Soalan144: Sayed Ahmad Al Hassan Adalah Al Yamani Yang Dijanjikan
Sayyid
Ahmad Al Hassan pewaris dan utusan Imam Al Mahdi (a.s):
Siapakah
Al Yamani? Adakah terdapat criteria-kriteria tertentu yang menerangkan tentang
personaliti ini bagi membolehkan kita mengenalpasti pemilik sebenarnya? Adakah
dia dari Yaman?
Adakah
dia Maksum memandangkan dia tidak membawa manusia kepada kebatilan dan tidak
mengeluarkan mereka dari jalan kebenaran sepertimana yang diriwayatkan daripada
Imam Al Baqir (a.s): “Sesungguhnya panjinya adalah panji petunjuk, diharamkan
bagi muslim untuk berpaling daripadanya, barangsiapa yang melakukan sedemikian
adalah dia dari kalangan ahli neraka, kerana dia mengajak kepada kebenaran dan
jalan yang lurus”?
Jawapan:
: بسم الله الرحمن
الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.
Pertama
sekali, hendaklah diketahui bahawa Mekah adalah dari Tuhamah dan ia satu tempat
di Yaman. Oleh itu Muhammad (sawas) dan keseluruhan ahli keluarganya (a.s)
adalah “Yamani”, Ali (a.s) adalah “Yamani”, Imam Al Mahdi (a.s) adalah
“Yamani”, dua belas Mahdi adalah “Yamani”, dan begitu juga Mahdi pertama adalah
“Yamani”. Inilah maksud “Yamani” yang difahami oleh ulama ‘Amilin (yang beramal
dengan ilmunya) terawal (semoga Allah merahmati mereka). Firman Allah SWT:
﴿فَخَلَفَ مِنْ
بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ
يَلْقَوْنَ غَيّاً﴾
“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti
[yang jelek] yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka
mereka kelak akan menemui kesesatan.”[1]
Alamah
Majlisi (r.a) di dalam kitabnya Bihar Al Anwar telah menamakan kata-kata
Ahlulbayt (a.s) sebagai “hikmah Yamani”[2]. Bahkan diriwayatkan dari
Rasulullah (sawas) bahawa datuknya Abdul Muttalib menamakan Baitulharam sebagai
“Kaabah Yamani.”[3]
Adapun
kriteria-kriteria yang mendefinisikan Al Yamani adalah berdasarkan riwayat yang
diambil daripada Imam Al Baqir (a.s): “Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk
selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia
mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s), apabila keluar Al Yamani,
maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan
apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji
petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan
barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia
mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”[4]
Butiran-butiran
penting berkaitan riwayat ini, adalah seperti berikut:
Pertama: ”Dan
tidak dibenarkan berpaling daripadanya, dan barangsiapa berbuat demikian adalah
dari kalangan ahli neraka...” Ini bermakna Al-Yamani adalah pemilik kekuasaan
Ilahi. Seseorang itu tidak akan menjadi hujjah ke atas manusia sedangkan dalam
masa yang sama berpaling daripadanya menyebabkan seseorang itu masuk neraka,
walaupun mereka melakukan solat dan berpuasa. Melainkan mereka adalah dari
kalangan khalifah-khalifah Allah di bumiNYA dan juga pemilik kekuasaan Ilahi
dari kalangan nabi-nabi, rasul-rasul, para imam dan Mahdi-mahdi (a.s).
Kedua: “Sesungguhnya
dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus”; Dakwah kepada kebenaran
dan jalan yang lurus bermakna personaliti ini tidak akan melakukan kesalahan
iaitu tidak membawa manusia kepada kebatilan dan mengeluarkan mereka daripada
kebenaran. Dengan kata lain, dia adalah Maksum berdasarkan peruntukkan teks
Ilahi (nas). Pembatasan karakter berdasarkan kriteria ini adalah amat penting
dalam menentukan individu Al-Yamani yang sebenar. Ini kerana jika seseorang beranggapan
selain dari maksud ini dalam memahami riwayat ini “kerana dia mengajak kepada
kebenaran dan jalan yang lurus” akan menyebabkan kata-kata Imam (a.s) menjadi
sia-sia dan tidak lagi terdapat sebarang batas limitasi atau had ke atas
individu Al Yamani (iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi Al Yamani), dan semoga
dijauhkan Allah para Imam (a.s) bersifat sepertimana yang mereka sangkakan.
Dapat
disimpulkan dari perbahasan di atas tentang hakikat sebenar Al Yamani sebagai
salah seorang khalifah dari khalifah-khalifah Allah di bumiNYA dan dia adalah
maksum bersandarkan peruntukan teks (nas) Ilahi. Ianya juga dibuktikan melalui
riwayat-riwayat yang mutawatir dan teks yang berotoriti (qat’’i) bahawa
khalifah-khalifah selepas Rasulullah (sawas) adalah duabelas Imam (a.s) dan
duabelas Mahdi (a.s) selepas mereka (a.s). Tiada hujjah (khalifah) selain
daripada mereka kerana melalui mereka lengkaplah nikmat, sempurnanya agama
(Deen) dan penutup risalah langit.
Sebagaimana
kita ketahui bahawa sebelas Imam (a.s) telah berlalu pergi meninggalkan kita
dan sekarang hanya satu sahaja Imam yang masih kekal iaitu Imam Al Mahdi (a.s)
dan duabelas Mahdi (a.s). Al Yamani mengajak kepada Imam Al Mahdi (a.s). Oleh
itu, Al Yamani mestilah Mahdi Pertama kerana sebelas Mahdi selepasnya adalah
dari zuriat keturunannya, firman Allah SWT:
﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ
سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾
“[sebagai]
satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.”[5]
Mereka
(sebelas Mahdi) ini akan datang selepas zaman kemunculan Imam Al Mahdi (a.s),
malah mereka bakal berada dalam era “Daulah Keadilan Ilahi”. Manakala Mahdi
Pertama (a.s) sebagaimana dibuktikan bahawa dia wujud di zaman kemunculan Imam
Al Mahdi (a.s) dan dia adalah orang yang pertama beriman dengan Imam Mahdi
(a.s) di awal kemunculannya. Matlamat utama Mahdi Pertama adalah untuk
mempersiapkan segala keperluan bagi kebangkitan Imam Al Mahdi (a.s) sepertimana
yang diriwayatkan dalam wasiat Rasulullah (sawas). Dari sini dapat
disimpulkankan bahawa Al Yamani adalah terbatas kepada individu Mahdi Pertama
daripada duabelas Mahdi (a.s).
Ia
juga berdasarkan penerangan dan gambaran terperinci yang diberikan oleh
ahlulbayt (a.s) tentang Mahdi Pertama berkaitan nama, sifat-sifat dan tempat
tinggalnya. Namanya adalah Ahmad dan gelarannya adalah Abdullah (hamba Allah),
Israel atau orang mengatakannya Israel secara terpaksa atau tanpa disedari
sepertimana sabda Rasulullah (sawas):”Namaku Ahmad dan aku adalah Abdullah,
namaku Israel, maka apa yang diperintahkan kepadanya telah juga diperintahkan kepadaku
dan setiap apa yang ditujukan kepadanya telah juga ditujukan kepadaku.”[6]
Mahdi
Pertama adalah yang pertama dari 313 sahabat Imam Al Mahdi (a.s), dan dia
berasal dari Basrah, terdapat tanda di pipi kanannya dan kelemumur di dahinya.
Bentuk tubuh badannya mempunyai persamaan seperti tubuh Musa bin Imran (a.s),
di belakang badannya terdapat tanda mohor kenabian dan di sisinya wasiat
Rasulullah (sawas). Dia yang paling alim berkaitan Al Quran, Injil dan juga
Taurat selepas daripada para Imam (a.s), dan dia akan tampil sebagai seorang
pemuda di awal kemunculannya. Rasulullah (sawas) bersabda: “...kemudian baginda
menyebutkan tentang seorang pemuda dan bersabda, “jikalau kamu melihatnya maka
berilah taatsetia kepadanya kerana dia adalah khalifah (pewaris) Al-Mahdi.”[7]
Daripada
Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali
a.s, telah berkata: “Rasulullah (SAWAS) telah bersabda kepada Ali di malam
sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan
dakwat, maka Rasulullah SAWAS mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke
butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada
selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau
wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas imam tersebut. Dan hadis
tersebut berterusan sehinggalah sampai kepada sabda baginda,..dan hendaklah
diserahnnya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara dari keluarga Muhammad
alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas
Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah dia serahkannya (Imamah)
kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan
nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia
adalah yang pertama beriman.”[8]
Diriwayatkan
daripada Imam Al Sadiq (a.s), dia berkata: “Sesungguhnya daripada kalangan kami
(Ahlulbayt a.s) selepas Al Qa’im, duabelas Mahdi daripada anak keturunan
Hussein (a.s).”[9] juga dalam riwayat yang lain daripada Imam Al
Sadiq (a.s): “Sesungguhnya daripada kalangan kami (Ahlulbayt a.s) selepas Al
Qa’im, sebelas Mahdi daripada anak keturunan Hussein (a.s).”[10] Al
Qaim yang dimaksudkan dalam riwayat kedua adalah Mahdi Pertama dan bukannya
Imam Mahdi (a.s) kerana selepas daripada Imam Mahdi (a.s) akan adanya duabelas
Mahdi.
Telah
berkata Imam Al Baqir (a.s) dalam menerangkan tentang Mahdi Pertama: “...Dialah
yang mempunyai warna kulit seakan kemerah-merahan, mata berlekuk, bulu kening
yang tidak bersambung, bahu yang luas, kelemumur di kepalanya dan tanda di
pipinya, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Musa (a.s).”[11]
Juga
diriwayatkan dari Amirul Mukminin Ali (a.s) dalam hadis yang panjang, dia
berkata: “...yang pertama dari kalangan mereka adalah dari Basra dan yang
terakhir adalah dari Ibdaal.”[12]
Juga
diriwayatkan dari Imam Al Sadiq (a.s) dalam hadis yang panjang, yang mana dia
(a.s) menyebutkan tentang sahabat-sahabat Al Qaim (a.s): “...dan dari
Basra...Ahmad...”[13] Juga diriwayatkan dari Imam Al Baqir (a.s),
dia berkata: “Al Qa’im akan mempunyai dua nama; nama yang disembunyikan dan
nama yang dihebahkan. Adapun nama yang disembunyikan adalah Ahmad dan nama yang
dihebahkan adalah Muhammad.”[14] Ahmad di sini adalah nama Mahdi Pertama dan
Muhammad adalah nama Imam Mahdi (a.s) sepertimana dijelaskan dalam hadis wasiat
Rasulullah (sawas).
Juga
di dalam riwayat lain daripada Imam Al Baqir (a.s):“Sesungguhnya Allah SWT
mempunyai perbendaharaan yang bukan berupa emas atau perak di Talikan, tetapi
12000 orang di Khurasan. Slogan mereka adalah Ahmad! Ahmad!, mereka dipimpin
oleh seorang pemuda dari Bani Hashim yang menunggang keldai berwarna kelabu,
dengan pengikat berwarna merah di kepalanya, seolah-olah aku sedang melihatnya
merentasi sungai Furat. Bilamana kamu mendengar tentangnya, hendaklah kamu
bersegera kepadanya, walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.”[15]
Ahmad yang dimaksudkan di sini adalah nama bagi Mahdi Pertama.
Di
dalam kitab Al Malahim wa Al Fitan karangan Sayyid bin Tawoos Al Hasani menyebutkan:
“Berkata Amir Al Ghadhab bukanlah ini dan bukan juga itu, bahkan mereka
mendengar suara yang bukan dari kalangan Jin mahu pun manusia berseru supaya
memberi taatsetia kepada si pulan yang namanya bukanlah ini dan bukan juga itu
melainkan dia adalah Khalifah Al Yamani.”[16]
Di
dalam kitab yang sama juga disebutkan: “Mereka berkumpul dan melihat kepada
orang yang mereka berikan taatsetia, dalam keadaan mereka seperti itu, mereka
akan mendengar suara yang tidak diketahui dan tidak pernah disebutkan oleh
manusia mahu pun jin, berilah taatsetia kamu kepada si pulan dengan namanya
bukan ini dan bukan itu tetapi dia adalah khalifah Al Yamani.”[17]
Sheikh
Al Kurani di dalam kitabnya Mu’jam Ahadeeth Al Imam Al Mahdi juga menyebutkan:
“Mahdi itu adalah hanya dari Quraysh, dan khilafah itu hanyalah pada mereka,
melainkan dia mempunyai asal usul dari Yaman”[18]. Mahdi pertama
adalah dari zuriat Imam Al Mahdi (a.s), maka perlu diketahui bahawa dia
mempunyai jalur keturunan yang terputus disebabkan zuriat Imam Al Mahdi (a.s)
yang tidak diketahui. Inilah sifat-sifat yang disifatkan kepada Al Yamani yang
memperolehi kemenangan dan juga disifatkan kepada Mahdi Pertama kerana mereka
sebetulnya adalah orang yang sama sepetimana yang dijelaskan.
Jika
kamu menginginkan maklumat lanjut, maka ditambah lagi bahawa Al Yamani adalah
individu yang mempersiapkan lapangan untuk era kebangkitan yang suci. Dia
adalah yang pertama dari kalangan tiga ratus tiga belas sahabat dan yang akan
memberikan panji kepada Imam Al Mahdi (a.s). Manakala Mahdi pertama juga hadir
di zaman kemunculan yang suci sebagai orang yang pertama mengimani Imam Al
Mahdi (a.s) di zaman kemunculan dan sebelum kebangkitannya. Adalah amat penting
salah seorang daripada mereka menjadi hujjah (khalifah) ke atas satu lagi,
memandangkan mereka semua adalah hujjah-hujjah (khalifah Allah) ke atas semua
makhluk, yang termasuk di dalamnya Mahdi Pertama. Jika kedua-dua karakter ini
bukan individu yang sama, maka Mahdi pertama adalah hujjah (khalifah) ke atas
Al Yamani. Oleh itu, Mahdi Pertama akan berperanan sebagai orang yang memimpin
bagi mempersiapsediakan revolusi, manakala Al Yamani akan berperanan sebagai
watak sampingan sahaja. Hal ini tidak benar sama sekali kerana Al Yamani adalah
watak utama dalam persiapan dan pemimpin utama di era kemunculan yang suci.
Justeru
adalah menjadi keperluan bahawa Mahdi Pertama adalah Al Yamani dan Al Yamani
adalah Mahdi Pertama. Dengan ini Al Yamani, namanya adalah Ahmad daripada
Basrah, mempunyai tanda di pipi kanannya, seorang pemuda di awal kemunculannya,
mempunyai kelemumur di kepalanya, yang paling alim di kalangan manusia tetang
Al Quran, Taurat dan Injil selepas daripada Imam (a.s), jalur keturunan yang
terputus, mempunyai gelaran “Mahdi”, imam maksum yang wajib ditaati, tidak
dibenarkan muslim berpaling daripadanya dan dijamin neraka bagi mereka kerana
dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus, dia mengajak kepada Imam
Mahdi (a.s) dan kesemua yang telah diriwayatkan daripada para Imam (a.s)
berkaitan ciri-ciri Mahdi Pertama. Hendaklah kamu merujuk kepada kitab Ghaybah
Al Nu’mani, Ghaybah Al Toosi, Ikmal Al Din, Bihar Al Anwar jilid 52 dan 53, dan
kitab-kitab hadis yang lainnya.
Seterusnya,
baki pengikut Al Yamani yang terdiri daripada tiga ratus tiga belas orang
sahabat Imam Al Mahdi (a.s) juga digelar dengan gelaran “Yamaniyyun” kerana
mereka secara terus dikaitkan dengan ketua mereka Al Yamani dan termasuk di
kalangan mereka adalah Yamani dari San’a serta Yamani dari Iraq.
﴿كَلاَّ وَالْقَمَرِ * وَاللَّيْلِ إِذْ
أَدْبَرَ * وَالصُّبْحِ إِذا أَسْفَرَ * إِنَّها لإَِحْدَى الْكُبَرِ * نَذِيراً
لِلْبَشَرِ * لِمَنْ شاءَ مِنْكُمْ أَنْ يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ * كُلُّ
نَفْسٍ بِما كَسَبَتْ رَهِينَةٌ * إِلاَّ أَصْحابَ الْيَمِينِ * فِي جَنَّاتٍ
يَتَساءَلُونَ * عَنِ الْمُجْرِمِينَ * ما سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ * قالُوا لَمْ
نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ * وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ * وَكُنَّا نَخُوضُ
مَعَ الْخائِضِينَ * وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ * حَتَّى أَتانَا
الْيَقِينُ * فَما تَنْفَعُهُمْ شَفاعَةُ الشَّافِعِينَ * فَما لَهُمْ عَنِ
التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ * كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُسْتَنْفِرَةٌ * فَرَّتْ مِنْ
قَسْوَرَةٍ * بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِنْهُمْ أَنْ يُؤْتى صُحُفاً
مُنَشَّرَةً * كَلاَّ بَلْ لا يَخافُونَ الآْخِرَةَ * كَلاَّ إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ *
فَمَنْ شاءَ ذَكَرَهُ * وَما يَذْكُرُونَ إِلاَّ أَنْ يَشاءَ اللَّهُ هُوَ أَهْلُ
التَّقْوى وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ﴾
Sekali-kali
tidak, demi bulan, (32) dan malam ketika telah berlalu, (33) dan subuh apabila
mulai terang. (34) Sesungguhnya itu adalah salah satu tanda yang amat besar,
(35) sebagai peringatan bagi manusia. (36) [iaitu] bagi siapa di antaramu yang
berkehendak akan maju atau mundur [3]. (37) Setiap diri bertanggung jawab atas
apa yang telah diperbuatnya, (38) kecuali sahabat-sahabat Al Yamin, (39) berada
di dalam surga, mereka tanya menanya, (40) tentang [keadaan] orang-orang yang
berdosa, (41) "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar [neraka]?"
(42) Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang
mengerjakan solat, (43) dan kami tidak [pula] memberi makan orang miskin, (44)
dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama dengan orang-orang yang
membicarakannya, (45) dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, (46) hingga
datang kepada kami kematian". (47) Maka tidak berguna lagi bagi mereka
syafa’at dari orang-orang yang memberikan syafa’at. (48) Maka mengapa mereka
[orang-orang kafir] berpaling dari peringatan [Allah]?", (49) seakan-akan
mereka itu keldai liar yang lari terkejut, (50) lari daripada singa. (51)
Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran
yang terbuka. (52) Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada
negeri akhirat. (53) Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya itu adalah
peringatan. (54) Maka barangsiapa menghendaki, niscaya dia mengambil pelajaran
daripadanya. (55) Dan mereka tidak akan mengambil pelajaran daripadanya kecuali
[jika] Allah menghendakinya. Dia [Allah] adalah Tuhan Yang patut [kita]
bertakwa kepada-Nya dan berhak memberi ampun. (56)[19]
“Demi
bulan”, bulan adalah pemegang wasiat (wasiy) Imam Al Mahdi (a.s) dan “malam”
adalah Daulah penindas-penindas yang zalim. “Subuh” adalah
permulaan fajar Imam Mahdi (a.s), iaitu awal kemunculannya bersama dengan
wasinya seumpama permulaan fajar sebelum naiknya matahari kerana Imam Mahdi
(a.s) adalah matahari. “Sesungguhnya itu adalah salah satu tanda yang
amat besar” iaitu adalah kiamat kecil kerana peristiwa-peristiwa Agung
di sisi Allah SWT itu ada tiga iaitu Kiamat kecil, Raj’ah dan Kiamat Agung. “Sebagai
peringatan bagi manusia” atau pemberi ingat iaitu wasiy dan Mahdi
Pertama (Al Yamani) diutuskan oleh Imam Mahdi (a.s) sebagai pembawa berita
gembira dan pemberi ingat atas azab yang pedih. Oleh itu barangsiapa yang ingin
maju ke hadapan akan turut berserta dan barangsiapa yang ingin berundur
kebelakang akan ketinggalan daripada mengikuti Imam Mahdi (a.s).
“Setiap diri bertanggung jawab atas apa
yang telah diperbuatnya”, ianya jelas bahawa setiap manusia akan
diadili berdasarkan amal perbuatannya. “kecuali sahabat-sahabat
Yamin”, mereka ini terkecuali dari pengadilan, mereka adalah yang
paling rapat (muqarrabin) dan pengikut Al Yamani yang seramai 313 orang dari
kalangan sahabat Imam Mahdi (a.s), mereka akan memasuki syurga tanpa
perhitungan. Allah berfirman: “Adapun jika dia termasuk orang yang
didekatkan. Maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga
keni’matan. Dan adapun jika dia termasuk sahabat-sahabat Al Yamin.”[20]
“Di dalam surga mereka saling tanya menanya, tentang [keadaan]
orang-orang yang berdosa, "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar
[neraka]?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang
yang mengerjakan shalat.” Iaitu kamu bukan dari kalangan mereka yang
mengikuti dan mematuhi khalifah Allah, serta tidak mematuhi wasiy Imam Mahdi
(a.s) dan Mahdi Pertama (Al Yamani yang dijanjikan). Maka Al Yamani adalah
individu yang diharamkan berpaling daripadanya dan barangsiapa berbuat demikian
adalah dari kalangan ahli neraka, maka cukuplah bagiku Allah sebaik-baik
pembantu. Imam Ali (a.s) telah diuji dengan Muawiyah bin Hind (laknat Allah ke
atasnya) yang membawa bersamanya manusia yang tidak dapat membezakan antara
unta jantan dan unta betina, malah aku juga diuji sepertimana Ali bin Abi Talib
(a.s) diuji, tetapi dengan tujuh puluh Muawiyah. Kesemuanya diikuti oleh
manusia yang tidak dapat membezakan antara unta jantan dan unta betina. Kepada
Allah jualah aku meminta pertolongan terhadap apa yang mereka gambarkan.
Demi
Allah, Rasulullah (SAWAS) dan bapa-bapaku para Imam (a.s) tidak tertinggal satu
pun daripada urusanku melainkan diperjelaskannya. Mereka menggambarkan aku
dengan terperinci, mereka menamakan aku, menerangkan tempat tinggalku sehingga
tidak ada lagi keraguan dan kesamaran dalam hal aku selepas penerangan ini.
Urusanku adalah jelas seumpama matahari di waktu tengahari, sesungguhnya aku
adalah Mahdi Pertama dan Al Yamani yang dijanjikan.
✡✡✡✡✡
---------------------------
[1]
Al Quran 19: 59
[2]
Bihar Al Anwar, jilid 1, ms 1.
[3]
Bihar Al Anwar, jilid 22, ms 51 dan 75.
[4]
Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.
[5]
Al Quran 3: 34
[6]
Tafsir Al Ayashi, jilid 1, ms 95. Bihar Al Anwar, jilid 7, ms 178.
[7]
Bisharat Al Islam, ms 30.
[8]
Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram
jilid 2 ms 241.
[9]
Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 148. Al burhan jilid 3, ms 310. Al Ghayba Al Toosi
ms 385.
[10]
Bihar Al Anwar jilid 53, ms 145.
[11]
Al Ghayba Al Nu’mani ms 223.
[12]
Bisharat Al Islam ms 148.
[13]
Bisharat Al Islam ms 181.
[14]
Kamal Al Din, jilid 2, ms 653
[15]
Muntakhab Al Anwar Al Mudhi’a, ms 343.
[16]Malahim
Al Fitan, ms 27.
[17]
Ibid, ms 80.
[18]
Mu’jam Ahadeeth Al Imam Al Mahdi, jilid 1, ms 299.
[19]
Al Quran 74: 32-56
[20]
Al Quran 56: 88-90
Tiada ulasan:
Catat Ulasan