Qul Huwa Allah Ahad
﴿قُلْ
هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾
{Katakanlah,
' Dialah Allah, Esa}
Huwa
"Dia" adalah Kata ganti (ganti
nama) ke tiga (Dhamir al-Ghaib), yang merujuk kepada Nama Teragung Lagi
Teragung Lagi Maha Teragung atau Realiti dan Hakikat. Jadi, apa yang
dimaksudkan di sini adalah "Katakanlah kepada mereka jika kamu ingin mengenal
Hakikat-Nya dan Realiti-Nya SWT maka adalah mengenali dengan Makrifat az-Zat
al-Ahdiyah (Mengenal Keesaan Zat). " Kerana Zat ini terhijab pada Realiti dan
Hakikat Kebenaran dan kamu tidak akan kenal (tahu) apa yang ada di belakang hijab,
kecuali dengan memecahkan (menembusi) hijab, dan kamu tidak akan memecahkan (menembusi)
hijab kecuali dengan makrifah. Oleh itu, jika kamu kenal (tahu) fana’ (melebur)
Nama-nama Ilahiyah pada Zat atau Keesaan Allah pada Zat dan kamu melihat di
dalamnya dan padanya dengan memandang pada realiti dan Hakikat Hijabnya, maka kamu
telah mengenal sepenuhnya Hakikat makrifat ia adalah ketidakupayaan dari
makrifah.
Dan
{﴿هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾ - Dialah Allah Esa} merujuk pada dua makna:
Pertama : Ia
adalah fana’ (melebur) Nama-nama Ilahiyah pada Zat dan mengesakan Zat pada Tauhid
yang tak terpisahkan.
Kedua: Ia
adalah fana’ (melebur) Uluhiyah (Ketuhanan) pada hakikat martabat yang akhir
(ini adalah martabat akhir Tauhid ), kerana Uluhiyah mempunyai banyak namaan
(kenyataan) kerana ia membawa makna kesempurnaan. Dan dengan itu, mencari Dia
untuk memenuhi kekurangan mereka dan untuk mencapai kesempurnaan dan
kesempurnaan terdapat banyak arah.
Dan
pada makna yang pertama terdapat dua martabat:
Pada
martabat pertama : Allah Esa, bermakna Dia Maha Kuasa dan Keupayaan pada
Zat-Nya, dan Maha Pemurah dan melimpah rahmat pada Zat-Nya. Dan pada martabat ini
Nama-nama Ilahiyah melebur (fana’) pada Zat tetapi ia dapat dilihat secara
terperinci , bermakna Allah Yang Berkeupayaan, Yang Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
Dan
pada martabat kedua: Allah Esa, bermakna, bermakna Dia sempurna, dan Dia
diminta [oleh hamba] untuk memenuhi kekurangan mereka dan mencapai
kesempurnaan. Dan Nama-nama Ilahiyah melebur (fana’) pada-Nya tanpa
memerhatikannya secara terperinci, tetapi secara menyeluruh, memandangkan
bahawa ianya adalah aspek-aspek (arah) kesempurnaan, makna, yang melihat kepada
Allah SWT, Yang Sempurna tanpa memandang atau beralih ke arah nama-nama yang sempurna.
Dan ia tidak tersembunyi dalam mengumpul kemajmukan kekal ini seperti api [kekal]
di bawah bara. Oleh itu, apa yang dimaksudkan adalah memenuhi kekurangan dan mencapai
kesempurnaan sama ada maksudnya ini adalah secara terperinci atau secara umum.
Adapun
makna kedua: Yang merujuk kepada {﴿هُوَ
اللَّهُ أَحَدٌ﴾ - Dialah
Allah Esa}, adalah fana’ (melebur) Uluhiyah (Ketuhanan) dan Kesempurnaan pada
Realiti dan Hakikat, tidak memandang kecuali pada Yang disembah SWT sebagai sembahan,
dengan itu, tidak akan ada Uluhiyah (Ketuhanan) pada martabat ini dari kewujudan
tauhid, bahkan, tidak tinggal kecuali mereka melihat ke arah Hakikat dan
Realiti atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Huwa "Dia")
dan ini adalah martabat Tauhid Tertinggi, dan tujuan Insan dan kesempurnaan hakiki
adalah Hakikat dan Realiti ibadah. Dan untuk ini shaf Rasul yang mulia (sawas)
pada martabat
tertinggi digambarkan
sebagai "hamba".
﴿فَأَوْحَى إِلَى
عَبْدِهِ مَا أَوْحَى﴾
{Lalu
dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan.} [Surah
An-Najm 53:10] .
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan