Selasa, 18 Mac 2014

Perjalanan Kemanusiaan di bumi ini, antara Syirik, Kufur, dan Tauhid

Perjalanan Kemanusiaan di bumi ini, antara Syirik, Kufur, dan Tauhid
مسيرة الإنسانية على هذه الأرض بين الشرك والكفر والتوحيد

Dalam Tauhid mesti ada Keadilan. Dan Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, Tidak berlebih-lebihan dan tidak cuai. dan kedua-duanya (keterlaluan dan kecuaian) batil (tidak sah).

Kerana berlebih-lebihan: dalam had-had Tauhid mendorong manusia rosak dan terkeluar dari landasanTauhid, Oleh kerana menolak makrifat Allah SWT sebenarnya adalah menafikan Allah Yang Maha Suci, dan tidak mengenal Allah SWT melainkan dengan WajahNya iaitu wajah penciptaanNya dan mereka adalah para HujjajNya (as), Aushiak dan Anbiak.

Berlebih-lebihan (keterlaluan) ini sebenarnya kufur dan syirik, dan juga sekiranya tidak mengaku dengan yang diiktikadkannya maka ia adalah kufur . Kerana Kekufuran melindungi serta menutup hakikat (kebenaran) dan menghijabnya, dan orang-orang yang berlebih-lebihan ini, menutup hakikat (kebenaran) para Nabi dan Aushiak, dan yang dihijab dengannya dan mengingkarinya maka mereka adalah orang-orang yang Kafir dengannya. Dan kerana hakikat (kebenaran) ini [Anbiak dan Aushiak] adalah wajah Allah yang dengannya Dia dikenali [1] dengan itu mereka adalah orang-orang yang kafir kepada Allah pada hakikatnya dan keadaan kesemua mereka dikira seiring dalam martabat kufur.

Dan pada martabat yang paling rendah dengan mengingkari (menafikan) Anbiak dan Aushiak ini, manusia kehilangan martabat makrifat (mengenal) Allah dan martabat kesempurnaan. Dan menjadi lebih besar penafian (keingkaran) manusia kepada kebenaran mereka (as), dan membawa manusia kepada jahil pada Allah SWT; kerana melalui mereka Dia SWT dikenali.

Dan manusia yang keluar dari (Kekuasaan) Wilayah mereka (as), dia keluar dari Wilayah (Kekuasaan) Allah SWT, maka dia menjadi Kafir kepada Allah SWT, kerana dia telah kufur dalam jalan yang membawa kepada-Nya Yang Maha Suci dan tidak memberi manfaat kepadanya dakwaan (pengakuan) beriman kepada Allah, kerana dia telah menentang jalan yang membawa kepada -Nya SWT dan telah mengambil jalan penyakit yang membawa kepada syaitan.

Dan sebagai contoh dalam perkara ini: Jika terdapat sebuah ladang dan tempat pembuangan sampah, dan jalan nombor satu untuk pergi ke ladang tersebut, dan jalan nombor dua pergi ke tempat pembuangan sampah. Kemudian kamu dapati seseorang berjalan di atas jalan nombor 2, bagaimanapun, dia mendakwa bahawa dia akan ke ladang tersebut. Bagaimana kamu ingin sifatkan pada orang itu? Saya fikir aekurang-kurangnya kamu boleh sifatkan dia adalah seorang pendusta dan menyembunyikan dan menutup kebenaran, bermakna dia tidak menerima hakikat , sebaliknya, dia juga cuba untuk menipu orang lain .

Dan juga الإفراط (keterlaluan dan berlebih-lebihan) adalah syirik: kerana menyama tarafkan para Hujjaj Allah, mereka adalah para Nabi dan Aushiak (as), sama dengan orang lain, maka telah disamakan dengan Wajah Allah dan Nama-nama-Nya Yang Baik (Asmaa’ al-Husna) dengan ciptaan umumNya, Di mana mereka (as) adalah wajah Allah yang denganNya Dia menciptanya, dan mereka Asmaa’ al-HusnaNya dalam penciptaan. Maka menyamakan mereka dengan orang lain yang rendah martabatnya menjadikan manusia hilang martabat kesempurnaan dan makrifat pada Allah Yang Maha Suci.

Ada pun martabat yang lebih besar dalam menyama tarafkan mereka dengan orang lain daripada mereka, maka ini membawa manusia kepada jahil akan Allah SWT, kerana manusia ini telah dijahilkan oleh mereka yang jahil dari mengenai Allah, menyama tarafkan mereka dengan mereka yang syirik dalam semua martabat, sebagaimana mereka  ingkar dan kufur dalam semua martabat.[2]

Bagi التفريط (kecuaian) ia membawa manusia kepada Syirik; kerana dia memberikan para Nabi dan Aushiak (as), - mereka dan adalah wajah Allah – Nabi-nabi dan Aushiak (as), Uluhiyah Mutlak, dan bebas dari Allah SWT dan menjadi terlalu kaya dari-Nya Yang Maha Suci.

Itu juga adalah kufur, kerana ia membawa manusia untuk menyembunyikan dan menutup Allah SWT dan menghijabNya. kerana dia telah membuatNya sama dengan yang lain dari ciptaan-Nya, dan Allah SWT tidak serupa dengan sesuatu. Dan semua mereka adalah selain-Nya adalah ciptaan-Nya SWT,

﴿فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجاً وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجاً يَذْرَأُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ﴾

{(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.} [ Surah Al- Shura 42:11]

Kemanusiaan di Bumi ini telah goyah antara empat martabat syirik dan kufur . Oleh itu, keempat-empat darjah syirik dan kufur meliputi setiap anak Adam, kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas, dan mereka adalah para Nabi dan Aushiak (as), dan orang-orang yang mengikuti mereka dan mengamalkan ilmu mereka dari al-Ilahiyah yang lengkap. Sehinggalah mencapai sepuluh martabat iman, dan sepuluh martabat makrifat dan yang mencapainya sangat sedikit dan hampir tidak disebut sepanjang perjalanan umat manusia.

Dan mereka tidak sampaikan Makrifat Ilahiyah Auliak ini tidak juga mereka meriwayatkan dari Nabi-nabi dan Aushiak (as) kerana mereka telah menghalang mereka daripada berbuat demikian [3], Di mana manusia (Termasuk mereka yang beriman dengan mereka (as)) , tidak mempunyai keupayaan untuk menjalankannya, dan dengan itu hanya dua huruf telah disebarkan di kalangan manusia.

Dan hari ini, 27 huruf ini mula disebarkan di kalangan manusia – untuk yang beriman dengannya dari yang beriman dengan Qa'im dan yang ingkar dengannya dari yang tidak beriman dengan Qa'im - kerana kehadiran ahlinya akan membawa ke zaman yang berkat ini, dan mereka adalah sahabat al-Qa'im . Dan segala puji bagi Allah dan keesaannya.

Dan ia sesuai untuk kita tunjukkan penyelewengan yang memimpin manusia ke dalam syirik sepenuhnya dan sepenuhnya Kufur, dalam kedua-dua bentuk keterlaluan dan kecuaian (الإفراط والتفريط) dalam hal sempadan Tauhid, melalui contoh-contoh dari agama-agama dan mazhab-mazhab .


✡✡✡✡✡

---------------------
[1] {Semua yang ada di bumi itu akan binasa. * Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. } [Surah Al-Rahman 55:26-27]
[2 ] Walaupun kata-kata yang jelas, tetapi untuk lebih penjelasan saya berkata: Tidak semua martabat Kufur dan Syirik manusia terkeluar dari gelung Iman.
[3 ] Semak Semula Tambahan (1)




Tiada ulasan: