Soalan
26: :بسم الله الرحمن الرحيم
Al-Syed
Ahmad Al-Hassan, semoga Allah memberikan Tuan kekuatan dalam membantu Waliy-Nya
dan Al-Qaim dengan Urusan-Nya ...
Saya
menyeru manusia untuk menyokong Tuan dan saya menerangkan kepada mereka Fikrah
Pergerakan Ansar tetapi tanpa apa-apa jawapan daripada mereka. Soalan saya: Adakah
ia Taklif (saya bertanggung jawab) dalam dakwah ini atau adakah ia penambahbaikan
(islah) untuk diri saya yang rendah? Adakah saya sepatutnya mengambil persetujuan
Imam Al-Mahdi (as) dalam perkara ini? Sila jelaskan arah (sifat) saya mengikut
pandangan Imam sendiri dan apa yang dia nasihatkan kepada saya dan bagaimanakah
persetujuan diambil (عجل الله له الفرج وسهل له المخرج -
semoga Allah mempercepatkan pelepasan untuknya dan memudahkan kemunculan
beliau). Dan Allah sahaja yang tahu berapa banyak saya gembira dengan doa ini.
Saya mohon Tuan mendoakan untuk saya agar mendapat taufiq dalam memahami
maknanya dan mendapat manfaat daripadanya untuk terus menyokong Imam yang
ditindas dan dianiaya.
3ala'
Razaq
5
/ Rabi3 Al-Tsani / 1426 H.
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم.
Segala
puji adalah bagi Allah atas ujianNya dan nikmat yang besar dariNya.... Ya Allah
selawat atas Muhammad dan Aali Muhammad
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته,
Tiap-tiap
orang yang beriman dengan Risalah Ahmad Al-Hassan dari Imam Al-Mahdi (as)
adalah bertanggungjawab untuk berdakwah (menyeru) ketentuan ini, menyokong, menyertai
dan mengikutinya, serta mengikut pimpinan daripada Syed Ahmad sendiri, atau
melalui wakil-wakil yang dilantik.
Apa-apa
kebenaran (keizinan) dari Syed Ahmad Al-Hassan adalah keizinan dan kebenaran
Imam Al-Mahdi (as) kerana dia adalah Timbalan (Wakil) Khas dan menyampaikannya dari
beliau (as). Saya memohon kepada Allah untuk memberikan kita semua taufiq untuk
menyokong kebenaran dan pemegang kebenaran (Sohib Al-Haq).....
والحمد لله وحده
dan
pujian adalah untuk Allah semata-mata.
Nadzim
Al-3uqaili
Ansar
Al-Imam Al-Mahdi (a.s).
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan