Muhammad
(S), kesudahan segala Nabi dan Penamat mereka
محمد (ص) خاتِم النبيين وخاتَمهم
Kini
kita arahkan diri kita kembali kepada Muhammad (S) sebagai penutup para nabi
dan Penamat mereka, kerana baginda (S) adalah yang terakhir dari Nabi-nabi dan
Rasul-rasul dari Allah SWT, dan risalahNya, KitabNya Al-Quran, dan SyariatNya
itu kekal sehingga hari kiamat kerana tidak ada agama yang wujud selepas agama
Islam:
﴿وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ
الْإسْلامِ دِيناً فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ
الْخَاسِرِينَ﴾
{Barangsiapa mencari
agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)
daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.} [66]
Walau
bagaimanapun, mencapai makam nubuwah masih terbuka {boleh dicapai) untuk
anak-anak Adam. Sesiapa pun dari orang-orang mukmin yang ikhlas kepada Allah
SWT dalam amalan dan ibadah boleh mencapai makam nubuwah. Sebagaimana kekal
(masih ada) laluan wahi (ilham) dari Allah SWT untuk anak-anak Adam melalui Rukya
(mimpi) yang Benar masih terbuka (masih wujud) pada masa sekarang dan yang
dirasakan dalam kenyataan (realiti) kehidupan
Adapun
bagi mengutus Rasul-rasul yang telah mencapai makam nubuwah dari Allah SWT,
samada ada mereka memelihara (melaksanakan) Syariat Muhammad (S) iaitu agama
Islam, atau mereka memperkenalkan agama baru, ia tidak lagi wujud kerana Allah
SWT telah menamatkannya dengan terutusnya Muhammad (S)
Walau
bagaimanapun, selepas pengutusan Muhammad (S) seorang manusia sempurna,
Khalifah Allah Sebenar, dan kemunculan Allah di Faran dan Shurah Al-Lahut),
urusan (perintah) untuk pengutusan dilakukan oleh Muhammad (S) maka semua para
Imam (as) mereka adalah utusan-utusan kepada umat ini, tetapi dari Muhammad (S)
(Allah di dalam penciptaan). Allah SWT berfirman,
﴿وَلِكُلِّ أُمَّةٍ
رَسُولٌ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ وَهُمْ لا
يُظْلَمُونَ﴾
{Dan bagi tiap-tiap umat
mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan
antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya.} [67]
Dari
Jabir dari Abi Jafar (as) berkata,
"Aku bertanya
kepadanya tentang tafsiran ayat ini,
{Dan bagi tiap-tiap
umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan
antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya.}
Dan beliau (as) berkata,
"tafsiran tersembunyi ayat ini adalah untuk setiap abad (kurun) umat ini
ada seorang Rasul dari (keturunan) Aali Muhammad yang muncul kepada abad beliau
dihantar sebagai utusan. Mereka adalah Auliak dan mereka adalah rasul. Adapun
firmanNya:
{maka apabila telah
datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan
mereka (sedikitpun) tidak dianiaya,}
dia berkata,
"Maknanya adalah bahawa rasul-rasul yang menghukum di antara mereka dengan
adil, dan mereka tidak melakukan kezaliman sebagaimana Allah berfirman." [68]
Allah SWT berfirman,
﴿ إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ
هَادٍ﴾
{Sesungguhnya kamu
hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang
memberi petunjuk.} [69]
Dari
Al-Fudhail berkata,
"Aku bertanya
kepada Aba Abdillah (as) mengenai kata-kata Allah AWJ {bagi tiap-tiap kaum
ada orang yang memberi petunjuk.} Beliau (as) berkata," Setiap Imam
adalah petunjuk untuk kurun zamannya." [70]
Dari
Abi Jafar (as) berkata: Mengenai firman Allah (AWJ),
{Sesungguhnya kamu
hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang
memberi petunjuk,}
dia berkata,
"Rasulullah (S) adalah pemberi peringatan dan untuk setiap zaman
terdapat pemberi petunjuk dari kami
untuk adalah pemberi petunjuk mereka dengan
apa yang didatangkan pada Nabi Allah (S). Dan pemberi
petunjuk selepas Muhammad (S) adalah Ali dan kemudian Aushiak
selepasnya, seorang selepas seorang."[71]
Dari
Abi Bashir berkata, "Aku bertanya kepada Abi Abdillah (as):
{Sesungguhnya kamu
hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang
memberi petunjuk.}"
Beliau berkata,
"Rasulullah (S) adalah pemberi amaran dan Ali adalah pemberi petunjuk. Ya Aba Muhammad, dari siapa pemberi petunjuk hari ini? "Aku berkata,"
Bahkan, semoga jiwaku menjadi tebusan tuan. Daripada tuan adalah pemberi petunjuk demi satu pemberi petunjuk sehingga ia sampai pada tuan.
"Dia berkata, "Allah merahmati kamu, Ya Aba Muhammad. Jika ayat itu
turun ke atas seorang lelaki, dan kemudian orang itu mati, matilah juga ayat
itu, dan akan matilah juga Kitab itu, tetapi Kitab itu masih hidup dan ia
terpakai untuk orang-orang yang tinggal sebagaimana ia digunakan oleh mereka
yang sebelumnya. [72]
Dari
Abi Ja’far (as) berkata mengenai firman Allah TWT,
{Sesungguhnya kamu
hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang
memberi petunjuk,}
katanya, "Rasulullah (S) adalah pemberi
peringatan, dan Ali adalah pemberi petunjuk.
Maka demi Allah itu tidak pernah kami tinggalkan dan ia masih di sisi kami
sehingga hari kiamat. "[73]
Mereka
(as) adalah utusan-utusan yang memberi petunjuk dari Muhammad (S) dan Aali
Muhammad (as). Di samping itu, mereka semua (atas mereka selawat Tuhanku)
mempunyai makam nubuwah. Bahkan syarat prmgutusan yang tidak berubah, ia adalah
kesempurnaan akal, mereka mesti mencapai makam Langit Ketujuh
Keseluruhan (langit aqal).
Perkara
ini diperbaharui dibaca oleh semua orang (sama ada mereka memahami atau tidak)
ketika Ziarah Rasul (utusan) pertama dari Muhammad (S) dia adalah Ali bin Abu
Talib (as) Malah, seseorang tidak memasuki makam suci Amir Al-Mukminin (as)
sebelum membacanya dan ia adalah bersamaan dengan Ziarah Nabi Muhammad (S)
Dalam
Ziarah Amir Al-Mukminin Ali (as) yang diriwayatkan dari Al-Shadiq (as)
(.... وتقول: السلام من
الله على محمد أمين الله على رسالته وعزايم أمره ومعدن الوحي والتنزيل، الخاتم لما
سبق والفاتح لما استقبل، والمهيمن على ذلك كله ، الشاهد على الخلق، السراج المنير،
والسلام عليه ورحمة الله وبركاته)
"... Dan kamu
mengucapkan, 'Salam dari Allah atas Muhammad perlindungan Allah atas
risalahNya, perintahNya yang mesti dilaksanakan, teras kepada wahi dan
Al-Quran, penamat yang datang sebelumnya, dan pengasas kepada mereka yang belum
datang, dan yang lebih utama atas semuanya, menjadi saksi atas penciptaan, lampu
ysng menerangi, dan salam atasnya, rahmat Allah dan kebaberkatanNya." [74]
Ungkapan
yang sama muncul dalam Ziarah Al-Hussain (as) Abu Abdullah (as) berkata,
"... Jika anda
menghadapi kuburan Al-Hussain (as) kamu mengucapkan, 'Salam dari Allah atas
Muhammad perlindungan Allah atas risalahNya, perintahNya yang mesti
dilaksanakan, teras kepada wahi dan Al-Quran, penamat yang datang sebelumnya,
dan pengasas kepada mereka yang belum datang, dan yang lebih utama atas
semuanya, menjadi saksi atas penciptaan, lampu ysng menerangi, dan salam
atasnya, rahmat Allah dan kebaberkatanNya." [75]
Amir
Al-Mukminin Ali (as) berkata,
"... Dan aku
menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah semata-mata tanpa sekutu
bagiNya, kesaksian memenuhi tanggungjawab Islam dalam mengingatkannya dan
beriman dengan azab hari perhitungan yang diakhiriNya. Dan aku bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba-Nya, penamat
apa datang sebelum risalah dan
mengakhirinya, dan Rasul-Nya, pengasas apa yang belum datang daripada dakwah
dan menyebarkanya ..." [76]
Muhammad
(S) telah menamatkan rasul-rasul dari Allah SWT, dan telah membuka pengutusan
rasul-rasulnya dari dirinya sendiri (S) ("penamat yang datang sebelumnya,
dan pengasas kepada mereka yang belum datang.")
Dengan
itu, ia telah menjelaskan kewujudan baginda (S) sebagai penamat iaitu
tengah-tengah di antara dua perkara dan kewujudan baginda (S) sebagai penamat
yang bermaksud yang terakhir. Ia juga telah menjelaskan bahawa baginda adalah
penutup Nabi-nabi yang bermaksud bahawa bagindalah yang mengakhiri risalah
mereka, iaitu risalah perjuangan mereka ditamatkan dengan nama baginda (S). Ini
adalah kerana pengutusan nabi-nabi sebelumnya adalah dari Allah SWT, tetapi
juga Muhammad (S) adalah hijab antara Allah SWT dan para nabi. Maka
risalah-risalah dari baginda disebarkan, dan melalui baginda Kesahan risalah
diturunkan ke atas para nabi. Jadi Muhammad (S) adalah pemilik risalah dari
Nabi-nabi terdahulu, diturunkan risalah dari pengesahan baginda. Baginda adalah
hijab yang paling hampir dengan Allah SWT, maka pengutusan (para rasul)
sebelumnya adalah dari Allah dan melalui Muhammad (S) (hijab yang paling
hampir). Kerana baginda (S) belum diutus dan pengutusan seterusnya adalah
Muhammad (S) dan dengan perintah Allah baginda (S) mengutus nama-nama antaranya
nama Ali bin Abu Talib (as) dia adalah rasul kepada Rasulullah (S) (Utusan
kepada Utusan Allah).
Dari
Jamil bin Saleh, dari Zhuraih berkata, "Aku mendengar Aba Abdillah (as)
berdoa kepada Allah supaya melindungi sebahagian anak-anaknya dan berkata:
“Aku berjanji kepada
kamu wahai angin, wahai kesakitan, apapun masalahnya bagiku, dengan ketetapan
yang diputuskan Ali bin Abu Talib Amir Al-Mukminin (as) Rasul kepada Rasulullah
(S) kepada jin dari Wadi (Lembah) Shabrah, maka mereka menjawab serta taat
untuk apa yang aku jawabkan, taat dan keluarlah dari anak Fulan bin binti
Fulanah, saat ini, saat ini. '"[77]
✡✡✡✡✡
------------------------------------
[66]
- Al-Imran 3:85
[67]
– Yunus 10:47
[68]
- Tafsir Al-3iyasyi Jilid 2 Halaman 123, Tafsir Nur Al-Tsaqalain Jilid 2
halaman 305, Bihar Al-Anwar Jilid 24 halaman 306.
[69]
– Al-Ra3d 13:7.
[70]
- Al-Kafi Jilid 1 Halaman 191, Bashair Al-Darajat halaman 50, Ghaybah
Al-Nu3mani halaman 109, Bihar Al-Anwar Jilid 23 halaman 3.
[71] - Al-Kafi Jilid 1 Halaman 191, Bihar
Al-Anwar Jilid 16 halaman 358, Tafsir Al-Shafiy Jilid 3 halaman 59, Tafsir Nur
Al-Tsaqalain Jilid 2 halaman 483.
[72]
- Al-Kafi Jilid 1 Halaman 192, Bihar Al-Anwar halaman 279, Tafsir Nur
Al-Tsaqalain Jilid 2 halaman 483, Ghayah Al-Maram Jilid 3 halaman 7.
[73]
- Al-Kafi Jilid 1 Halaman 192, Al-Basair Darajat halaman 50, Ghaybah Al-Nu3mani
halaman 110, Bihar Al-Anwar Jilid 23 halaman 3.
[74]
– Man La Yahdharuh Al-Faqih Jilid 2 halaman 558, Tahzhib Al-Ahkam Jilid 6
halaman 25, Al-Misbah Kaf3ami halaman 474, Farhah Al-Ghirri halaman 107, Bihar
Al-Anwar Jilid 97 halaman 148, Al-Mizar oleh Al-Mufid halaman 77 dan 104.
Dengan perbezaan wujud frasa ibarat menggantikan saksi (Al-Syahid), dan saya
maksudkan: (Penutup bagi yang sebelum dan pembuka apa yang datang), dan datang
ungkapan ini sedikit berbeza pada Amir Al-Mukminin dan ia diketahui oleh semua
orang yang berselawat kepada Nabi dan keluarga baginda (S), di mana baginda
bersabda: (Penutup bagi yang sebelum dan pembuka apa yang datang) Nahjul
Balaghah dengan Syarah Muhammad Abduh Jilid 1 halaman 120, Bihar Al-Anwar Jilid
74 halaman 297, seperti diambil ungkapan ini dalam Al-Mizar oleh Al-Masyhidi
halaman 57, 264. Dan diambil ungkapan pertama ini dalam Kitab yng sama halaman
264.
[75]
- Kamel Al-Ziyarah halaman 368, Al-Mizar oleh Al-Masyhidi Al-Aawwal halaman 37.
[76] - Yanabi3 'Al-Mawaddah Jilid 3 halaman
206, Ilzam Al-Nashib Jilid 2 Halaman 157, Nafhaat Al-Azhar Vol 12 halaman 80.
[77]
- Al-Kafi Jilid 8 Page 85, Thab Al-Aimmah halaman 40, Bihar Al-Anwar Jilid 92
halaman 8.
Seterusnya >> Rasul-rasul Dari Rasul-rasul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan