Allah ush-Shamad
﴿اللَّهُ
الصَّمَدُ﴾:
{Allah,
Yang Kaya Mutlak}
As-Shamad:
maknanya, Yang Sempurna Yang pada-Nya tidak ada kekurangan atau jurang atau kejelikan
(malu), yang bermaksud, bahawa kita berada pada makam tanzih (terpuji) dan tasbih
(suci) Ketuhanan mutlak-Nya dan menjelaskan Kesempurnaan Nya yang mutlak itu. Oleh
itu, Huwa "Dia" Yang Maha Suci, adalah yang dicari makhluk untuk memenuhi
kekurangan mereka di dalam halaman kewujudan jasmani mereka dan dalam Alam Malakut
(Kerajaan Langit) dan di dalam Cahaya Mutlak di Langit Ketujuh atau di [Langit]
Akal, untuk sesiapa yang mempunyai nasib di dalamnya dan adalah dari kalangan orang-orang
dekat (Muqarabin).
Maka
keterangan Zat Ketuhanan mengenai As-Shamad ini menyatakan kesempurnaan
ketuhanan Mutlak melalui penjelasan bagi kesempurnaanNya yang Maha Suci dari
segala kekurangan. Dan juga, [adalah] satu penjelasan bagi kekurangan yang
wujud dalam penciptaan (makhluk), yang membuat mereka mencari Dia dan berpaling
kepada-Nya SWT, agar Dia melimpahkan kepada mereka limpah kurnia-Nya.
Keterangan
mengenai As-Shamad ini datang selepas al-Ahad (Yang Esa), bermakna ia datang
selepas menjelaskan bahawa jalan Hakikat dan Realiti makrifat adalah melalui
mengesakan Zat dan fana’ pada Nama-nama-Nya, diikuti dengan fana’ padaNya (Zat
itu sendiri), dan yang ditunjukkan padanya.
﴿هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾
{Dia
Allah Yang Esa} , dengan itu, penjelasan terperinci dan menjelaskan bahawa
semua Nama-nama Ilahiyah dan dan Sifat-sifat Kesempurnaan adalah mutlak dan
jauh dari segala kekurangan dan ia musnah dalam Zat, dan Dan ia menunjukkan pada
Nama Allah. Oleh itu, menggambarkan mengenai Shamad (Kaya Mutlak), yang bermakna
tidak ada padaNya, yang bermaksud, tiada apa-apa kekurangan juga tiada jurang di
halaman Nya , tetapi sebaliknya, Huwa "Dia " adalah Paling Sempurna
dari semua arah dan keinginan bagi segala sifat-sifat Kesempurnaan. Kemudian melengkapi
huraian ini, As-Shamad (Yang Kaya Mutlak) yang bermaksud Yang Mendahului
Kemuliaan untuk pengertian Yang bertujuan untuk memenuhi keperluan oleh Dia SWT,
dan dengan Kesempurnaan mutlak-Nya dan mengatasi [semua kekurangan dan
kecacatan] -Nya, maksudnya adalah penciptaan (makhluk) dapat memenuhi kekurangan
mereka, dan melunasi hajat mereka di dunia dan akhirat.
Dan
ayat ini, yang bermaksud, 'Allah Yang Kaya Mutlak' adalah dalam martabat sama
ada pemberi dengan penerima. Kerana, Surah Al- Tauhid mula dari atas, kemudian turun
dalam penjelasan dengan penerima, sehingga ia berakhir dengan perbandingan
kepada penciptaan (makhluk).
﴿وَلَمْ يَكُن لَّهُ
كُفُواً أَحَدٌ﴾
{
dan tidak ada sesuatupun yang setaraNya}. Oleh itu, dari Hakikat dan Realiti
dan fana’ dalam Zat Ilahiyah {﴿قُلْ
هُوَ﴾
Katakanlah "Dia "} kepada mengesakan Zat dan fana’ (tenggelam)
Nama-nama di dalamnya {﴿اللَّهُ
أَحَدٌ﴾ Allah
Yang Esa} untuk menerangkan Zat Ilahiyah menjadi Sempurna Mutlak yang tidak
mempunyai kekurangan dalam-Nya, iaitu Yang memenuhi hajat manusia {﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾ Allah , Yang Kaya Mutlak} .
(اللَّهُ
الصَّمَدُ -
Allah Yang Kaya Mutlak): As-Shamad, seperti yang
telah jelaskan adalah Sempurna Mutlak yang bermaksud bagi memenuhi keperluan dan
kekurangan. Oleh itu, As-Shamad adalah penjelasan bagi Kesempurnaan mutlak dengan
bertasbih kepadaNya dan memerlukan juga membersihkan segala kesalahan
daripada-Nya, Yang Maha Suci. Oleh itu , jika ia adalah Nama-nama dan Sifat-sifat
Ilahiyah yang melambangkan arah Kesempurnaan Ilahi, yang bermaksud dan setiap
sifat atau nama mengandungi lambang arah dari arah tujuan Kesempurnaan, yang
diminta oleh penciptaan, dan daripadanya, melimpah ke atas ciptaan, ia
menjelaskan bahawa semua nama-nama dan sifat-sifat adalah dimasukkan di bawah
sifat ini atau nama As-Shamad, (Yang Kaya Mutlak). Oleh itu, jika kita lanjutkan
perbahasan kita mengnenai As-Shamad, ia akan berpanjangan, kerana kita perlu
untuk memindahkan semua nama-nama dan sifat-sifat yang terdapat dalam Doa Al-Jawshan
Al Kabir sekurang-kurangnya .
Dan
ini saya akan meninggalkan kepada orang-orang yang memahami dan menyedari yang apa
yang aku telah berikan, kerana sesungguhnya Al Imam Sadiq (as) berkata:
"Bahawa
hanyalah dari kami yang kami turunkan kepada kamu yang asal, sementara pada kamu
adalah untuk membendung keluar [dari yang asal] "[1]
Dan
Imam Al Rida (as) berkata: "Dari kami hanya meletakkan asas manakala pada kamu adalah
mengembangkannya." Dan aku mohon dari Allah supaya Dia berikan pertolongan
kepada saudara-saudara pelajar Hawzah Akademik dari Ansar Imam Al Mahdy (as)
kejayaan dalam memperluaskan dan menerangkan lebih lanjut dan memberi
penjelasan mengenai makna di dalam bentuk yang lebih mudah kepada manusia.
Saya
percaya saya telah masukkan As-Shamad (Yang Kaya Mutlak) dalam Kitab
Al-Mutasyabihat, dan mungkin, ia memberikan beberapa manfaat kepada orang-orang
yang membacanya. Dan saya mengingatkan diri saya dan saya mengingatkan kamu
mengenai hadis dari Imam Al Baqir (as) di mana dia berkata: "Jika aku dapat
ilmu yang diberikan kepadaku oleh Allah, Azza wa Jalla, [orang-orang yang
mempunyai keupayaan ] untuk membawanya , saya akan menyebarkan Tauhid Islam,
Iman dan Syariat dari As-Shamad (Yang Kaya Mutlak). Dan bagaimana aku
boleh begitu padaku sedangkan datukku Amir al -Mukminin (as) tidak dapat
mencari seseorang untuk membawa pengetahuannya? Sehingga dia menarik nafas lega
dan berkata di atas mimbar: ' Tanyalah aku sebelum kamu kehilanganku,
sesungguhnya , di antara tulang-tulang rusukku ada pengetahuan yang luas .
Ambillah! Ambillah! Tetapi aku tidak berjumpasesiapa yang boleh membawanya, maka sesungguhnya,
aku atas kamu dari Allah suatu Bukti yang besar. "[ 2]
الصَّمَدُ
As-Shamad
{Yang
Kaya Mutlak}
Manakala, Allah adalah Sempurna,
Dia yang kepadaNya mereka minta agar memenuhi kekurangan dan mencapai
kesempurnaan mereka, dengan itu ia disifatkan dengan sifat-sfat Ketuhanan
secara umum, tidak terbatas kepada-Nya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dari apa
yang mereka sekutukan. Bahkan Ketuhanan Mutlak adalah terbatas kepada-Nya SWT.
Oleh itu, kalimah (لا اله إلا الله) adalah kalimah Tauhid, kerana tujuan kita adalah pada Ketuhanan
Mutlak. Untuk sifat Ketuhanan , secara umum, yang melengkapi kesempurnaan ciptaan-Nya
yang menuju kepadaNya selainNya untuk mendapatkan limpahan kesempurnaan dan
memenuhi kekurangan mereka . Oleh itu, Muhammad (sawas) adalah imej Allah SWT, dan
wajah Allah SWT, dengan itu, dia adalah Allah dalam penciptaan. Tetapi ada perbezaan
dalam mensifati Muhammad (sawas) dengan sifat Ketuhanan dan antara ketuhananNya
SWT adalah yang mensifati Muhammad (sawas) dengan sifat Ketuhanan adalah
terikat dengan kerendahan (kelemahan) dan memerlukan Nya SWT. Ada pun ketuhananNya
SWT adalah ketuhanan Mutlak, dan untuk ini datang sifat As-Shamad
(Yang
Kaya Mutlak) ini yang bermaksud, Yang tidak mempunyai jurang didalamnya dan
tidak ada kekurangan padaNya, supaya kamu Bertasbihlah mensucikan -Nya dan membersihkan
segala kesalahan daripada-Nya, dan untuk menjelaskan ketuhananNya SWT
KesucianNya dan Penafian segala kekuranganNya yang tidak mempunyai kecacatan atau kelemahan
di dalamnya.
Dan dari sini, maka sifat
As-Shamad
(Yang
Kaya Mutlak), yang ditambah pada ketuhanan tidak boleh dimiliki melainkan hanyz
kepadaNya SWT, dan padanya pembezaan Ketuhanan SWT dan penjelasannya adalah bahawa
ia Ketuhanan yang sepenuhnya Mutlak. Dan untuk ini, didatangkan ayat ini dalam
Surah Al Tauhid
﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾
Allah Yang Kaya Mutlak
Dan
Allah As-Shamad, adalah bersamaan dengan mengatakan bahawa Allah adalah cahaya
yang tidak ada Kegelapan padanya. Dan ia adalah sifat yang tidak seorang makhluk
pun berkongsi denganNya dan begitu juga
pada Mendengar dan Melihat dan Mencipta. Maka ini adalah sifat-sifat yang
dikongsi oleh makhluk, dengan itu kamu boleh mengatakan bahawa Muhammad (sawas)
adalah cahaya, tetapi di dalamnya ada kegelapan dan ia adalah “Ana” dan Keakuan,
dan jika tidak, tidak akan kekal Muhammad tidak pada nama dan tidak pada bentuk
rupa (imej), dan tidak ada yang akan kekal melainkan Allah, Yang Maha Esa, Yang
Maha Menakluk SWT.
Oleh
itu , Muhammad (sawas), walaupun dia berada di darjat tertinggi kesempurnaan keharusan
pada penciptaan (makhluk), dan Muhammad (sawas) adalah imej Allah dan membawa
sifat-sifat Ketuhanan dalam penciptaan, untuk dikenali penciptaan pada Allah SWT.
Oleh yang demikian, penciptaan berpaling kearahNya supaya Dia melengkapkan
mereka dan memenuhi kelemahan mereka . Tetapi Muhammad (sawas) dari arah (aspek)
lain kekurangan padaNya SWT, kerana dia adalah seorang hamba dari hamba-hamba
Allah
﴿يَكَادُ زَيْتُهَا
يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ﴾
{yang
minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya
(berlapis-lapis)} [Surah An-Nur, 24.35] .
Dia
hampir bercahaya dari diri sendiri, tidaklah dia sebenarnya bercahaya dari diri
sendiri, sehinggakan, walaupun Ibrahim (as), dan dia adalah daripada kalangan Rasul-rasul
Uli al-“Azim, apabila dia melihat Kerajaan Langit, dia fikir bahawa disifati
Muhammad (sawas) dengan sifat Uluhiyah adalah Ketuhanan Mutlak. Dan dia fikir
bahawa Rububiyah Muhammad (sawas) adalah Rububiyah Mutlak, maka, kalau begitu
Siapa Allah SWT kepada Ibrahim (as), lalu dikasyafkan (diperlihatkan) kepadanya
Muhammad (sawas) tenggelam dan kembali kepada “Ana” dan Keakuan. Oleh itu, Nabi
Ibrahim menyedari bahawa Allah SWT, tidak dilihat di Malakut (Kerajaan Langit),
hanya kerana beliau sedar bahawa Dia tidak boleh dilihat dalam Kerajaan (Dunia –
Alam Syahadah) ini. Dan demi sesungguhnya , Muhammad (sawas) melihat adalah
melihat Allah, dan Muhammad (sawas) menghadap adalah menghadap Allah Yang Maha
Suci, Yang Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan. Dan ini telah dijelaskan
dari Ahlul Bayt, sesuatu dari makna seperti ini, dalam lipatan ucapan-ucapan
mereka (as).
Imam
Al Sadiq (as) pada firman Yang Maha Tinggi:
﴿وَأَشْرَقَتِ
الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا﴾
{
Dan terang benderanglah bumi dengan cahaya Tuhannya } [Surah Az-Zumar 39: 69],
beliau (as) berkata : "Tuhan Bumi adalah Imam Bumi." Dikatakan padanya:
"Jika dia muncul apa yang berlaku? " beliau berkata: " manusia pada
masa itu mesti meninggalkan cahaya matahari, dan cahaya bulan, kerana mencukupi
untuk mereka akan cahaya Imam (as). "[ 3]. Walaupun Tuhan Bumi adalah
Allah SWT tetapi (Rububiyah) kekuasaanNya SWT adalah Kekuasaan Mutlak manakala Kekuasaan
Imam Al Mahdi (as) adalah terikat dengan kemiskinan dan bergantung kepada-Nya Subhanahu
Wa Taala.
✡✡✡✡✡
________________________________
[1]
Al Hadaiq Al Nadira - Al Muhaqaq Al Bahrany, Bab 1. Halaman. 133.
[2]
Al Tauhid - Sheikh Sadouq , Halaman. 92-93 .
[3]
Mustadraq Sufiana Al Kelantan, Bab. 4, Halaman. 47.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan