Isnin, 24 Mac 2014

Wahabi Juga Cuai Dalam Batas-Batas Sempadan Tauhid

Wahabi Juga Cuai Dalam Batas-Batas Sempadan Tauhid
الوهابيون أيضاً يفرِّطون بحدود التوحيد

Fahaman Wahabi juga seperti Agama Kristian, kerana mereka juga adalah dari orang-orang yang berada dalam kelalaian (kecuaian) daripada sempadan Tauhid, dalam satu lagi aspek daripada kepercayaan mereka, dan yang paling kurang yang boleh dikatakan tentangnya adalah bahawa mereka menghadkan Allah dan membahagi-Nya, dan oleh itu, mereka membuat Dia seperti Penciptaan-Nya sendiri, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari semua itu. Maka, jika orang Kristian telah mengangkat manusia, dan dia adalah Nabi Isa (as), sehingga mengatakan dia adalah Allah, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari yang demikian itu, maka Wahabi telah mengikuti mereka pada jalan yang sama, tetapi mereka telah menjadikan Allah SWT dalam menggambarkan sifat Penciptaan, dan menggambarkan sifat-sifat pada jisim-jisim, dan menghadkan dengan sempadan alam Penciptaan, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari semua itu.

Dengan itu, pada hakikatnya, orang Kristian telah berkata bahawa manusia adalah Allah, dan Wahabi telah berkata bahawa Allah adalah manusia apabila mereka menyifatkan-Nya dengan sifat-sifat manusia. Sesungguhnya, ini adalah jalan Pagan (Kuno) lama yang malangnya hampir tidak pernah pupus di mata masyarakat manusia, [1]

-----------------
[1] Jika mereka tidak dapat membuat berhala dari batu-batu dan mengatakan bahawa batu-batu ini adalah imej Tuhan Mutlak, mereka menjadikan manusia itu sendiri sebagai berhala seperti yang telah dilakukan oleh orang-orang Kristian, dan jika mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka menjadikan Allah SWT sebagai berhala, seperti apa yang telah dilakukan oleh Wahabi dan juga orang-orang Yahudi. Dan walaupun sebilangan besar Anbiak dan Aushiak telah diutus dari kalangan mereka, pada akhirnya para ulamak sesat berjaya menyelewengkan mereka dari jalan Allah, sehingga menjadikan mereka menjadikan ulamak sesat sendiri sebagai berhala, bermula dari pengubahan (bid’ah) bertaqlid (meniru ulama), atau bid’ah yang [mengatakan] bahawa ulamak sesat adalah pewaris para Nabi dan Aushiak (as). Dan hasilnya, mereka telah bertukar ke arah menjadikan ulamak berhala sebagai ikutan mereka secara membuta tuli, sehingga ulamak telah meletakkan kepercayaan mereka yang sesat dan rosak dengan mereka menghalalkan apa yang Haram di sisi Allah, dan mereka mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, dan dengan itu [pada hakikatnya] menyembah ulamak sesat selain Allah.

Dan para Imam Syiah, kerana tidak dapat berjuang menentang kerosakan yang dilakukan oleh sesetengah ulamak yang tidak beramal tidak dapat mengheret agama kepada paganisme (kuno) dengan mudah, tetapi mereka berjaya untuk memintasnya selepas para imam (AS), sehingga menyembah semula berhala dengan pengertian yang lain melalui pemujaan ulamak sesat yang tidak beramal yang malangnya pada hari ini mengabdi selain dari Allah dengan ajaran bid'ah iaitu aqidah bertaklid (kepada ulamak), Manusia didorong untuk menjadikan mereka seperti binatang yang tidak berfikir atau mencari kebenaran dari apa yang mereka dakwa sebagai Fatwa dan membuat undang-undang dengan memutarbelitkan isi Kitab dan meletakkan ajaran akidah pemujaan kuasa daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah. Pada hal para Imam (as) telah melarang mengikut yang lain dari yang ma'sum, seperti yang telah dilarang oleh para nabi dan Aushiak (as) kepada mereka, dan mereka telah menjelaskan bahawa taqlid selain daripada ma'sum adalah jalan pagan (jahiliah) yang diambil oleh ulamak-ulamak sesat bangsa Yahudi pada masa lalu selepas para nabi (as), dan mereka telah melarang Syiah mereka daripada mengikuti orang-orang yang mengambil jalan Yahudi Kuno yang tercemar.

Al-Shadiq (as) berkata: (Berhati-hatilah dengan taqlid (ikut membuta tuli), iaitu bagi yang mengambil agamanya maka dia telah binasa. Allah SWT berfirman:

اتَّخَذُوا أَحْبارَهُمْ وَرُهْبانَهُمْ أَرْباباً مِنْ دُونِ اللَّهِ

{Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah} dan demi Allah, mereka tidak solat dan tidak puasa kerana mereka, tetapi mereka menghalalkan yang Haram, dan mereka mengharamkan yang Halal, maka bertaklid kepada mereka seperti itu, adalah menyembah mereka tanpa disedari. [Tashih Al-iktiqad - oleh Sheikh Al- Mufid, halaman 73]

Ajaran Wahabi menjisimkan (menjasadkan), atau sekurang-kurangnya boleh dikatakan ialah bahawa iktikad mereka tentang Ketuhanan melazimkan jisim dan jasad, kerana mereka telah mengatakan Allah bertangan dan berjari dan berkaki dan Dia duduk di atas Arasy dan... lain-lain [2]

-----------------
[2] Baca Lampiran 3, contoh-contoh, dan semak semula beberapa Fatwa Al-Albani, dan Fatwa Ibn Baz dan Ibn Jibrin dan Ibn ‘Uthaimain dan lain-lain daripada mereka dari ulama Wahabi. Dan lihat apa yang Imam-imam Wahabi telah tulis supaya saudara boleh dapatkan keterangan mereka bahawa Allah mempunyai tangan kanan dan tangan kiri dan jari, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka katakan, dan saudara akan dapati kemunculan mudah yang jelas dan bahawa Allah di langit, dan bahawa adalah betul (sah) untuk bertanya mengenaiNya "Di mana?", dan bahawa adalah Dia bersemayam di 'Arasy. Dan sesungguhnya mereka telah menghadkan-Nya dengan sempadan makhluk yang dicipta Allah ini Maha Suci dan Maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka katakan

(لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئاً إِدّاً * تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدّاً) مريم

{Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, * hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh,} [Surah Maryam 19:89-90]
Rujuk Fatwa Al-Albani dan Fatwa Ibn Baz dan Ibn Jibrin dan Ibn ‘Uthaimain dan lain-lain dari para ulama Wahabi.


Dan Imam mereka Ibn Taimiyyah mengatakan dalam ‘Kitab Al-'Aqidah Wasitiyah’: “Dan termasuklah juga apa yang telah kita sebut tentang beriman dengan-Nya dan Kitab-kitabNya dan Malaikat-malaikat-Nya dan Rasul-rasul-Nya, dan Iman bahawa orang yang beriman akan melihatNya pada Hari kiamat, dengan mata mereka seperti mana mereka melihat matahari bersinar tanpa awan padanya, dan seperti mana mereka melihat bulan pada malam Al-Badr (bulan penuh), mereka tidak akan ragu-ragu melihat Dia SWT apabila mereka diperlihatkan pada hari kiamat, kemudian mereka akan melihatNya selepas mereka masuk Syurga.” [3]

---------------------
[3] Ibn Taimiyyah - Kitab Al-'Aqidah Wasitiyah - Bab (kewajipan beriman kepada (akan) orang-orang yang beriman melihat kepada Tuhan mereka pada hari kiamat, dan tempat-tempat untuk melihat.)

Perhatikan ucapan Ibn Taimiyyah “akan melihatNya dengan mata mereka”, dan memberi perhatian bahawa melihat dengan mata tidak berlaku melainkan ke arah tertentu, dan juga salah seorang daripada ulamak besar mereka, dan dia Ibn Jibrin, telah menjelaskan bahawa Allah sedang melihat ke arah [tertentu].[4]

-----------------------
[4] Ibn Jibrin berkata dalam satu ulasannya dalam Kitab Lima’at  Al-I’tiqad oleh Ibn Qudamah : “Adapun melihat di akhirat, Ahli Sunnah telah membuktikan bahawa ia adalah yang melihat secara terang-terangan, bahawa orang yang beriman di dalam syurga melihat Allah Ta’ala dan menziarahi-Nya, dan Dia bercakap kepada mereka dan mereka bercakap dengan-Nya.... itulah yang kita tahu tentang ajaran Ahlul Sunnah, jadi kita mengatakan bahawa mereka melihat-Nya ke arah [tertentu]? Tidak syak lagi yang melihatNya dari atas mereka, dan mereka melihat-Nya dengan penglihatan sebenar, dan melihat bertentangan seperti yang mereka kehendaki, dan bahawa bukti-buktinya jelas, dan antara yang paling jelas daripada mereka adalah kata-kata Jari: (seperti mana mereka melihat bulan pada malam Al-Badr (bulan penuh) atau (seperti kamu melihat bulan ini )..... untuk maklumat lanjut sila baca Lampiran (3)
                    

Perkara itu terjadi disebabkan tafsiran mereka yang salah kepada sebahagian perkataan Mutasyabihat dalam Kitab Samawiyah (Kitab Allah), mereka telah jatuh kepada kesesatan akidah-akidah (seperti) ini.

Kerana Ibn Taimiyyah dan orang-orang sepertinya tidak memahami Al-Quran dan mereka juga tidak memahami ucapan para Nabi (as) dan di antara mereka adalah Muhammad Rasulullah (sawas), dan mereka bercakap dengan kelaziman (perlambangan) dan menurut hakikat (realiti) Alam Malakut (al-Malakutiyah) dalam kebanyakan keadaan, seperti mana Allah berkata kepada hamba-hambaNya melalui Wahi Samawi dalam penglihatan (mimpi) [5] dan al-Kasyaf (yang didedahkan, dipaparkan), dan Allah SWT tiada sesuatu yang sama denganNya, dan (ucapan) Kalam-Nya tidak serupa dengan ucapan manusia, untuk mereka mengukur Kalam-Nya dan mentafsirnya sebagaimana mentafsir kata-kata manusia. Itu adalah seperti kelakuan mereka yang jahil yang mendakwa berilmu. Telah berkata Imam Ali (as):

(... Berhati-hatilah dengan mentafsirkan al-Quran mengikut pendapat kamu sehingga kamu memahaminya dari ulamak (yang berilmu).[6],

kerana mungkin ia kelihatan serupa dengan ucapan manusia tetapi ia adalah (ucapan) Kalam Allah dan makna takwilnya tidak sama dengan tafsiran ucapan manusia, sebagaimana tidak ada satu pun daripada ciptaan-Nya sama denganNya, oleh itu, tidak ada satu perbuatan pun yang sama dengan perbuatanNya Tabaraka Wa Ta’ala dengan perbuatan manusia, dan apa-apa dari (ucapan) Kalam-Nya adalah sama dengan ucapan manusia,  Maka untuk (ucapan) Kalam Allah Tabaraka Wa Ta’ala adalah sifatNya, dan ucapan manusia adalah perbuatan mereka. Jadi tidak sama Kalam Allah dengan ucapan daripada manusia, yang akan menghancurkan kamu dan menyesatkan kamu.) [7]

-----------------------
[5] Allah SWT berfirman:

(وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَى سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلاَتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ يَا أَيُّهَا الْمَلأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ)

{Raja berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering". Hai orang-orang yang terkemuka: "Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpiku itu jika kamu dapat menta'birkan mimpi".} [Surah Yusuf 12:43],

dan Yusuf mentafsirkan lembu bermaksud tahun, dan kelemahan dan lemak bermakna kebuluran/kemarau dan kesuburan. Jadi ini adalah kata-kata Allah, dan AuliakNya yang paling tahu mengenainya dan mereka tahu apa yang dimaksudkan darinya. Kerana Kalam Allah tidak serupa dengan ucapan makhluk, maka Allah SWT [walaupun] dalam perkara yang paling berbahaya, dan ia adalah perlantikan washiy Ya’kub (as), Dia menggunakan perlambangan (simbol) dalam KalimahNya dengan Yusuf dan Ya’kub (as), Dia, SWT berfirman:

(إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ)

{(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku".} [Surah Yusuf 12:4].

Jadi selepas ini, adakah ibn Taimiyyah dan yang lain-lain daripada dia berani mendakwa bahawa mereka mampu memahami kata-kata Allah dan apa yang dimaksudkan darinya!

[6] Ulamak (yang berilmu) adalah Muhammad dan Keluarga Muhammad (as) dan para Nabi dan Aushiak (as) seperti yang telah disebut dalam banyak riwayat (hadits).
[7 ] Al-Tauhid- Sheikh Al-Shaduq : halaman 246. Al-Burhan: jilid 1, halaman 46



Jadi Wahabi telah menyimpang kepada menjisimkan (menjasadkan) [Allah] disebabkan tidak wujudnya ma'sum, kerana mereka telah merujuk kepada pemahaman mereka sendiri dan kepada ulamak yang tidak beramal dalam memahami riwayat dan Al-Quran, dan mereka telah menentang Nabuwah Ahlil Bait Keluarga Muhammad (as) yang mereka telah diperintahkan untuk mengikutinya dan mengambil apa sahaja dari mereka:

﴿قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى وَمَن يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْناً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ﴾

{....Katakanlah [Ya Muhammad], "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada kerabatku". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.} [Surah Al-Syura 42:23]
.
Dan kasih sayang adalah cinta dan ketaatan - tetapi mereka tidak mengambil dari keluarga Muhammad dan telah mengambil dari orang-orang yang tidak bersetuju dengan mereka (menentang mereka).

Dan oleh itu, mereka telah sesat, dan diselewengkan oleh ulamak mereka yang tidak beramal telah dan menyesatkan mereka dan menjadikan mereka jatuh ke dalam menjisimkan (menjasadkan) [Allah], dan mengatakan bahawa Allah mempunyai kaki dan muka dan dua tangan dan yang memandang dengan mata ke arah ... dan sebagainya, berdasarkan pemahaman mereka kepada beberapa ayat-ayat al-Quran al-Karim; seperti Firman-Nya, Yang Maha Tinggi:

﴿يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ﴾

{Pada hari betis disingkapkan} [Surah Al-Qalam 68:42]

Firman-Nya, Yang Maha Tinggi:

﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ * إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ﴾

{Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri.* Kepada Tuhannyalah mereka melihat.} [Surah Al-Qiaamah 75:22-23].

Dan ini adalah kepercayaan (akidah) batil (palsu) dan begitu jelas dalam pembohongan mereka dan membuktikan kepalsuan mereka yang tidak memerlukan usaha yang lebih. [8]


---------------------
[8] Oleh kerana pertimbangan mereka untuk menghadkan Ketinggian Allah Yang Maha Suci dari had (sempadan), seperti yang bertangan dan berkaki dan yang datang dan pergi yang semua ini bergantung kepada menunjukkan yang terdiri dari bahagian-bahagian dan menunjukkan adanya kekurangan dan keperluan, dan bahawa yang di sekeliling adalah lebih sempurna dan lebih kaya, maka yang bertangan dan berkaki mestilah kepada makhluk yang dicipta, dan yang sedang memandang ke arah tertentu mestilah makhluk yang dicipta, dan yang datang dalam naungan awan mestilah makhluk yang dicipta, dan ia adalah Muhammad (sawas) dan juga Al-Qa'im (as) seperti yang telah dibentangkan. Dan Wahabi menganggap bahawa setiap perkataan yang mengatakan "Tuhan" ertinya Al-Lahut Al-Mutlaq (Tuhan Mutlak) dan Ar-Rab Al-Mutlaq (Ketuhanan Mutlak) Yang Maha Suci ini. Jadi di manakah ia dari Al-Quran dan segala yang yang telah dinyatakan dengan jelas di dalamnya mengenai perkataan "Tuhan ", dan saya telah menjelaskan ini sebelum ini dalam tajuk الألوهية Uluhiyah: (kita dapati Yusuf (as) di dalam Quran, dan dia adalah seorang nabi, menerangkan Firaun sebagai رب - tuan seorang lelaki yang menuangkan arak

(وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِّنْهُمَا اذْكُرْنِي عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ)

{Dan (Yusuf) berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat diantara mereka berdua: "Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu". Maka syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Karena itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya.} [Surah Yusuf 12:42].

dan juga, Yusuf menerangkan Pembesar Mesir ('Aziz Mishr), yang mengambil atas dirinya tanggungjawab sara hidup Yusuf dan yang berbelas ihsan kepadanya, sebagai " ربي- tuan saya "  

(وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ)

{Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini". Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuan-ku telah memperlakukan aku dengan baik". Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.} [Surah Yusuf 12:23]

dan orang yang telah membuat baik tempat tinggalnya, dalam hal yang jelas dan dalam dunia nyata ini, adalah Pembesar Mesir ('Aziz Mishr),

(وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَاهُ مِن مِّصْرَ لاِمْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَى أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَداً وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ وَاللّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ)

{Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: "Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak". Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya ta'bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.} [Surah Yusuf 12:21])

Dan apa yang dimaksudkan daripada ayat-ayat ini [الوجوه الكريمة الطيبة الناضـرة ناظـرة إلى مربيها] ialah wajah mulia yang berseri yang baik yang melihat ke arah Murabi-nya, adalah Muhammad (sawas), dan itu mendedahkan (yaksyaf) hakikat Muhammad (sawas) dan keluarga Muhammad (as), oleh itu penindas (penzalim) tidak akan mampu untuk sujud dan merendahkah diri, kerana mereka telah mengikuti Iblis (laknahu Allah) dalam keengganannya bersujud

﴿يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلا يَسْتَطِيعُونَ﴾

{Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak kuasa,} [ Surah Al-Qalam 68:42 ],

Dan Allah SWT berfirman:

﴿يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ﴾

{tangan Allah di atas tangan mereka} [Surah Al-Fath 48:10],

dan apa yang dimaksudkan di sini ialah hamba Allah Muhammad (sawas), kerana dia adalah Allah dalam Penciptaan dan dia adalah orang yang taat setia berikrar (berbai’ah) dan tangan baginda adalah di atas tangan orang-orang yang berbai’ah kepadanya.

Dan Allah SWT berfirman:

﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ﴾

{Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.} [Surah Al-Baqarah 2:210].

Jadi orang yang datang dalam naungan awan adalah Muhammad (sawas) di Alam Raj’ah dan bersamanya adalah Ahlul Bayt dan sebahagian Nabi-nabi (as). Dan ia diketahui bahawa Muhammad adalah (yang teduh di bawah) naungan awan, dan ada khabar gembira diberikan dengan huraian ini di dalam Taurat dan Injil tentang Muhammad Rasulullah dan Al- Qa'im dari keluarga Muhammad [9]


--------------------
[9] Saudara boleh membaca teks dari Taurat dan Injil dalam Lampiran 4


Seperti apa yang Fuqahak dan ulamak Wahabi yang tidak beramal (atau orang-orang yang memanggil diri mereka Salafi) katakan - untuk keluar dari sempadan menjisimkan (menjasadkan) dan apa yang mengiringi dari kufur dan syirik - bahawa Allah Yang Maha Suci mempunyai tangan dan jari [10] yang bersesuaian dengan KecantikanNya, Kesempurnaan dan KeagunganNya, atau seperti yang mereka katakan bahawa Dia datang sebagaimana Dia kehendaki... dan sebagainya, semuanya palsu dan nampaknya mereka tidak memahami makna kata-kata mereka, jika tidak, mereka tidak akan mengatakannya, kerana mereka berkata (dengan tangan dan kaki dan akan datang dan melihat ke arah-Nya dengan penglihatan [seseorang] dan.... ) adalah palsu dan kufur dan syirik, apa sahaja matlamat (niat) mereka dari segi benda, jisim (jasad) atau rohani [11], atau tanpa (menanyakan) "bagaimana" seperti yang mereka katakan. Oleh kerana mereka telah jatuh ke dalam kufur dan syirik bukan hanya untuk sebab tangan yang mereka telah sahkan dan sifatkan, tetapi mereka keluar dari sempadan kufur dan syirik dengan (kerana) menafikan Sifat padanya dengan mengatakan [tanpa (menanyakan) "bagaimana"], tidak juga kerana alasan bahawa kaki yang mereka telah sahkan tidak lengkap, jadi mereka keluar dari kufur mereka dan Syirik dengan mengesahkan pada Sifat-sifat Mutlak Ketuhanan ini dengan mengatakan [yang sesuai dengan Kesempurnaan dan Kecantikan Nya]. Bahkan, sebab yang mereka telah jatuh ke dalam syirik dan kufur adalah sama seperti pengesahan mereka pada tangan dan kaki, tidak kira apa sifat atau pertimbangan yang mereka tambah padanya. Dan itu adalah kerana apabila mereka menjisim pada-Nya Yang Maha Suci dengan tangan dan kaki, maka sesungguhnya mereka telah menjadikan-Nya terdiri daripada bahagian-bahagian, dan tiap-tiap bahagian terdiri daripada bahagian-bahagian adalah boleh dikira, dan Maha Suci Allah dari dibahagikan yang terdiri bahagian-bahagian dan boleh dikira.
Allah Yang Maha Suci berfirman :

﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾

{Katakanlah Dialah Allah Yang Esa},

yang bererti bahawa Zat-Nya tunggal (bersendiri) tidak boleh dibahagikan dan tidak terdiri daripada bahagian-bahagian untuk Dia mempunyai tangan dan kaki, Maha Suci dan Yang Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Dengat anggapan boleh dikira dan terdiri daripada bahagian-bahagian, adalah jelas dan nyata menunjukkan syirik kepada sesiapa yang mengesahkannya, kerana ia bermakna kemajmukan Ketuhanan Mutlak. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah daripada apa yang orang-orang zalim katakan.


------------------------
[10] Ibn Jibrin berkata: [... Jari-jari adalah di tangan, walau bagaimanapun, ia tidak perlu seperti jari yang lazim yang ada pada makhluk seperti hujung dan panjangnya dan sebagainya dan sebagainya, bahkan ia adalah benar-benar tangan dan ia benar-benar jari pada tangan] kata-kata Ibn Jibrin berakhir. Dan saudara melihat bahawa mereka tidak berhenti pada mengesahkan bahawa terdapat tangan kanan dan kiri, sebaliknya, mereka juga mempercayai bahawa Allah mempunyai jari di tangan. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah daripada apa yang diiktikadkan orang-orang zalim. Saudara boleh semak semula teks-teks lain dalam Lampiran 3.
[11] Walaupun mereka mengatakan seseorang yang melihat Dia SWT dengan penglihatan dan mata yang ada pada wajah manusia yang tidak boleh dibayangkan ia adalah penjelmaan secara terang-terangan. Dan saudara boleh menyemak semula beberapa perkataan para ulamak Wahabi dalam Lampiran 3


✡✡✡✡✡
         


Tiada ulasan: