hendaklah tahu apa yang boleh diketahui tentang Ar-Rahmah, supaya kita boleh tahu hubungan dari para Nabi dan Aushiak dengan seluruh penciptaan yang lain. Jadi mari kita anggap bahawa ia (Ar-Rahmah) berkisar antara 80-99 peratus, dan ia berbeza antara mereka (as) mengikut taraf mereka, tetapi tidak seorang pun daripada mereka mencapai100 peratus (Rahmat); kerana sesiapa yang bersifat itu [100 % Rahmat] dia adalah sempurna yang tidak ada kelemahan, dan yang kaya yang tiada kemiskinan padanya, maknanya dia adalah cahaya tanpa kegelapan di dalam dirinya, ini hanyalah Dia Yang Maha Suci dan bukan ciptaan-Nya. Dan dengan itu, tinggallah makrifat kita dengan sesuatu rahmat, tidak kira di mana sahaja ia sampai, tidak lengkap, dan penuh yang kita boleh mencapainya, ia adalah mengenal (makrifat) ketidakupayaan untuk mengenal Ar-Rahmah yang mutlak .

Dan dalam makna yang ringkas, ia adalah makrifat (mengenal) yang bergantung kepada menafikan kekurangan [8], bermakna ia adalah makrifat yang bergantung kepada Tanzih atau Tasbih (menyuci atau menyanjung) Allah. Dan untuk itu saya telah katakan dan bentangkan bahawa Tauhid pada Tasbih bukan pada Sifat.

Dan juga, adalah makrifat untuk penciptaan umum dikaitkan dengan khalifah Allah di bumi-Nya, kerana mereka mengenal Allah dan pada mereka Tauhid dilaksanakan. Dengan belas kasih (Rahmat) mereka mengenal Al-Rahmah Al-Mutlak, dan dengan rububiyah mereka dalam penciptaan, mengenal Ar-Rububiyah Al-Mutlak, dan dan dengan al-Lahutiyah mereka dalam penciptaan, mengenal Lahut Al-MutlakNya Yang Maha Suci. Dan tanpa mereka, tidak akan ada makrifat ataupun Tauhid pada seluruh penciptaan.

Oleh itu, Tauhid terikat kepada khalifah-khalifah Allah dengan ikatan yang sangat ketat, bahkan, jika kita memeriksanya dengan teliti perkara ini, kita akan tahu dari apa yang telah dibentangkan bahawa Makrifat dan Tauhid mungkin tidak dicapai oleh penciptaan yang lain, kalaulah makhluk pertama yang diciptakan, atau ‘Aqal pertama, atau Muhammad (sawas), yang membuat penciptaan dengannya mengenalNya SWT.

Dari Abdus Salam bin Saleh Al-Harwi, dari Ali bin Musa al-Ridha, dari bapanya Musa bin Ja'far, dari bapanya Ja'far bin Muhammad, daripada bapanya Muhammad bin 'Ali dari bapanya Ali bin Al-Hussein, daripada bapanya Al-Hussein bin 'Ali dari bapanya Ali bin Abi Talib (as), bahawa dia berkata: Rasulullah (sawas) bersabda:

("Allah tidak menciptakan ciptaan yang lebih baik daripada ku dan yang tidak lebih mulia padanya daripada ku. "

Ali (as) berkata: "Wahai Rasulullah, adakah engkau lebih baik atau Jibril?"

Jadi baginda (sawas) bersabda: "Wahai Ali, sesungguhnya Allah Tabarak Wa Ta’ala, telah melebihkan semua Anbiak dan Mursalin-Nya ke atas Malaikat muqarabin-Nya, dan Dia telah melebihkan aku atas semua Nabi-nabi dan rasul-rasul, dan yang utama selepasku adalah engkau wahai Ali, dan bagi Imam-imam yang akan datang selepas-mu, dan sesungguhnya para malaikat adalah khadam kita dan khadam-khadam yang kasihkan kita .

Wahai Ali, orang-orang yang membawa Arasy dan mereka yang mengelilinginya mensucikan dengan memuji Tuhan, mereka meminta ampun untuk orang-orang beriman dengan Wilayah (kekuasaan) kita.

Wahai Ali, jika tidak kerana kita, Allah tidak akan menciptakan Adam atau Hawa atau Syurga atau Neraka, atau Langit atau Bumi, jadi bagaimanalah kita tidak lebih baik daripada para malaikat dan kita telah mendahului mereka dalam makrifat pada Tuhan kita dan bertasbih padaNya, berTahlil padaNya dan berTaqdis padaNya, kerana apabila Allah Azza wa Jalla mula mencipta, Dia menciptakan Ruh-ruh kita, kita disebut dengan men-Tauhid-kanNya dan memuji-Nya.

Kemudian Dia mencipta malaikat, lalu apabila mereka melihat Ruh-ruh kita sesuatu yang bercahaya mereka rasa kita sebagai perkara yang terlalu besar, jadi kita bertasbih untuk memberi tahu malaikat bahawa kita adalah makhluk ciptaan, dan bahawa Dia terlalu jauh dari sifat-sifat kita .

Maka bertasbih malaikat-malaikat dengan tasbih kita dan menjauhkanNya atas sifat-sifat kita.

Oleh itu, apabila mereka melihat kebesaran urusan kita, kita dialu-alukan, agar para malaikat mengetahui bahawa - لا إله إلا الله (tiada Tuhan melainkan Allah) dan bahawa kita adalah hamba dan bukan tuhan-tuhan untuk disembah bersama-Nya atau tanpa -Nya.

Lalu mereka berkata : لا إله إلا الله  (Tiada Tuhan melainkan Allah ).

Oleh itu, apabila mereka melihat bahawa hal kita menjadi lebih besar, kita berkata الله أكبر - Allahu Akbar (Allah Maha Besar), supaya malaikat mengetahui bahawa Allah terlalu Agung yang tidak lain daripada Dia boleh mempunyai hal ini kebesaran.

Oleh itu, apabila mereka melihat apa yang diberikan Allah kepada kita daripada Kebesaran dan Kekuatan, kita berkata: لا حول ولا قوة إلا بالله - La hawla wala quwwata illa Billah (tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah) supaya malaikat mengetahui bahawa kita tidak mempunyai apa-apa daya atau kekuatan melainkan dengan Allah.

Oleh itu, apabila mereka melihat nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita dan mewajibkan kepada kita dengan mengenakan ketaatan kepada kita, kita berkata: الحمد لله  - Alhamdu lillah (Segala puji bagi Allah), supaya malaikat mengetahui apa hak Allah kepada kita dari mengingatiNya dengan memuji-Nya atas nikmat-Nya, maka malaikat berkata: Alhamdu lillah (Segala puji bagi Allah), oleh itu dengan kita mereka telah dibimbing kepada makrifah Tauhid Allah dan bertasbih (mensucikan)-Nya, bertahlil (berpaling memperTuhankan)-Nya, bertahmid (memuji)-Nya dan bertamajid (memuliakan)-Nya.

Kemudian Allah Tabaraka Wa Ta’ala, menciptakan Adam dan meletakkan kita di sulbinya, dan Dia memerintahkan para malaikat sujud kepadanya, mengagungkan dan memuliakan kita. Sujud mereka itu adalah sujud ’Ubudiyah kepada Allah Azza wa Jalla, dan sujud mereka kepada Adam memuliakan dan taat kepada kita kerana kita berada di sulbinya. Jadi bagaimana kita tidak melebihi para malaikat kerana mereka semua telah sujud kepada Adam?

Dan apabila Dia telah naikkan aku ke Langit (mikraj), Jibril membaca azan dua kali, dua kali dan membaca Iqama dua kali, dua kali.

Kemudian dia berkata kepadaku: Teruskanlah (ke hadapan) Ya Muhamamd .

Maka aku berkata: Wahai Jibril , Bolehkah aku mendahului kamu?

Jibril berkata: Ya, kerana Allah Tabaraka Wa Ta’ala, melebihkan Anbiak-Nya atas segala malaikat-Nya , dan Dia telah melebihkan engkau secara khusus .

Jadi aku terus pergi, dan aku mengimamkan solat mereka tanpa kebanggaan.

Oleh itu, apabila aku sampai ke Hijab cahaya, Jibril berkata kepadaku: "Dahuluilah Ya Muhammad ", dan dia berhenti di belakang aku.

Jadi aku berkata: Wahai Jibril, mengapa engkau meninggalkan aku kini berada dalam kedudukan ini?

Jadi dia berkata: Wahai Muhammad, ini adalah penghujung sempadan yang Allah Azza wa Jalla telah tentukan bagiku di tempat ini, jika aku melampauinya sayapku akan terbakar kerana menjangkau had Tuhanku Jalla Jalaalah.

Kemudian dia menolak naik aku ke dalam Cahaya ditolak sehingga aku sampai di mana yang Allah kehendaki dari Ketinggian Kerajaan-Nya.

Kemudian aku telah dipanggil: Wahai Muhammad!

Jadi aku berkata : لبيك ربي وسعديك تباركت وتعاليت Ya Wahai Tuhanku! dan Atas KesenanganMu! BarkahMu dan KetinggianMu!

Kemudian aku telah dipanggil: Wahai Muhammad, engkau adalah hambaKu, dan Akulah Tuhan kamu, maka beribadatlah kamu, dan bergantunglah pada Ku (tawakkal), kerana engkau adalah CahayaKu pada hamba-hambaKu, dan utusan-Ku pada penciptaan aku, dan HujjahKu pada makhlukKu. Bagi kamu dan untuk orang-orang yang mengikuti kamu, Aku telah cipta Syurga-Ku, dan bagi yang menentang engkau aku telah cipta api nerakaKu, dan bagi Aushiak engkau Aku telah wajibkan HormatKu, dan bagi Syiah mereka Aku wajibkan GanjaranKu.

Jadi aku berkata: Wahai Tuhan, siapakah Aushiak-ku?

Jadi aku dipanggil: Wahai Muhammad, Aushiak engkau adalah orang-orang yang ditulis pada kaki ArasyKu .

Jadi aku melihat, aku antara tangan Tuhanku Jalla Jalaalah pada kaki Arasy. Jadi aku melihat Dua belas Cahaya, dalam setiap cahaya terdapat garis hijau di mana padanya ada nama Washiy dari Aushiak-ku.

Pertama dari mereka: Ali bin Abi Talib, dan yang terakhir dari mereka: Mahdi umatku.

Jadi aku berkata: Wahai Tuhanku, mereka ini Aushiak-ku selepasku?

Jadi aku dipanggil: Wahai Muhammad, mereka ini adalah AuliakKu, Aushiak-Ku dan HujjajKu selepas kamu atas makhlukKu. Dan mereka adalah Aushiak dan Khalifah-khalifah engkau dan penciptaan terbaik-Ku selepas engkau.

Demi ‘IzzahKu dan JalalKu! Sesungguhnya Aku akan zahirkan (menangkan) melalui mereka AgamaKu , dan aku akan tinggikan melalui mereka Kalimah-Ku, dan Aku akan menyucikan bumi dari musuh-musuhKu oleh yang terakhir daripada mereka, dan Aku akan menempatkannya ke atas Timur dan Barat Bumi ini, dan Aku akan taklukkan angin kepadanya, dan akan Aku limpahkan Ketinggian, memperteguh Kesukaran, dan Aku akan himpunkan dia dalam hal segala perkara dan sebab, dan Aku akan beri kepadanya sokongan tenteraKu, dan Aku akan bantu dia oleh malaikatKu, sampai Tinggi SeruanKu dan berkumpul penciptaan atas TauhidKu, maka aku akan mengekalkan kerajaannya, dan aku akan daulahkan hari-hari-Ku antara AuliakKu hingga hari kiamat ) [ 9]

_____________________________________________________________________________
[1] Seperti yang telah dibentangkan dalam ucapan saya mengenai "Al-Shamad ", bahawa iTanzih dan Tasbih pada Zat dan penjelasan untuk Kesempurnaan Mutlak, melalui menafikan sebarang kekurangan daripadanya.
[2] Al-Tauhid - Sheikh Al-Sudouq: halaman 137
[3] Al-Tauhid - Sheikh Al-Sudouq: halaman 138
[4] Al-Sadiq (as) berkata: (Al-‘Ubudiyah adalah teras (intipati -jauhar) hakikat Al-Uluhiyah) - Misbah Al-Syari'ah: halaman 7. Al-Tafsir Al-Safi : Jilid 6, halaman 348, dan di dalamnya (jauhar) bukan sedemikian, dari sumber-sumber lain .
[5] Al- Kafi : jilid 1, ms 113
[6] Al- Kafi , jilid 1, halaman 87, hadis 2
[7] Seperti yang telah dibentangkan sebelum ini ("bermakna diutus mereka adalah perlu kerana Makrifat lengkap pada mereka dan melalui mereka ")
[8]] Jika kita menganggap bahawa yang adil adalah bertentangan dengan yang zalim. Dan jika kita menganggap bahawa 99 peratus daripada Keadilan telah ditajallikan (wujud – muncul) pada salah seorang khalifah Allah di bumi-Nya, dan baki satu peratus adalah nisbah zalim pada sifat kewujudan beliau, dan bahawa kita dapat mengenal Khalifah ini dari khalifah-khalifah Allah di bumi-Nya, ber-Makrifat Lengkap. Maka kita akan mengetahui yang sebanyak 99 peratus Keadilan dan kita tahu kezaliman yang termasuk dalam halaman kewujudan beliau. Sekarang, jika kita mahu untuk menggambarkan keadilan mutlak, bergantung kepada makrifat ini yang kita ada, kita tidak akan dapat untuk mengatakan mengenai keadilan mutlak, kecuali bahawa ia adalah keadilan yang tidak mempunyai ketidakadilan di dalamnya. Yang bermaksud bahawa, kita bergantung kepada menafikan ketidakadilan dari halaman keadilan mutlak untuk mengetahui keadilan mutlak. Dan ini menidakkan Ketidakadilan menunjukkan kepada kita dalam penjelasan yang lengkap ketidakupayaan kita untuk mengetahui Keadilan mutlak.

[9] 'Iilal Al-Syara'i - Sheikh Al-Sudouq : jilid 1, halaman 5. Kamal Al-Deen wa Tamam Al-Ne'mah: halaman 255

Tiada ulasan: