Keputusan
Ujian Di Alam Zarr Dan Ujian Di Alam Dunia...
Adakah orang yang telah berjaya di dalam ujian yang pertama (di alam zarr) akan berjaya juga dalam ujian kedua (di alam dunia)?
Adakah orang yang telah berjaya di dalam ujian yang pertama (di alam zarr) akan berjaya juga dalam ujian kedua (di alam dunia)?
Sesungguhnya
Allah Taala itu IlmuNya tidak ada kesamaran dalam sesuatu pun samada di langit
atau di bumi. Dia Maha Mengetahui siapa yang berjaya di dalam ujian pertama
dari kalangan makhluk ciptaanNya dan Maha Mengetahui siapa yang akan gagal dari
kalangan mereka. Begitu juga Dia Maha Mengetahui siapa yang telah berjaya dalam
ujian pertama akan juga berjaya di dalam ujian kedua. Dia juga Maha Mengetahui
siapa yang gagal dalam ujian pertama akan juga gagal di dalam ujian kedua.
Ujian ini sesungguhnya adalah adalah untuk menegakkan Hujjah atas manusia
kebanyakan.
Walaupun
demikian sesungguhnya orang-orang yang kafir di akhirat nanti akan menuntut
Allah mengembalikan mereka (ke alam dunia) dan diuji mereka buat kali ketiga
supaya mereka dapat berbuat amal kebaikan. Lalu Allah akan Membalas jawaban
mereka bahawa sesungguhnya jika mereka dikembalikan sekalipun, nescaya mereka
akan kembali kepada kekufuran dan keingkaran mereka.
Firman
Allah Taala di dalam surah Al An'aam, ayat 27 - 28:
لَوْ
تَرَىَ إِذْ وُقِفُواْ عَلَى النَّارِ فَقَالُواْ يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلاَ
نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ( ) بَلْ بَدَا لَهُم
مَّا كَانُواْ يُخْفُونَ مِن قَبْلُ وَلَوْ رُدُّواْ لَعَادُواْ لِمَا نُهُواْ
عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Dan
jika kamu [Muhammad] melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka
berkata: "Kiranya kami dikembalikan [ke dunia] dan tidak mendustakan
ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman". Tetapi
[sebenarnya] telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu selalu
menyembunyikannya. Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali
kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka
itu adalah pendusta-pendusta belaka.
Dan
Firman Allah Taala lagi dalam surah Mukminun, ayat 99-100:
حَتَّى
إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ ( ) لَعَلِّي أَعْمَلُ
صَالِحاً فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن
وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Demikianlah
keadaan orang-orang kafir itu, hingga apabila datang kematian kepada seseorang
dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku [ke dunia]. Agar
aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali
tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan
mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan.
وعن أبي
جعفر (ع)، قال: لو علم الناس كيف ابتداء الخلق ما اختلف اثنان، إن الله قبل أن يخلق الخلق قال: كن ماء عذباً أخلق منك جنتي وأهل طاعتي، وكن
ملحاً أجاجاً أخلق منك ناري وأهل معصيتي، ثم أمرهما فامتزجا، فمن ذلك صار يلد
المؤمن الكافر والكافر المؤمن، ثم أخذ طيناً من أديم الأرض فعركه عركاً شديداً
فإذا هم كالذر يدبون، فقال لأصحاب اليمين: إلى الجنة بسلام، وقال لأصحاب الشمال:
إلى النار ولا أبالي، ثم أمر ناراً فأسعرت، فقال لأصحاب الشمال: ادخلوها، فهابوها،
فقال لأصحاب اليمين: ادخلوها، فدخلوها، فقال: كوني برداً وسلاماً، فكانت برداً
وسلاماً، فقال أصحاب الشمال: يا رب، أقلنا، فقال: قد أقلتكم فادخلوها، فذهبوا
فهابوها، فثم ثبتت الطاعة والمعصية فلا يستطيع هؤلاء أن يكونوا من هؤلاء، ولا
هؤلاء من هؤلاء
Daripada
Abi Jaafar (a.s), telah berkata: Jika manusia mengetahui bagaimana bermula
penciptaan nescaya tidak akan berbeza dua orang. Sesungguhnya Allah telah
Berfirman sebelum Menciptakan makhluk: Jadilah air yang sangat manis yang Aku
menciptakan dari kamu syurgaKu dan ahli ketaatanKu, dan Jadilah garam yang
sangat masin yang Aku menciptakan dari kamu nerakaKu dan ahli maksiatKu.
Kemudian Dia mengarahkan keduanya untuk bercampur, maka dari situ lahirlah orang
mukmin yang kafir dan orang kafir yang mukmin. Setelah itu Dia mengambil tanah
daripada permukaan bumi, lalu digosokkannya dengan gosokan yang kuat dalam
keadaan mereka seperti habuk yang melata. Seterusnya berfirman kepada Ashabul
Yamin (golongan kanan): Ke dalam syurga dengan sejahtera. Dan berfirman kepada
Ashabul Shimal (golongan kiri): Ke dalam neraka dan jangan memperdulikanKu,
kemudian Dia mengarahkan neraka maka menyalalah. Lalu berfirman kepada Ashabul
Shimal: Masuklah kamu ke dalamnya, maka mereka merasa gerun akannya. Seterusnya
berfirman kepada Ashabul Yamin: Masuklah kamu ke dalamnya, maka mereka masuk
kedalamnya, lalu Allah berfirman kepada neraka: Jadilah engkau sejuk serta
selamat sejahtera, maka ia menjadi sejuk dan selamat sejahtera. Maka Ashabul
Shimal berkata: Ya Tuhan, kurangilah kami. Maka Dia berfirman: Aku telah
kurangkan buat kamu maka masuklah ke dalamnya, lalu mereka pergi kepadanya dan
merasa gerun akannya. Setelah itu ditetapkan ketaatan serta kemaksiatan,
sehingga tiada mereka mampu menjadi kalangan mereka yang lain dan tidak juga
mereka yang lain daripada mereka itu (tidak mampu mengubah apa yang telah
ditetapkan pada mereka). [Al Kafi, jilid 2, ms 6-7]
Syeikh
Nazhim Al Uqaili
Al
Jawabul Munir Ibr Al Athir
Juzuk
kelima, ms 211-213
Tiada ulasan:
Catat Ulasan