Tauhid
Di Sisi Wahabi:
Pembatalan
Pengantara Dan Syafaat Para Nabi Dan Aushiak.
توحيد الوهابيين
وإلغاء وساطة وشفاعة الأنبياء والأوصياء
وإلغاء وساطة وشفاعة الأنبياء والأوصياء
Firman
Allah SWT:
﴿إِنَّ
الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ
اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ
وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً * أُولَئِكَ هُمُ
الْكَافِرُونَ حَقّاً وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَاباً مُهِيناً﴾
{Sesungguhnya
orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang
yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan
(orang-orang yang) berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan
kufur ingkar kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil
jalan lain antara iman dan kufur itu. (150) Mereka itulah orang-orang yang
kafir dengan sebenar-benarnya dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir
itu azab seksa yang menghina.} [Surah An-Nisa': 150 & 151]
Sesungguhnya,
isu membatalkan peranan dan status para nabi dan Aushiak bukanlah perkara baru,
sebaliknya, ia bermula pada Nabi pertama yang dicipta oleh Allah SWT, iaitu
Adam (a.s). Iblis (la) telah ingkar, menafi dan tidak beriman dalam peranan
Adam (a.s), malah enggan sujud kepada Adam dan tidak menerima Adam (a.s)
menjadi kiblatnya kepada Allah.
Iblis
tidak kafir kepada Allah dan tidak pula membantah untuk menyembah Allah, tetapi
dia enggan sujud kepada Adam, dia enggan untuk mengakui keutamaan Adam dan
bahawa dia (Adam) adalah kiblat, pemberi syafaat dan pengantara
Allah. Barangkali tepat untuk kita mengatakan bahawa Iblis telah mencapai
Tauhid sebelum daripada Wahabi, dan mungkin lebih tepat untuk mengatakan bahawa
mereka telah dijangkiti dengan penyakit Iblis dan telah ter pengaruh kepada
seruan Iblis. Jadi Iblis mendapati mereka adalah pengikut terbaik dan paling
utama dalam mengikuti jejak langkahnya mengingkari para Aulia Allah
(a.s).
Allah
SWT telah menjelaskan keadaan Iblis dengan sangat jelas di dalam Al Quran.
Orang-orang yang berakal waras pasti tidak akan menjumpai apa-apa perbezaan di
antara Iblis dan Wahabi. Tidak cukup bagi Wahabi untuk menafikan kedudukan para
nabi dan Aushiak (a.s) sebagai syafaat dan kiblat mereka kepada Allah;
﴿وَإِذْ
قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ
الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ
أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً﴾
{Dan
(ingatkanlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam;
lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu
dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak
menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi
pemimpin selain daripada-Ku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah
buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu} [Surah
Al-Kahf 18:50].
Bahkan
mereka mengatasi iblis dalam mengkufur dan menafikan para Hujjaj (Bukti) Allah,
kerana mereka telah membinasakan Perkuburan Baqi’ yang Suci bagi para Hujjaj (Bukti)
Allah, Keluarga Muhammad (a.s), yang mana ianya adalah tempat letaknya Rahmat
Allah dan BerkatNya Yang Maha Suci. Maka jelaslah perasaan dengki dan kebencian
mereka terhadap Keluarga Muhammad (a.s), dan betapa jelas jarak persamaan
antara Wahabi dan Iblis. Allah SWT berfirman:
﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ
عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى﴾
{Aku
tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada
kerabatku"} [Surah Ash-Shūraá 42: 23 }.
Jelas
bagaimana kedengkian mereka terhadap Keluarga Muhammad (a.s) dengan pemusnahan
tempat persemadian mereka! Dan mereka tersangat jauh dari kecintaan terhadap
Keluarga Muhammad (a.s) sebagaimana yang diperintahkan Allah ke atas umat
Islam, dan jika bukan kerana itu, maka sudah mencukupi untuk menjelaskan bahawa
mereka mengikuti jejak langkah Iblis dalam mengingkari para Aulia Allah SWT,
dan Allah Ta’ala berfirman:
﴿وَإِذْ قُلْنَا
لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ
لِمَنْ خَلَقْتَ طِيناً﴾
{Dan
[ingatlah], tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu
semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata:
"Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari
tanah?"} [Surah Al-'Isra': 61].
Iblis
(la) tidak meredhai Nabi Allah Adam (a.s) sebagai pemberi syafaatnya kepada
Allah, pengantara antara dia dan Allah, dan kiblatnya ke arah Allah. Mereka
yang sesat lagi menyesatkan adalah pengikut Iblis dalam mengingkari para Wali
Allah, tidak menerima untuk menjadikan Nabi Muhammad (sawas) sebagai pemberi
syafaat mereka kepada Allah, pengantara di antara mereka dan Allah, dan kiblat
mereka ke arah Allah. Bahkan mereka juga tidak menerima bahawa Rahmat dan
Berkat Allah turun ke atas orang yang melawat kubur/ makam Keluarga Muhammad
(a.s), yang Allah telah meminta umat Islam untuk mencintai mereka dalam Al
Quran yang Mulia,
﴿وَلَقَدْ
صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقاً مِنَ
الْمُؤْمِنِينَ﴾
{Dan
sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap
mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman.}
[Surah Saba': 20].
Setiap
orang yang berakal haruslah merenung: Adakah terdapat contoh ikutan yang lebih
jelas dan lebih tepat buat Wahabi selain daripada iblis dalam mengkufur dan
menafikan peranan Hujah (Bukti) Allah dan KhalifahNya Yang Maha Suci yang
terdiri daripada para Nabi dan Aushiak (a.s)? Mereka menggunakan alasan
palsu bagi menutup kebencian mereka terhadap para Hujjaj (Bukti-bukti) Allah
dan KhalifahNya di Bumi-Nya dengan alasan-alasan yang sangat lemah:
-
Bahawa kepercayaan syafaat oleh makhluk bagi pihak Allah, adalah syirik
Kepercayaan
bahawa makhluk boleh mengabulkan permintaan (hajat), dengan izin Allah, adalah
syirik.
Secara
ringkasnya: Mereka mempercayai bahawa kepercayaan tentang kehadiran seorang
pengantara antara hamba dan yang disembah adalah syirik (menyekutukan sesuatu
dengan Allah), dan mereka menafikan kepercayaan ini dan mereka enggan untuk
beramal dengannya. Saya boleh membayangkan, sekiranya mereka telah mengkaji
pendirian iblis mengenai Adam, maka mereka pasti mendapati tiada perbezaan,
walau sedikit pun, pendirian mereka dalam hal menafikan pengantara dan kiblat kepada
Allah
﴿وَإِذْ
قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ
أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِيناً﴾، ﴿وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ
ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقاً مِنَ الْمُؤْمِنِينَ﴾.
{Dan
[ingatlah], tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu
semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata:
"Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari
tanah?"} [Surah Al-'Isra' 17:61], {Dan sesungguhnya iblis telah dapat
membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya,
kecuali sebahagian orang-orang yang beriman} [Surah Saba'34:20]
Di
sini dinyatakan beberapa isi penting bagi penjelasan lanjut dan buat menghilangkan
kekeliruan orang-orang yang masih keliru untuk melihat kebenaran. Moga-moga
mereka memberi perhatian kepada kenyataan bahawa apabila Allah mengarahkan
makhluk untuk beribadat kepadaNya, Dia menjadikan ibadat pertama adalah sujud
kepada KhalifahNya sebagai pengantara di antara mereka dan Allah. Supaya
mereka tidak membantah untuk sujud dan mengiktiraf peranan Khalifah Allah di
BumiNya sebagai Pengantara hamba kepada Allah dan Pemberi syafaat bagi pihak
Allah, yang pada hakikatnya tidak mati atau binasa oleh kematian atau
kebinasaan jasad jasmani. Oleh itu, selagimana hakikat ini kekal, maka syafaat
mereka dan pengantaraan mereka juga kekal. Mudah-mudahan mereka
meninggalkan daripada mengikuti jejak langkah iblis dalam menafikan
pengantaraan dan sekaligus menafikan Pengantara (Khalifah Allah).
Dengan
penuh penyerahan kepada Allah, saya katakan:
1
- Perbuatan berjumpa doktor dan menggunakan ubat-ubatan bukanlah perbuatan
syirik kepada Allah. Ini kerana kedua-duanya tidak dapat memberi manfaat kepada
manusia, melainkan Allah berkehendakkan demikian dan memberikan keupayaan
kepada doktor dan ubat untuk memberi manfaat kepada manusia. Begitulah juga
halnya berkaitan ruh (jiwa), tetapi kali ini doktornya adalah ruh-ruh para nabi
dan ubat kesempurnaan yang dilimpahkan kepada orang-orang yang mengambil mereka
sebagai pemimpin. Jadi bertawajjuh kepada mereka bukanlah syirik kepada
Allah, kerana mereka tidak dapat memberi manfaat kepada manusia melainkan
dengan izin Allah. Begitu juga penafian terhadap mereka adalah kejahilan
melampau dan kufur, kerana mereka adalah ‘asbab’ penyembuhan ruh-ruh dan Allah
telah menjadikan kedudukan ini khusus buat mereka ketikamana Dia menjadikan
mereka Khalifah-KhalifahNya, di mana seluruh makhlukNya di BumiNya ini
menghadapkan wajah mereka. Tidak dibenarkan sesiapapun merampas (kedudukan
mereka) dan barangsiapa yang membantah akan menjadi seperti Iblis yang enggan
sujud kepada Adam (a.s).
2
– Mereka juga tidak dapat memberi apa-apa manfaat jika Allah tidak
mengkehendaki sebegitu, sepertimana halnya doktor dan ubat-ubatan. Oleh
itu, amat perlu untuk bertawajjuh dengan berdoa kepada Allah agar doktor
dan ubat-ubatan dapat memberi manfaat dan si pesakit mendapat manfaat daripada
mereka, kerana mereka tidak memberi manfaat dan syafaat melainkan dengan izin
dan kehendak Allah.
3
- Sesiapa jua yang bertawajjuh (menghadapkan wajah) kepada doktor ruh,
iaitu para Nabi dan Aushiak, dan dalam masa yang sama meninggalkan tawajjuh
kepada Allah dengan doa, serta mempercayai bahawa mereka (para Nabi dan Aushiak)
dapat memberi manfaat tanpa perlu bertawajjuh kepada Allah dan tanpa Allah
mengizinkan mereka, maka sesungguhnya dia telah menjadi musyrik. Mereka
tidak akan dapat memberi manfaat apa-apa kepada dia, dan dia juga tidak akan
dapat manfaat apa-apa pun dari mereka
﴿يَوْمَئِذٍ
لا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَنُ وَرَضِيَ لَهُ
قَوْلاً﴾
{Pada
hari itu tidak berguna syafa’at, kecuali [syafa’at], orang yang Ar-Rahman telah
memberi izin kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya} [Surah Taha 20:109}]
.
﴿وَلا تَنْفَعُ
الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ
قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ
الْكَبِيرُ﴾
{Dan
tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah
diizinkan-Nya memperoleh syafa’at itu, sehingga apabila telah dihilangkan
ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: "Apakah yang telah difirmankan
oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "[Perkataan] yang benar", dan
Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar} [Surah Saba' 34:23].
4
- Barangsiapa menafikan mereka (Aulia Allah) dan mendakwa bahawa dia
menghadapkan wajahnya secara langsung kepada Allah supaya tidak menjadi
musyrik, maka pada hakikatnya, pendirian tersebut adalah seratus peratus sama
dengan pendirian iblis (laknat Allah ke atasnya), dan tidak ada perbezaan satu
inci pun di antara mereka. Kerana dia kafir (ingkar) akan kedudukan mereka
(para Nabi dan Aushiak) yang Allah telah jadikan khusus buat mereka (para Nabi
dan Aushiak). Dia juga kafir (ingkar) dalam Perintah Allah, dan orang ini
tersingkir dari Rahmat Allah, dan ibadahnya adalah seperti ibadah Iblis (laknat
Allah ke atasnya). Telah berkata Imam Al Sadiq (a.s): "... Iblis
adalah yang pertama menggunakan Qiyas (analogi/ perbandingan) dan menjadi
takabbur (angkuh). Dan keangkuhan adalah bentuk maksiat pertama yang
diderhakakan Allah dengannya. Imam (a.s) berkata: 'Maka Iblis telah berkata:
"Wahai Tuhanku! Lepaskan aku daripada bersujud kepada Adam, kerana aku
beribadat kepada Engkau dengan ibadat yang tidak pernah disembah oleh Malaikat
terdekat mahupun Nabi yang diutuskan. Maka Allah berfirman: "Aku tidak
mempunyai keperluan dalam ibadah kamu, sesungguhnya, Aku ingin disembah
mengikut keinginanKu, bukan mengikut keinginan kamu."Dia (iblis)enggan
bersujud, maka Allah Ta’ala berkata: "Keluar daripadanya (syurga) kerana
sesungguhnya kamu adalah terkutuk, dan laknatKu ke atas kamu sehingga ke hari
kiamat ..." [1]
5
– Oleh itu, bagi sesiapa yang memahami apa yang telah saya jelaskan di dalam
kebanyakan buku dan sekitar al Quran yang mulia berkenaan Alam Malakut, maka
dia pasti tahu akan kedudukan sebenar Aulia, nabi-nabi dan Aushiak-wasi (a.s)
adalah sebagai Pengantara antara yang disembah dan hamba. Ianya adalah
perkara yang dipaksakan dan diputuskan, dan tiada pilihan untuk hamba kerana
kedudukan dan martabat kesemua Aulia ini adalah mengatasi kedudukan
hamba-hamba. Dengan itu, diwajibkan setiap hamba melepasi mereka (a.s) terlebih
dahulu untuk sampai kepada yang disembah (Allah).
✡✡✡✡✡
______________________________
[1]
Bihar Al Anwar, jilid 11, halaman 141
Tiada ulasan:
Catat Ulasan