Tajalli
Al-Uluhiyah dalam Penciptaan untuk Penciptaan
تجلي الألوهية في الخلق للخلق
Ketuhanan
Al-Uluhiyah adalah seperti Al-Rububiyah [1] , kerana makna Tuhan
(الرب - al-Rab)
adalah pengurus (المربي - al-Murabbi),
kemudian Tuhan (الإله - al-Ilah)
adalahيؤله
- berpaling
padanya,
supaya dia boleh mengatasi kekurangan dan mencapai kesempurnaan. Dan hanya
sebagai,ar-Rab boleh dikatakan seumpama bapa pada anak-anaknya, kerana
dia adalah Rab - tuan keluarga, kita akan dapati hubungannya dengan
anak-anaknya adalah apa yang dia curahkan kepada mereka, oleh itu, mungkin sifat
al-Ilah boleh diberikan kepada bapa, apabila apa yang dicari dari
hubungan dengan anak-anaknya, yang meminta darinya. Oleh itu, shurah Lahut (imej
Tuhan) boleh diberikan kepada orang-orang yang istimewa dari Nabi-Nabi Allah
dan Rasul-Nya yang benar-benar adalah صورة الله - imej Allah SWT dalam
Penciptaan.
--------------------
[1]
Kedua-duanya (Al-Uluhiyah, Al-Rububiyah) memperkatakan hubungan di antara yang
kaya dan yang fakir, antara yang sempurna dan yang serba kurang, memenuhi yang
fakir dan menyempurnakan yang serba kurang. Tetapi perbezaannya adalah bahawa: Al-Rububiyah
melihat dari atas ke bawah, yang bererti, dari yang kaya sempurna kepada fakir yang
serba kurang dari Al-Murabbi (الرب - pengurus) kepada, Al-Murbaa (atau المربوب - yang diurus).
Bagi
Al-Uluhiyah, adalah secara terbalik, bermakna dari bawah ke atas, dari fakir
yang serba kurang kepada yang kaya sempurna, daripada yang berpaling
kepada al-Ilah tempat berpaling. Jadi Al-Rububiyah menunjukkan Kaya
dan Kesempurnaan yang kekayaanNya Maha Sempurna, sementara Al-Uluhiyah menunjukkan
fakir dan lemah yang serba kurang, yang tidak sempurna. Dan sebab itu Wajah
Yang Maha Tinggi Lagi Maha Suci dan tajalli hakikatNya Yang Maha Suci, dengan Ketuhanan
(Al-Uluhiyah) kepada hamba-hambaNya, supaya Dia boleh dikenali. Maka mengenali-lah
Penciptaan, akan kekayaan dan Kesempurnaan-Nya dan mereka berpaling kepada-Nya
supaya Dia boleh mengatasi kefakiran mereka dan memenuhi kekurangan mereka.
Allah
SWT berfirman :
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ
رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾
{Maka
apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya rohKu; maka
hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya".} [Surah Sad 38:72].
Sujud
pada asalnya adalah untuk Hakikat dan Realiti-Nya Yang Maha Suci, dan ia adalah
melaksanakan kewajipan ke atas hakikat Tajalli dan (kemunculan) zuhurNya kepada
hamba-hamba. Sujud adalah hasil yang tidak dapat dielakkan untuk Makrifat,
sebagaimana Rasulullah (sawas) lakukan pada Mikraj (Naik ke Langit).
Imam Al-Shadiq (as) berkata: ( ... maka apabila baginda mengangkat kepalanya,
Keagungan ditunjukkan kepadanya, jadi baginda jatuh sujud dengan
sendirinya, bukan kerana perintah yang diperintahkan padanya...) [2]
----------------------
[2]
Al-Kafi halaman 482. Lihat riwayat dalam Lampiran 5
Dan
sujud makhluk kepada makhluk bermakna Hakikat Tajalli-Nya SWT pada yang disujud.
Dan hakikat Tajalli pada Al-Lahut (Tuhan) adalah seperti yang telah dibentangkan
sebelum ini. Oleh itu, orang yang disujud kepadanya, adalah disujud kerana Tajalli
Al-Lahut (Tuhan) padanya. Maka, ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Al-Lahut
(Tuhan) telah Tajalli pada Adam (as), dan dengan sebab itu Allah memerintahkan
malaikat sujud kepadanya. Dan di dalam ayat itu juga jelas menununjukkan Al-Lahut
(Tuhan) Tajalli pada Adam (as) ketika Allah meniupkan rohNya padanya
﴿وَنَفَخْتُ فِيهِ
مِنْ رُوحِي﴾
{dan
ditiupkan padanya dari rohKu}.
Oleh
itu, Roh Allah adalah (imej) shurah Al-Lahut (Tuhan)
(الله خلق آدم على
صورته)
(Allah
mencipta Adam atas (imej) shurahNya),
jadi
secara tabieinya (fitrahnya) bahawa sujud pada Adam kerana Roh Allah telah
ditiupkan padanya, dan pada hakikatnya, ia adalah sujud pada shurah Al-Lahut
(imej Tuhan) yang ditajallikan pada Adam, maka ia adalah sujud kepada Tuhan
yang haqiqi yang diwakili oleh imej KhalifahNya ini di dalam penciptaan-Nya
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ
لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
{dan
ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat sesungguhnya Aku jadikan di Bumi seorang
Khalifah }
Tajalli
pertama bagi Al-Lahut Al-Mutlaq (Ketuhanan mutlak) dalam Penciptaan dan Imej
Allah yang lebih jelas dan Khalifah Allah yang hakiki dan makhluk pertama dan ‘Aqal
pertama dan Kalimah pertama adalah Muhammad (sawas).
Oleh
itu, makna ayat:
﴿وَنَفَخْتُ فِيهِ
مِنْ رُوحِي﴾
{dan
ditiupkan padanya dari rohKu}
bermakna,
apabila ditiupkan padanya, pada Adam adalah dari Nur Muhammad (sawas) [3],
maka sujud kepada Adam dan taatlah kepadanya, maka Allah SWT menamakan Muhammad
(sawas) {RohKu}, yang bermaksud, Tajalli KetuhananKu dan
KehidupanKu [4]
-------------------------
[3]
Dan mungkin ada yang tidak terfikir bahawa terdapat terlalu banyak para Nabi dan
Aushiak (as) yang lebih utama daripada Adam (as) dan lebih tinggi martabatnya, kerana
Imej Allah ketika dicipta Adam bukanlah imej yang pertama (Muhammad sawas), dan
Ruh Allah yang ditiupkan pada Adam bukan Ruh pertama (Muhammad sawas),
sebaliknya, ia adalah satu tajalli dari tajalli dalam penciptaan, kerana di
antara Adam dengan mereka, semua penciptaan lebih tinggi martabatnya daripada
Adam (as), tetapi kita boleh katakan bahawa ia adalah, kerana ia mewakilinya
dan membuat ia zahir dan kerana ia adalah satu tajalli dari tajalli-tajalli.
[4]
Muhammad (sawas)
adalah Khalifah
Allah yang hakiki untuk mencapai Tujuan
Penciptaan ini, dan
dengannya Allah dikenali. Atas sebab itulah ditiupkan pada Adam Hakikat dari Tujuan
itu. Oleh itu, yang benar-benar berhak untuk dipanggil Roh Allah, Imej Allah, Khalifah
Allah dan ‘Aqal, adalah Muhammad (sawas). Adapun Nabi Adam (as) dipanggil Imej Allah
atau ciptaan atas Imej Allah, kerana dia dicipta atas Imej Allah, Muhammad (sawas)
dan kerana Adam mewakili tajalli Muhammad (sawas).
Dan Isa (as) yang dipanggil Roh Allah itu adalah kerana dia adalah tajalli kepada
Roh Allah al-Haqiqi, Muhammad (sawas) (Dan saudara boleh mendapatkan maklumat
tentang perkara ini dalam buku "Al-Nubuwah Al-Khatimah" (Penutup
Nabi-nabi))
Muhammad
(sawas) adalah Imej Allah dalam Penciptaan, dan dituntut dari Penciptaan melihat
di dalamnya supaya mereka (Makrifah) mengenal Allah. Jadi tujuan penciptaan adalah
al-Makrifah (Mengenalinya).
﴿وَمَا خَلَقْتُ
الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾
{Dan
tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.}
[Surah Al-Zariyat 51:56]
maknanya
untuk mengenal, diwajibkan untuk mengetahui jalan marifat yang hakiki
(al-makrifah al-haqiqi) ia adalah Muhammad (sawas) dan seluruh para Nabi dan Aushiak
(as), setiap seorang daripada mereka adalah satu tajalli dan zuhur (rupa) bagi jalan
ini, dan kesemuanya dikira Penciptaan yang mengenal Allah [5]Yang
Maha Suci. Oleh itu, Sujud pada hakikatnya bukanlah untuk Adam (as), sebaliknya
ia adalah untuk Muhammad (sawas), dan kerana inilah ditetapkan dan dicerminkan
Hakikat Muhammad (sawas) pada Adam (as)
﴿فَإِذَا
سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾
{Maka
apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya rohKu; maka
hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya".},
bahkan,
ia adalah Sujud kepada (Tuhan) Lahut Hakiki Allah SWT, selepas kita mengenal bahawa
ia adalah sujud pada Imej Zuhurnya Al-Lahut dalam Penciptaan [6]
----------------------
[5]
Allah SWT telah mencipta setiap manusia pada Fitrah (sifat) pada martabat ini
(Allah dalam Penciptaan), kerana diri setiap manusia dicipta dan dijadikan atas
kezahiran Imej Al-Lahut, dan ini adalah makna (الله خلق آدم على
صورته -
Allah telah mencipta Adam atas Imej-Nya). Jadi setiap manusia layak padanya (untuk
ini), dan pintu sentiasa terbuka pada masa lalu, sekarang dan akan datang.
[6
] Enggan sujud kepada Adam (as) enggan sujud kepada Allah SWT, dan berpaling
dari makrifat, dan pasti menuju jahil, dan ia adalah kebodohan dan ia menafikan
kebijaksanaan selepas Adam (as) menjadi pembawa alat makrifat (alat untuk mengenal)
Allah SWT
Muhammad
(sawas), Ali (as), para Imam (as) dan Isa (as) adalah miskin di sisi Allah, dan
mereka membawa sifat Al-Lahut (Ketuhanan), bermakna mereka diminta dan
berpaling kepada mereka supaya mereka boleh memenuhi keperluan dan mengatasi
kelemahan dan mencapai kesempurnaan, dan mereka memenuhi keperluan dan mengatasi
kelemahan dan menyempurnakan penciptaan tetapi oleh kekuatan dan kuasa dengan
izin Allah, kerana tidak ada kekuatan atau kuasa pada mereka kecuali dari Allah,
seperti yang mereka lakukan tidak mempunyai keupayaan untuk bergerak melainkan
bergerak dengan izin Allah. Jadi mereka diberikan sifat dengan sifat Ketuhanan,
seperti yang telah diterangkan, bukanlah jenis Ketuhanan Mutlak Yang Maha Suci,
sebaliknya, mereka adalah Imej-Nya Yang Maha Suci dan Nama-nama Terbaik
(Asma’uhul Husna) dan WajahNya yang mana Dia menghadap ciptaan-Nya. Maka, dengan
sifat Ketuhanan yang dengannya mereka telah disifatkan untuk mengenal Hakikat Ketuhanan
Yang Maha Suci. Mereka bukan tuhan-tuhan yang disembah bersamaNya Yang Maha
Suci seperti yang telah dijelaskan. Sebaliknya, mereka adalah hamba-hamba yang diciptakan
yang mengatasi kelemahan dan dikurniakan kesempurnaan oleh Allah dan dengan
izin Allah SWT. Dan ini bermakna bahawa mereka diberikan sifat dengan sifat
Ketuhanan. Mereka bukan tuhan-tuhan selainNya, Dan bukan sesuatu tanpa Allah, kerana
mereka adalah ciptaan daripada ciptaan-Nya dan mereka yang dibangkitkanNya Yang
Maha Suci dan mereka bukan tuhan-tuhan yang bersamaNya. Yang bererti bahawa
mereka bukan berada dalam martabat Ketuhanan Hakikat dan sebaliknya mereka
berada pada martabat Penciptaan, kerana mereka adalah Tajalli Hakikat Ketuhanan
dalam Penciptaan. Dan ini membawa pengertian bahawa mereka adalah Allah dalam
Penciptaan dan makna mereka adalah Imej Allah dan makna mereka adalah wajah
Allah dan Nama-nama Terbaik Allah dan juga bermaksud " أن الله معنا -
Sesungguhnya
Allah bersama kita". Dan ini juga menunjukkan bahawa sesiapa yang mengenal
mereka telah mengenal Allah dan sesiapa yang jahil dengan mereka maka dia telah
jahil tentang Allah; kerana Allah Yang Maha Suci tidak menghadapi yang lain dalam
Penciptaan selain mereka (as); dan kerana mereka adalah Imej yang menyerupai Ketuhanan
yang Hakiki.
﴿فَكَانَ قَابَ
قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى﴾
{maka
jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih
dekat (lagi).} [Surah Al-Najm 53:9],
bermakna
menyerupai al-Lahut dan dengan itu Penciptaan mengenalNya Yang Maha Suci.
﴿يَكَادُ زَيْتُهَا
يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ﴾
{Minyak
yang hampir bercahaya walaupun tidak disentuh oleh api } [Surah Al- Nur 24:35]
, bermakna dia hampir bercahaya dengan tiada kegelapan di dalamnya dan bahawa
dia hampir bercahaya dari diri sendiri, tetapi pada hakikatnya dia tidak
seperti itu; kerana cahaya adalah daripada Allah dan bukan dari dirinya (sawas),
dan oleh itu Ibrahim Al-Khalil (as) telah keliru [7],
dan begitu juga dengan malaikat semasa Mi’raj [8] dengan Muhammad
(sawas) dan keluarga Muhammad (as) pada martabatnya ini. Dan tujuan Penciptaan adalah
mencapai martabat ini. Mereka (as) adalah Kesempurnaan akhir yang mungkin bagi
manusia, dan bagi penutup agama dengan Muhammad dan keluarga Muhammad, dan penamat
dunia dengan Muhammad dan keluarga Muhammad.
--------------------
[7]
)لَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَى
كَوْكَباً قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الآفِلِينَ *
فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغاً قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ
لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لأكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ * فَلَمَّا
رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـذَا رَبِّي هَـذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ
قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ(
{Ketika
malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah
Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya
tidak suka kepada yang tenggelam"." Kemudian tatkala dia melihat
bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku". Tetapi setelah bulan itu
terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk
kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat".* Kemudian tatkala ia
melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih
besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku,
sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan." * Kemudian
tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang
lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai
kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan."} [Surah
Al-An'aam 6:76-78] !
[8
] Abu Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya Allah Al-‘Aziz Al-Jabbar, menaikkan
(Mikraj) NabiNya (sawas) ke Langit KetujuhNya, Adapun pada (langit) yang
pertama, Dia memberkatinya, dan pada (langit) kedua Dia mengajarkan ilmu-ilmu
yang difardhukan...... kemudian dinaikkan ke Langit Dunya, maka malaikat
terbang ke penjuru-penjuru langit, maka mereka semua jatuh turun merendah dan
bersujud dan mereka berkata: "
سبوح
قدوس ربنا ورب الملائكة والروح ما أشبه هذا النور بنور ربنا -
Maha Suci dan Maha Kudus Tuhan Kami dan Tuhan para malaikat dan roh, bagaimana
sama cahaya ini dengan cahaya Tuhan kita?" Jadi Jibril (as) berkata:
"Allahu Akbar Allahu Akbar - Allahu Maha Besar, Allahu Maha Besar "Jadi
malaikat-malaikat disuruh senyap, dan pintu Langit dibuka dan para malaikat
berkumpul dan mereka datang dan mengucap salam ke atas Nabi (sawas)) - . Jilid
Al Kafi 3, halaman 482. Lihatlah tradisi penuh dalam bilangan Tambahan ( 5)
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan