Al-Uluhiyah
الألوهـية
Ketuhanan
Al-Uluhiyah
- Ketuhanan, dalam pengertian umum, yang merangkumi kesempurnaan di mana
penciptaan bergantung atau beralih kepadaNya supaya mereka boleh mencapai
kesempurnaan mereka dan untuk mengatasi kekurangan mereka. Dan ia seperti
Al-Rububiyah (Kekuasaan) diibaratkan bapa sebagai ketua keluarga, dan juga
merangkumi Khalifah (Pengganti) Allah di BumiNya diibaratkan Tuhan yang
mentadbirkan bumi
﴿وَأَشْرَقَتِ
الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا﴾
{Dan
terang benderanglah bumi dengan cahaya Tuhannya} [Surah Az-Zumar 39:69]
Al-Sadiq
(as) berkata mengenai ayat ini: (Tuhan Bumi adalah Imam Bumi." Dikatakan
padanya: "Jika dia muncul apa yang berlaku? " beliau berkata: "Manusia
pada masa itu mesti meninggalkan cahaya matahari, dan cahaya bulan, kerana
mencukupi untuk mereka akan cahaya Imam (as). " Mustadrak Safinat
Al-Bihar: jilid 4, halaman 47
Al-Rububiyah
(Kekuasaan) merangkumi alam Jasmani (dunia fizikal) ini: yang menjaga keperluan
orang kedua, kerana dia adalah tuan, untuk melengkapkan kekurangan itu di dalam
alam Jasmani ini. Dan kerana itu, kita dapati Yusuf (as), dia adalah seorang
nabi yang di dalam Quran al-Karim, menerangkan mengenai Firaun yang ketagihan
arak sebagai tuannya
﴿وَقَالَ
لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِّنْهُمَا اذْكُرْنِي عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَاهُ
الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ﴾
{Dan
(Yusuf) berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat di antara mereka
berdua: "Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu". Maka syaitan menjadikan
dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. kerana itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara
beberapa tahun lamanya.} [Surah Yusuf 12:42]
Dan
juga, Yusuf menerangkan Pembesar Mesir yang bertanggungjawab atas sara hidup
Yusuf dan menjaga beliau, sebagai "tuan-ku":
وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا
عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ
اللّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ﴾
{Dan
wanita yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya
(kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke
sini". Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuan-ku
telah memperlakukan aku dengan baik". Sesungguhnya orang-orang yang zalim
tiada akan beruntung.} [Surah Yusuf 12:23]
Dan
orang yang telah berbuat baik dengan menyediakan tempat tinggal secara zahir
dalam dunia jasmani ini, dia adalah Pembesar Mesir
﴿وَقَالَ
الَّذِي اشْتَرَاهُ مِن مِّصْرَ لاِمْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَى أَن
يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَداً وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ
وَلِنُعَلِّمَهُ مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ وَاللّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ
وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ﴾
{Dan
orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: "Berikanlah
kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita
atau kita ambil dia sebagai anak". Dan demikian pulalah Kami memberikan
kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan
kepadanya ta'bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi
kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.} [Surah Yusuf 12:21]
Dan
Uluhiyah - Ketuhanan, yang juga merangkumi sesiapa yang beralih kepada yang
lain agar dia boleh mengisi kekurangan dan memenuhi keperluan mereka yang ada di
halamannya, nama Allah (الله) berasal daripada ilah (إله) (yang diperlukan),
(عَنْ هِشَامِ بْنِ
الْحَكَمِ أَنَّهُ سَأَلَ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ (ع) عَنْ أَسْمَاءِ اللَّهِ
وَاشْتِقَاقِهَا اللَّهُ مِمَّا هُوَ مُشْتَقٌّ، فَقَالَ (ع): يَا هِشَامُ،
اللَّهُ مُشْتَقٌّ مِنْ إِلَهٍ وَإِلَهٌ يَقْتَضِي مَأْلُوهاً وَالِاسْمُ غَيْرُ
الْمُسَمَّى، فَمَنْ عَبَدَ الِاسْمَ دُونَ الْمَعْنَى فَقَدْ كَفَرَ وَلَمْ
يَعْبُدْ شَيْئاً، وَمَنْ عَبَدَ الِاسْمَ وَالْمَعْنَى فَقَدْ أَشْرَكَ وَعَبَدَ
اثْنَيْنِ، وَمَنْ عَبَدَ الْمَعْنَى دُونَ الِاسْمِ فَذَاكَ التَّوْحِيدُ،
أَفَهِمْتَ يَا هِشَامُ ؟ قَالَ: قُلْتُ: زِدْنِي، قَالَ: لِلَّهِ تِسْعَةٌ
وَتِسْعُونَ اسْماً فَلَوْ كَانَ الِاسْمُ هُوَ الْمُسَمَّى لَكَانَ كُلُّ اسْمٍ
مِنْهَا إِلَهاً وَلَكِنَّ اللَّهَ مَعْنًى يُدَلُّ عَلَيْهِ بِهَذِهِ
الْأَسْمَاءِ وَكُلُّهَا غَيْرُهُ، يَا هِشَامُ الْخُبْزُ اسْمٌ لِلْمَأْكُولِ
وَالْمَاءُ اسْمٌ لِلْمَشْرُوبِ وَالثَّوْبُ اسْمٌ لِلْمَلْبُوسِ وَالنَّارُ اسْمٌ
لِلْمُحْرِقِ، أَ فَهِمْتَ يَا هِشَامُ فَهْماً تَدْفَعُ بِهِ وَتُنَاضِلُ بِهِ
أَعْدَاءَنَا الْمُتَّخِذِينَ مَعَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ غَيْرَهُ، قُلْتُ:
نَعَمْ، فَقَالَ: نَفَعَكَ اللَّهُ بِهِ وَثَبَّتَكَ يَا هِشَامُ، قَالَ: فَوَ
اللَّهِ مَا قَهَرَنِي أَحَدٌ فِي التَّوْحِيدِ حَتَّى قُمْتُ مَقَامِي هَذَا)
(Dari
Hisham bin Al-Hakam, bahawa dia bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang
nama-nama Allah dan nama "Allah" itu apa asalnya, dari mana terbitnya, dia (as) berkata:
Ya Hisham, "Allah" berasal daripada "ilah", dan ilah diperlukan
kepada yang berpaling (bergantung) padanya, dan nama bukan pada sebutan namanya.
Oleh itu, sesiapa yang menyembah nama tanpa makna, sesungguhnya dia telah kafir
dan tidak menyembah sesuatu, dan sesiapa yang menyembah nama dan makna,
sesungguhnya dia telah syirik dan telah menyembah kedua-duanya. dan sesiapa
yang menyembah makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid. Adakah kamu faham?
Ya Hisham. Katanya. Aku berkata: Tambahlah untukku, kemudian Beliau (as)
berkata: Bagi Allah 99 nama, oleh itu, jika nama-nama adalah sebutan nama-nama
yang diberikan, maka setiap nama akan menjadi Tuhan. Tetapi "Allah"
adalah makna yang nama-nama ini tunjukkan, dan semua nama-nama ini berbeza-beza.
Ya Hisham, roti adalah nama untuk apa yang dimakan, dan air adalah nama untuk
apa yang diminum, dan pakaian adalah nama untuk apa yang dipakai, dan api
adalah nama untuk apa yang terbakar. Adakah kamu faham wahai Hisham? Kefahaman yang
dengannya kamu boleh mempertahankan diri dan melawan musuh-musuh kita, yang
mengambil selain Allah, Azza wa Jalla sebagai Tuhan. Aku menjawab: Ya. Kemudian
Beliau (as) berkata : Semoga Allah memberi manfaat kepada kamu dengannya dan meneguhkan
kamu, Ya Hisham. Beliau (as) berkata: Demi Allah, tidak ada yang mengalahkan aku
dalam Tauhid dengan peganganku dengan makam ini) Al Kafi, jilid 2 , halaman 97,
hadits 2
(Sesiapa
yang menyembah nama tanpa makna, sesungguhnya dia telah kafir dan tidak
menyembah sesuatui): maksudnya, sesiapa yang menyembah nama iaitu nama
"Allah" - dan tidak menjadikannya hanya penunjuk makna yang sebenar
dan betul, iaitu Ketuhanan Mutlak Yang Kaya pada DiriNya, adalah kafir, kerana
pada hakikatnya dia menyembah nama, atau lafadz dan satu perkataan yang berasal
dari ilah yang diperlukan yang bergantung padanya. Maksudnya, bahawa dia
menyembah nama yang boleh digunakan untuk lain dari Allah Yang Maha Suci;
kerana pada Penciptaan-Nya Yang Maha Suci terdapat yang dicari yang boleh
memenuhi keperluan atau mengisi kekurangan, dan dengan itu, ia menjadi yang mengesahkan
untuk nama umum yang tiada hubungan.
Dan
begitulah dijelaskan sepenuhnya, dalam masalah Al-Rububiyah (Kekuasaan),
sesiapa yang menyembah nama Rab (Tuhan) juga adalah Kafir; kerana terdapat
kalangan ciptaan Allah yang melimpahkan ke atas yang lain dan memupuk mereka,
samada di dunia fizikal (jasmani) atau di alam-alam lain. Dan seperti yang
telah dibentangkan sebelum ini, Raja dan Pembesar Mesir, malahan bapa,
dipanggil Rab-rab (Tuan-tuan), dan tidak ada masalah dalam memanggil mereka Rab,
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Al-Quran, kerana Urusan itu seperti
yang dikatakan oleh Imam Al-Sadiq (as) dalam permata berharga yang telah dibentangkan:
(dan ilah diperlukan kepada yang berpaling (bergantung) padanya, dan nama
bukan pada sebutan namanya. Oleh itu, sesiapa yang menyembah nama tanpa makna,
sesungguhnya dia telah kafir dan tidak menyembah sesuatui)
Adapun
(dan sesiapa yang menyembah nama dan makna, sesungguhnya dia telah syirik
dan telah menyembah kedua-duanya),
Iaitu
sesiapa yang menganggap nama menunjukkan Makna dan Hakikat pada nama ini hanya
nama pada asal dan ia adalah umum dan tidak lebih dari petunjuk arah makna,
yang membawa kepada hakikat yang perlu dicapai, supaya manusia mencapai hakikat
ibadat. Dan kerana dia Hakikat bagi manusia, dengan itu keupayaan manusia untuk
mencapai hakikat ibadat dan mengenalnya.
(Dan
sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid)
Kerana
makna itu, atau Ketuhanan mutlak, atau Allah SWT adalah asas yang membawa
kepada hakikat makrifat (Huwa - Dia), kerana Nama ini hanyalah penunjuk arah makna
itu yang membawa kepada hakikat,. Oleh itu, tidaklah salah sesuatu yang mengarahkan
dirinya ke arah Nama, sebaliknya, sesiapa yang mahu Tauhid, dia harus
sepenuhnya meninggalkan (beralih arah) dari Nama, sebaliknya harus, mengarahkan
dirinya ke arah makna yang membawa kepada Hakikat: (Dan sesiapa yang
menyembah makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid)
Dan
semua yang disebabkan oleh Nama, seperti yang telah dijelaskan terhadap makna
umum, dan sesiapa yang mencari kepada yang lain supaya dia boleh mengatasi
kekurangannya, dengan itu, menghadap kepada selain dia adalah kufur dan syirik;
kerana ia menunjukkan ke arah banyak kezahiran pada makna ini dan dengan
martabat yang berbeza, untuk Ketuhanan mutlak berpaling kepada selainnya dan
kepada sebahagian daripada ciptaan-Nya juga berpaling kepada selain mereka.
Atau dalam erti kata lain, bahawa berpaling kepada selain mereka daripada
ciptaan-Nya Yang Maha Suci mereka juga Tuhan, tetapi bukan Ketuhanan mutlak, bahkan
mereka miskin (kekurangan) dan berhajat kepada selain diri mereka sendiri.
Oleh
itu, dengan menghadap pada nama dalam beribadah - dengan apa jua cara - adalah
syirik dan kufur. Oleh itu, ia mestilah menentukan makna yang bertujuan untuk menghadap
ke arah petunjuk Nama, dan kemudian seseorang itu perlu mengarahkan dirinya ke
arah makna tanpa Nama, (Dan sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka
sesungguhnya inilah Tauhid).
Dan
Hakikatnya permata berharga ini menunjukkan kepada suatu perkara yang akan menjelaskan,
bahawa Dialah Yang Maha Suci, yang telah muncul dan tajalli kepada kita dengan Ketuhanan;
kerana ia adalah apa yang sesuai dengan keadaan kita agar kita mengenal
HakikatNya kita merupakan sifat yang paling penting dalam jati diri kita atau hakikat
diri kita adalah Kekurangan (Kemiskinan), dan Tuhan adalah Kekayaan Mutlak, dan
Dia lebih wajar kepada kita supaya kita boleh mengenal hakikat ketika kita menghadapkan
diri kita kepada-Nya, supaya Dia melimpahkan kekayaan dan KesempurnaanNya ke
atas Kekurangan (Kemiskinan) kita. (Beliau (as) berkata: Ya Hisham,
"Allah" berasal daripada "ilah", dan ilah diperlukan kepada
yang berpaling (bergantung) padanya,)
Oleh
itu, Al-Uluhiyah - Ketuhanan dalam pengertian umum - iaitu hakikatnya bermakna
sesuatu yang bergantung kepadaNya selain darinya untuk menyempurnakannya dan
mengisi kelemahannya - merangkumi yang khusus (istimewa) ciptaan-Nya SWT, untuk
mencapai kesempurnaan dalam martabat tertinggi yang mungkin bagi penciptaan,
dan urusan ciptaan diwakilkan kepada mereka ke martabat yang tertentu, (Salam
atasmu, Wahai Ahlil Bait - Nabuwah - Tempat Risalah, Tempat ziarah malaikat,
dan Tempat turunnya Wahyu..... dan Baqiah Allah ..... dan cahayaNya ..... dan
penciptaan akan kembali kepada kamu dan kamu menghakimi mereka ..... dan dan
kamu yang memegang Langit dari jatuh menimpa bumi melainkan dengan izinNya)
-Al- Ziyara Al- Jami'a
Dan
mereka adalah Muhammad dan Keluarga Muhammad (as). sebagaimana menyebut "Rabb
kepada Rabb-rabb, menyebut Tuhan (Ilah) kepada tuhan-tuhan (al-Aalihah). Dan menyebut
Al-Ilah Al-Akbar (Tuhan Yang Maha Besar). dalam Doa'yang diriwayatkan daripada
mereka (as). Beliau (as) berkata:
(قل وأنت ساجد: يا
الله يا رحمن [يا رحيم] يا رب الأرباب وإله الآلهة .....)
(Katakanlah
di dalam sujud: Ya Allah, Ya Rahman [Ya Rahim], Ya Tuhan segala tuhan-tuhan ...
) Al- Kafi : jilid 2 , halaman 566 dan Mustadrak Al Wasa ' il- Al- Mirza Al-
Noori : jilid 2 , halaman 87, hadis 1492
وعن أبي عبد الله (ع)، قال: (..... قل يا رب
الأرباب، ويا ملك الملوك، وياسيد السادات، ويا جبار الجبابرة، ويا إله الآلهـة، صل
على محمد وآل محمد وافعـل بي كذا وكذا .....)
Dan
Abi Abdillah (as) berkata: (... Katakanlah: Wahai Tuhan segala tuhan, Wahai
Raja segala raja, Wahai Ketua segala Ketua, wahai Maha Perkasa segala ysng
Perkasa, Ya Tuhan kepada tuhan-tuhan, selawat atas Muhammad dan Keluarga
Muhammad dan ...itu....ini .....) - Al Kafi : jilid 2 , halaman 323
Dan
dalam Du’a Qudsi: (... Dengan nama Allah adalah aku keluar.... aku bertawakkal kepada
Al-Ilah al-Akbar (Tuhan Yang Maha Besar), bertawakkal berserah kepada -Nya
...) - Iqbal Al'Amal - Al- Sayyed Ibn Tawous Al- Hosni : Jilid 2 , halaman 198
Dan
dalam Hadith Qudsi: (.....wahai Muhammad, Sesiapa berhasrat untuk meninggalkan
keluarganya kerana dia mempunyai keperluan di perjalanan, dan dia suka aku yang
melindunginya dan memenuhi keperluannya , maka hendaklah dia mengatakan ini
apabila dia keluar:
بسم الله مخرجي وبإذنه خرجت وقد علم قبل أن
أخرج خروجي وقد أحصى بعلمه … توكلت على الإله الأكبر الله .....)
Dengan
nama Allah aku keluar, dan dengan izin-Nya aku keluar, dan bahawa Dia mengetahui
sebelum aku keluar dengan keluarnya aku, dan yang meliputi dengan ilmuNya.... Aku bertawakkal kepada Al-Ilah al-Akbar (Tuhan
Yang Maha Besar),.....) - Al-Jawahir Al-Sunniyyah, Al-Hurr Al-'Amilee : halaman
181
Dan
yang pasti bukanlah maksud al-Aalihah (الآلهة) (yang disebut dalam hadith ini) tuhan-tuhan batil yang tidak
mendapat bahagian Kesempurnaan atau mereka yang Tuhan-nya adalah dirinya
sendiri dari penciptaan batil. Tetapi maksudnya mereka yang bersifat dengan
sifat al-Lahut (Ketuhanan), iaitu mereka mencapai darjat kesempurnaan yang
tinggi, dengan itu, berpalinglah kepada mereka penciptaan lain untuk memenuhi
keperluan mereka, kerana mereka adalah imej Allah Yang Maha Suci. Maka Tuhan
kepada Tuhan-tuhan, dan Al-Ilah al-Akbar maknanya: bahawa mereka yang bersifat
dengan sifat al-Lahut (Ketuhanan), Di mana bahawa mereka telah mencapai darjat
Kesempurnaan yang berpaling kepada mereka penciptaan lain dalam usaha mencari
kesempurnaan, tetapi Dia Yang Maha Suci tidak sebanding dengan mereka kerana
Dia Maha Kaya dan mereka yang kekurangan (fuqara’) dan yang berhajatkan kepada
Dia SWT.
Baginda
(sawas) bersabda: (Aku mempunyai masa bersama Allah aku tidak boleh membantu
padaNya ada malaikat rapat dan (aku) tiada nabi yang ku-utus) - Bihar Al-Anwar
: jumlah 18, halaman 36
Dan
mereka (as) juga berkata: (Kami mempunyai masa bersama hal-hal Allah, Dia pada hal-hal
itu adalah kami dan kami adalah Dia, dan Dia adalah Dia, dan kami adalah kami)
- Al-Kalimat Al-Maknuna oleh Fayd Al-Kishani : halaman 114
Dan
makna seperti ini terdapat dalam Al-Quran, dan ia telah disebut dalam tafsiran
Al-Qumi sekitar kemunculan Al-Qa'im (as), dalam mentafsirkan firman SWT
﴿وَمَنْ يَقُلْ
مِنْهُمْ إِنِّي إِلهٌ مِنْ دُونِهِ فَذلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَ﴾
{Dan
barangsiapa di antara mereka, mengatakan: "Sesungguhnya Aku adalah tuhan
selain daripada Allah", maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam.}
[Surah 21:29]
Beliau
(as) berkata: (Sesiapa yang mendakwa sebagai Imam maka dia bukan Imam.) -
Tafsir Al-Qumi : jilid 2, halaman 68
Dan
dari Muhammad bin Muslim, dia berkata, aku bertanya Abi Jaa'far (as) mengenai
apa yang mereka sampaikan bahawa Allah menciptakan Adam atas (imej) shurah-Nya.
Beliau (as) berkata: (Ia adalah (imej) shurah yang baru (muhaddath) dan makhluk
(ciptaan) dan Allah telah memilihnya dan dipilih dari kalangan semua yang lain
daripada bentuk rupa yang berbeza. Jadi Dia menambah pada dirinya (Adam), sama sebagaimana
Dia menambah pada diri Kaabah, dan Roh pada dirinya
﴿وَنَفَخْتُ فِيهِ
مِنْ رُوحِي﴾
{dan
Kutiupkan padanya dari Roh-Ku } ) - Al-Kafi: jilid 1, halaman 134. Tauhid Al-Suduq
: halaman 103
Dan
(imej) shurah Allah di mana Adam diciptakan adalah Muhammad (sawas), kerana dia
adalah makhluk (ciptaan) pertama dan tajalli pertama dan penzahiran pertama
dalam penciptaan serta khalifah Allah yang hakiki (sebenar) [Sila rujuk Kitab "An-Nubuwah
Al-Khatimah].
Dan
sesungguhnya makna (bentuk rupa) shurah Allah, adalah bahawa dia zuhur dan tajalli
Ketuhanan (Al-Lahut) dalam Penciptaan, oleh itu Muhammad (sawas) dialah (bentuk
rupa) shurah Ketuhanan Mutlak (Al-Lahut al-Mutlak) dalam Penciptaan. Oleh itu,
sesiapa yang inginkan makrifat Ketuhanan Mutlak, dia hendaklah mengenal melalui/dengan
(bentuk rupa) shurahNya dalam Penciptaan, atau Allah dalam Penciptaan iaitu Muhammad
(sawas)
Dan
Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَمَنْ
يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ لا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ
عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ﴾
{Dan
barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu
dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi
Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung.} [Surah
Al-Mukminun 23:117 ],
Dan
Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿هَلْ
يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ
وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ﴾
{Tiada
yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan
awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala
urusan.} [Surah Al-Baqarah 2:210]
Dan
yang datang dalam bayang-bayang awan adalah Muhammad (sawas) (Allah dalam
Penciptaan) dalam Raj'ah dengan tombak Cahaya di tangannya, sehingga dia
membunuh Iblis (la), kerana Yang Maha Tinggi, dan Maha Suci dari (sifat-sifat) datang
dan pergi, meninggalkan dan bergerak adalah sifat-sifat Penciptaan.
Dari
Abdul Karim ibn ‘Amru Al-Khatha’mi, dia berkata, Aku mendengar Aba Abdillah (as)
berkata: (Sesungguhnya Iblis berkata: [أَنْظِرْنِي إِلى
يَوْمِ يُبْعَثُونَ] -
berilah aku tempoh sehingga hari dibangkitkan,
maka Allah menolak permintaannya, dan Dia SWT berfirman:
[فَإِنَّكَ
مِنَ الْمُنْظَرِينَ إِلى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ] - "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi
tangguh". sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan,
Jadi,
jika hari masa yang ditetapkan datang, Iblis (la) akan mengumpulkan semua
pengikutnya, sejak dari Allah menciptakan Adam sehingga ke hari masa yang
ditetapkan, dan ia adalah pusingan terakhir, bagi pusingan Amirul Mukminin (as)).
Jadi aku berkata: Padanya ada pusingan? Beliau (as) berkata: Ya, sesungguhnya
ia adalah pusingan demi pusingan, dan tidak ada seorang Imam pun dalam satu-satu
abad melainkan ada pusingannya, yang bersamanya orang-orang soleh dan yang ‘ashiy
(yang melanggar hukum) pada zamannya, sehingga Allah membersihkan orang yang
beriman dari yang kafir. Jadi, jika tiba hari masa yang termaklum Amirul
Mukminin (as) akan kembali pada sahabat-sahabatnya dan akan datang Iblis bersama
para sahabatnya (la), dan batas tempat mereka akan berada di bumi di tanah
Furat dan akan dikatakan kepadanya Roh yang berdekatan dengan Kufah kamu, maka akan
berlaku perperangan besar yang belum pernah berlaku sejak Allah Azza wa Jalla mencipta
alam. Maka seolah-olah aku melihat para sahabat Ali Amirul Mukminin (as) dan
mereka (Iblis (la)) akan kembali berundur ke belakang 100 kaki, dan seolah-olah
aku melihat mereka dan beberapa kaki mereka berada dalam (Sungai) Furat, Ketika
itu akan turun (Al-Jabbar) Yang Maha Perkasa Azza wa Jalla:
﴿فِي ظُلَلٍ مِنَ
الْغَمامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ﴾
{
dalam naungan awan dan malaikat, dan diputuskanlah perkaranya.}
Rasulullah
(sawas) di tangannya ada lembing daripada cahaya. Jika Iblis melihatnya, tumit-tumitnya
akan berundur ke belakang, jadi sahabatnya akan berkata kepadanya : Di mana kamu
lari padahal kamu menang? Lalu dia berkata: sesungguhnya aku dapat melihat apa
yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah,
Tuhan sekelian alam. Maka Nabi (sawas) akan mengikutinya kemudian menikam dia dengan
satu tikaman di antara bahunya, dan ia akan musnah dan akan musnah semua
pengikutnya. Dan pada masa itu Allah Azza wa Jalla akan disembah dan tidak akan
ada sekutu bagiNya sesuatu pun. dan Amirul Mukminin (as) akan memerintah selama
44,000 tahun, sehingga lelaki itu dari pengikut Ali (as) akan melahirkan 1000
lelaki dari sulbinya, dan pada masa itu kedua-dua taman akan ada di Masjid
Kufah dan di sekelilingnya, dengan kehendak Allah) - Mukhtassar Basa'ir Al-Daragat:
halaman 27
Jadi
riwayat ini menjelaskan dalam semua keterangan bahawa akan turun dan mendarat
dan kedatangan Muhammad itu adalah juga turunnya Allah SWT, Dia akan datang dan
turun seperti apa yang dimaksudkan dari firmanNya SWT: {Tiada yang mereka
nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan
diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan},
adalah, mereka menunggu hingga Muhammad (sawas) datang dalam naungan awan kepada
mereka? Adalah ayat untuk Muhammad (sawas), dan keluarga Muhammad (as), dan
dari mereka adalah Amirul Mukminin Ali (as), dan al-Qa'im (as).
Dari
Abu Wahid bin 'Ali, beliau berkata: Amirul Mukminin (Ali bin Abi Talib (as))
berkata: (Akulah yang mengambil dari Nabi-nabi kepada Washi-washi dan dari Washi-washi
kepada Nabi-nabi, dan Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali aku berkhidmat
kepada agamanya dan menyediakan kelengkapannya. dan sesungguhnya Tuhanku telah
memilih aku dengan ilmu dan dengan kemenangan. dan aku diwakilkan kepada Tuhanku
12 perwakilan supaya aku mengenal diriNya, dan Dia memberikan aku kunci kepada
ghaib - Kemudian dia berkata: Wahai Qinbar siapa di atas pintu (di pintu)?
beliau berkata: Ya Haitham Al-Timar - Apa akan kamu katakan, aku cakapkan pada kamu,
jika kamu mengambilnya kamu beriman dan jika kamu tinggalkan kamu kafir?
kemudian dia berkata : Aku Al-Faruq yang membezakan antara kebenaran dan
kepalsuan, aku memasukkan orang-orang yang menolongku ke syurga dan yang memusuhiku
ke neraka, dan akulah yang Allah firmankan:
﴿هَلْ
يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمامِ
وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ﴾
{Tiada
yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan
awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala
urusan} - Tafsir Furat Al-Kufi: halaman 67
Dan
juga Qa'im keluarga Muhammad yang datang dalam naungan awan, iaitu azab yang
mengiringi Mahdi pertama dan yang meliputi Bumi dengan awan dan kepulan asap
﴿فَارْتَقِبْ
يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاء بِدُخَانٍ مُّبِينٍ * يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ
أَلِيمٌ * رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ * أَنَّى لَهُمُ
الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءهُمْ رَسُولٌ مُّبِينٌ * ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا
مُعَلَّمٌ مَّجْنُونٌ * إِنَّا كَاشِفُو الْعَذَابِ قَلِيلاً إِنَّكُمْ عَائِدُونَ
* يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرَى إِنَّا مُنتَقِمُونَ﴾
{Maka
tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata,* yang meliputi manusia.
Inilah azab yang pedih *(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari
kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman".* Bagaimanakah mereka dapat
menerima peringatan, padahal telah datang kepada mereka seorang rasul yang
memberi penjelasan,* kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata:
"Dia adalah seorang yang menerima ajaran (dari orang lain) lagi pula
seorang yang gila".* Sesungguhnya (kalau) Kami akan melenyapkan siksaan
itu agak sedikit sesungguhnya kamu akan kembali (ingkar).* (Ingatlah) hari
(ketika) Kami menghentam mereka dengan hentaman yang keras. Sesungguhnya Kami
adalah Pemberi balasan.} [Surah 44:10-16]
Dan
dari Jabir berkata, Abu Ja'afar (as) berkata dalam firmanNya, Yang Maha Tinggi,
{Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat
dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya.}, beliau berkata : (diturunkan
dalam 7 kubah cahaya dan tidak tahu dari mana, Apabila ia turun di belakang
Kufah ketika inilah dia turun.) - Tafsir Al-' Ayashi : jilid 1, ms 103
Dan
Abu Ja'afar (as) berkata: (Sesungguhnya dia akan turun dalam kubah dari cahaya
, apabila dia turun di belakang Kufah untuk pemisahan (al-faruq) ini, maka
itulah {dan diputuskanlah perkaranya} apabila dia turun, itulah yang ditandakan
pada belalai (gajah), hari ditandakan pada orang kafir) - Tafsir Al- Ayashi ,
jilid 1, halaman 103
Dan
tanda di belalai (gajah) bermaksud apa yang dilakukan al-Qa'im dengannya, atau
binatang bumi
﴿وَإِذَا
وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ
تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ﴾
{Dan
apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang
melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya
manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.} [ Surah 27:82 ]
Oleh
kerana naungan awan atau kepulan asap (kabut) dibaratkan pada Rasulullah,
Muhammad (sawas), dan ibarat dan tanda yang mengiringi Imam Mahdi pertama dan
Qai'm Keluarga Muhammad atau Penyelamat Dunia, bukan sahaja dia wujud dalam
Al-Quran, bahkan ia wujud dalam semua agama-agama yang mendahuluinya , dan
nabi-nabi terdahulu menyampaikan berita gembira mengenai baginda, dan terdapat
banyak bukti-bukti mengenai baginda di dalam Taurat dan Injil (Kamu boleh
membaca beberapa teks mengenai perkara ini dalam Tambahan nombor 4)
Dan
Allah SWT berfirman:
﴿هُوَ
الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِن دِيَارِهِمْ
لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُم
مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ
يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِـهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم
بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِـينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ﴾
{Dialah
yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampung-kampung
mereka pada saat pengusiran yang pertama. Kamu tidak yakin dengannya, bahawa
mereka akan keluar dan mereka menyangka bahwa benteng-benteng mereka dapat
mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka
(hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah melemparkan
ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan
tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian
itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pengelihatan.} [
Surah Al-Hasyar 59:2 ]
Pada
ayat yang mengatakan: {mereka menyangka bahawa benteng-benteng mereka
dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada
mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka }, dan secara
luaran, mereka berfikir bahawa benteng-benteng mereka akan melindungi mereka
dari Muhammad (sawas), kerana pada zahirnya mereka beriman kepada Allah, kerana
mereka ahli Kitab Samawi dan pengikut nabi dari nabi-nabi Allah dan dia adalah
Musa (as). Dan orang yang mengalahkan mereka dan memecahkan benteng-benteng
mereka dan datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak sangka adalah
Muhammad (sawas), tetapi sebaliknya, jelas kelihatan, mereka adalah orang yang
ketakutan di dalam hati mereka apabila pintu benteng-benteng mereka dirobek dan
membunuh pahlawan mereka, bahkan sesungguhnya, yang menyempurnakan dan
mengarahkan adalah Amirul Mukminin Ali (AS) seperti yang diketahui oleh semua
orang, dan ia tidak tersembunyi pada orang orang Islam yang Ali (as) adalah orang
yang mengangkat pintu Khaibar dan membunuh Marhab pahlawan orang Yahudi.
Dan
Dia, Allah SWT berfirman:
﴿لَّقَدْ
سَمِعَ اللّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ
أَغْنِيَاء سَنَكْتُبُ مَا قَالُواْ وَقَتْلَهُمُ الأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ
وَنَقُولُ ذُوقُواْ عَذَابَ الْحَرِيقِ﴾
{Sesungguhnya
Allah telah mendengar perkatan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya
Allah miskin dan kami kaya". Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan
perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan
mengatakan (kepada mereka): "Rasakanlah olehmu azab yang membakar."}
[Surah Aali Imran 3:181]
Orang-orang
yang ditujukan dalam ayat ini adalah ahli Kitab, dan mereka mendakwa bahawa
mereka beriman kepada Allah, maka bagaimana seseorang boleh membayangkan bahawa
mereka berkata dengan lidah mereka sendiri yang Allah miskin sedangkan mereka
beriman kepada-Nya?
Demi
Allah, sesungguhnya mereka tidak mengatakan bahawa Allah miskin,
sebaliknya, mereka berkata bahawa nabi-nabi dan Rasul adalah orang-orang
miskin dan mereka akan menghina mereka kerananya. Jadi ulamak yang tidak beramal
dan para peniru mereka telah berkata dengan lidah mereka sendiri dan oleh
tindakan mereka sendiri pada setiap zaman bahawa jika para nabi dan aushiak bersama
dengan Allah, tentulah Allah akan menjadikan mereka kaya, dan mereka tidak akan
perlukan penyokong atau harta-benda atau senjata untuk mempertahankan aqidah
mereka. Dan mereka menganggap banyaknya wang dan penyokong pada Ulamak tidak
beramal adalah menjadi bukti dan mengesahkan bahawa mereka berada di atas
kebenaran itu.
Maka
Allah (SWT) Mengimbas kembali peristiwa ini mengenai apa yang mereka katakan :
. {Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan orang-orang yang mengatakan:
"Sesunguhnya Allah miskin dan kami kaya".} Jadi, Allah menjadikan kata-kata
mereka (bahawa nabi-nabiNya adalah orang-orang miskin), kepada
kata-kata "Allah miskin"
Dan
pada zaman Ar-Rasul Muhammad (sawas) mereka berkata bahawa Muhammad (sawas)
adalah miskin
﴿وَقَالُوا
مَالِ هَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ لَوْلَا
أُنزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيراً * أَوْ يُلْقَى إِلَيْهِ كَنزٌ
أَوْ تَكُونُ لَهُ جَنَّةٌ يَأْكُلُ مِنْهَا .....﴾
{Dan
mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di
pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat
itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia?,* atau (mengapa tidak)
diturunkan kepadanya perbendaharaan, atau (mengapa tidak) ada kebun baginya,
yang dia dapat makan dari (hasil)nya?" .... } [ Surah Al-Furqan 25:7-8 ] ,
Sementara
Allah telah menyampaikan kenyataan mereka bahawa mereka tidak mengatakan Allah
miskin , bermakna mereka mengatakan bahawa Muhammad (sawas)-lah yang miskin,
adalah sama seperti mengatakan bahawa Allah miskin; kerana Nabi Muhammad adalah
Wajah Allah SWT dan dia adalah Allah dalam Penciptaan.
Dari
Al-Baqir (as) pada menyentuh -Nya, Yang Maha Tinggi, kata-kata :
{Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan:
"Sesunguhnya Allah miskin dan kami kaya".}, Beliau (as) berkata:
(Mereka mendakwa bahawa Imam memerlukan dari mereka pada apa yang mereka bawa (punyai)
- Al- Manaqib: jilid 4, halaman 48
Imam
Al -Sadiq (as) Mengenai firman Allah SWT, kata-kata : {Sesungguhnya Allah
telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya Allah
miskin dan kami kaya".}, beliau (as) berkata: (Demi Allah, mereka
tidak pernah melihat Allah Taala, untuk mengatakan bahawa Dia adalah miskin,
tetapi sesungguhnya mereka telah melihat Auliak Allah [yang] miskin) -
Tafsir Al Qumi: jilid 1, ms 127
Dia,
Allah SWT berfirman:
﴿ وَإِذْ قُلْنَا
لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا ﴾
{Dan
(ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu
kepada Adam," maka sujudlah mereka.} [Surah Al-Baqarah 2:34],
Dan
seperti sujud ini adalah untuk Adam (as), ia juga adalah untuk Muhammad, Ali
dan Fatimah Al Zahraa' dan para Imam (as), dan mereka yang ditujukan untuk
sujud ini kerana mereka ini adalah ibarat kiblat (arah) Allah SWT, mereka ini mengenal
Allah, dan mereka adalah Wajah Allah dan mereka adalah Nama-namaNya Yang
Terbaik, kerana mereka adalah Allah dalam Penciptaan, sebagaimana yang telah
dinyatakan di dalam sebuah hadis
عن أسود بن سعيد، قال: كنت عند أبي جعفر (ع)
فأنشأ يقول ابتداء من غير أن يُسئل: (نحن حجة الله ونحن باب الله ونحن لسان الله
ونحن وجه الله ونحن عين الله في خلقه ونحن ولاة أمر الله في عباده)
Dari
Aswad bin Sa'eed, ketika ia berkata : Aku bersama Abu Ja'afar (as), beliau (as)
mula berkata tanpa sesiapa pun bertanya beliau: (Kami adalah Hujjah Allah, kami
adalah Pintu Allah, kami adalah Lisan Allah, kami adalah Wajah Allah, kami
adalah Mata Allah dalam ciptaan-Nya, dan kami adalah Penguasa perintah Allah pada
hamba-hambaNya.) - Basa'ir Al-Daragat: halaman 81.
Dan
dari Al-Harith bin Maghira Al-Nasri, berkata, Abu Abdullah (as) telah ditanya
mengenai Firman Allah Tabaraka wa Taala:
﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ
إِلَّا وَجْهَهُ﴾
{Segala
sesuatu akan binasa kecuali Wajah-Nya} [Surah Al-Qashash 28:88 ].
Jadi
dia (as) berkata: Apa yang mereka katakan mengenainya? Jadi aku berkata: Mereka
berkata segala-galanya binasa kecuali Wajah Allah. Jadi dia (as) berkata: Subhana
Allah (Maha Suci Allah), sesungguhnya, mereka itu mengatakan Kata-kata yang Agung,
sesungguhnya padaku adalah wajah Allah yang aku bawa dariNya) - Al-Kafi : jilid
1, halaman 134, hadith 1, Bab Al-Nawadir
Dan
dari Abi Jaa'far (as) berkata: (Kami adalah Al-Mathani (yang dibaca
berulang-ulang tujuh Ayat iaitu Surah Al Fatihah), yang Allah berikan kepada Nabi
kita Muhammad (sawas), dan kami adalah Wajah Allah, dan kami berulang-alik di
Bumi di antara kamu, dan kami adalah mata Allah dalam PenciptaanNya,
dan TanganNya yang dihulurkan rahmat kepada hamba-hambaNya, dan mengenal kami sesiapa
yang mengenal kami, dan jahil akan kami sesiapa yang jahil akan kami) - Al-Kafi
, jilid 1, halaman 143, hadith 3, Bab al-Nawadir .
Dari
Abi Al-Shalt Al-Harwi, dari Imam Al-Ridha (as) bahawa dia berkata: Rasulullah (sawas)
bersabda: Sesiapa yang menziarahi aku semasa hidup ku atau selepas kematianku,
maka sesungguhnya dia telah menziarahi Allah Ta’ala, dan darjat Nabi di syurga
adalah darjat yang tertinggi, jadi sesiapa yang menziarahi baginda pada darjat
baginda di Syurga dari rumahnya maka dia telah menziarahi Allah Tabaraka Wa Ta’ala
(TWT). Aku (Abu Shalt) berkata:. Wahai anak Rasulullah (sawas), apakah makna khabar
(gembira) yang diriwayatkan, iaitu: "Sesungguhnya ganjaran لا
إله إلا الله adalah melihat Wajah Allah?"
Jadi dia (as) berkata: Wahai Aba Al-Shalt, sesiapa yang menyifatkan Allah Ta’ala
dengan wajah seperti wajahnya maka dia telah kafir. Tetapi wajah Allah Ta’ala adalah
Nabi-nabiNya dan Rasul-rasulNya dan para HujjajNya (shalawatu Allah ‘alahim),
mereka adalah orang-orang yang bertawajjuh (menghadap) kepada Allah Azza wa
Jalla dan kepada agama-Nya dan marifatNya. dan Allah Ta’ala berfirman:
﴿كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا
فَانٍ * وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ﴾
{Semua
yang ada di bumi itu akan binasa.* Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai
Keagungan dan Kemuliaan.} [Surah Ar-Rahman 55:26-27]
dan
Dia, Azza wa Jalla berfirman:
﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ
إِلَّا وَجْهَهُ﴾
{Segala
sesuatu akan binasa kecuali Wajah-Nya} [Surah Al-Qashash 28:88].
-
' Uyun Akhbar al- Ridha (SAW ), jilid 2 , halaman 106
Dan
dari Abi Abdillah (as) berkata: Dalam firman Azza wa Jalla:
﴿وَلِلَّهِ
الْأَسْماءُ الْحُسْنى فَادْعُوهُ بِها﴾
{Dan
bagi Allah Asmaa-ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya} [Surah
Al-A’raf 7:180], (Kami, demi Allah, adalah Asmaa-ul Husna (nama-nama Terbaik)
tidak akan diterima Allah amalan hamba-hambaNya melainkan dengan mengenal Kami.)
- Al Kafi : jilid 1, halaman 143, hadith 4 , pintu Nawadir
Dan
dari Imam Al-Ridha (as) berkata: (Jika kesusahan datang menimpa kamu kemudian meminta
bantuan kami kerana Allah Azza wa Jalla, dan ini adalah perkataan Dia Azza wa
Jalla : {Dan bagi Allah Asmaa-ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan
menyebutnya}) - Mustadrak Al- Wasa'il : Jilid 5, halaman 228, hadith 5758 , Bab
Istihbab Al-Tawasull fi Al Dua 'bi Muhammad wa Aali Muhammad
Dan
dari Imam Al-Ridha (as) berkata: (Jika kesusahan datang menimpa kamu kemudian
mememinta bantuan kami kerana Allah, dan ini adalah perkataan Allah: {Dan bagi
Allah Asmaa-ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya}.) Beliau berkata:
Abu Abdillah (as) berkata: "Kami, demi Allah, adalah Asmaa-ul Husna
(nama-nama Terbaik) tidak akan diterima Allah dari seseorang melainkan dengan
mengenal Kami " beliau berkata: bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya)
- Mustadrak Al- Wasa'il : jumlah 5, halaman 230, hadith 5760
Dan
itu adalah pancaran (kesucian) sifat Uluhiyah (Ketuhanan) pada penciptaan, mereka
adalah hamba-hamba Allah SWT dan mereka beramal dengan perintah-Nya ,
﴿تَخْلُقُ مِنَ
الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنْفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْراً
بِإِذْنِي﴾
{kamu
membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian
kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (sebenar) dengan
seizin-Ku. } [ Surah Al-Maidah 5:110 ]
﴿وَقَالُوا
اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَداً سُبْحَانَهُ بَلْ عِبَادٌ مُكْرَمُونَ * لا
يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ﴾
{Dan
mereka berkata: "Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak",
Maha Suci Allah. Sebenarnya, adalah hamba-hamba yang dimuliakan,* mereka itu
tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan
perintah-perintah-Nya.} [Surah Al-Anbiak 21:26-27]
Mereka
adalah hamba-hamba yang berdarjat tinggi pada kesempurnaan yang mana mereka bermaqam
Khalifah Allah SWT sebenar-benar KhalifahNya,
dengan itu jika mereka diutus dan dijadikan Khalifah di alam ini, mereka bermaqamkan
maqam Allah SWT, dengan daya, kekuatan dan keizinznNya , kerana mereka mentadbir
alam ini dengan kuasa Allah dan menurut apa yang telah diajarkan Allah kepada mereka,
dan mereka tidak berkemahuan melainkan apa yang dikehendaki Allah, dan hati
mereka adalah alat (pancaran) untuk kehendak Allah SWT.
Oleh
itu Kerasulan selepas diutus mereka (shalawat Allah ‘alaihim) adalah dari
mereka, dan Muhammad (sawas) adalah penutup para nabi dan Rasul-rasul dari
Allah SWT. Ada pun selepas dia (Muhammad (sawas)) diutus, maka penghantaran
utusan adalah dari baginda (shalawat Allah ‘alaih) oleh kerana dia adalah Allah
dalam Penciptaan, kerana dia adalah shurah (imej) Allah yang sempurna dan adalah
Asmaa Allah ul Husna (nama-nama Terbaik Allah), adalah Wajah Allah, dan Kalimah
Yang sempurna
(.....
وبكلمتك التي خلقت بها السماوات والارض ..... وبشأن الكلمة التامة ..... وأسألك
بكلمتك التي غلبت كل شيء .....)
(
..... dan oleh Kalimah-Mu yang dengannya Engkau telah mencipta Langit-langit
dan Bumi .... dan atas Kalimah yang Sempurna..... dan aku bermohon dengan
Kalimah-Mu yang mengalahkan segala sesuatu) – Du’a Al-Simat
Dan
baginda (shalawat Allah ‘alaih) adalah zuhur (kemunculan) Allah di Faran (Mekah):
( .... dan dengan kedatangan- Engkau di Sa'ir , dan kemunculan- Engkau di Faran
..... )) - Dua 'Al-Simat.
Oleh
itu seperti Isa (as) adalah kedatangan Allah di Sa'ir, dan kedatangan adalah kedatangan
dan kemunculan juz’i, dengan itu Nabi Isa (as) adalah pelopor atau pembuka
jalan kepada Muhammad (sawas).
Oleh
itu, Muhammad (sawas) mengutus Imam-imam adalah perkara yang sama seperti Allah
, SWT, mengutus Musa (as). Dan itulah sebabnya Muhammad adalah penutup para
nabi dan Rasul, yang bermaksud para nabi dan Rasul-rasul diutus oleh Allah.
Jadi baginda (sawas) adalah penutup untuk apa yang telah datang sebelumnya dan baginda
juga adalah pembuka kepada yang akan datang kemudiannya. Dan ini adalah rahsia khataman
Nubuwah (penutup Kenabian), yang bergelumang tentang rahsia peneutupannya oleh
para ulamak Islam. dan Jika tidak begitu, tidak akan ada makna untuk penutup Kerasulan
dan Kenabian. Dengan itu keperluan itu tidak berubah selepas Dia menghantar
RasulNya Muhammad (sawas),sebaliknya, mungkin keperluan untuk menghantar utusan
selepas Muhammad (sawas) adalah lebih besar, kerana keadaan akan lebih buruk, dan
banyak kerusakan, kezaliman (penindasan), kegelapan dan kejahilan - dan tidak
akan datang (As-Saah) kebangkitan - iaitu kebangkitan Qa’im - melainkan atas kejahatan-kejahatan
ciptaan (makhluk) Allah. Dan Rasulullah (sawas ) telah memaklumkan kepada kita
bahawa keadaan akan menjadi lebih buruk selepas baginda (sawas). Oleh itu, dua
belas Imam (as) bermaqamkan maqam (darjat) Anbiak Allah dan RasulNya sebelum
ini, tetapi perbezaannya adalah bahawa mereka diutus (dilantik) oleh Muhammad (sawas)
﴿وَلِكُلِّ أُمَّةٍ
رَسُولٌ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ وَهُمْ لا
يُظْلَمُونَ﴾
{Tiap-tiap
umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah
keputusan antara mereka dengan adil dan mereka tidak akan dianiaya.} [Surah
Yunus 10:47]
Jabir
meriwayatkan dari Abi Jaa'far (as): Jabir berkata: Aku bertanya kepada beliau (as)
mengenai ayat ini: {Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah
datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan
mereka tidak akan dianiaya } Beliau
(as) berkata: (tafsiran dalaman (batin) adalah bahawa setiap kurun umat ini akan
ada seorang Rasul dari keluarga Muhammad yang akan keluar kepada mereka dalam
abad (kurun) mereka dan ia adalah Rasul kepada mereka dan mereka adalah Auliak
dan Ar-Rasul . . Adapun firman Allah,
﴿فَإِذا جاءَ
رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ﴾،
{maka
apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan
adil} Beliau berkata: maksudnya bahawa Ar-Rasul akan menghakimi (diberikanlah
keputusan) dengan adil dan mereka tidak akan dianiaya sebagaimana dikatakan
oleh Allah) - Tafsir Al-'Ayashi, jilid 2, halaman 123. Hadis 23, dan Al Majlisi
meriwayatkan dalam Al-Bihar
Oleh
itu Nabi Muhammad (sawas) dan para Imam (as) juga memegang maqam Allah dalam
penciptaan, mereka adalah Rasul dan Mursalin. Muhammad (sawas) adalah Rasul (utusan)
Allah SWT, dan Muhammad (sawas) juga mengutus para Imam sebagai Rasul, dan Imam
Al-Mahdi (as) adalah seorang Rasul dari Muhammad (sawas) Allah dalam penciptaan
atau Wajah Allah. Dan Imam Al-Mahdi (as) adalah orang yang menghantar dua belas
Mahdi dari anak-anaknya, dan oleh itu, dia (Al-Mahdi (as)) juga dalam maqam Muhamamd (sawas), atau Allah
di dalam penciptaan, atau Wajah Allah SWT.
Dan
tidak dapat dibayangkan bahawa pancaran (kesucian) Muhammad (sawas) dan Ahli
Baitnya dengan sifat Uluhiyah (Ketuhanan) ia adalah matanya (Ketuhanan) Uluhiyah
Allah SWT, bahkan urusan ini tidak mengeluarkan mereka dari menjadi ciptaan
yang fakir (miskin) kepada mereka ada sempadan yang mengikat mereka. Dan al-Uluhiyah
SWT adalah Uluhiyah Mutlak. Pancaran (kesucian) Muhammad dan Keluarga Muhammad
(as) dengan sifat Uluhiyah (Ketuhanan), walaupun kemiskinan hampir-hampir tidak
dibezakan padanya, kerana mereka yang berhajat dan miskin pada Allah SWT dan pada
mereka selawat Allah atas mereka semua. Hampir-hampir mereka menjadi kaya tetapi
mereka faqir dan miskin di sisi Allah Subhahu Wa Ta’ala
﴿يَكَادُ زَيْتُهَا
يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ﴾
"Hampir-hampir
menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya (berlapis) di atas cahaya."
[Surah An-Nur 24: 35]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan