Sabtu, 30 Ogos 2014

Rasul-rasul Dari Rasul-rasul


Rasul-rasul Dari Rasul-rasul

الرُسل من الرسل

Al-Quran telah menerangkan perkara penting ini, kerana Al-Rasul Muhammad (S) telah membuka pintunya dengan luas. Ini telah berlaku sebelumnya, khususnya kepada Isa (as) (Kedatangan Allah di Gunung Sa3ir) dan orang yang membuka jalan kepada Muhammad (S) dan dakwah yang besar, yang akan menyaksikan perubahan besar dalam kaedah dan cara (manhaj) pengutusan (rasul-rasul) Tuhan (Al-Irsal Al-Ilahi) kepada penduduk Bumi, dan perlantikan (pengganti) Khalifah-Nya SWT di bumi-Nya.

Sesungguhnya Isa (as) telah mengutus utusannya (rasulnya) sendiri ke Antakiah (Antioch). Mereka juga adalah Rasul-rasul dari Allah kerana Isa (as) menjalankan perintah Allah SWT.

﴿لا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ﴾

{Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya..} [78]

Oleh itu, pengutusan (rasul-rasul) Nabi Isa (as) telah disebut di dalam Al-Quran, dalam Surah YaaSin. [79]  Yang Maha Tinggi berfirman,

﴿وَاضرِب لَهُم مَّثَلاً أَصحَابَ القَرْيَةِ إذْ جَآءَهَا المُرْسَلُونَ * إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُمْ مُرْسَلُونَ﴾

{Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka. *(yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang di utus kepada kamu". "} [80]

Allah berkata {Kami utus} walaupun yang mengutus adalah Isa (as) Jadi penghantaran daripada Isa (as) menjadi utusan dari Allah SWT, kerana Isa (as) mewakili Allah dalam penciptaan kerana dia adalah "kedatangan Allah di Gunung Sa3ir ".

Masih ada sesuatu yang kita perlu tahu dalam perkara menghantar utusan-utusan dari Rasul-rasul itu, orang yang diutus mesti berada dalam makam Ketuhanan (Al-Lahut) untuk diutus (menjadi rasul). Sebab itu Rasul-rasul dari Rasul-rasul daripada Allah SWT, (yang mengutus) mestilah dalam makam (martabat) Allah dalam penciptaan.

Untuk menjelaskan masalah ini lebih lanjut saya katakan, apabila Allah SWT mengutus utusanNya, Allah ada bersama Rasul-rasul itu mendengar dan memerhatikan mereka. Oleh itu, Dia SWT ada di sekitar Rasul-rasul dan musuh-musuhnya itu, supaya tidak berlaku kesilapan dalam menyampaikan risalah, begitu juga musuh-musuh Allah tidak berupaya menghalang penyampaian risalah, tidak kira bagaimana cara pun mereka mencubanya. Yang Maha Tinggi berfirman,

﴿ قَالَ لَا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَىٰ

{Allah berfirman: "Janganlah kamu berdua khawatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat."} [81]

Ia adalah perlu untuk sesuatu keadaan yang seperti itu dalam penghantaran Rasul-rasul (as) Maka penghantaran yang mewakili Allah mengelilingi Rasul-rasul oleh musuh-musuhnya, adalah didengar, dilihat, dikuasai dan diketahui dengan keupayaan Allah dan ilmuNya. Jika tidak demikian, Rasul-rasul ini bukanlah diutus oleh Allah pada hakikatnya. Tepat sebagaimana dinyatakan-Nya SWT:

﴿إِذْ أَرْسَلْنَا﴾ - [ketika Kami mengutus], dan jika urusan ini sedemikian, maka jadilah ia Rasul Lahut (utusan Tuhan) dalam perbandingan kepada yang mengutus

Selain itu, orang yang mengutus rasulnya ini dengan izin Allah SWT, maka bagaimana Allah akan memberi kuasa kepada beliau tanpa melengkapkan beliau dengan keupayaan yang sempurna untuk melaksanakan penghantaran ini yang juga merupakan penghantaran daripada-Nya SWT. Jika tidak begitu, akan ada kekurangan dan kekurangan ini akan dikaitkan dengan Allah SWT

Oleh itu, tujuan menciptakan anak-anak Adam adalah untuk mencapai tujuan ini, kerana ia merupakan pengganti )Khalifah) Allah yang sebenar, yang lengkap lagi sempurna, dan Dia SWT telah menyebutnya di hadapan para malaikat apabila Dia hendak mencipta Adam (as):

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾

{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".. "} [82]
      
Dan Khalifah yang sempurna harus mempunyai sifat yang sempurna bagi penggantinya, jadi Khalifah sempurna ini mestilah Allah dalam penciptaan atau Nama-nama Allah Yang Baik (Asmaa’u Allah Al-Husna) atau Wajah Allah. Yang Maha Tinggi berfirman,

﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ  *  إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ﴾

{Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri. * Kepada Tuhannyalah mereka melihat.} [83]

Sudah tentu (manusia) tidak akan (tidak boleh) melihat ke arah-Nya SWT tetapi melihat wajah-wajah Auliak-Nya yang berseri-seri, akan melihat ke arah Murabi (Pendidik) mereka Muhammad (S), baginda adalah Wajah Allah Yang Maha Suci, yang dengan wajahNya baginda dicipta-Nya. Dan Yang Maha Tinggi berfirman,

﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ ﴾

{Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.} [84]

Maha Tinggi Allah dari bergerak, datang dan pergi, itu hanyalah merupakan sifat-sifat makhluk. Yang disebutkan dalam ayat ini adalah Muhammad (S), Khalifah (pengganti) Allah yang sempurna, yang mewakili Ketuhanan (Al-Lahut) Allah dalam penciptaan. Walau bagaimanapun, jika khalifah tidak mengamalkan peranan Ketuhanan (Al-Lahut) dalam mengutus rasul-rasul, bukanlah dia Khalifah Allah (pengganti Allah) yang sempurna dan lengkap dengan sebenar-benarnya, bahkan tidak akan dapat dicapai tujuan dari penciptaan. Maka sesungguhnya dengan melaksanakan kekhalifahan ini bagi tugas Ketuhanan (Al-Lahut), dia akan menjadi shurah (imej) yang sempurna yang dengannya makrifah (mengenal) akan Allah SWT yang menjadi tujuan dan matlamat penciptaan akan dicapai, ia adalah makrifah (mengenal dan mengetahui) iaitu makrifah Al-Lahut dan Tauhid yang hakiki (mengenal dan mengetahui Ketuhanan dan Tauhid yang sebenar),

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

{Tidak Aku ciptakan jin ataupun Manusia melainkan untuk menyembah-Ku (mengabdi padapKu)} [85]

Maksudnya melainkan mengenalKu [85]
.



✡✡✡✡✡

------------------------------------
 [78] – Al-Anbiak 21:27
[79] – diriwayatkan dari mereka (as) mengenai Kelebihan Surah YaaSin, ia adalah bersamaan dengan dua belas kali khatam Al-Quran, dan sesiapa membacanya pada waktu malam Allah menurunkan seribu malaikat di sekelilingnya sehingga subuh, ia selamat dari kejahatan Sultan dan syaitan sehingga subuh. dan Surah YaaSin dibuka dengan huruf Imam Mahdi (AS), ia adalah huruf (س - Sin), dan adapun huruf Yaa (ي) ia bermakna bahagian terakhir iaitu bahawa akhir kesudahan yang baik adalah bagi Al-Qaim (as). Serta YaaSin juga daripada nama-nama Nabi Muhammad (S), adalah penutup yang terdahulu dan yang terakhir dari sebelumnya, dan juga Al-Qaim diutus seperti mana diutus Muhammad (S) dan atas Sunnah baginda, dan menghadapi jahiliyah seperti mana dihadapi Rasulullah Muhammad (S), maka nama kedua-duanya adalah sama (as).
[80] – YaaSin 36: 13-14
[81] – Thaha 20:46.
[82] – Al-Baqarah 2:30.
[83] – Al-Kiamah 75:22-23.
[84] - Al-Baqarah 2:210.
[85] – Al-Zhuriyat 51:56.

[86] - lihat: Jawahir Al-Kalam Jilid 29 halaman 31, Al-Rawasyih Al-Samawiyah halaman 45, 3amdah Al-Qaariy Jilid 9 halaman 25, Jami3 Bayan Al-3ilm wa Fadhilah Jilid 2 halaman 44, Tafsir Al-Tsa3labiy Jilid 9 halaman 12, Tafsir Ibn Katsir-Jilid 4 halaman 255. Tafsir Al-Alusiy Jilid 15 halaman 50. Syarah Al-3aqidah Al-Tha7awiyah halaman 50.

Seterusnya >> Nubuwah Dalam Zaman Al-Qaim Al-Mahdi (as) Yang Membersihkan Bumi

Tiada ulasan: