Dan ini adalah
jawapan kepada salah satu daripada soalan-soalan yang datang melalui internet,
dan ia mempunyai butiran mengenai Hajar Al-Aswad dan hubungannya dengan
Al-Mahdi atau Al-Qa'im (Pendiri Keluarga Muhammad as)
Soalan: Siapakah
lelaki ini?
Salam ke atas
Yamani Keluarga Muhammad dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Ya Allah
selawatkanlah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad Imam-Imam dan Mahdi-Mahdi.
Pada tahun 1424 H
saya telah mengerjakan Haji (Ibadah Haji), dan Al-Hamdu Lillah ia adalah haji
kedua bersama isteri saya, dan kami bersama salah satu Jamaah Haji terkenal di
Al-Ahsaa', dan kami telah [belajar] pelajaran yang [mempunyai] cerita-cerita
dalam Haji yang diberkati.
Pada malam
'Arafah, satu kejadian telah berlaku pada Jamaah Haji wanita, kerana mereka
mendengar pekikan yang kuat (jeritan suara yang kuat) pada malam 'Arafah
selepas beramal pada malam itu. Jeritan ini telah menakutkan Jamaah wanita sehingga
mereka amat takut sekali, tetapi mereka tidak tahu dari mana datangnya bunyi
ini.
Dan cerita yang
kedua, yang lebih penting, ialah: apabila saya dan isteri saya masuk ke
Al-Haram (Masjid Al-Haram) untuk melakukan tawaf, saya lihat orang sangat ramai
berpusu-pusu, jadi saya bimbang isteri saya tidak dapat membuat Tawaf Haji.
Seorang pemandu Jamaah Haji (Mursyid) telah mengajar kepada kami: Apabila
melihat orang penuh sesak hendaklah menyebut:
يا
عليم يا عظيم ينفك الزحام
Wahai Yang Mengetahui,
Wahai Yang Agung, kurangkanlah kesesakan ini.
Semasa saya cuba
membaca Zikir (doa) ini dalam tawaf Umrah, saya dapati keadaan menjadi kurang
sesak – Secara amnya saya
menyebutnya hanya sekali: Ya ‘Alim, Ya ‘Adzim, dan tiba-tiba [saya melihat]
seorang lelaki datang dari antara Al-Rukn dan Al-Maqam (Hajar Aswad dan Maqam
Ibrahim), dan dia memecah barisan Jamaah Haji selepas saya membaca zikir itu,
dan seolah-olah dia telah datang ke arah kami semasa tawaf, atau sebelum dia
selesai tawaf, kerana dia tidak melalui Al-Rukn dan al-Maqam. Dan beliau
menghala ke arah kami dengan Ka'bah di belakangnya, dan tiada seorang pun
Jamaah Haji yang berjalan ke arah kami.
Dan dia berkata
kepada saya: Ikut belakang saya dan saya akan bimbing kamu berdua bertawaf.
Maka saya dan isteri saya mengikut di belakangnya dan kami pun bertawaf Haji. Kami
tidak merasa sesak atau berhimpit-himpit, dan beliau membaca Du’a dan Zikir,
dan di antaranya adalah Du’a Kumail, dan saya telah banyak berselawat ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad, dan saya hanya berkata dalam diri saya sendiri:
mungkin ini adalah Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as), tetapi saya katakan:
Siapalah saya sehingga Al-Mahdi boleh datang untuk membimbing saya melakukan
tawaf bersama saya!
Dan semasa
melakukan tawaf pertama isteri saya di belakang saya, jadi dia berkata kepada
saya: Suruh isteri kamu di depan kamu, jadi saya suruh supaya dia datang ke
depan saya dan di belakangnya, bermakna antara saya dan dia, dan ia bertujuan
untuk mengajar saya bagaimana untuk melindungi isteri saya semasa bertawaf.
Dan apabila kami
sampai ke Hajar Aswad, dia menunjukkan ke arah saya dengan tangan kanannya dan
berkata: Allah-u Akbar!.
Dan apabila kami
telah dilakukan tawaf ketujuh di Makam Ibrahim (as), saya berkata kepadanya:
Saya ingin tawaf An-Nisa’ bersama tuan, lalu dia berkata kepada saya:
Insya'Allah. Dan seolah-olah dia telah menngucapkan selamat tinggal kepada
saya, dan beliau berjalan mengundur ke belakang menghadapi saya sehingga
jauh dari saya dan seolah-olah dia telah menguak beribu-ribu orang ketika
berjalan ke belakang, dan lorongan menjadi luas kepadanya, dan dia pergi.
Seolah-olah jemaah haji di sana merupakan Laut, dan dia adalah gelombang yang
kuat yang menolak jauh air laut.
Bagi perawakan
lelaki ini: Dia bermata cengkung, keningnya tidak bertemu, dia kurus tinggi,
dia mempunyai kulit sawo matang, rambutnya hitam dan panjang. Dan apa yang
pelik ialah dia memakai pakaian hijau muda pada hari Tawaf Al-Hajj, dan pada
tutup kepalanya yang kami panggil [Khaliji] sejenis tutup kepala.
Soalan saya: Siapakah lelaki ini? Adakah dia Yamani
Keluarga Muhammad (as)? Dan siapakah saya hingga Yamani Keluarga Muhammad (S)
boleh datang bertawaf bersama saya? Adakah dia Al-Khidir kerana dia memakai
pakaian hijau? Adakah dia dari Ansar Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as)?
Saya telah
bertanya salah seorang pelajar Al-Hauzah dan beliau berkata: Sesungguhnya dia
adalah Imam (as). Dan saya telah bertanya salah seorang mukmin dan dia berkata:
mungkin dia adalah Al-Khidir (as) atau salah seorang daripada pembantu Imam
(as)
Saya mendengar
satu cerita yang berlaku kepada salah satu daripada Ansar dan dia menceritakan
kepada saya dan dia menyifatkan perawakan kepada saya, dan penerangannya sama seperti
yang saya lihat. Dan jika saya melihat lelaki ini yang bertawaf bersama saya
walaupun selepas bertahun-tahun, saya akan kenal dia [walaupun] dari kalangan
jutaan lelaki.
Dan salam ke atas
Yamani Keluarga Muhammad dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Semoga Allah
berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad Imam-imam dan para Mahdi
salam dan limpahan salam pengiktirafan.
Ansary Muslim, 40
tahun
Al-Ahsaa'- Saudi
Arabiyah
Tahshul Thanawi
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
والحمد
لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
Segala puji bagi
Allah Tuhan sekalian alam
Dan selawat Allah
ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad Imam-imam dan para Mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Ketahuilah bahawa
Allah diingati oleh orang yang ingat kepada-Nya, dan Dia telah berikan begitu
banyak dengan sedikit kamu mengingat-Nya Yang Maha Suci, di Rumah-Nya, dengan
keikhlasan, maka kamu mengingat-Nya, Dia akan membantu kamu dan memudahkan
urusan kamu. Saya memohon kepada Allah untuk sentiasa memberikan kamu kejayaan
dalam ikhlas kepada-Nya Yang Maha Suci, dan beramal untuk apa jua
keredhaan-Nya.
Bagi hamba Allah
yang membantu kamu dia telah membantu kamu dengan Kuasa Allah dan dengan `Kuasa-Nya
yang apabila Allah memerintah kepadanya, sehingga semua kurniaan adalah kerana
Allah Yang Maha Suci. Jadi berterima kasihlah kepada Allah, Yang Maha Suci,
yang memberikan kepadamu itu, dan jika Allah telah memerintahkan beliau untuk
memaklumkan kepada kamu tentang namanya dia akan memaklumkannya.
Adapun apabila
hamba ini telah berdoa di Al-Hajar (Hajar Aswad) dan bertakbir: Allah-u Akbar,
ini adalah tugasnya [sahaja]. Adapun kamu dan orang lain daripada kamu,
ditugaskan juga kamu untuk mengatakannya apabila kamu sampai di Al-Hajar:
(اللَّهُمَّ أَمَانَتِي أَدَّيْتُهَا وَمِيثَاقِي تَعَاهَدْتُهُ
لِتَشْهَدَ لِي بِالْمُوَافَاةِ اللَّهُمَّ تَصْدِيقاً بِكِتَابِكَ وَعَلَى
سُنَّةِ نَبِيِّكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ
لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وأن علياً والأئمة من ولده حجج الله
وأن المهدي والمهديين من ولده حجج الله - وتعدهم الى حجة الله في زمانك - آمَنْتُ
بِاللَّهِ وَكَفَرْتُ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَبِاللَّاتِ وَالْعُزَّى
وَعِبَادَةِ الشَّيْطَانِ وَعِبَادَةِ كُلِّ نِدٍّ يُدْعَى مِنْ دُونِ اللَّهِ)
(Ya Allah, telah kutunaikan amanatku dan kupenuhi janji
persetiaanku agar Kau saksikan aku sebagai orang yang memenuhi janji. Ya Allah!
Benarlah KitabMu, dan atas sunnah NabiMu. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan KeesaanNya, Tiada sekutu bagiNya, dan bahawa
Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, dan bahawa Ali dan para Imam dari
anak-anaknya adalah Hujjaj Allah dan bahawa Al-Mahdi dan Mahdi-mahdi dari
anak-anaknya adalah Hujjaj (bukti-bukti) Allah - dan Engkau menyediakan mereka
pada Hujjaj Allah dalam waktu Engkau - aku telah beriman kepada Allah, dan aku
telah kafir yang mengelilingku dan Taghut (penindas) dan Al-Lata dan Al-“Uzza
dan mengabdi kepada Syaitan dan mengabdi kepada yang menyeru selain dari Allah
).
Agama Allah
semuanya adalah hampir kepada satu perkara, bermula dengan Penciptaan manusia
di Bumi, Dia, Yang Maha Tinggi, menyebut di dalam firmanNya:
﴿إِنِّي
جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
{Sesungguhnya aku jadikan di Bumi itu seorang Khalifah}.
Semua isi al-Quran
ada dalam Al-Fatihah, dan semua isi Al-Fatihah adalah dalam Basmalah, dan semua
isi Basmalah ada dalam Baa’ dan isi Baa' ada di titik (ب), dan titik itu adalah Ali (as),
Amir al-Mukminin berkata:.. (Aku adalah titik) Dan adalah Amir al-Mukminin Ali
(as ) ini selain daripada itu beliau adalah Khalifah Allah di bumi-Nya?!
Oleh itu, Titik,
Baa', Basmalah, Al-Quran, dan semua Agama adalah Khalifah Allah di bumi-Nya.
Dan Al-Quran dan semua Agama adalah Perjanjian dan Persetiaan yang telah
diambil oleh hamba-hamba dengan mereka taat kepada Khalifah Allah, dan Allah
telah meletakkan ia di Batu Asas atau Hajar al-Aswad (Batu Hitam), atau
Hajar al-Zawiyah (Batu Penjuru), atau Hajar al-Maqtuta’ (Batu
Terpenggal-Terpotong) dari Muhammad (S) diutus untuk merobohkan Pemerintahan
Syaitan dan Taghut (Penzalim).
Dan Batu ini telah
disebut dalam Kitab-kitab Samawi dan dalam riwayat. Dan apabila kaum Quraisy
berselisih siapa yang akan membawa Hajar Al-Aswad, mereka sedar bahawa Batu ini
menunjukkan ke arah ke suatu perkara yang besar, dan itulah sebabnya mereka
berselisih apabila mereka hendak membawanya. Dan dengan kehendak Allah bahawa
Muhammad (S) adalah orang yang membawa Batu itu dan meletakkannya dalam
kedudukan supaya tanda Allah dipenuhi, dan Dia Yang Maha Suci mengisyaratkan,
bahawa Qa'im (Pendiri) adalah Hamba yang berhak di mana Allah telah
meletakkan Perjanjian dan Persetiaan, arah yang ditunjukkan Batu ini, akan
keluar dari Muhammad (S) yang telah membawa Batu Hitam itu.
‘
Dari Sa'id ibn
Abdullah Al-Araj, dari Abi Abdillah (as) bahawa dia berkata: (Bahawa kaum Quraisy semasa
jahiliyah merobohkan Baitullah, maka apabila mereka mahu membina semula, ada
yang telah menghalang dan membimbangkan di dalam hati mereka, sehinggalah
salah seorang daripada mereka berkata: Hendaklah ditampilkan setiap orang dari
kalangan kalian yang yang terbaik kedudukan hartanya, dan jangan keluarkan wang
yang kalian telah perolehi daripada memutuskan hubungan keluarga atau yang
Haram. Jadi mereka pun membuatnya, [halangan] antara mereka telah disingkirkan.
Maka mereka membina sehingga mereka terhenti pada kedudukan Hajar Al-Aswad,
lalu mereka bertengkar dalam hal siapa di antara mereka yang akan meletakkan
Hajar Al-Aswad pada kedudukannya, sehingga sehingga niat jahat hampir muncul di
antara mereka, maka mereka memutuskan bahawa sesiapa yang pertama masuk dari
pintu Masjid dialah yang membawa batu itu. Maka masuklah Rasulullah (S). Jadi
apabila baginda sampai kepada mereka, dia meminta kain, lalu membentangkannya,
kemudian baginda meletakkan Batu itu di tengah-tengah, maka tiap-tiap kabilah
memegang kain itu dan mengangkatnya ke atas, kemudian Rasulullah (S)
mengambilnya dan meletakkannya di tempatnya, dengan itu, Allah menjadikan ia
khas untuk baginda) [1]
Muhammad (S)
membawa Batu Hitam, dan ini adalah satu petunjuk bahawa Qa'im, dan Pembawa
Dosa-dosa, dan Pembawa Panji Hitam yang ditunjukkannya, akan keluar dari
Muhammad (S), dan juga bahawa Muhammad (S) adalah orang yang membawa di
sulbinya, kerana baginda telah meletakkan pada Fatimah binti Muhammad (S), dan
dengan itu, Jadi Pembawa Dosa-dosa yang hakiki adalah Rasulullah,
Muhammad (S).
Adapun warna hitam
yang Allah kehendaki untuk menutup Batu ini, ia menunjukkan ke arah dosa-dosa
hamba-hamba, dan ia mengingatkan mereka kesalahan-kesalahan mereka, mungkin
mereka boleh bertaubat dan memohon ampun semasa mereka berada dalam Rumah
Allah, dan ia adalah sama seperti warna panji Qa'im Al-Haq (yang sebenar),
Qa'im Keluarga Muhammad berwarna hitam. Jadi panji-panji hitam menunjukkan
kepada Batu dan Batu menunjukkan kepada panji, dan kedua-duanya ditunjukkan
dengan warna hitamnya, kerana dosa melanggar Perjanjian dan Persetiaan
adalah dari penciptaan di (Alam) Zarr, dan mereka juga menunjukkan
kepada penderitaan yang pembawa dosa ini bawa (tanggung) - dan pembawa
panji-panji hitam yang menunjukkan kepada dosa - hamba yang telah ditugaskan
dengan Kitab Perjanjian dan Persetiaan, dan ia adalah Hajar
al-Aswad, dan ia adalah Qa'im Keluarga Muhammad.
Dan Batu dikaitkan
dengan soal pengorbanan yang wujud dalam Agama Ilahi dan sepanjang perjalanan
yang diberkati agama ini, maka agama Allah adalah satu; kerana ianya dari Yang
Satu. Dan Pengorbanan muncul dalam Islam dalam gambaran yang paling jelas pada
Al-Hussein (as). Dan sebelum Islam kamu dapati Pengorbanan dalam Hanifiyah,
agama Ibrahim (as), dengan Ismail (as). Dan kamu juga dapati dengan Abdullah bapa
Rasulullah Muhammad (S), dan kamu juga didapati pada orang Yahudi, agama Musa
(as), dengan Yahya bin Zakaria (as). Dan didapati dalam agama Kristian dengan
yang disalibkan, tanpa mengira hakikat bahawa orang Kristian bayangkan bahawa
yang disalib adalah Isa (as) sendiri, kerana mereka percaya bahawa yang disalib
adalah pembawa dosa, dan kepercayaan mereka, walaupun ada penyelewengan
dalamnya, ini tidak bermakna bahawa orang-orang datang dari kepercayaan
sepenuhnya tidak ke mana, dan tidak juga kepercayaan-kepercayaan yang tidak
mempunyai asal pada agama Allah di mana mereka telah diputarbelitkan. Bahkan,
banyak kepercayaan diputarbelitkan berada dalam realiti berdasarkan asal-usul
agama ulama yang sesat yang tidak beramal tetapi mengambil dan memutarbelitkannya
dan memakmurkan kepercayaan yang rosak. Jadi hakikat bahawa Rasul-rasul
menanggung sebahagian dosa-dosa umat mereka untuk berjalan sebagai umat
(bangsa) secara keseluruhannya kepada Allah wujud di dalam agama Allah, dan ia
tidak datang dari ruang kosong. Dan kamu boleh mengkaji semula teks-teks Taurat
sebagai contoh supaya kamu boleh melihat apa yang ditanggung oleh Musa (as)
kerana tambahan dosa yang dilakukan umatnya dan Rasulullah Muhammad (S) membawa
dosa-dosa orang yang beriman. Allah SWT berfirman:
﴿لِيَغْفِرَ
لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ
عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطاً مُّسْتَقِيماً﴾
{Supaya Allah memberi
ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta
menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,}
[Surah Al-Fath 48:2].
Tafsiran pada
zahir ayat ini: Bahawa baginda membawa dosa umatnya dan Allah memaafkan dosa baginda.
Dari Umar bin
Yazid Biya 'Al-Sabiri, beliau berkata: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as): Kata-kata Allah di dalam KitabNya:
{Supaya Allah
memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang},
Beliau (as)
berkata: Baginda tidak mempunyai dosa, dan baginda tidak pernah melakukan
apa-apa dosa, tetapi Allah menjadikan baginda membawa dosa-dosa Syiah
(pengikut) baginda kemudian dimaafkanNya) [2]
Dan hakikat bahawa
Rasul-rasul membawa dosa-dosa umat mereka tidak bermakna bahawa mereka membawa
dosa melanggar Perjanjian dan Persetiaan dengan mereka menafikan
Khalifah Allah dan mati dalam keingkaran ini, sebaliknya, mereka membawa
dosa-dosa orang-orang yang lalai dari mengingati Perjanjian dan Persetiaan, dan
mereka melanggar untuk tempoh masa dalam kehidupan dunia ini. Selain itu,
hakikat bahawa mereka membawa dosa-dosa umat mereka tidak bermakna bahawa
mereka menjadi orang-orang yang berdosa dan bukannya umat mereka. Sebaliknya ia
bermakna... bahawa mereka menanggung beban tambahan dan masalah tambahan dalam
menyampaikan risalah mereka di dunia ini kepada manusia dan sesungguhnya ini
adalah dengan kehendak mereka sendiri, kerana mereka adalah orang-orang yang
memintanya, kerana belas kasihan bapa kepada anak-anak menanggung akibat
dosa-dosa mereka beberapa kali, meskipun menyebabkan dia mengalami kesulitan
dan mungkin merasa tidak selesa dan dan mungkin merasa sakit dan terbunuh di
jalan Allah, sama seperti keadaan Al-Hussein (as), dan itu adalah kerana bapa
berharap anak-anaknya menjadi soleh pada akhirnya. Mungkin ramai yang tidak
ingat pada Perjanjian sehingga menumpahkan darah bapa mereka Wali Allah,
jadi dia menjadi alasan untuk mengingatkan mereka tentang Perjanjian dan
Persetiaan. Tetapi kamu akan dapati Al-Hussein (as), yang dengan kehendak Tuhan
yang menjadikan dia sebab untuk mengingati sejumlah besar penciptaan boleh
meninggalkan Haji, dan menerima gesaan bergerak pantas Ke tempat
pembunuhannya (as).
Bagi hubungan
Hajar Aswad dan pada dosa Nabi Adam (as ), ini adalah satu perkara yang para
Imam (as) telah jelaskan, walaupun mungkin ia sebelum ini tersembunyi daripada
manusia atas kehendak Allah Yang Maha Suci,. Bahkan, hubungan Hajar Aswad untuk
dosa-dosa penciptaan juga telah dijelaskannya. Dan Rasulullah Muhammad (S)
telah menjelaskan ini dengan penjelasan yang paling jelas, dengan perbuatan -
apabila dia mencium Hajar Aswad - tetapi ia adalah penjelasan bagi
mereka yang mempunyai hati dan memahami tindakan-tindakan Muhammad yang bijak (S)
yang bertindak dengan kebijaksanaan, tidak seperti Umar ibn Al-Khattab yang
mengisytiharkan bahawa beliau tidak faham mengapa Rasulullah (S) mencium Hajar
Aswad? Dan beliau mengisytiharkan bahawa dirinya dan realitinya tidak
menerima mencium Hajar Aswad dan bahawa dia hanya mencium kerana dia
melihat Rasulullah Muhammad (S) melakukannya di depan ribuan orang Islam, dan
sudah tentulah dia tidak boleh menentang Muhammad (S) kerana dia telah mengaku
sebagai Khalifahnya, oleh itu dia berfikir bahawa perbuatan Muhammad (S) mencium
Batu itu adalah bodoh dan dia terpaksa untuk mengikut amalan ini, tipu daya
jenis apakah ini?
Al-Bukhari, Muslim,
dan Ahmad, telah meriwayatkan: (bahawa Umar pergi ke Hajar Aswad, maka dia
menciumnya dan berkata: "Sesungguhnya, aku tahu bahawa kamu adalah Batu,
kamu tidak mendatangkan mudharat atau manfaat, Jika aku tidak melihat
Rasulullah (S) mencium kamu aku tidak akan mencium kamu ")
Dan Ahmad
meriwayatkan dari sanad Suwaid bin Ghaflah, beliau berkata: (Saya melihat
Umar mencium Batu dan berkata: "sesungguhnya aku tahu bahawa kamu adalah
batu, kamu tidak (mendatangkan) mudharat dan tidak manfaat, tetapi aku telah
melihat Aba Al-Qasim (S) mengalu-alukan kamu ")
Oleh itu, apabila
Umar ibn Al-Khattab mencium Batu, beliau mengisytiharkan bahawa dia membenci
perbuatan ini, dan bahawa dia berlepas diri, dan bahawa dia memandang ringan
Batu ini dan adalah saksi kepada hamba-hamba untuk memenuhi Perjanjian dan
Persetiaan yang telah diambil daripada mereka di (Alam) Zarr
﴿وَإِذْ
أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ
عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ﴾
{Dan (ingatlah), ketika
Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku
ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Bahkan (Engkau Tuhan kami), kami
menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan:
"Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lalai terhadap
ini,"} [Surah Al-A'araf 7:172]
Dan ini adalah
petunjuk yang jelas bagi mereka yang mempunyai hati yang dengannya mereka memahami,
bahawa Umar ibn Al-Khattab adalah mengingkari Perjanjian dan Persetiaan
yang telah diambil, dan oleh itu diri beliau jijik dari kesaksian Hajar Aswad,
dan akibatnya, Umar cuba menafikan Hajar Aswad adalah Saksi Hakiki, jadi ucapan
Umar ibn Al-Khattab pada Batu Saksi, Batu Asasi dan Batu Hitam
(Hajar Aswad) dengan mengatakan: (Sesungguhnya, aku tahu bahawa kamu adalah
Batu, kamu tidak mendatangkan mudharat atau manfaat), Oleh kerana
orang-orang yang dikelilingi Umar dalam keadaan ini telah melihat Rasulullah
Muhammad (S) mengalu-alukan Batu ini dan sangat memberi perhatian dengannya dan
mencium Batu ini dan sujud padanya, bahkan, mereka sendiri telah
diwarisi daripada (Agama) Hanifiyyah Ibrahim (as) yang menguduskan Batu ini dan
mengambil berat tentangnya, itulah sebabnya Umar memperbetulkan apa yang dia
kata dengan mencium Batu ini,tetapi selepas apa? Selepas dia memperbodohkan
mencium Batu [dengan mengatakan] 'bahawa ia adalah batu yang tidak memberi
faedah dan tidak memudharatkan, dan dengan itu, tidak ada kebijaksanaan dalam
menciumnya!'
Oleh itu, dengan
kata-kata dan perbuatannya Umar mahu meminggirkan Batu Hitam dan menafikan
bahawa ia adalah saksi, dan membuat [amalan] Rasulullah (S) mencium Batu dan
sujud padanya suatu perkara yang samar-samar yang tidak dapat difahami dan
terkeluar daripada kebijaksanaan. Dan sebenarnya jika Hajar Aswad tidak memberi
faedah atau mudharat, perbuatan Rasulullah (S) akan terkeluar daripada
kebijaksanaan - jauh dia daripada itu - dan perbuatan Rasulullah (S) tidak
akan mempunyai makna yang tidak akan lebih bijak jika Batu yang tidak memberi
faedah atau mudharat dengan izin Allah dengan Daya dan Kekuatan-Nya Yang Maha
Suci. Oleh itu, kehendak Allah untuk menzahirkan isi perut Umar, dari pendirian
beliau dalam hal Batu ini, atau Hamba yang telah dilantik dengan Perjanjian dan
Persetiaaan, atau Qa'im daripada Keluarga Muhammad (S). Dan Maha Suci Allah,
tidak ada manusia yang berniat jahat dan yang lebih buruk selain Allah
tunjukkan dalam kesilapan lidahnya.
Rasulullah
Muhammad (S) menjelaskan tentang kepentingan Hajar Aswad dan Keutamaannya
dengan kata-kata dan amalan beliau. Dan ia sudah cukup untuk mengenal bahawa
Rasulullah (S) mencium dan sujud padanya, dan Rasulullah (S) tidak pernah sujud
ke atas mana-mana bahagian Ka'bah kecuali atas Hajar Aswad. Kebesaran
urusan ini sampai [suatu titik] di mana Rasulullah (S) bersabda:
(استلموا الركن، فإنه يمين
الله في خلقه، يصافح بها خلقه، مصافحة العبد أو الدخيل، ويشهد لمن استلمه
بالموافاة)
(Istilam ar-Rukun
(Istilam Penjuru – Ka’bah),
kerana ia adalah Yamin Allah (Orang Kanan Alah) dalam Penciptaan-Nya, Dia
berjabat tangan dengannya oleh ciptaan-Nya, jabat tangan daripada hamba atau
orang luar, dan Dia bersaksi bagi seseorang yang meng-Istilam-nya dengan
ketibaannya.)[3]
Dan apa yang
dimaksudkan dengan Penjuru adalah Hajar Aswad, kerana ia diletakkan padanya.
Dan para Imam (as) telah mengikuti jalan Rasulullah (S) dalam menjelaskan
kepentingan Hajar Aswad oleh kata-kata dan amalan mereka, jadi
mereka telah menjelaskan bahawa Hajar Aswad adalah Pembawa dari kitab
Perjanjian dan Persetiaan, dan Adam telah menangis selama empat puluh hari dan
tetap duduk menangis berhampiran Hajar Aswad itu untuk menebus dosanya dalam
melanggar Perjanjian
﴿وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى
آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً﴾
{Dan sesungguhnya telah
Kami ambil Perjanjian pada Adam dari sebelum, maka ia lupa, dan tidak Kami
dapati padanya kemahuan (azam) yang kuat.} [Surah Taha 20:115]
Sesungguhnya, Batu
itu adalah Mutiara Putih bersinar, tetapi di bumi ia telah berubah
kehitaman kerana dosa-dosa hamba-hamba. Maka Kalimah-kalimah, amalan-amalan dan
Keberkatan ini yang telah diulang berkali-kali di depan sahabat-sahabat mereka,
semuanya adalah penjelasan dan pengesahan tentang kepentingan Hajar Aswad, dan
tentang hubungan Batu itu dengan dosa pertama, bahkan, kepada [semua]
dosa-dosa, sepanjang perjalanan manusia di bumi ini.
Dari Bukair bin
A'yan berkata:
(Saya bertanya kepada Aba Abdillah (as): Atas sebab apa Allah telah meletakkan Batu
di penjuru di mana ia diletakkan sekarang dan tidak pada penjuru lain
dan mengapa ia dicium? Mengapa ia dibawa keluar dari Syurga?
Apakah Persetiaan dari hamba-hamba dan Perjanjian telah diletakkan
di dalamnya? Dan bagaimana pula sebabnya? Khabarkanlah pada ku, semuga Allah
yang aku menjadi tebusanmu, kerana aku terfikir-fikir tentang jawapannya.
Beliau berkata: Kamu telah bertanya, dan kamu telah menemui perkara itu
sukar, dan kamu telah menyiasatnya, jadi fahamilah jawapannya, dan kosongkan
hati kamu, dan dengar dengan teliti, supaya aku boleh memberitahu kamu jika
dikehendaki Allah.
Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta’ala, meletakkan Hajar Aswad, dan ia
adalah permata yang dibawa keluar dari Syurga Adam (as), jadi ia telah
diletakkan di penjuru ini untuk tujuan dari Persetiaan.
Dan itu adalah kerana telah diambil dari setiap anak-anak Adam dari
punggung (sulbi) mereka zuriat mereka, apabila Allah telah mengambil Persetiaan
ke atas mereka di tempat itu, dan di tempat ia muncul kepada mereka, dan dari
tempat itu melayang turun yang bersayap kepada Al-Qa'im (as).
Yang pertama untuk berbai’ah kepadanya adalah yang bersayap itu,
dan demi Allah, dia adalah Jibrail (as). Dan di Maqam (tempat) itulah
diserahkan hak Al-Qa'im, dan ia adalah bukti dan bukti Al-Qa'im, dan ia adalah
saksi bagi sesiapa yang meninggalkan tempat itu, dan adalah saksi untuk
orang-orang yang yang mengadakan Persetiaan dan Perjanjian yang diambil
Allah Azza Wa Jalla, ke atas hamba-hamba.
Ada pun Kiblat dan Istilam, yang merupakan pembaharuan Perjanjian dari
Perjanjian dan Persetiaan, dan pembaharuan bagi bai’ah untuk melaksanakan
kepadanya perjanjian yang Allah ambil atas mereka dalam Persetiaan.
Oleh itu mereka datang setiap tahun kepadanya, dan mengadakan
Perjanjian dan Amanah yang telah diambil ke atas mereka. Adakah kamu nampak
bahawa kamu katakan: "telah kutunaikan amanatku dan kupenuhi janjiku
agar Kau saksikan aku sebagai orang yang memenuhi janji."?
Demi Allah, tidak ada yang memenuhinya kecuali Syiah (pengikut) kami,
dan tidak ada orang memelihara Perjanjian dan Persetiaan ini selain daripada
Syiah kami. Sesungguhnya, mereka datang kepadanya, maka dia mengenali mereka
dan membenarkan mereka. Dan yang lain daripada mereka datang kepadanya supaya
dia menafikan mereka dan mendustakan mereka. Dan itu adalah [kerana]
tiada siapa yang memeliharanya selain kamu. Maka bagi kamu Allah
menyaksikan. Dan Allah juga menyaksikan terhadap pelanggaran, keingkaran dan
kekufuran mereka. Dan dia adalah Hujjah yang disampaikan dari Allah ke atas
mereka pada Hari Kiamat, yang datang dan baginya lafaz lidah, dan dua mata,
dalam imej yang pertama, Penciptaan akan mengenalnya dan tidak mengingkarinya.
Disaksikan bagi orang-orang yang kembali memperbaharui Perjanjian dan
Persetiaan dengan beliau dengan memelihara Perjanjian dan Persetiaan dan
memenuhi Amanah. Dan dia menyaksikan terhadap orang-orang yang ingkar dan
melanggar dan melupakan Persetiaan dengan kekufuran dan keingkaran.
Adapun sebab mengapa Allah telah membawanya keluar dari syurga,
adakah kamu tahu apakah Batu ini? "
Aku berkata: "Tidak"
Beliau (as) berkata:. "Ia (satu) Malaikat dari malaikat yang
paling besar di sisi Allah, apabila Allah mengambil Persetiaan dari malaikat,
dialah yang pertama untuk beriman kepadaNya, dan Dia SWT mengakui Malaikat itu.
Maka Allah mengambilnya. sebagai Pemegang Amanah kepada semua
ciptaan-Nya, maka Dia mengajarkannya Persetiaan, dan diletakkan dia di
sisiNya. Dan Dia membuatkan beribadatnya penciptaan dengan memperbaharuinya
setiap tahun untuk ikrar Persetiaan dan Perjanjian, yang telah diambil
Allah Azza Wa Jalla, ke atas mereka.
Kemudian Allah menjadikan dia bersama Adam di syurga, dengan
mengingatkan dia Persetiaan, dan memperbaharui dengannya ikrar setiap tahun.
Maka apabila Adam menderhaka dan telah dibawa keluar dari Syurga, Allah
menjadikan dia (Adam) lupa Perjanjian dan Persetiaan, yang telah diambil oleh
Allah ke atasnya dan ke atas anak-anaknya kepada Muhammad (S) dan bagi
Aushiak beliau (as), serta menjadikan dia (Malaikat itu) bingung dan
keliru.
Oleh itu, setelah Allah menerima taubat Adam, dia berubah dari Malaikat
ke dalam bentuk Mutiara Putih, jadi dia dikeluarkan dari Syurga kepada
(bersama) Adam (as) ketika berada di tanah India. Maka setelah dia
memandang kepadanya, dia lupa padanya (Adam), dan dia tidak mengenal dirinya
lebih daripada permata.
Maka Allah Azza Wa Jalla, berbicara lalu berfirman kepadanya:
"Wahai Adam Adakah kamu mengenaliKu?"
Dia (Adam) berkata: "Tidak"
Dia (Mutiara Putih) berkata: "Ya, Syaitan telah menguasai kamu
sehingga kamu lupa mengingati Tuhan kamu. ".
Kemudian dia berubah kepada bentuk rupa seperti mana dia bersama Adam
di syurga.
Jadi dia berkata kepada Adam: "Di mana Perjanjian dan Persetiaan?"
Maka Adam melompat kepadanya dan mula mengingati akan Persetiaan lalu
menangis dan membongkok dan menciumnya dan memperbaharui ikrar
Perjanjian dan Persetiaan.
Kemudian Allah Azza Wa Jalla, merubah dia ke dalam bentuk rupa Batu
permata bersinar, mutiara putih tulen, maka Adam (as) membawa dia di
atas bahunya, secara terhormat dan untuk memberi penghormatan kepadanya
di bahunya dan kerana menghormatinya.
Maka apabila dia menjadi letih kerana membawanya, Jibrail (as)
bersamanya, sehingga dengan tidak disangka-sangka beliau sampai ke Mekah.
Maka dia masih tidak lupa dengannya di Makkah, dan memperbaharui
ini ikrar kepadanya setiap hari dan malam.
Kemudian apabila Allah Azza Wa Jalla, telah membina Ka'bah
meletakkan Batu itu di tempatnya, kerana sesungguhnya Dia Tabaraka Wa Ta;ala
apabila mengambil Persetiaan dari anak Adam, dia akan mengambilnya di
tempat itu, Dan di tempat itu Malaikat mendirikan (meninggikan) Persetiaan, dan
oleh itu ia telah diletakkan di penjuru itu, dan Adam berpindah dari Al-Bait
(Rumah Allah) ke Al-Safa dan Hawa di Al-Marwah. Dan dia
meletakkan Batu di penjuru itu.
Oleh itu, apabila Adam memandang dari Al-Safa manakala Batu diletakkan
di penjuru, beliau berkata
كَبَّرَ اللَّهَ وَهَلَّلَهُ وَمَجَّدَهُ
Kabbara Allaha wa Hallalahu wa Majjadahu
Maha Besar Allah, KetuhananNya dan KemuliaanNya!"
Maka oleh kerana itu, telah dijadikan sunnah bertakbir, dan
berdiri menghadap penjuru yang di mana Batu itu (terlihat) dari Al-Safa.
Allah telah meletakkannya (Batu) Persetiaan dan Perjanjian tanpa selain
daripadanya dari malaikat. dan itu adalah kerana apabila Allah Azza Wa Jalla
mengambil Persetiaan untuk diriNya dengan Ketuhanan (Ar-Rububiyah), dan bagi
Muhammad (S) dengan kenabian dan bagi Ali (as) dengan Washiyah, malaikat
bergetar menggigil, jadi yang pertama bergegas untuk berikrar adalah Malaikat,
tidak ada yang lebih mereka kasih daripada Muhammad dan keluarga Muhammad (as)
daripadanya, dan oleh karena itu Allah memilih beliau daripada kalangan mereka
dan meninggikan Persetiaan, dan dia datang pada Hari kiamat, dan baginya
lafaz lidah, dan dua mata melihat, yang menyaksikan bagi semua yang kembali ke
tempat itu dan memelihara Persetiaan. [4]
✡✡✡✡✡
____________________________________________
[1] Al-Kafi jilid
4, halaman 217
[2] Tafsir
Al-Qummi, jilid 2, halaman 314
[3] Al-Mahasin
Jilid 1, halaman 65
[4] Al-Kafi, jilid
4, halaman 184-186. ' Illal Al-Shara'i: jilid 2, halaman 429-431
1 ulasan:
Catat Ulasan