Isnin, 31 Mac 2014

Lampiran 3

Lampiran 3


Ini adalah beberapa contoh daripada apa yang telah ditulis dalam Kitab-kitab Wahabi dari kata-kata menjisimkan dan menghadkan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Suci Dia dari yang demikian itu. Dan untuk meringkaskannya, cukuplah saya sampaikan beberapa salinan dari Kitab "Lima'ah Al-I’tiqad " oleh Ibn Qudamah Al-Maqdisi, dan ulasan Ibn Jibrin, dan beberapa Fatwa daripada Ibn Jibrin yang mengiringi Kitab ini, dan juga beberapa Fatwa Ibn Uthaimain pada bab ini:

Ibn Qudamah berkata dalam Kitab "Lam'ah Al-I'tiqad":

(Bab pengelihatan orang yang beriman kepada Tuhan mereka dan orang-orang mukmin melihat Tuhan mereka dengan mereka [sendiri] memandang dan mereka menziarahi-Nya, dan Dia bercakap kepada mereka, dan mereka bercakap kepada-Nya, Allah Yang Maha Tonggi berfirman:

﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ﴾

{Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri.* Kepada Tuhannyalah mereka melihat.} [Surah Al-Qiaamah 75:22-23],

dan Yang Maha Tinggi berfirman

﴿كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ﴾

{Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka dari Tuhan mereka pada hari itu benar-benar terhijab.} [Surah Al-Mutaffifin 83:15].

Maka setelah terhijab (kerana) keadaan mereka dalam kemurkaan-Nya, ini menunjukkan bahawa orang yang beriman akan melihat Dia dalam keadaan redha-Nya, jika tidak, tidak ada perbezaan di antara keduanya. Dan Nabi (sawas) bersabda: (Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhanmu seperti kamu melihat bulan ini, kamu tidak akan berbeza dalam melihat-Nya) Hadis Sahih yang disepakati (Itifaq), dan ini disamakan dalam melihat, bukan untuk yang melihat ([bermakna Allah]), kerana Allah SWT tidak serupa sesuatu dengan-Nya atau sama dengan-Nya) [1]

Ibn Jibrin mengulas atasnya beliau berkata:

(Adapun Melihat di akhirat, Ahlul Sunnah telah membuktikan bahawa ia adalah satu Melihat secara terang-terangan, bahawa orang mukmin di dalam syurga melihat Allah Ta’ala dan menziarahi-Nya, dan Dia bercakap kepada mereka dan mereka bercakap kepada-Nya.... oleh itu kita tahu ajaran Ahlul Sunnah, jadi kita mengatakan bahawa mereka melihat-Nya melalui arah? Tidak syak lagi melihatNya dari atas mereka, dan mereka melihat-Nya dengan pengelihatan sebenar (hakikat), dan melihat menghadap menurut kemahuan mereka, dan bahawa keterangan itu adalah jelas, dan antara yang paling betul (sahih) daripada mereka adalah kata-kata Jurair kerana kata beliau: (Sama seperti kamu melihat bulan pada malam Al-Badr (bulan penuh)) atau (seperti kamu melihat bulan ini)

Dan perbandingan di sini pada melihat itu, membandingkan melihat, dengan melihat [bulan], dan tidak membandingkan Allah Ta’ala dengan bulan. Sebaliknya, ia adalah perbandingan pengelihatan kamu dengan melihat Hakikat (kebenaran) seperti kamu melihat bulan ini).

Dan Ibn Jibrin berkata:

(Dalam mengulas pada firman-Nya, Yang Maha Tinggi:

﴿ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ﴾

{Yang demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu.* Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.} [Surah Al-An'am 6:102-103].

Allah telah mengesahkan bahawa pemandangan tidak meliputi padaNya -yang bermaksud: setiap kali penglihatan melihatNya mereka tidak diliputi padaNya, jika penglihatan itu berlaku pada hari kiamat. Maka penglihatan tidak tidak dapat mencapainya yang bermaksud: tidak dapat mencapai sesuatu, tidak dapat mencapai RealitiNya, tidak dapat mencapai bagaimana Zat-Nya, dan yang disebabkan oleh KeagunganNya yang tidak diliputi IlmuNya sesuatu penciptaan pun, tidak juga mengetahuinya secara meliputi. Oleh itu, ayat yang menjadi keterangan dengan mengesahkan penglihatan, bukan menafikannya. Tetapi sememangnya mereka adalah orang yang jahil).

Dan Ibn Jibrin menafikan kata-kata Asy'ari itu, mereka adalah orang-orang besar Sunni dalam Dunia Islam, bahawa penglihatan di sini adalah mata hati, kerana dia berkata:

(Adapun pada Al-Asya’irah (Asy'ari) yang terkemuka di antara mereka dari Ahlul Sunnah, dan bahawa mereka adalah pengikut Imam-imam empat: di antara mereka pengikut Shafi'i, pengikut Maliki, pengikut Hanafi, dan pengikut Hanbali kebanyakannya, dan mereka tidak mampu untuk menyatakan penyangkalan mereka. Kebanyakan pengikut Shafi'i mengisytiharkan dari imam mereka, mengesahkan penglihatan (ar-Ru’yah) dan tidak mampu untuk menyangkalnya].
                                       
Mereka mengesahkan penglihatan (ar-Ru’yah). Tetapi apakah makna melihat pada mereka? Bukan melihat yang merupakan penglihatan mata, tetapi mereka mentafsirkannya dengan pentajallian yang ditajalli dengan hati, dan dari mukasysyafah yang didedahkan (dikasyafkan) kepada mereka, dan dizahirkan kepada mereka dengan yakin dan sedar apa yang mereka jahil tentangnya, sangat jelas dan tidak syak lagi ini adalah ucapan batil, dan penafian hakikat-hakikat, mereka dapat mengesahkan melihat dengan membacanya di dalam Kitab tafsiran mereka.

Walaupun pada Al-Asya’irah (Asy'ari) yang terkemuka di antara mereka: seperti Al-Razi, dan Abi Al-Su'ud, dan Al-Baidhawi, dan orang-orang seperti mereka. Tetapi apabila mereka mengatakan tentang ayat ini { وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ﴾ - Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri.} mereka katakan: (Dia dilihat tanpa arah), bagaimana boleh Dia dilihat tanpa arah (pandangan), tanpa pertemuan? Apakah dia melihat tanpa pertemuan? Melihat adalah pentajallian, melihat adalah mukasysyafah atau menunjukkan yang didedahkan (dikasyafkan), jadi mereka telah mengesahkan nama tetapi mereka tidak mengesahkan hakikat (kebenaran))

Ibn Qudamah berkata:

<((Mengesahkan sifat-sifat diri dan Datangnya Allah Ta’ala, dan firman-Nya Yang Maha Tinggi, dikhabarkan tentang Isa (as) bahawa dia (Isa) berkata:

﴿تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلَا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ﴾

{Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau.} [Surah Al Ma'idah 5:116]

dan Dia Yang Maha Suci, berfirman:

﴿وَجَاءَ رَبُّكَ﴾
 وقوله:
 ﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ ﴾

{dan datanglah Tuhanmu} [Surah Al-Fajar 89:22] 
dan firman-Nya:
{Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah} [Surah Al-Baqarah 2:210])..

Dan Ibn Jibrin mengulas mengenaiNya dan berkata:

(Bagi mengesahkan sifat datang,
{ وَجَاءَ رَبُّكَ - dan dan datanglah Tuhanmu} dan juga

{ هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ

Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat-malaikat}

dan seperti firman-Nya Yang Maha Tinggi dalam Surah Al-An'am:

﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ﴾

{Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka atau kedatangan Tuhanmu} [Surah Al-An'am 6:158].....

Dan kita katakan: kedatangan Allah dalam beberapa ayat itu tidak semestinya menafikan  Allah Ta’ala tidak datang dalam ayat yang lain, dan apabila mengesahkan bahawa Allah datang kita hendaklah berkata: Dia datang sebagaimana yang dikehendakiNya))>


Dan berikut adalah beberapa soalan dan jawapan oleh Ibn Jibrin mengenainya dan ia tertaluk atas ulasannya mengenai Kitab yang sama:


Soalan: Penyoal ini berkata: Terdapat Hadis Marfu’, Riwayat Muslim dari Ibn Umar: (Allah melipat Langit-langit pada hari kiamat, kemudian Dia membawanya dengan tangan kanan-Nya, kemudian Dia berfirman: Aku Raja, di manakah penguasa-penguasa (al-jabbarun)? Di manakah pembesar-pembesar (al-mutakabirun)?Kemudia Dia melipat tujuh-tujuh Bumi, kemudian Dia membawanya dengan tangan kiri-Nya, kemudian berfirman: Aku Raja, di manakah penguasa-penguasa (al-jabbarun)? Di manakah pembesar-pembesar (al-mutakabirun)?

Jawapan: Soalan ini adalah mengenai mengesahkan perkataan "kiri" bagi Allah, bagaimana kita menghimpun antara riwayatnya (di atas) dengan hadis [yang mengatakan]: (Orang-orang yang saksama di atas wadah cahaya di sebelah kanan Ar-Rahman, dan kedua-dua tanganNya sentiasa kanan) Maknanya dalam Hadis ini, ia mengatakan (kedua-dua tangan-Nya adalah kanan) dan dalam hadis lain mengatakan (Dia lipat dengan tangan kiri-Nya).

Jelas kepada saya menhimpunkan antara keduanya bahawa dengan tangan kiri adalah apa yang menentang tangan kanan, bagi yang menentang kanan dipanggil kiri, dan jelaslah daripada sabdanya: (dan kedua-dua tangan-Nya adalah kanan) bahawa kanan adalah keberkatan, dan dalam kebaikan, maka bagi kanan asalnya adalah banyaknya kebaikan dan asalnya keberkatan dan kebaikan. Maka ini tidak ada pertentangan di antara keduanya, : (dan kedua-dua tangan-Nya adalah kanan) keberkatan dalam banyaknya kebaikan, dan bagi Allah jualah [tangan] kiri yang menentang [tangan] kanan, dan tidak ada kekurangan di dalamnya).


(Soalan: penyoal ini bertanya: adakah betul untuk mengatakan bahawa kedua-dua mata adalah pada Wajah Allah -Ta’ala- dan jari di tangan-Nya, dan sebagainya, atau dari membandingkannya]?

Jawapan: Tiada yang telah diriwayatkan yang bergantung padanya, akan tetapi bagi jari, sebuah hadits telah diriwayatkan bahawa mengatakan bahawa terdapat seorang Yahudi yang datang kepada Nabi (saw) dan menunjuk tangannya, ia menunjuk pada jarinya, dan berkata: (Sesungguhnya kami dapati dalam Kitab-Kitab kami bahawa Allah meletakkan Langit-langit pada [jari] ini dan Bumi pada [jari] ini dan gunung ganang di [jari] ini dan air dan laut pada [jari] ini dan makhluk-makhluk pada [jari] ini, dan beliau menunjuk ke arah jari-jarinya, dan bahawa Nabi saw membacakan selepas itu ayat ini:

﴿وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ﴾

{Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat.} [Surah Al-Zumar 39:67], dan dia ketawa sebagai pengesahan kepada apa yang dikhabarkan)

Oleh kerana baginda telah membacakanya yang menandakan bahawa jari adalah di tangan, namun, ia tidak bermakna bahawa ianya adalah seperti jari yang ada pada makhluk pada hujung dan panjangnya,... dan itu dan ini, sebaliknya, ia mengesahkan bahawa terdapat tangan dan di tangan terdapat jari).


(Soalan: dia berkata: bagaimana kita memadankan antara apa yang telah disampaikan dari Ibn Taimiyah dalam Al-Fatawa (Fatwa-fatwa) mengenai ayat dari [SurahAl-Baqarah 2:115]  

﴿فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ﴾

{di situlah wajah Allah}, dan bahawa ia tidak menunjukkan ke arah sifat wajah, dan [antara] apa yang disebut dalam "Bayan Talbis Al-Jahmiyah" mengenainya untuk membuktikan sifat wajah, dan apa yang disebut Ibn Al-Qayim seperti itu di dalam "Mukhtashar Al-Shawa'iq ", Oleh itu, adakah betul (sahih) untuk mengatakan: bahawa wajah adalah sebahagian (juzuk) daripada Zat Allah?

Jawapan: Soalan yang pertama: ia terkenal pada ayat dari Surah Al-Baqarah {di situlah wajah Allah} telah diambil oleh beberapa Ahlul Wihda Wal-Ittihad sebagai dalil bahawa Allah ada di mana-mana (semua tempat), kerana mereka berkata, jika seseorang menghadapi [arah], wajah Allah ke sini, dan wajah Allah di situ, dan wajah Allah di sini. Maka Ibnu Taimiyah berkata: di dalam tajuk "Al-Majmuk" bahawa ayat ini bukan di antara ayat sifat-sifat, sebaliknya, apa yang dimaksudkan dengan wajah Allah adalah: arah yang hamba itu hadap atau harapkan ditumpukan ke arahnya. Itulah bagaimana kita memahaminya.

Adapun dalam "Talbis Al-Jahmiyah", saya tidak ingat dia telah mengatakan seperti itu, dan jika dia katakan seperti itu, maka mungkin apa yang dia katakan adalah: ia mengesahkan sifat Wajah menurut kelazimannya , tetapi itu akan bermakna tugas atas sifat wajah dan atas sifat arah yang lain. Dan tidak ada keraguan bahawa wajah adalah sebahagian daripada Zat pada hak manusia, dan begitu jugalah pada hak Allah-Ta’ala- bahawa ia adalah Zat-Nya, wajah Allah adalah dari Zat-Nya)


(Soalan: Apakah tafsiran Al-Salaf Al-Salih (ra), mengenai firman-Nya:

﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ﴾

{Segala sesuatu akan binasa kecuali Wajah-Nya}, ​​
Sebahagian daripada masyarakat daripada penduduk negeri ini berkata: Sesungguhnya semua sifat-Nya akan binasa kecuali wajah-Nya, dan dari sana menunjukkan bahawa sifat-sifat makhluk-Nya maka ianya binasa sama sebagaimana semua makhluk binasa.

Jawapan: Itu tidak lazim dan ianya tidak dibenarkan. Sebaliknya, wajah Allah-Taala-adalah sifat dari sifat-sifat-Nya dan sebahagian daripada Zat-Nya, dan semua sifat-sifat-Nya tiada yang datang pada-Nya yang lain, maka ia tidak boleh dikatakan ia-Nya binasa-Maha Tinggi Allah dari yang demikian itu- Maka, WajaNya kekal ﴿وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ﴾ {dan yang kekal [hanya] Wajah Tuhanmu } maka begitu juga seluruh sifat-Nya yang dari Zat-Nya, dan kita akan berhenti di sini, dan Allah lebih mengetahui, dan selawat Allah ke atas Muhammad).


Dan ini adalah beberapa soalan dan jawapan Ibn Uthaimain kepadanya :


(Soalan: Semoga Allah memberkati kamu yang mulia Sheikh, Abu Bassam dari Algeria bertanya:
Yang Mulia Sheikh, apa yang Ahlul Sunnah Wal-Jamaa'ah katakan mengenai orang Islam melihat Tuhannya Azza Wa Jalla pada hari kiamat?

Jawapan: Sheikh berkata: Ahlul Sunnah wal Jamaa'ah mengatakan mengenai melihat Allah, SWT pada Hari Kiamat kelak ialah firman Allah mengenai diri-Nya dan apa yang Rasul-Nya (sawas) telah katakan tentang-Nya, kerana Allah SWT telah berkata di dalam KitabNya:. {وُجُوهٌ يَوْمَئِذ - Wajah-wajah pada hari itu} bermakna hari kiamat { نَاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ - akan berseri-seri Kepada Tuhannyalah mereka melihat} nadhirah yang pertama "berseri-seri " bermaksud "kebaikan" yang kedua "melihat dengan mata; kerana Dia telah menambah melihat kepada Wajah-wajah, pada Wajah-wajah adalah tempat di mana mata berada, yang keduanya digunakan untuk melihat, dan ini membuktikan bahawa apa yang dimaksudkan adalah melihat dengan mata, bukan melihat dengan hati, kerana jika apa yang dimaksudkan adalah melihat dengan hati dan kekuatan Yaqin Dia akan berfirman: (Hati-Hati pada hari itu, akan berseri-seri Kepada Tuhannyalah mereka melihat) tetapi Dia berfirman: {Wajah-wajah pada hari itu, akan berseri-seri Kepada Tuhannyalah mereka melihat }) [2]


(Soalan: Penyoal MN dari Madinah An-Nabawiyah (Bandar Nabi), berkata: saya bertanya, adakah ini Dua ' (permohonan) sah:
(اللهم يا من لا تراه العيون ولا يصفه الواصفون)
(Ya Allah, Wahai yang tidak dilihat di mata, dan tidak bersifat seperti yang mereka sifatkan)?

Jawapan: Sheikh: Tidak! Ini rosak! Ini rosak (silap) besar! Kerana jika dia berkata: Ya Allah, Wahai yang tidak dilihat di mata, dan ini benar-benar telah menafikan melihat Allah SWT, pada hari akhirat, dan ia telah disahkan dari Nabi, saw, bahawa orang beriman akan melihat Tuhan mereka pada hari kiamat dengan mata mereka sendiri dengan penglihatan mereka seperti mereka melihat matahari dengan jelas tanpa sebarang awan di bawahnya, dan seperti mereka melihat bulan pada malam al-Badar (bulan penuh)..........) [3]


Soalan:.......... penyoal itu bertanya: Di manakah Allah? jadi dia menjawab: Bahawa Dia adalah di langit. Dan orang yang menjawab soalan membuktikan dengan menggunakan ayat-ayat dari Al-Quran al-Karim, daripadanya:
﴿الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى﴾

{Ar-Rahman. di atas 'Arasy bersemayam.}, tetapi ia seolah-olah saudara ini masih musykil dengan jawapan ini dan ia tidak sepadan dengan pemahamannya yang akan dia iktikadkan maka dia menghantar sekali lagi untuk tafsiran mengenainya, adakah tuan tidak menjelaskan kepadanya kebenaran (hakikat) mengenai tajuk itu?

Jawapan: (Sheikh: Hakikat mengenai tajuk ini adalah bahawa ia adalah penting bagi orang yang beriman itu untuk mempercayai bahawa Allah Ta’ala yang ada di Langit, sebagaimana Allah telah menyebut mengenai diri-Nya dalam Kitab-Nya, di mana Dia berfirman:

﴿أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ * أَمْ أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا ۖفَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ

{Apakah kamu merasa aman terhadap Yang di langit bahawa Dia akan tunggang-balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang? Atau apakah kamu merasa aman terhadap Yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku?, }) [Surah al-Mulk 67:16-17] [4]


-----------------------------
[1] Lima'ah Al-I’tiqad oleh Ibn Qudamah Al-Maqdisi
[2] Dari kata-kata Ibn Uthaimain dalam (Fatawi Nur ' Ala Al-Darb), pita no: 249
[3] Dari kata-kata Ibn Uthaimayn dalam (Fatawi Nur ' Ala Al-Darb), pita no. 341
[4] Dari kata-kata Ibn Uthaimayn dalam (Fatawi Nur ' Ala Al-Darb)



✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: