Selasa, 29 April 2014

Kerja untuk Mempercepatkan (Kelapangan) Faraj Imam Mahdi (as)

Kerja untuk Mempercepatkan (Kelapangan) Faraj Imam Mahdi (as)

العمل لتعجيل فرج الإمام المهدي (ع(

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً﴾

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, [Al-A7zab 33:72] [168].

عن الفضل بن قرّة، عن أبي عبد الله (ع)، قال: (أوحى الله إلى إبراهيم (ع) أنّه سيولد لكَ، فقال لسارة، فقالت: ألد وأنا عجوز؟ فأوحى الله إليه أنها ستلد ويعذب أولادها أربعمائة سنة بردها الكلام عليّ. قال: فلما طال على بني إسرائيل العذاب ضجوا وبكوا إلى الله أربعين صباحاً، فأوحى الله إلى موسى وهارون يخلصهم من فرعون فحط عنهم سبعين ومائة سنة. قال: فقال أبو عبد الله (ع): هكذا أنتم لو فعلتم لفرج الله عنا، فأمّا إذ لم تكونوا فإنّ الأمر ينتهي إلى منتهاه)

Dari Al-Fadhl bin Qurrah , dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Allah mewahyukan kepada Ibrahim (as) “Bahawa Dia akan mengurniakan anak kepada kamu”, dia berkata kepada Sarah, Sarah menjawab: “Aku seorang perempuan tua? Allah mewahyukan kepadanya bahawa dia (Sarah) akan melahirkan dan akan disiksa anak-anaknya empat ratus tahun dengan mengembalikannya ke atas al-Kalam (perintah) : berkata Abi Abdillah (as) (Apabila azab pada Bani israel bertahan untuk masa yang lama, mereka menangis dengan kuat kepada Allah selama 40 pagi, Allah kemudian mewahyukan kepada Musa dan Harun untuk menyelamatkan mereka dari Firaun, dengan ini, Allah telah menentukan 170 tahun nasib mereka (iaitu mereka telah ditakdirkan untuk hidup 170 tahun lagi di dalam azab, tetapi Doa mereka menukarnya), maka Imam Sadiq berkata: Jika kamu telah berbuat demikian (atau jika anda berbuat demikian) Allah akan membawa kelapangan (keselamatan) kepada kita tetapi jika kamu tidak lakukan maka ia akan mengambil masa yang Allah telah takdirkan. (atau bahawa ia akan berakhir dengan hujungnya)) [169].

Kerja ini adalah tanggungjawab semua orang, ulama agama dan kumpulan bangsa-bangsa orang Islam yang lemah. Para ulamak agama, mendahului mereka kerana mempunyai kedudukan sebagai pemimpin umat, sama ada suka atau tidak: kerana mereka berdiri di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan berdiri di pintu kerajaanNya seperti mana pengikut dari Anbiak dan Mursalin. Mereka perlu berjalan (bergerak) dan bekerja dengan sirah perjalanan mereka, maka sesiapa yang tidak layak untuk melakukannya, mereka tidak perlu meletakkan dirinya dalam kedudukan berbahaya ini kerana ia akan menjadi bahagian dari jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kerana urusan (perintah) ini membawa erti kepada “Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata”. Oleh sebab itu seorang yang berilmu agama menjadi pemimpin umat dan mengislah umat Islam)

﴿وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ﴾

 dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya.  [170 ], [Al-Taubah 9:122]


yang menyebarkan jalan Allah Yang Maha Suci dan penyeru kepada Allah dengan izinNya, jangan mencari dakwah sambil berehat pada jalan ini, dan jika dia mendapati pada hari dari hari-hari sebelum daulah kebenaran, untuk menyesali dirinya dan mengkaji semula perjalanannya. Imam Ali (as): (Sekalipun sebuah gunung mencintai ku, ia akan runtuh (juga) [171], bahawa seorang yang berilmu agama harus berfikir dan bekerja (beramal) siang dan malam untuk menegakkan Negara Kebenaran (Daulah Al-Haq), dan atas nasihat pemimpin umat Penutup Washiy-washiy (as).

Orang-orang Islam yang lemah perlu kembali kepada Islam dan Al-Quran selepas ia menyimpang daripadanya, sehingga tiada yang tinggal pada Islam hanya namanya, dan Al-Quran, hanya pada tulisannya. Ia merupakan proses penyusunan semula (pemulaan) yang amat berharga untuk Negara Kebenaran (Daulah Al-Haq), kepada individu dan kumpulan (jamaah), terutamanya dari golongan elit mukminah berpendidikan menjayakannya, kerana ia terletak di atas bahu mereka sebahagian besar daripada proses pembaharuan (pengislahan) umat dan proses penyusunan semula untuk menyokong kebenaran dan ahlinya, dan memerangi kebatilan dan simbol-simbol syaitan daripada jin dan manusia.

Alhamdulillah (bersyukur kepada Allah) yang memberikan kita Muhammad dan Aali Muhammad (sawas) pemimpin yang memahami kesannya. Mereka (as) bantu membantu dengan perkara yang hak dan yang saling bertempur dengan yang batil, dan mereka bekerja siang dan malam untuk menyebarkan Kalimah [لا إله إلاّ الله] Tiada Tuhan Selain Allah, Apabila media (memberi peringatan) dan pedang berkata-kata ia mempunyai kesan yang jelas untuk menghukum (menjatuhkan) kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah, dan hingga ke hari ini ia masih terpahat dalam jiwa sebagai senjata yang ampuh untuk menghukum (menjatuhkan) kerajaan taghut (penzalim) yang meminta korban untuk menghapuskannya, seperti yang dilakukan oleh Imam Hassan (as).

Dan sekali lagi apabila diraih syarat yang bersesuaian dengan perjuangan Aali Muhammad (as), perjuangan revolusi bersenjata, dengan pedang dan pertumpahan darah demi agama, seperti yang dilakukan oleh Imam Hussein (as). Oleh itu, mereka (as) pembawa bendera jihad dan penyeru kepada makruf (kebaikan) dan pencegah kemungkaran, dan memberi contoh dengan penentangan mereka. Jika tidak mencegah dan takut pengecut) dalam memerangi taghut (penzalim) walaupun dengan hanya membelanjakan pedang beracun dan sarungnya, kita semua hari ini tidak akan memahami kesan tinggalan mereka (as) dalam menyebarkan agama dan menentang orang-orang zalim dan menghapuskan mereka, demi menegakkan Daulah Al-Haq, dan meninggikan Kalimah [لا إله إلاّ الله] Tiada Tuhan Selain Allah di muka bumi, dengan menyebarkan penyembahan (pengabdian) kepada Yang Maha Pencipta mereka, dan menghapuskan (mrnghukum) penyembahan hamba kepada hamba dan kerosakan (fasad) yang mereka sertakan .

Begitu juga mesti mendedahkan imam-imam perosak yang menggelar diri mereka ulamak, yang cuba untuk memisahkan Al-Hassan dari Al-Hussein (‘alaihima ssalam), dan mereka mengatakan bahawa Imam Hassan (as) mendiamkan diri dan mereka mendakwa untuk mengikuti sirah beliau, akan binasalah mereka. Walaupun Aali Muhammad (as) mendiamkan diri untuk mengurangkan toksin (racun) yang ada di dalam perut-perut mereka!! Bahawa Aali Muhammad (as), kaum yang membunuh mereka adalah menjadi adat kebiasaan kemuliaan dan kesaksian Allah pada mereka, dan mereka telah dibunuh seperti yang disebutkan dalam riwayat mereka (as) [172] , Maka tiada tempoh pengecut yang hina yang membawa mereka untuk meminta maaf untuk mengembalikan semula hak kami, dan demi Allah, saya memberi salam ta’dzim untuk menghentam para pengecut



✡✡✡✡✡


------------------------------
[168] – Al-A7zab: 72.
[169] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 3 halaman 154, Bihar Al-Anwar: Jilid 5 halaman 118, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 4 halaman 239.
[170] – Firman Allah :) Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (Al-Taubah 9:122.
[171] - Nahj Al-Balaghah, Muhammad Abduh: Jilid 4 halaman 26, Bihar Al-Anwar: Jilid 4 halaman 284, Mizan al-7ikmah: Jilid 1 halaman 520.

[172] - diriwayatkan daripada Rasulullah (sawas): (Tidak dari kami melainkan yang dibunuh atau diracun) Kifayat Al-Atsar: halaman 163, Bihar Al-Anwar: Jilid 27 halaman 217, Mizan al-7ikmah: Jilid 2 halaman 1518.

Tiada ulasan: