Soalan
12: Kepada Syed Ahmad Al-Hassan. Salam hormat.
Apakah
sifat-sifat yang menjadikan anda layak untuk tugasan ini? Atau apakah sifat-sifat
yang membezakan anda dengan Syiah yang lain, yang membuatkan Mahdi anda memilih
anda sebagai wakilnya?
Rita
George,
25/Rabi3
Al-Awwal/1426 H
Jawaban:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Apabila
Allah berfirman kepada Musa (as): Jika kamu datang untuk bermunajat (berdoa),
maka datanglah bersama dengan seseorang yang lebih rendah darjatnya untuk
menemani kamu.
Jadi
apabila Musa (as) melihat seseorang, beliau tidak berani untuk mengatakan
dirinya lebih baik dari orang tersebut, lalu beliau mula mempertimbangkan jenis
yang lebih rendah dan apabila beliau melihat seekor anjing liar, beliau
memutuskan untuk membawa anjing itu menemani beliau. Lalu beliau melilitkan
tali di leher anjing tersebut, namun di pertengahan jalan, Musa melihat kepada
anjing tersebut dan berkata: Aku tidak tahu dalam bahasa apa kamu memuji Allah,
jadi bagaimana aku lebih baik dari kamu? Maka Musa (as) melepaskan anjing
tersebut dan pergi bermunajat.
Allah
berfirman: “Wahai Musa, apa yang telah Aku perintahkan pada mu?” Maka Musa
menjawab: “Ya Allah, aku tidak menjumpai sesiapapun (yang lebih rendah darjatnya)”.
Lalu Allah berfirman: “Wahai anak Imran, jika kamu tidak melepaskan anjing
tersebut, maka akan Ku padamkan nama mu dari senarai kenabian.”[7]
Dan
saya, hamba yang hina, tidak terlintas di hati kecil bahawa saya lebih
baik dari anjing liar itu, dan saya melihat diri saya mempunya dosa yang besar,
di tangan Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ahmad
Al-Hassan
✡✡✡✡✡
_______________
[7]
- lihat: 3iddah Al-Da3iy: halaman 204 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan