Jumaat, 14 Mac 2014

Allah Fi Al-Khalq

Allah Fi Al-Khalq
الله في الخلق
Allah dalam Penciptaan




Apabila Dia SWT menciptakan Penciptaan mereka menghadapi dengan Nama-nama dan Sifat-sifat, dan ini adalah Kota Kesempurnaan Ilahiyah, atau Zat, atau Allah. Dan nama-nama ini bebas dari tajalli dan Kemunculan Hakikat bagi Penciptaan, ia bukan Hakikat, sebaliknya, ia adalah tabir (hijab) pada Hakikat. Kerana Hakikat adalah: Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung, dan nama ini hampir dengan Nama Yang Maha Agung (Al-Ism Al-A’dzam) seperti dekatnya mata hitam dan mata putih, kerana ia telah diriwayatkan dari Imam (as) di dalam Hadits.

Dan nama (Allah) ini, adalah nama yang menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan, oleh itu bertawajjuh (menghadap) kepadaNya adalah tawajjuh kepada semua Sifat-sifat atau Nama-nama Kesempurnaan. Dan tawajjuh ini tidak bebas dari syirik dalam martabat tertentu ; kerana, Tauhid yang penuh ikhlas menafikan Nama-nama dan Sifat-sifat, seperti apa yang dikatakan oleh Amirul Mukminin (as):

(..... أول الدين معرفته، وكمال معرفته التصديق به، وكمال التصديق به توحيده، وكمال توحيده الإخلاص له، وكمال الإخلاص له نفي الصفات عنه لشهادة كل صفة أنها غير الموصوف)

(“...permulaan agama adalah mengenal-Nya (makrifatuh), dan kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan membuat pengakuan kepada-Nya, dan kesempurnaan pengakuan kepada-Nya adalah dengan mentauhidkanNya, dan kesempurnaan Tauhid kepada-Nya adalah dengan ikhlas kepada-Nya, dan kesempurnaan ikhlas kepada-Nya adalah menafikan semua sifat-sifat daripada-Nya kepada syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah berbeza dari yang disifatkan.") [1]

Dan Al-Kazim (as) berkata: (Permulaan keagamaan adalah dengan mengenal-Nya, kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan mentauhidkanNya, dan kesempurnaan mentauhidkanNya adalah menafikan semua sifat-sifat daripada-Nya kepada syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah berbeza dari yang disifatkan, dan syahadah (menyaksikan -  pengakuan) bahawa yang disifatkan bukanlah sifat) [2]
                    
Dan Al-Ridha (as) berkata: (Permulaan keagamaan adalah dengan mengenal-Nya, kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan mentauhidkanNya, dan kesempurnaan-Nya Tauhid adalah menafikan semua sifat-sifat daripada-Nya, bagi syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah berbeza dari yang disifatkan,, dan syahadah (menyaksikan -  pengakuan) bahawa yang disifatkan bukanlah sifat) [3]
                    
Jadi, nama (Allah) ini yang menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan, dan yang dirujukkan kepada Zat, adalah hijab yang mesti (wajib) bagi hamba berusaha untuk mengangkatnya, dengan menampilkan Sifat-sifat Kesempurnaan Ketuhanan (Ilahiyah), dan apabila dibukakan penutup pada hamba itu agar dia boleh mengenal hakikat (Kebenaran). Dan mengenal Kebenaran sepenuhnya adalah ketidak mampuan (ketidakupayaan) untuk
mencapai makrifah. Pada ganti nama (kata ganti ketiga) yang tidak hadir (ghaib) yang menerangkan hakikat (Kebenaran) atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Dia-Huwa-
هو), pada Huruf Haa' - هاء  mengisbatkan (mengiyakan) Kewujudan, dan huruf Wau – واو adalah untuk menerangkan Zat-Nya, dan juga adalah hadir Saksi Yang Ghaib SWT.

Adapun pada martabat (peringkat) selain daripada Zat Ilahiyah atau Allah, bermakna pada martabat al-Khalq (Penciptaan) dan al-Tanzil (Penurunan), bahawa martabat Tajalli atau maqam-maqam (kedudukan) ada sepuluh, ia adalah: Suradiq (Lembayung) Arasy Al-A’dzam, dan Arasy Al-A’dzam (Singgasana Teragung), Kursiy (Takhta), Arasy Al-’Adzim (Singgasana Agung), dan tujuh martabat atau maqam, ia adalah: Tujuh Lelangit (Langit-langit), turun dari yang Ketujuh ke Langit Pertama, atau Langit Dunia.







Dan penciptaan Allah yang terbaik Muhamamd (sawas), halaman kewujudannya meliputi, yang bermula dari Siradiq (Lembayung) Arasy Al-A’dzam ke Langit Dunia.

Oleh itu, Tajalli Marhalah (tahap) permulaan adalah: (nukhtah) Titik Pertama (Barzakh) atau Suradiq (Lembayung) Arasy Al-A’dzam.

Kemudian Tajalli Marhalah kedua, adalah bekas-bentuk “Nun” (نون - ن) atau Arasy Al-A’dzam.

Kemudian Tajalli Marhalah ketiga dan itu adalah bekas-bentuk "Baa" (باء - ب), atau Kursiy.

Maka Tajalli Marhalah keempat, adalah: (nukhtah) Titik Kedua dalam Penciptaan.

Dan semua Marhalah (tahap) ini ada empat ia adalah Muhammad (sawas), kerana dia adalah "Titik Nun" dan "Nun", dan baginda adalah "Baa’" dan "Titik Baa'", atau “Qul Huwa” (قل هو), dia ialah limpahan yang turun dari Al-Haq kepada Al-Khalq (Penciptaan). Dan dia, adalah Muhamamd (sawas), dalam tiga Marhalah pertama, (Siradiq, Arasy, Kursiy). Barzakh di antara Al-Haq dan Al-Khalq (Penciptaan), kerana dia beralun (mengepak), apabila As-Sa’ah (Kiamat) berlaku tiada yang kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Allah Yang Esa Lagi Perkasa ), dan apabila As-Sa’ah berlaku (Kebangkitan) dia kembali semula kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian. Adapun pada martabat Arasy Al-’Adzim, ia adalah tempat tinggal dalam Penciptaan, dan dia adalah ‘Abd Allah (hamba Allah).



Perlu diambil perhatian bahawa Titik pertama adalah Al-Quran, dan ia adalah hijab di antara Muhammad (sawas) dan Allah [di antara keduanya adalah yang bersinar dan beralun (mengepak)], dan apabila pembukaan berlaku (Ia kelihatan seperti lubarng jarum) [4]

Dia SWT berfirman:

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً﴾

{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,} [ Surah Al-Fath 48:1].

Hijab ini telah diangkat kerana Nabi Muhammad (sawas) telah memenuhinya, maka di antara Al-Quran dan Nabi Muhammad (sawas) menjadi satu ketika dia beralun (mengepak) di antara fana' dan tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa) dan di antara kembali kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian kemanusiaan.
            
Maka, jika kita mengetahui apa yang telah dibentangkan, ia akan menjelaskan kita bahawa martabat Muhammad (sawas) adalah martabat Barzakh (pengantara) diantara al-Haq dan al-Khalq (Kebenaran dan Penciptaan) itu, dan menyebabkan meraka teragak-agak ketika Nabi Ibrahim (as) dan para Malaikat melihat baginda (sawas) dan mereka menyangka dia adalah Allah SWT, dan itu adalah kerana shurah (imej) baginda (sawas) adalah menyerupai (menerangkan) Zat al-Ilahiyah dan mendzahirkan Ketuhanan Mutlak bagi Penciptaan yang mereka kenal (... dan kedatangan Engkau di Sa'ir, dan penampilan Engkau di Gunung Faran...) [5]. Dan baginda (sawas) bersabda: ((الله خلق آدم على صورته) Allah mencipta Adam atas (imej) shurahNya ) [6]

Oleh itu Muhammad (sawas) adalah Allah dalam Penciptaan, dan martabat Ahlul Bayt baginda (as), adalah lebih rendah daripada martabat Ar-Rasul Al-A’dzam (sawas), kerana mereka juga adalah wajah Allah dan وأسماء الله الحسنى (Nama-nama Terbaik Allah). Maka mereka mewakili Allah dalam Penciptaan, dan setiap daripada mereka adalah yang beralih kepadaNya supaya mereka boleh mencapai kesempurnaan mereka dan untuk mengatasi kekurangan mereka, bagi mereka adalah darjat yang tinggi dari kesempurnaan Ilahiyah, tetapi masih terikat kepada keperluan dan yang faqir di sisi Allah yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi. Adapun UluhiyahNya SWT, adalah Uluhiyah Mutlak, dan ia adalah Sempurna Mutlak dan Kaya Mutlak, dan Kurnia dan LimpahNya yang tidak terikat kepada sesuatu melainkan kehendak-Nya, Maha Suci, Yang Maha Tinggi (SWT).

Dan telah disebut di dalam Al-Quran yang memberi makna bahawa: Dia, Yang Maha berfirman:

﴿فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾

{Maka Terpujilah Allah, Sebaik-baik Pencipta.} [Surah Al-Mu'minuun 23:14 ],

ini bermakna terdapat pencipta-pencipta, dan Dia SWT adalah yang terbaik dan yang paling unggul daripada mereka. Dan mereka adalah Muhammad dan Keluarga Muhammad (as). Dan seperti dalam Dua ' (يارب الأرباب وإله الآلهة........... Wahai Tuhan (Penguasa) segala penguasa-penguasa, dan Wahai Tuhan segala tuan-tuan......) [7]

Dan ia juga telah disebut: (..... الإله الأكبر.....) (..... Al-Ilah al-Akbar  - Tuhan Yang Maha Besar......) [8]  dan ini adalah dari doa-doa Rahsia, dan ia adalah tiga puluh satu Doa untuk Keperluan Dunia dan Akhirah, ia adalah Musnad yang Mutashil dan Sanad yang Shahih dan ia disebut dalam Al-Misbah Mutahajid, dan Misbah Al-Kaf'ami, dan Al-Bihar, dan Al-Hurr Al-'Amiliy telah disebut dalam Al-Jawahir Al-Sunniyah.
             
Dan disebut dalam Hadith Qudsi ini pada keutamaan (kelebihan)nya:

(يا محمد، قل للذين يريدون التقرب إلي إعلموا علم اليقين أن هذا الكلام أفضل ما أنتم متقربون به إلي بعد الفرائض)

(Wahai Muhammad, katakan kepada mereka yang ingin mendapatkan lebih dekat untuk belajar ilmu Yaqin. Kerana kata-kata ini ini adalah yang terbaik untuk kamu mendekatkan dengannya selepas ilmu yang wajib) [9]

Dan tidak diragukan lagi bahawa dengan menyebut [الإله الأكبر] "Al-Ilaha al-Akbar" dalam Du’a Qudsi, kerana ia adalah dari Allah SWT dan kerana ia adalah setaraf dengan al-Quran Al-Karim - Kesimpulan yang dapat dibuat menunjukkan dengan pasti bagi mereka yang mahukan nash dengan apa yang disampaikan, untuk membicarakan Allah SWT dengan "Al-Ilaha al-Akbar" adalah menunjukkan atas penciptaan-Nya SWT menerangkan Sifat-sifat al-Lahut, dan ia adalah kerana “al-Akbar” itu adalah sifat yang digunakan untuk menunjukkan keutamaan atas yang wujud, sekurang-kurangnya semasa menyebutnya. Sebaliknya, tidak ada maknanya jika ia hanya diterima dalam ucapan, Untuk mengutamakan atau Sifat-sifat utama yang berfungsi untuk meningkatkan penyertaan seperti mana ia diterangkan, dan bahawa ia telah disebut oleh ahli-ahli bahasa Arab malah ia jelas kepada sesiapa yang membaca doa ini dan memikirkan maknanya


✡✡✡✡✡

--------------------------------
[1] Nahjul Balagha: jilid 1, halaman 39
[2] Al-Kafi: jilid 1, halaman 140
[3] Tauhid Al-Sudouq: halaman 56
[4] Al-Kafi: jilid 1, halaman 442
[5] Dua 'Al-Simat
[6] Al-Kafi: jilid 1, halaman 134. Tauhid Al-Sudouq: halaman 103
[7] Al-Kafi: jilid 2, halaman 566
[8] Al-Baqiyat Al-Salihat: Dua 'Al-Safar: halaman 815
[9] Al-Jawahir Al Sunniyah-Al Hurr Al-' Amilil: halaman 188. Bihar Al-Anwar: jumlah 83, halaman 279



2 ulasan:

Abdullah Khairul Azzam berkata...

:)

Tanpa Nama berkata...

warna tulisan sukar dibaca. hrp ubah kpd warna lain. tq