Soalan
30: بسم الله العزيز الحكيم
Kepada
Al-Syed Ahmad Al-Hassan ... Apakah pendapat anda terhadap Al-Syed Al-Wali Al-Muqaddas
Muhammad Al-Shadr (ra)?
Apakah
risalah ilmiah keagamaan anda. yang dengannya menjadi bukti kepada orang yang
beriman?
jika
cara anda untuk membuktikan hujjah anda pada mreaka yang mendustakan dari
Marajik tanpa perlu anda pergi kepada mereka, tetapi mereka datang kepada anda,
kerana menurut dakwaan anda, anda adalah seorang Rasul dari Al-Imam (aj)?
Sila
jawab soalan saya.
PS:
Saya tidak menafikan sebarang campur tangan bagi Imam; kerana Imam itu hadir
sekarang dan kita sedang menunggu untuk dia muncul dengan kemunculan Terbesar
beliau.
Namir
7
/ Rabi3 Al-Tsani / 1426 H
Jawapan:
بسم الله الرحمن
الرحيم،
الحمد لله على بلائه وعظيم نعمائه … اللهم صلِّ على محمد وآل محمد.
Segala
puji adalah bagi Allah atas ujianNya dan nikmat yang besar dariNya.... Ya Allah
selawat atas Muhammad dan Aali Muhammad
.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam
atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
Pendapat
Al-Syed Ahmad Al-Hassan terhadap Al-Syahid Al-Syed Muhammad Muhammad Shadiq
Al-Sadr adalah bahawa dia adalah salah satu daripada pengislah (reformis) dan
dia dianggap sebahagian dari mereka yang banyak membuka jalan kepada Imam
Al-Mahdi (as), Semoga rahmat Allah ke atasnya dan keberkatanNya.
Risalah
ilmiah Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan bukti ke atas manusia bahawa dia seorang
Rasul (utusan) dari Imam Al-Mahdi (as) adalah untuk menyatukan kembali umat
daripada perselisihan, kesesatan dan perpecahan, dan untuk menyatukan mereka di
bawah panji-panji Imam Al-Mahdi, dan untuk menyingkirkan dan menentang
pelantikan manusia (Kekufuran Demokrasi ala Barat) dan berikrar (mewujudkan)
dengan Hakimiyah Allah Ta3ala; di mana beliau telah menjelaskannya di dalam Kitabnya
(حاكمية الله لا حاكمية
الناس -
Hakimiyah Allah, Bukan Ketuanan Manusia), jadi sila rujuk kembali kepadanya dan
memikirkannya.
Pembuktian
(dalil-dalil) kejujuran (kebenaran) Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah banyak jadi
sila rujuk di laman web yang dinyatakan di atas dan kami membuat pernyataan
khas (Al-Balagh Al-Mubin Jilid 1), (Al-Rad Al-Qashim -The Shattering reply - jawapan
penamat) dan (Al-Rad Al-Hasym - Jawapan Tegas), dan lain-lain penerbitan Ansar
Al-Imam Al-Mahdi (as).
Sunnah
Allah Ta3ala kepada pemegang dakwah Al-Ilahiyah adalah untuk menyampaikan
kepada manusia dan menegakkan hujjah ke atas mereka di hadapan Allah Yang Maha
Tinggi. Jadi jika manusia atau ulamak berpaling dan mengabaikan seruan-seruan
ini, maka adalah satu kemestian untuk mengetuk pintu mereka dan mengajak mereka
mendengar hujjah dan penjelasan, kerana ini adalah sirah perjalanan dari
Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan para Imam yang suci, seperti yang diterangkan
Rasulullah (S): (Doktor perayauan (Tabib bergerak) bersiap sedia dengan salap (ubat
sapu) dan telah dipanaskan ubat-ubatannya), dan pada awal baginda diutus, baginda
(S) menghantar utusan kepada raja-raja seperti raja Rom dan raja Parsi dan
lain-lain, menuntut mereka supaya beriman dengan risalah baginda dari Allah Yang
Maha Tinggi, dan Allah Ta3ala dengan sunnah (cara) ini telah menyebut dalam banyak keadaan
dalam Al-Quran Al-Karim, sebahagian dari firmanNya yang Maha Tinggi dalam
menerangkan dakwah Nabi Allah Nuh (as), firmanNya:
﴿قَالَ رَبِّ إِنِّي
دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلاً وَنَهَاراً * فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائي إِلَّا فِرَاراً
* وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي
آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَاراً
* ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَاراً * ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ
وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَاراً﴾
Nuh
berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan
siang, (5) maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari. (6) Dan
sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka,
mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya
(kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan takbur diri dan sangat sombong. (7)
Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka dengan cara terang-terangan, (8)
kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan
dengan diam-diam, (9). [71]
.
Nadzim
Al-3uqaili
Ansar
Al-Imam Al-Mahdi (a.s).
✡✡✡✡✡
---------------------------
[71] – Nuh 71:5-9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan