Selasa, 12 Ogos 2014

Soalan 40:Ujian pada para sahabat Al-Qaim (as)

Soalan 40:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Saya mengucapkan terima kasih banyak atas jawapan surat saya sebelum ini, dan saya mempunyai beberapa soalan lagi yang saya akan sangat berterima kasih kerana menjawabnya:

1- Sungai yang dengannya akan diuji para sahabat Al-Qaim (as), adakah ia dikenali sebagai sungai kebendaan atau sesuatu yang lain yang dilambangkan oleh sungai?

2- Apa yang dimaksudkan dari hadits yang diriwayatkan dari ma'sum  (as): (sesiapa yang menyertainya adalah mereka yang menyembah bulan dan matahari)?

3 Tanda-tanda kemunculan [Imam Mahdi] termasuk membaca kedua-dua kitab pengampunan (pembebasan) Ali (as) di Basrah dan Kufah, adakah ia bacaan pengakuan dan persetujuan penduduk Basra dan Kufah, atau nagaimana?

Terima kasih banyak-banyak.

Fahmiy Shaleh
18 / Rabi3 Al-Tsani / 1426 H

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang, dan pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Jawapan S1: Para sahabat Al-Qaim (as) akan diuji dengan sesuatu yang lain, bukan sungai kebendaan.

Dari Abi Abdillah (as), berkata: (Para sahabat Thalut telah diuji dengan sungai, Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَر﴾
"Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai."[104], dan para sahabat Qaim  (as) akan diuji dengan yang semisal dengannya. [105]

Beliau adalah Pintu Aali Muhammad (as) seperti yang diriwayatkan dari As-Shadiq (as): (Rukun Al-Yamani adalah pintu kami tempat memasuki syurga, dan ia mempunyai sungai dari syurga di mana ditemui amalan hamba-hamba). Tunggak-tunggak (rukun-rukun) Imam Al-Mahdi (as) ada empat: mereka adalah Al-Khidhir (as), Elia (Ilyas) (as), Isa  (as) dan Al-Yamani.


Al-Yamani adalah batu yang diletakkan di (penjuru) Rukun Al-Yamani di Kaabah, yang dinamakan sebagai Hajar Aswad (Batu Hitam) (Seperti yang diriwayatkan dari mereka (as) bahawa dia adalah seorang malaikat yang ditelan kitab (risalah) Perjanjian dan Persetiaan (Al-3ahd wa Al-Mitsaq) [107]. Al-Yamani adalah kitab (risalah) Perjanjian dan Persetiaan (Al-3ahd wa Al-Mitsaq) diambil (dimeterai) atas Bani Adam, dan atas Nabi-nabi dan Rasul untuk menyokong Qaim Aali Muhammad (as). Al-Yamani adalah Mahdi Pertama yang disebut dalam Wasiat Rasulullah (S). Al- Yamani adalah sungai di mana para sahabat Al-Qaim (as) akan diuji, tetapi kali ini (yang minum daripadanya adalah dariku dan yang tidak minum tidak daripada-ku), dan dia adalah dua puluh tujuh huruf ilmu-ilmu yang akan disebarkan di kalangan manusia dan ia tidak disebarkan di kalangan manusia sebelum ini dan mereka tidak diberi izin untuk mendapatkannya sebelum ini.

AQ 2: Penduduk yang rosak aqidah atau separuh rosak sebelum dipandu kepada kebenaran.

AQ 3: Ali tidak seperti yang anda fikirkan, bahawa 'Ali ibn Abi Talib, secara amnya pada masyarakat Islam Sunnah dan Syiah adalah peribadi suci. Beliau kasihkan iman dan membenci kufur dan nifak (sifat munafik) seperti diriwayatkan oleh Syiah dan Sunnah dari Rasulullah Muhammad (S). Tetapi Ali, diingkari oleh kaumnya, ada seseorang yang menyerupai Ali bin Abi Talib (as), pada masa zuhurnya Al-Imam Al-Mahdi (as), dan pada tahun-tahun dari tanda-tanda khusus kemunculannya.


Ahmad Al-Hassan
Jamadiy Al-Awwal / 1426 H



✡✡✡✡✡
                   
---------------------------
[104] – Al-Baqarah 2:249.
[105] - Ghaibah Al-Nu3mani: halaman 316.
[106] – Jami3 Al-Sa3adaat: Jilid 3, halaman 314.
[107] - Dari Bukair bin A'yan berkata: (Saya bertanya kepada Aba Abdillah (as​​): Atas sebab apa Allah telah meletakkan Batu di penjuru di mana ia diletakkan sekarang dan tidak padapenjuru lain dan mengapa ia dicium? Mengapa ia dibawa keluar dari Syurga? Apakah Persetiaan dari hamba-hamba dan Perjanjian telah diletakkan di dalamnya? Dan bagaimana pula sebabnya? Khabarkanlah pada ku, semuga Allah yang aku menjadi tebusanmu, kerana aku terfikir-fikir tentang jawapannya.
Beliau berkata: Kamu telah bertanya, dan kamu telah menemui perkara itu sukar, dan kamu telah menyiasatnya, jadi fahamilah jawapannya, dan kosongkan hati kamu, dan dengar dengan teliti, supaya aku boleh memberitahu kamu jika dikehendaki Allah.
Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala, meletakkan Hajar Aswad, dan ia adalah permata yang dibawa keluar dari Syurga kepada Adam (as), jadi ia telah diletakkan di penjuru ini untuk tujuan dari Persetiaan.
Dan itu adalah kerana telah diambil dari setiap anak-anak Adam dari punggung (sulbi) mereka zuriat mereka, apabila Allah telah mengambil Persetiaan ke atas mereka di tempat itu, dan di tempat ia muncul kepada mereka, dan dari tempat itu melayang turun yang bersayap kepada al-Qa'im (as).
Yang pertama untuk berbaiah kepadanya adalah yang bersayap itu, dan demi Allah, dia adalah Jibrail (as). Dan di Maqam (tempat) itulah diserahkan hak al-Qa'im, dan ia adalah bukti dan bukti al-Qa'im, dan ia adalah saksi bagi sesiapa yang meninggalkan tempat itu, dan adalah saksi untuk orang-orang yang yang mengadakan Persetiaan dan Perjanjian yang diambil Allah Azza Wa Jalla, ke atas hamba-hamba.
Ada pun Kiblat dan Istilam, yang merupakan pembaharuan perjanjian dari Perjanjian dan Persetiaan, dan pembaharuan bagi baiah untuk melaksanakan kepadanya perjanjian yang Allah ambil atas mereka dalam Persetiaan.
Oleh itu mereka datang setiap tahun kepadanya, dan mengadakan Perjanjian dan Amanah yang telah diambil ke atas mereka. Adakah kamu nampak bahawa kamu katakan: " telah kutunaikan amanatku dan kupenuhi janjiku agar Kau saksikan aku sebagai orang yang memenuhi janji."?
Demi Allah, tidak ada yang memenuhinya kecuali Syiah kita, dan tidak ada orang memelihara Perjanjian dan Persetiaan ini selain daripada Syiah kita. Sesungguhnya, mereka datang kepadanya, maka dia mengenali mereka dan membenarkan mereka. Dan yang lain daripada mereka datang kepadanya supaya dia menafikan mereka dan mendustakan mereka. Dan itu adalah [kerana] tiada siapa yang memeliharanya selain kamu. Maka bagi kamu Allah menyaksikan. Dan Allah juga menyaksikan terhadap pelanggaran, keingkaran dan kekufuran mereka. Dan dia adalah Hujjah yang disampaikan dari Allah ke atas mereka pada Hari Kiamat, yang datang dan baginya lafaz lidah, dan dua mata, dalam imej yang pertama, Penciptaan akan mengenalnya dan tidak mengingkarinya. Disaksikan bagi orang-orang yang kembali memperbaharui Perjanjian dan Persetiaan dengan beliau dengan memelihara Perjanjian dan Persetiaan dan memenuhi Amanah. Dan dia menyaksikan terhadap orang-orang yang ingkar dan melanggar dan melupakan Persetiaan dengan kekufuran dan keingkaran.
Adapun sebab mengapa Allah telah membawanya keluar dari syurga, adakah kamu tahu apakah Batu ini? "
Aku berkata: "Tidak"
Beliau (as) berkata:. "Ia seorang Malaikat dari malaikat yang paling besar di sisi Allah, apabila Allah mengambil Persetiaan dari malaikat, dialah yang pertama untuk beriman kepadaNya, dan Dia mengakui Malaikat itu. Maka Allah mengambilnya. sebagai Pemegang Amanah kepada semua ciptaan-Nya, maka Dia mengajarkannya Persetiaan, dan diletakkan dia di sisiNya. Dan Dia membuatkan beribadatnya penciptaan dengan memperbaharuinya setiap tahun untuk ikrar Persetiaan dan Perjanjian, yang telah diambil Allah Azza Wa Jalla, ke atas mereka.
Kemudian Allah menjadikan dia bersama Adam di syurga, dengan mengingatkan dia Persetiaan, dan memperbaharui dengannya ikrar setiap tahun. Maka apabila Adam menderhaka dan telah dibawa keluar dari Syurga, Allah menjadikan dia lupa Perjanjian dan Persetiaan, yang telah diambil oleh Allah ke atasnya dan ke atas anak-anaknyakepada Muhammad (sawas) dan bagi Aushiak beliau (as), serta menjadikan dia bingung dan keliru.
Oleh itu, setelah Allah menerima taubat Adam, Dia berubah dari Malaikat ke dalam bentuk Mutiara Putih, jadi dia dikeluarkan dari Syurga kepada (bersama) Adam (as) ketika berada di tanah India. Maka setelah dia memandang kepadanya, dia lupa padanya (Adam), dan dia tidak mengenal dirinya lebih daripada permata.
Maka Allah Azza Wa Jalla, berbicara lalu berfirman kepadanya: "Wahai Adam Adakah kamu mengenaliKu?"
Dia berkata: " Tidak"
Dia (Mutiara Putih) berkata: "Ya, Syaitan menguasai kamu sehingga kamu lupa mengingati Tuhan kamu. ".
Kemudian dia berubah kepada bentuk rupa seperti mana dia bersama Adam di syurga.
Jadi dia berkata kepada Adam: "Di mana Perjanjian dan Persetiaan?"
Maka Adam melompat kepadanya dan mula mengingati akan Persetiaan lalu menangis dan membongkok dan menciumnya dan memperbaharui ikrar Perjanjian dan Persetiaan.
Kemudian Allah Azza Wa Jalla, merubah dia ke dalam bentuk rupa Batu permata bersinar, mutiara putih tulen, maka Adam (as) membawa dia di atas bahunya, secara terhormat dan untuk memberi penghormatan kepadanya di bahunya dan kerana menghormatinya.
Maka apabila dia menjadi letih kerana membawanya, Jibrail (as) bersamanya, sehingga dengan tidak disangka-sangka beliau sampai ke Mekah.
Maka dia masih tidak lupa dengannya di Makkah, dan memperbaharui ini ikrar kepadanya setiap hari dan malam.
Kemudian apabila Allah Azza Wa Jalla, telah membina Ka'bah meletakkan Batu itu di tempatnya, kerana sesungguhnya Dia Tabaraka Wa Taala apabila mengambil Persetiaan dari anak Adam, dia akan mengambilnya di tempat itu, Dan di tempat itu Malaikat mendirikan (meninggikan) Persetiaan, dan oleh itu ia telah diletakkan di penjuru itu, dan Adam berpindah dari al-Bait (Rumah Allah) ke Al-Safa dan Hawa di Al-Marwah. Dan dia meletakkan Batu di dipenjuru itu.
Oleh itu, apabila Adam memandang dari Al-Safa manakala Batu diletakkan di penjuru, beliau berkata
كَبَّرَ اللَّهَ وَهَلَّلَهُ وَمَجَّدَهُ
Kabbara Allaha wa Hallalahu wa Majjadahu
Maha Besar Allah, KetuhananNya dan KemuliaanNya!"
Maka oleh kerana itu, telah dijadikan sunnah bertakbir, dan berdiri menghadap penjuru yang Di mana Batu itu (terlihat) dari Al-Safa.       
Allah telah meletakkannya (Batu) Persetiaan dan Perjanjian tanpa selain daripadanya dari malaikat. dan itu adalah kerana apabila Allah Azza Wa Jalla mengambil Persetiaan untuk diriNya dengan Ketuhanan (Ar-Rububiyah), dan bagi Muhammad (sawas) dengan kenabian dan bagi Ali (as) dengan Washiyah, malaikat bergetar menggigil, jadi yang pertama bergegas untuk berikrar adalah Malaikat, tidak ada yang lebih mereka kasih daripada Muhammad dan keluarga Muhammad (as) daripadanya, dan oleh karena itu Allah memilih beliau daripada kalangan mereka dan meninggikan Persetiaan, dan dia datang pada Hari kiamat,  dan baginya lafaz lidah, dan dua mata melihat, yang menyaksikan bagi semua yang kembali ke tempat itu dan memelihara Persetiaan.) Al-Kafi, jilid 4, halaman 184-186. 3illal Al-Shyarai3: jilid 2, halaman 429-431- untuk mengetahui lebih lanjut, lihat apa yang dia Al-Syed Ahmed Hassan (as) dalam bahagian terakhir tauhid: halam 42 (Lampiran 5 (bahagian 2) Hajar Aswad.).

[108] - Diriwayatkan Al-Qunduziy dari Ali Bin Al Hussein, daripada bapanya, daripada datuknya, Amirul Mukminin Ali (as) berkata: Rasulullah (S) bersabda: (Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepada kamu mentaatiku, dan melarang kamu menderhakaiku, dan mewajibkan kepada kamu mentaati Ali dan melarang kamu menderhaka kepadanya, dia adalah washiy dan warisku, dia sebahagian dariku dan aku sebahagian darinya, cinta kepadanya keimanan dan membenci kepadanya Kafir, mencintainya adalah mencintaiku, dan membencinya adalah membenciku, dia waliy dariku waliynya, dan aku waliy setiap Muslim lelaki dan perempuan, dan aku dan dia adalah bapa kepada umat ini) Yanabi3 Al-Mawaddah Lizhawi Al-Qurba: Jilid 1, halaman 369.

Tiada ulasan: