Di Antara Khawarij Masa Lalu Dan Wahabi
بين خوارج الأمس والوهابية
Prinsip
asas yang menyebabkan Khawarij keluar untuk menentang Ali bin Abi Talib (a.s),
malah, terkeluar dari Islam adalah kata-kata mereka: (لا حكم إلا لله -
Tiada pemerintah melainkan bagi Allah). Jelas sekali kepalsuannya secara
lahiriah dan hitam pada batinnya, dan tiada siapa yang boleh ditipu
olehnya kecuali orang-orang Arab yang jahil, yang tidak boleh memahami ucapan
﴿الْأَعْرَابُ
أَشَدُّ كُفْراً وَنِفَاقاً وَأَجْدَرُ أَلّا يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنْزَلَ
اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾
{Orang-orang
A`rab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya dan sangatlah patut mereka
tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum) yang diturunkan oleh Allah
kepada RasulNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.} [Surah
Al-Taubah 9:97].
Inilah
apa yang dikatakan oleh Khawarij: (Tiada Kekuasaan melainkan bagi Allah).
Kata-kata ini adalah benar, kerana kekuasaan hanya untuk Allah.
Adapun
ibadah-ibadah mereka secara lahiriah, mereka adalah manusia yang paling banyak
melakukan ibadat, dan mereka adalah paling banyak bersolat dan memenuhkan
masjid. Adapun perjuangan mereka untuk mempertahankan keimanan mereka, ianya
cukup terbukti bahawa mereka telah berjuang bermati-matian di Nahrawan sehingga
tiada [mereka] yang terselamat kecuali beberapa orang. Walaupun begitu, mereka
tidak mengetahui apa-apa, malah, mereka langsung tidak menyumbang apa-apa
kepada Islam.
Di
sini dibawakan dua Hadis daripada Rasulullah (sawas) tentang Khawarij di zaman
permulaan Islam dan di akhir zaman (Wahabis).
Hadis
Pertama: Khawarij di masa permulaan Islam
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال:
(بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يقسم قسماً، إذ أتاه ذوالخويصرة
وهو رجل من بني تميم، فقال: يا رسول الله اعدل، فقال: ويلك ومن يعدل إذا لم اعدل ؟
قد خبت وخسرت إن لم أكن أعدل. فقال عمر: يا رسول الله ائذن لي فيه فأضرب عنقه،
فقال: دعه فإن له أصحاباً يحقر أحدكم صلاته مع صلاتهم، وصيامه مع صيامهم، يقرؤون
القرآن، لا يجاوز تراقيهم، يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية، ينظر إلى
نصله فلا يوجد فيه شيء، ثم ينظر إلى رصافه فلا يوجد فيه شيء، ثم ينظر إلى نضيه وهو
قدحه فلا يوجد فيه شيء، ثم ينظر إلى قذذه فلا يوجد فيه شيء، قد سبق الفرث والدم
آيتهم رجل أسود إحدى عضديه مثل ثدي المرأة أو مثل البضعة تدردر، ويخرجون على حين
فرقة من الناس.
قال أبو سعيد: فأشهد أني سمعت هذا الحديث من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأشهد أن علي بن أبي طالب قاتلهم وأنا معه. فأمر بذلك الرجل فالتمس فأتي به حتى نظرت إليه على نعت النبي صلى الله عليه وسلم الذي نعته
قال أبو سعيد: فأشهد أني سمعت هذا الحديث من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأشهد أن علي بن أبي طالب قاتلهم وأنا معه. فأمر بذلك الرجل فالتمس فأتي به حتى نظرت إليه على نعت النبي صلى الله عليه وسلم الذي نعته
Dari
Abu Saed Al Khudri (r.a), bahawa dia berkata: (ketikamana kami sedang berada di
sisi Rasulullah (sawas), tatkala baginda bersumpah akan sesuatu, kemudian telah
mendatanginya “Dhul-Khuwaisyirah”, seorang lelaki dari Bani Tamim, seraya
berkata: "Wahai Rasulullah berlaku adil-lah!." Lalu Nabi (sawas)
bersabda:"Celakalah kamu, siapakah yang akan berlaku adil, sekiranya aku
tidak berlaku adil. Sesungguhnya kamu berada dalam kekecewaan dan kerugiaan,
jika aku tidak berlaku adil." Lantas Umar berkata:"Wahai Rasulullah
berikan kebenaran kepada aku untuk memenggal lehernya!" Maka Rasulullah
(sawas) berkata:"Biarkan sahaja dia, kerana sesungguhnya dia mempunyai
sahabat-sahabat yang solat mereka akan dihinakan oleh solat salah seorang dari
kamu, dan puasa mereka dengan puasanya, mereka membaca al-Quran tetapi tidak
melepasi dari tulang selangka mereka ([makna Al-Quran adalah hanya pada lidah
mereka dan tidak sampai ke hati mereka]), mereka keluar dari agama seperti anak
panah keluar dari busur ([maknanya seperti mangsa yang terkena anak panah, dan
anak panah yang melaluinya keluar dari sisi yang lain dengan pantas tanpa ada
apa-apa di atasnya]), maka kamu melihat anak panah dan kamu tidak menjumpai apa-apa
di atasnya, kamu melihat di sisinya dan kamu tidak menjumpai apa-apa, kamu
melihat di bilah yang merupakan batang anak panah dan kamu tidak menjumpai
apa-apa di atasnya, seterusnya kamu melihat pada bulu dan anda tidak menjumpai
apa-apa di atasnya, [dan anak panah] telah mendahului sisa badan dan darah
([maknanya anak panah berlalu dengan cepat melalui mangsa dan keluar tanpa
darah atau mana-mana sisa badan di atasnya]). Tanda mereka adalah seorang
lelaki hitam, kedua–dua bahagian lengannnya seperti payudara seorang wanita,
atau seperti sepotong daging yang bergetar, dan mereka akan keluar ketikamana
terdapat perpecahan di kalangan orang ramai."
Abu
Sa'eed berkata: (Aku bersaksi bahawa aku mendengar ucapan ini dari Rasulullah
(sawas), dan aku bersaksi bahawa Ali bin Abi Talib telah berperang dengan
mereka dan aku bersama-sama dengannya. Maka, dia memerintahkan supaya memanggil
lelaki itu, tetapi dia [lelaki] merayu, lalu dibawanya keluar, sehingga aku
dapat mengenalpasti sifatnya adalah sebagaimana yang telah Nabi (sawas)
sifatkannya) [1]
Hadis
Kedua mengenai Khawarij di akhir zaman (Wahabi):
عن سويد بن غفلة، قال: (قال علي: إذا حدثتكم
عن رسول الله فلإن أخرّ من السماء أحب إلي من أن أكذب عليه، وإذا حدثتكم فيما بيني
وبينكم فإن الحرب خدعة، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: يأتي في آخر
الزمان قوم حدثاء الأسنان، سفهاء الأحلام، يقولون من خير قول البرية ([170])،
يمرقون من الإسلام كما يمرق السهم من الرمية، لا تجاوز إيمانهم حناجرهم، فأينما
لقيتموهم فاقتلوهم، فإن قتلهم أجر لمن قتلهم يوم القيامة)
Dari
Suwayd bin Ghaflah, dia berkata: Ali telah berkata: "Sekiranya aku
mengkhabarkan kamu berkenaan Rasulullah, maka sesungguhnya, aku lebih suka
diserembamkan (jatuh dengan muka melekat di tanah) dari langit daripada
berbohong ke atasnya, dan jika aku mengkhabarkan kamu, apa yang ada di antara
kamu dan aku, maka sesungguhnya, peperangan itu adalah tipu helah. Aku
mendengar Rasulullah (sawas) berkata: 'Maka akan datang di akhir zaman
orang-orang, yang berbicara di tepi gigi, yang impiannya adalah bodoh,
percakapan mereka adalah sebaik-baik percakapan makhluk (bermakna mereka akan
bercakap tentang Tauhid, kerana Wahabi mendakwa bahawa mereka mencari Tauhid
sebenar dan bahawa mereka menolak daripada menyekutukan Allah yakni syirik).
Mereka keluar daripada Islam sepertimana anak panah keluar dari mangsa, iman
mereka tidak melepasi kerongkong mereka. Oleh itu, di mana jua kamu bertemu
mereka, bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya, bagi yang membunuh mereka adalah
ganjaran pahala pada hari kiamat "[2]
Saya
mendapati bahawa amat perlu untuk menganalisa asas kepercayaan Khawarij, dan
apa yang mereka maksudkan dengan (Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah),
sekaligus menunjukkan persamaan antara kepercayaan mereka dan Tauhid yang
dituntut oleh Wahabi, supaya ia boleh menjadi jelas bahawa Wahabi adalah
Khawarij di akhir zaman.
Apabila
Ali (as) mendengar Khawarij mengatakan bahawa "Tiada kekuasaan melainkan
bagi Allah", maka beliau berkata: (Perkataan yang benar tetapi yang
dimaksudkannya adalah kebatilan. Ya, ianya benar bahawa tidak ada kekuasaan
melainkan bagi Allah. Tetapi mereka ini mengatakan bahawa 'tidak ada pemerintah
kecuali Allah', dan sesungguhnya, mesti ada bagi manusia seorang pemimpin soleh
atau pemimpin jahat, yang orang-orang beriman melakukan [kebaikan] di
bawah pemerintahan beliau dan yang kafir menikmati [manfaat duniawi] di
bawah pemerintahannya. Allah menyampaikan segala-galanya melalui sebab. Melalui
[pemerintah] cukai dikutip, berjuang memerangi musuh, jalan-jalan akan aman,
dan diambil [zakat] dari yang kuat buat yang lemah. Sehingga orang yang baik
mendapat keamanan dan dilindungi dari orang yang jahat.”
Dalam
hadis lain, menyatakan bahawa ketika Ali (a.s) mendengar pendirian mereka, dia
berkata: "Aku menunggu hukum Allah dalam hal ini ke atas kamu."
Kemudian dia berkata: "Bagi pemerintah yang baik, orang-orang yang
bertaqwa dapat beramal [soleh] di bawahnya. Manakala bagi pemerintah yang
jahat, pelaku kejahatan menikmati [manfaat duniawi] di bawahnya sehingga akhir
pemerintahannya atau dia mati."[3]
Sesungguhnya,
makna slogan (Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah) ini adalah: Hakimiyyah
(kekuasaan) Allah, iaitu bahawa sesiapa jua yang mengangkat slogan ini tidak
boleh menerima selain dari Kekuasaan Allah, yang diwakili oleh Undang-undang
Ilahi dan pemerintah yang dilantik oleh Allah. Oleh itu, barangsiapa yang
mengangkat slogan ini sepatutnya menuntut perlaksanaan Undang-undang Ilahi dan
pemerperkasaan pemerintah yang dilantik oleh Allah.
Inilah
yang dimaksudkan dengan perkataan 'Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah', dan
ini sepatutnya tujuan atau tuntutan bagi sesiapa yang membangkitkannya sebagai
slogan. Tetapi Khawarij datang dengan kalimah ini untuk melanggar Ketuanan
Allah, dan mereka benar-benar melemparkannya khusus ke muka Ali (as). Sedangkan
dia adalah Khalifah Allah dan wasi (pemegang wasiat) yang dilantik oleh Allah.
Secara lahiriah nampak seolah-olah mereka tidak menolak Allah, kerana mereka
hanya menolak Ali (a.s). Walau bagaimanapun, jika kita melihat dengan teliti
dan memahami pendirian mereka, kita akan mendapati bahawa pendirian mereka
adalah sama seperti yang pendirian iblis yang tidak menolak untuk sujud kepada
Allah. Malah, dia digelar Tawoos Malaikat kerana banyak beribadah, tetapi dia
hanya menolak untuk bersujud kepada Adam (a.s) sebagai Khalifah Allah.
Jawapan
Imam Ali (a.s) bagi menyangkal tujuan mereka, adalah bertepatan dengan realiti
yang berlaku sekarang, kerana kewujudan masyarakat manusia, mesti bersekali
dengan Undang-Undang dan pemerintah yang melaksanakan undang-undang bagi
mengatur kehidupan masyarakat tersebut. Oleh itu, apabila ditolak Undang-undang
Ilahi dan pemerintah (mulia/ soleh) yang telah dilantik oleh Allah. Maka sudah
pasti ia akan diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia dan pemerintah
yang penindas, kerana realiti tidak pernah terlepas dari menghadapi salah satu
daripadanya. Beliau (a.s) berkata: “Dan sesungguhnya, amat perlu bagi manusia
mempunyai seorang pemimpin samada yang soleh atau pemimpin yang jahat.”
Sekarang,
saya hanya meminta kita menganalisa tiga pendirian:
Iblis
(laknat Allah ke atasnya): Enggan sujud kepada Adam, (enggan mengakui
bahawa Adam menjadi "Khalifah Allah" dan pengantara di antara dia dan
antara Allah.)
Khawarij: Enggan
menerima manusia yang dilantik oleh Allah sebagai pemerintah, tatkala mereka
berkata “Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah”, iaitu mereka menginginkan tiada
pemerintah melainkan bagi Allah. Atau dalam erti kata lain, mereka menolak
untuk menjadikan manusia (Khalifah Allah) sebagai perantaraan di antara mereka
dan Allah. Dan mereka mendakwa ini sebagai Tauhid dan penolakan syirik!!
Wahabi: Mereka
enggan menerima bahawa seorang manusia (Khalifah Allah) boleh menjadi
pengantara di antara mereka dan Allah, malah mereka mendakwa ini sebagai Tauhid
dan penolakan syirik juga!!
Apakah
perbezaan di antara ketiga-tiga pendirian ini?!!
Jika
kita mendalami ke tiga-tiga pendirian, kita akan mendapati bahawa persamaan
antara pendirian Khawarij dan pendirian iblis (laknat Allah ke atasnya)
barangkali memerlukan penjelasan yang telah dibentangkan sebelum ini. Tetapi
dalam hal persamaan antara pendirian Wahabis dan pendirian iblis, maka saya
tidak fikir [bahawa ia memerlukan sebarang penjelasan], kerana pendirian mereka
(kepercayaan mereka) adalah imej sebenar pendirian iblis (laknat Allah ke
atasnya). Justeru itu, posisi mana lagi yang kita mahu bagi menjelaskan perkara
ini? (Bermakna ia sudah jelas dan tidak perlu sebarang penjelasan lagi).
✡✡✡✡✡
___________________________
[1]
Sahih Al-Bukhari - Al-Bukhari: Jilid 4, halaman 179.
[2]
Sahih Al-Bukhari - Al-Bukhari: Jilid 4, halaman 179.
[3]
Nahjul Balaghah, Jilid 1, halaman 91
Tiada ulasan:
Catat Ulasan