Wal
lam yakun laHu kufuwan Ahad
﴿وَلَمْ
يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ﴾:
{Dan
tiada sesuatu pun yang setara dengan Yang Esa}
الكفؤ Yang
setara, setanding, setaraf: ia adalah yang sama atau yang hampir sama pada
sesuatu martabat, walaupun dari aspek tertentu. Dan ayat ini menafikan bahawa
ada pada-Nya yang setara dari semua yang wujud, seperti disebut dalam ayat ini
dan ayat yang mendahuluinya, {﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾ Allah,
Yang Kaya Mutlak} , dan ia, seperti yang telah dibentangkan, adalah sifatNya SWT
dengan Kesempurnaan yang bererti memenuhi hajat dan menghasilkan kesempurnaan .
Adapun
﴿لَمْ يَلِدْ وَلَمْ
يُولَدْ﴾- Dia tidak melahirkan dan tidak
pula dia dilahirkan} datang untuk menjelaskan bahawa , aspek (arah-arah)
kesempurnaan-Nya SWT yang dinyatakan oleh Nama-nama dan Sifat-sifat , tidak berasingan
dengan Dia SWT, bahkan ia adalah Dia SWT. Kemudian datang ayat ini
﴿وَلَمْ يَكُن لَّهُ
كُفُواً أَحَدٌ﴾
{Dan tiada sesuatu pun yang setara dengan Yang Esa} untuk menjelaskan bahawa semua
ciptaan-Nya di bawah Dia SWT, walaupun kewujudan
kesucian yang tinggi dalam kesempurnaan – iaitu Muhammad dan Keluarga Muhammad
(as) - yang sebahagian dari PenciptaanNya (makhluk) membayangkan bahawa mereka
adalah Dia SWT apabila mereka melihatnya, seperti malaikat dalam peritiwa mikraj,
dan seperti peritiwa Ibrahim apabila dia melihat Malakut
﴿وَكَذَلِكَ
نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ
الْمُوقِنِينَ * فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأى كَوْكَباً قَالَ هَذَا
رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الْآفِلِينَ * فَلَمَّا رَأى الْقَمَرَ
بَازِغاً قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِنْ لَمْ يَهْدِنِي رَبِّي
لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ * فَلَمَّا رَأى الشَّمْسَ بَازِغَةً
قَالَ هَذَا رَبِّي هَذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي
بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ﴾
{Dan
demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda kerajaan langit
dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin.* Ketika malam telah gelap, dia
melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi
tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang
tenggelam".* Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata:
"Inilah Tuhanku". Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata:
"Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku
termasuk orang yang sesat".* Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit,
dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala
matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas
diri dari apa yang kamu persekutukan.} [Surah Al-An'am 6:75-78]
Abu
Abdullah (as) telah ditanya mengenai apa yang Ibrahim (as) katakan: "Inilah Tuhanku"
kepada yang lain dari Allah : Adakah Ibrahim syirik kepada Allah apabila dia
berkata " Inilah Tuhanku? Jadi dia (as) berkata: " Sesiapa yang mengatakan
hari ini bahawa dia musyrik. Tidak ada syirik dilakukan oleh Ibrahim, tetapi dia
mencari Tuhannya, dan orang yang mencari Tuhannya itu tidak akan syirik " [2],
diriwayatkan daripada Al-Qummi , dan pada Al-'Iyashi yang juga seperti itu.
Jika Ibrahim mencari Tuhannya di dunia kebendaan ini maka Ibrahim telah syirik
dengan Allah, tetapi dia mencari Allah dalam alam Malakut (Kerajaan Langit).
Dari
Muhammad bin Himran, dia berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as)
mengenai firman Allah tentang apa yang telah diberitahu mengenai Ibrahim (as):
{Inilah Tuhanku}, beliau berkata: (dia tidak sampai kepada sesuatu, yang maksudkan
sesuatu yang berbeza dari apa yang dia katakan.) [3]
Sheikh
Al-Faqih Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin Al-Hussein bin Musa anak Babweih Al-
Qumi mengatakan dalam Kitab (' ilal Al' - Shara'i ): Telah berkata bapaku dan
Muhammad bin Al- Hassan bin Ahmad bin al-Walid, mereka berkata : Dari Sa'id bin
Abdullah bahawa dia berkata Dari
Muhammad bin Isa bin Ubayd, dari Muhammad bin Abi Umeir dan Muhammad bin Sinan,
dari Al-Sabah Al-Sadi , dan Sudeir Al- Sirfi dan Muhammad bin Nu'man Mo'min Al-Taq
, dan Umar bin Azina. dari Abi Abdillah (as), dan dari Muhammad bin Al-Hasan
bin Ahmad bin Walid (ra), dia berkata : Dari Muhammad bin Al- Hassan Al-
Shaffar dan Sa'id bin Abdillah , mereka kedua-duanya berkata: dari Muhammad bin
Al-Hassan bin Abi Al-Khattab , dan Ya'qoub bin Yazid dan Muhammad bin Isa,
daripada Abdillah bin Jiblah, dari Al-Sabah Al-Mazni , dan Sudeir Al- Sirfi dan
Muhammad bin Nu'man Al-Ahwal, dan Umar bin Azeena, dari Abi Abillah (as ),
bahawa mereka datang kepadanya ...... Lalu Abu Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya
Allah Al-‘Aziz Al-Jabbar, mikrajkan Nabi Nya (sawas) ke Langit Ketujuh-Nya. Adapun
yang pertama diberkati atasnya, dan pada yang kedua diajarkan ilmuNya yang
Fardhu (wajib). Maka Allah Al-‘Aziz Al-Jabbar, menurunkan kepadanya bekas dari cahaya
di dalamnya mempunyai empat puluh jenis dari jenis-jenis cahaya, dan cahaya itu
tertumpu di sekeliling Arasy, Arasy-Nya Tabaraka wa Taala yang membutakan penglihatan
orang-orang yang melihat - . Kemudian Dia naik ke Langit Dunya, maka malaikat
terbang ke penjuru-penjuru langit, kemudian mereka semua bersujud dan mereka
berkata:
سبوح قدوس رب الملائكـة والروح ما أشبه هذا النور بنور
ربنا
"Maha
Suci dan Maha Kudus Tuhan kita, dan Tuhan para malaikat dan roh, bagaimana sama
cahaya ini dengan cahaya Tuhan kita? "
Jadi
Jibril (as) berkata: الله أكبر الله أكبر
"Allah
Maha Besar! Allah Maha Besar!!"
Jadi
malaikat malaikat disenyapkan, dan pintu langit dibuka dan para malaikat
berkumpul. Dan mereka datang dan memberi salam kepada Nabi (sawas) berbondong-bondong,
Kemudian
mereka berkata : "Ya Muhammad , bagaimana saudara Kamu? "
Muhammad
berkata: "Dia baik"
Jadi
malaikat berkata: " Apabila kamu bertemu dengannya ucapkan salam kami
kepadanya"
Jadi
dia Nabi (sawas) berkata: "adakah kamu mengenalnya?"
Lalu mereka berkata , "Bagaimana kami tidak mengenalnya, apabila Allah
mengambil janji kamu semasa perjanjianNya daripada kami, dan sesungguhnya kami berselawat
ke atas kamu dan kepadanya."
Kemudian
dia mengurniakannya empat puluh jenis dari jenis-jenis cahaya, yang kelihatan sesuatu
yang sama dengan cahaya yang pertama. Dan Dia diangkat dalam bekas cincin dan
rantai dan kemudian Dia mikraj naik ke langit kedua, dan apabila dia
menghampiri pintu Langit itu , maka malaikat terbang ke penjuru-penjuru langit,
kemudian mereka semua bersujud dan mereka berkata.
"Maha
Suci dan Maha Kudus Tuhan kita, dan Tuhan para malaikat dan roh, bagaimana sama
cahaya ini dengan cahaya Tuhan kita?!
Kemudian
Jibril (as) berkata,
أشهد أن لا إله إلا
الله، أشهد أن لا إله إلا الله!
{Aku
bersaksi Tiada Tuhan Melainkan Allah di ulang 2 kali]
Lalu
malaikat berkumpul dan dibuka pintu langit ,
Dan
mereka berkata: “Ya Jibril, siapakah bersama kamu ini."?
Jadi
Jibril berkata, “Ini Muhammad”,
Dan
mereka berkata, “Adakah dia telah telah diutus?”
Jibril
berkata , "Ya "
Jadi
Rasulullah (sawas) berkata: "Mereka yang keluar ke arah ku seolah-olah
mereka berpeluk satu sama lain, dan mereka mengucapkan salam kepadaku.
Dan
mereka berkata: "Ucapkan salam kami kepada saudaramu.",
Lalu
aku berkata: "Adakah kamu mengenalnya?"
Mereka
berkata: Ya, dan bagaimana kami tidak mengenalnya, apabila Allah mengambil
janji kamu semasa perjanjianNya dan perjanjian Syiahnya hingga ke hari kiamat
datang kepada kita, dan sesungguhnya kami melihat kepada wajah-wajah Syiahnya lima
kali sehari, dan setisp waktu "
Kemudian
Rasulullah (sawas) bersabda: "Kemudian Tuhanku Yang Maha Tinggi menambah
kepadaku dengan 40 jenis cahaya yang tidak kelihatan seperti cahaya pertama dan
Dia menambah kepadaku dengan cincin dan rantai "
Kemudian
dinaikan (mi’raj) dengannya hingga ke Langit ketiga, maka malaikat terbang ke
penjuru-penjuru langit, kemudian mereka semua bersujud.
Dan
mereka berkata, “Maha Suci dan Maha Kudus Tuhan kita, dan Tuhan para malaikat
dan roh, bagaimana sama cahaya ini dengan cahaya Tuhan kita!”
Jibril
(as) berkata:
أشهد أن محمداً رسول
الله، أشهد أن محمداً رسول الله،
“Aku
bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah! ' Aku menyaksikan bahawa Muhammad
adalah utusan Allah ! '
Jadi
malaikat berkumpul dan terbuka pintu langit dan berkata, "(Selamat datang)
Marhaban pada yang Awal dan Marhaban pada yang Akhir, dan Marhaban pada yang
mengumpul dan Marhaban pada yang menyebar, Muhammad Nabi Penutup dan Ali Washi terbaik
".
Kemudian
Rasulullah (sawas) bersabda: "Mereka mengucapkan salam kepadaku dan
bertanya kepadaku mengenai Ali saudaraku, jadi aku menjawab: Dia di Bumi
khalifahku. Adakah kamu mengenalnya?
Kata
mereka: "Ya, dan bagaimana kami tidak mengenalnya, apabila kami berhaji di
Baitul Ma’mur sekali setiap tahun, dan apabila ia adalah satu kertas kulit putih
yang di dalamnya ada nama Muhammad (sawas), Ali, Al-Hassan Al-Hussein, para
Imam (as) dan Syiah mereka, hingga ke hari kiamat. dan sesungguhnya , kami menyambut
kepala mereka dengan tangan-tangan kami"
Lalu
Kemudian Tuhanku Yang Maha Tinggi menambah kepadaku dengan 40 jenis cahaya yang
tidak kelihatan seperti cahaya pertama dan Dia menambah kepadaku dengan cincin
dan rantai, Kemudian dinaikan (mi’raj) aku hingga ke Langit keempat, maka
malaikat tidak berkata apa-apa, maka aku mendengar bunyi seperti ia datang dari
hati dan malaikat-malaikat berkumpul, pintu langit terbuka, dan mereka datang
kepadaku seperti mereka memeluk satu sama lain,
Jadi Jibril (as) berkata:
حي على الصلاة حي على الصلاة،
حي على الفلاح حي على الفلاح
("
Marilah solat, Marilah solat
Marilah
menuju kejayaan Marilah menuju kejayaan!"
Maka
malaikat berkata ditambah dengan dua sahutan suara: "Dengan Muhammad solat
itu didirikan dan dengan Ali adalah kejayaan".
Lalu
Jibril (as) berkata:
قد قامت الصلاة قد قامت الصلاة
Akan didirikan solat! Akan didirikan solat!".
Para
malaikat berkata: " Ia adalah untuk Syiahnya, mereka mendirikannya sehingga
hari kiamat "
Kemudian
malaikat berkumpul dan berkata kepada Nabi (sawas): "Di mana kamu tinggalkan
saudaramu dan bagaimana dia"
Baginda
(sawas) bersabda kepada mereka: " Adakah kamu mengenalnya? "
Mereka
berkata: "Ya kami mengenalnya dan Syiahnya dan dia adalah cahaya ......) [4]
Aku
katakan: Walaupun kewujudan kesucian (Muhammad dan Keluarga Muhammad (as)) ini,
mereka tidak sama atau hampir sama dengan Allah SWT. Sebaliknya, ianya begitu jauh
di bawahNya, ianya tidak lebih dekat dengan-Nya, apatah lagi untuk sama dengan-Nya,
walaupun apa sahaja yang mereka nyatakan berkenaan dengan arah (aspek) kesempurnaan-Nya
SWT.
Dalam
Al- Ziyara Al-Jami'ah (... Salam ke atas kemustahilan mengenal (makrifat) Allah,
dan di antara rumah-rumah barkah Allah, dan lombong-lombong kebijaksanaan Allah,
dan para penjaga rahsia Allah, dan pembawa kitab Allah, dan para pemegang wasiat
nabi Allah , dan zuriat keturunan Rasulullah, dan rahmat Allah dan
keberkatan-Nya, Salam ke atas penyeru agama Allah, dan para Pemandu Arah kepada
keredhaan Allah, dan para pengukuh perintah Allah, dan para pelengkap cinta
kasih Allah, dan yang ikhlas dalam mentauhid Allah, dan orang-orang yang menzahirkan
urusan Allah ...) [5]
Dan
dalam Doa hari-hari Rejab yang telah diriwayatkan dari Imam Mahdi (as) (... Aku
bermohon kepadaMu dengan apa yang mereka sebut dengan kehendakMu, begitu Engkau
jadikan mereka lombong-lombong untuk KalimahMu, dan tunggak-tunggak untuk TauhidMu,
dan tanda-tanda Maqam-maqamMu, yang tidak bergantung di setiap tempat, yang mengenalMu
dengannya sesiapa yang mengenal Engkau, tidak ada perbezaan antara Engkau dan
mereka, melainkan mereka hambaMu dan ciptaanMu... ) [6]
Tetapi
juga , kesempurnaanNya dan Sifat-sifatNya SWT tidak ada yang serupa denganNya sesuatu
pun ( ... Wahai Dia Yang Esa Yang tanpa bertentangan, Wahai Dia Yang Tunggal
tanpa saingan, Wahai Dia Yang Kaya Mutlak tanpa aib ... . Wahai Dia Yang Terang
Nyata tanpa bandingan) [7]
✡✡✡✡✡
--------------------
[1 ] 'Uyoun Akhbar Al-Ridha (as) - Sheikh Al-Sodouq
, jilid 1 , halaman 8
[2
] Bihar Al-Anwar : jilid 77, Bab 4 – Al-‘Ashimah Al-Anbia’ (as): halaman 72
[3
] Tafsir Al'Ayashi : halaman 353
[4
] 'Iilal Al-Syara'ik : jilid 2 , halaman 313
[5
] Al-Mafateeh Jinan: Al-Ziyarah Al-Jam'iah
[6
] Al-Mafateeh Jinan: Du’a Yaup Min dari Rejab
[7
] Dua 'Al-Jawsyan Al-Kabir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan