Soalan
155:
Apa
yang di maksudkan firman-Nya SWT:
﴿وَالتِّينِ
وَالزَّيْتُونِ * وَطُورِ سِينِينَ * وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ * لَقَدْ
خَلَقْنَا الْأِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ * ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ
سَافِلِينَ * إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ
غَيْرُ مَمْنُونٍ* فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ * أَلَيْسَ اللَّهُ
بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ﴾
{Demi
(buah) Tin dan (buah) Zaitun,* dan demi bukit Sinai,* dan demi kota (Mekah) ini
yang aman,* sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.*
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya ,* kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala
yang tiada putus-putusnya.* Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan
(hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?? * Bukankah Allah
Hakim yang seadil-adilnya?} [Surah 95 At-Tin)]
Jawapan
:
Dengan
nama Allah , Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Segala
puji-pujian tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat Allah ke atas
Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.
{Demi
buah tiin}: adalah Fatimah (as). {Dan Zaitun}: adalah Ali
(as),
﴿يَكَادُ
زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ﴾
dan
dia adalah yang hampir bercahaya walaupun tidak disentuh oleh api. Cahaya di
atas cahaya
[Surah An- Nur
24:35]
{Dan
demi Tur Sinai} : Lembah Al-Salam dalam Al-Najaf, kerana Tur Sinai
telah digerakkan oleh para malaikat ke tempat ini (Al-Najaf).
{Dan
bandar yang selamat ini}: Rasulullah Muhammad (sawas).
{sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian * Kemudian Kami
kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.}: Makhluq pertama
adalah haqiqat Insan apabila dinaikkan ke (martabat) yang tertinggi, dan Makhluq
yang kedua adalah haqiqat Insan apabila jatuh dirinya ke (martabat) yang paling
rendah. Dan yang pertama adalah ‘Aqal atau Muhammad (sawas), dan yang kedua
ialah Jahil atau Yang Kedua, dan kedua-dua mereka adalah manusia (al-Insan),
dan dengan sebab itu Dia SWT berfirman: {sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian * Kemudian Kami kembalikan dia
ke tempat yang serendah-rendahnya.} , yang bermaksud, kami mewujudkan
manusia, dengan itu kami membuat naik ke martabat tertinggi bagi Manusia, dan juga
kepada martabat paling rendah untuk Manusia.
Abu
Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya Allah mencipta ‘Aqal, dan ia adalah
ciptaan yang pertama dari ruh-ruh di sebelah kanan ‘arasy dari cahayaNya , lalu
Dia mrnyuruhnya. Pergilah, jadi ia pergi Kemudian dikatakan kepadanya: ke
marilah, jadi ia datang maka SWT berfirman: . Aku telah mencipta kamu dengan
kejadian yang besar dan kamu dihormati (mulia) ke atas semua ciptaan Ku dan dia
berkata: . Kemudian Dia menciptakan Jahil, dari air masin. laut gelap, lalu Dia
mrnyuruhnya: Pergilah, lalu ia pergi Kemudian dikatakan kepadanya: . . ke
marilah, tetapi ia tidak datang, lalu dikatakan kepadanya: kamu terlalu takbur,
dengan itu Dia melaknatnya." [1]
Yang
mengajar malaikat yang rapat adalah (‘Aqal yang pertama), dan dia adalah
Muhammad (sawas), dan dia adalah seorang manusia.[2] Dan yang direndahkan
adalah Iblis (la) dan dia juga manusia derhaka, dan dia adalah Yang Kedua, atau
Jahil. Dan Iblis (la) ini berkata,
﴿قَالَ
رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ
وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ﴾
"Iblis
berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat,
pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka
bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,}
[Surah Al-Hijr 15:39],
maknanya
orang yang tergoda denganku.
{Maka apakah yang menyebabkan kamu
mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?? *
Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?}
Bahawa
akan tetap buah tiin dan zaitun pada zaman Imam Al Mahdi (as) keduanya mempunyai
kebenaran lain pula. Dan negara aman adalah Imam Al Mahdi (as). Dia SWT berfirman:
﴿وَشَجَرَةً
تَخْرُجُ مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِلْآكِلِينَ﴾
{dan
pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan
makanan bagi orang-orang yang makan.} [Surah
Al Mu'minun 23:20 ]
dan
Dia SWT berfirman
﴿اللَّهُ
نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ
الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ
مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ
زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي
اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾
{Allah
cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Nya, adalah seperti sebuah lubang
yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca
(dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang
dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang
tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya),
yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.
Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya
siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi
manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.}
[ Surah Al Nur 24:35 ]
Oleh
itu, pohon zaitun, dan pohon yang keluar dari Gunung Sinai, dan menghasilkan
minyak, dan zaitun yang bukan dari timur atau barat, semua menunjukkan kepada satu
orang, dan itu adalah Mahdi pertama dalam masa kemunculan Imam Al Mahdi (as).
Untuk dia (Mahdi pertama) adalah zaitun dalam ayat yang kita sebut, dan beliau
adalah pokok yang keluar dari Gunung Sinai (bermaksud Al Najaf), sebagaimana
yang telah diriwayatkan oleh Amirul Mukminin dan Al Sadiq (as) [3]
Bagi
para malaikat memindahkan Gunung [ke tempat lain] selepas kejadian mengangkat
dan ia tidak dikembalikan ke tempatnya
﴿وَإِذْ
نَتَقْنَا الْجَبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنُّوا أَنَّهُ وَاقِعٌ بِهِمْ
خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾
{Dan
(ingatlah), ketika Kami mengangkat bukit ke atas mereka seakan-akan bukit itu
naungan awan dan mereka yakin bahwa bukit itu akan jatuh menimpa mereka. (Dan
Kami katakan kepada mereka): "Peganglah dengan teguh apa yang telah Kami
berikan kepadamu, serta ingatlah selalu (amalkanlah) apa yang tersebut di
dalamnya supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa"} [Surah Al-A’raf
7:171],
mereka
sangka ia akan jatuh kepada mereka, tetapi ia tidak kembali semula ke
tempatnya, dan tidak jatuh kepada mereka, sebaliknya, ia telah dipindahkan [ke
tempat lain].
Dan
makanannya adalah minyak {mengeluarkan minyak}, bermakna ilmunya berat pada manusia,
dan manusia tidak boleh memikulkannya (rahsia dalam rahsia), (dan sukar dan [rumit
untuk difahami]) , sebagaimana yang telah dinyatakan oleh mereka (as).
Abu
Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya perkara kami adalah rahsia dalam rahsia,
dan rahsia dilindungi dengan rahsia, dan rahsia yang tidak memberi manfaat
kecuali rahsia, dan rahsia dengan rahsia, dan rahsia berlitupkan dengan rahsia
) [4]
dan
Abu Ja'afar (as) berkata: (Sesungguhnya urusan kami ini dilindungi dengan berlitup
oleh perjanjian, sesiapa yang melanggarnya ia menghina Allah) [5]
dan
Abu Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya urusan kita ini dilindungi dengan berlitup
oleh perjanjian, sesiapa yang melanggarnya ia menghina Allah) [6]
dan
Abu Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya kami adalah perkara yang haq, dan haq
yang haq, dan ia adalah zahir, dan batin kepada batin, dan ia adalah rahsia,
dan rahsia kepada rahsia, dan rahsia itu dilindungi, dan rahsia berlitup dengan
rahsia ) [7]
Dan
dia adalah zaitun, tiada timur mahupun di barat , minyak yang hampir bercahaya,
kerana dia adalah dari Mahdi-mahdi, dan dianggap sebagai para Imam (as) pada
masa yang lain. Dan terdapat hadits yang telah diriwayatkan dari mereka (as)
yang mengira para Imam terdiri dari dua belas orang dari keturunan Ali dan
Fatimah, yang bermaksud, mereka mengira bahawa Mahdi Pertama dari para Imam (as),
dan dalam kata-kata mereka (as). Dan berikut adalah sebahagian daripada riwayat:
Abu
Ja'afar (as) berkata: (dua belas Imam dari keluarga Muhammad (as) semua
diperanakkan dari Rasulullah (sawas), dan dari keturunan Ali, dan Rasulullah
dan Ali (as) adalah bapa mereka) [8]
Dan dari Abu Ja'afar (as), Jabir Ibn Abdullah Al Ansari berkata: (Saya
memasuki rumah Fatimah (as) dan antara tangannya ada papan tulis (lauh) tertulis
nama-nama al-aushiak dari anak-anaknya, jadi aku kira ada dua belas, yang
terakhir dari mereka adalah Al-Qa'im, tiga daripada mereka adalah Muhammad, dan
tiga daripada mereka adalah Ali) [9]
dan
Abu Ja'afar (as) berkata: (Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad (sawas)
kepada jin dan Manusia, dan dijadikan selepas baginda dua belas khalifah,
sebahagian daripada mereka mendahului dan sebahagian daripada mereka masih
kekal, dan setiap khalifah mengamalkan Sunnah. dan dan aushiak yang datang
selepas Muhammad (sawas) berada dalam Sunnah aushiak Isa dan mereka dua
belas, dan Amirul Mukminin (as) adalah pada sunnah Al-Masih) [10]
Dan
Zirarah, beliau berkata: Aku mendengar Abu Ja'afar (as) berkata: (Kami dua
belas Imam, dari mereka adalah Hassan dan Hussein, selepas itu [datang] para
Imam dari keturunan Al Hussein (as)) [11]
dan
Abu Ja'afar (as) berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda: Aku dan dua belas dari
keturunanku, dan engkau Ali adalah pasak Bumi, bermakna pasak dan gunung-ganang,
Dengan kita Allah telah mengukuhkan Bumi supaya tidak cair penduduknya. maka
jika dua belas dari keturunanku pergi, Bumi akan cair dan penghuninya tidak
akan diselamatkan.)[12]
dan
Abu Ja'afar (as) berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda: Dari keturunanku adalah
dua belas naqib (ketua), dipilih, Ahli pidato dan faqih (faham) yang terakhir
daripada mereka adalah Al-Qa'im, dia akan memenuhinya dengan keadilan
sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman.) [13]
✡✡✡✡✡
____________________
[1]
Bihar Al Anwar : jilid 1, halaman 97
[2
] Salman (ra) berkata : Rasulullah (sawas) bersabda kepadaku: (Wahai Salman,
Allah telah menjadikan ku dari yang terbaik daripada cahayaNya, dan Dia menyeruku
mentaati-Nya, dan Dia menciptakan Ali dari cahayaku, dan Dia menyerunya supaya
mentaati-Nya, dan dia menciptakan Fatimah dari cahaya Ali, maka Dia menyerunya supaya
mentaati-Nya,. dan dia menciptakan dariku, Ali dan Fatimah Al Hassan, dan Dia menyerunya
supaya mentaati-Nya, dan dia menciptakan dariku, Ali dan Fatimah Al Hussein,
dan Dia menyerunya supaya mentaati-Nya,) Dala'il Al Imamah oleh Muhammad ibn
Jarir Al Tabari (Al Sh'ii ): halaman 448
[3
] dalam Bihar Al Anwar: Jilid 31, halaman 219, dari Irsyad al-Qulub, dari Abu
Abdullah (as) bahawa dia berkata: (Al-Ghari adalah sebahagian daripada gunung
di mana Allah bercakap dengan Nabi Musa). Dan dalam Bihar Al-Anwar, Jilid 75,
halaman 205, juga dari Abu Ja'afar (as) bahawa dia berkata: (Pada Wasiat Amirul
Mukminin (as) "keluarkan aku ke bahagian atas, jadi jika kaki kamu membawa
kamu ke tempat yang betul dan kamu bertemu dengan angin, maka kebumikan aku,
dan ia adalah permulaan Tur Sinai (Gunung Sinai) "maka mereka lakukan).
[4]
Al Basa'ir Darajat / Mohammad ibn Al Hassan Al Shaffar: halaman 47
[5]
Al Basa'ir Daragat : halaman 48
[6]
Al Basa'ir Daragat : halaman 48
[7]
Al Basa'ir Daragat : halaman 48
[8]
Al Kafi : jilid 1, halaman 531, hadith 7
[9]
Al Kafi : jilid 1, halaman 532 , hadith 9
[10]
Al Kafi : jilid 1, halaman 532 , hadith 10
[11]
Al Kafi : jilid 1, halaman 533 , hadith 16
[12]
Al Kafi : jilid 1, halaman 534, hadith 17
[13]
Al Kafi : jilid 1, halaman 534, hadith 18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan