Sabtu, 5 April 2014

Lampiran 5 (Bahagian akhir)



Apabila Rasulullah Muhammad (S) memasuki Rumah Allah, dia mulakan dengan Hajar Aswad dan dia berakhir dengan Hajar Aswad, dan dia mengarahkan sahabat-sahabatnya untuk menjadikan janji terakhir mereka dengan Al-Bait al-Haram adalah beristilam Hajar Aswad. dan mustahab (sunat), istilam (menjabat/sentuh, mencium, melambai dari jauh) Hajar Aswad dalam setiap tawaf. Dengan menyentuh Hajar Aswad akan terampun kesalahan dan gugurnya dosa-dosa. Bahkan, Rasulullah Muhammad (S) sujud di atas Hajar Aswad dengan meletakkan dahinya selepas baginda menciumnya. Jadi apa yang boleh difahami dari semua ini selain Hajar Aswad adalah sesuatu yang paling penting di Al-Baitullah AL-Haram.
       
Dari Abdullah bin Sinan berkata: Abu Abdillah (as) berkata:

(Rasulullah (S) mengingatkan tentang Haji, jadi baginda menulis, kepada orang-orang yang sampai KitabNya dari kalangan orang-orang yang masuk Islam, bahawa Rasulullah Allah (S) hendak mengerjakan Haji, dan baginda telah memberikan mereka kebenaran untuk mengerjakannya, supaya orang yang mempunyai keupayaan untuk mengerjakan Haji boleh berbuat demikian...... Oleh itu, apabila baginda sampai di pintu Masjid, baginda menghadap Ka’bah, dan Ibn Sinan menyebut bahawa pintu itu adalah pintu Bani Syaibah, jadi baginda bertahmid kepada Allah dan memuji-Nya, dan baginda berselawat kepada bapanya Ibrahim (as​​), kemudian dia pergi ke Hajar Aswad beristilam. Maka setelah baginda tawaf Ka’bah, beliau solat dua rakaat, di belakang Makam Ibrahim (as), dan baginda pergi Zamzam dan minum darinya, kemudian baginda berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً و رِزْقاً واسِعاً وشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ وسُقْمٍ

Ya Allah aku bermohon kepadaMu ilmu yang berguna dan rezeki yang luas, dan penawar dari setiap penyakit dan wabak penyakit itu,

baginda kekal mengucapkan semasa menghadap Ka’bah, maka baginda berkata kepada para sahabatnya:. Marilah akhiri peranjian kamu di Ka’bah dengan Istilam pada Hajar Aswad. Maka baginda beristilam. Kemudian baginda pergi ke Al-Safa) [5]

Riwayat Al-Bahaiqi dari Ibn Abbas katanya:

(Aku melihat Rasulullah (S) sujud di Hajar Aswad)

Dan perlu diberi perhatian kepada perkara yang sangat penting, bahawa Rasulullah (S) telah mendirikan dua rakaat selesai tawaf di Maqam Ibrahim, dan Rasulullah (S) dan para Imam (as) bersolat di Makam Ibrahim (as), dan orang yang berdiri dalam solat di Maqam Ibrahim (as) hendaklah (mengisyaratkan) Hajar Aswad di antara tangannya dan menghadap arah kiblatnya. Dan ini menjelaskan dalam kejelasan penuh bahawa ayat ini juga digunakan untuk Qa'im Keluarga Muhammad dan Yusuf Keluarga Muhammad, atau Hajar Aswad

﴿إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ﴾

{(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku".} [Surah Yusuf 12:4]..

Dan saya sebelum ini telah menjelaskan pengertian sujud ini ketika saya mentafsirkan ayat ini dalam [mengenai] Imam Al-Mahdi (as), tetapi apabila sujud di sini ditafsirkan kepada al-Qa'im dan Fatimah yang kedua-duanya menjadi Rahsia yang diletakkan bersama, ia betul-betul sujud yang sama sepertinya kepada Ka’bah dan Hajar Aswad ini yang diletakkan di dalamnya. Jadi matahari di sini adalah Muhammad (S) dan bulan adalah Ali (as) dan sebelas bintang ialah Imam-imam (as) dari anak-anak Ali (as) dan Fatimah (as) mereka adalah: (Al-Hassan, Al-Hussein, Ali, Muhammad, Jaa'far, Musa, Ali, Muhammad, Ali, Al-Hassan, dan Muhammad), dan sujud mereka bermakna bahawa mereka membuka jalan untuk Qa'im dan untuk menegakkan Keadilan dan melindungi mereka yang tertindas, dan terutamanya penindasan yang merampas hak pemilik sejak yang pertama Allah mencipta penciptaan dan sehingga datang as-Saah.

Adapun sujud makhluk yang lain, di antara orang-orang yang sujud kepada Ka’bah adalah juga sujud kepada Hajar Aswad, ia adalah seperti satu petunjuk yang jelas dan juga petunjuk yang membuka jalan bagi al-Qa'im sama ada mereka suka atau tidak. Dia, Yang Maha Tinggi, berfirman:

﴿أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِّنَ النَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ وَمَن يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن مُّكْرِمٍ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ﴾

{Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.} [Surah Al -Hajj 22:18]

Semua orang membuka jalan bagi Al-Warits  (yang Mewarisi), atau Al-Qa'im, sama ada mereka mahu atau tidak, kerana matahari, bulan dan bintang-bintang membuka jalan bagi Qa'im, dan orang-orang yang berhak diazab juga membuka jalan bagi Qa'im, dan semua mengikut perkiraan mereka sendiri. Jadi pergerakan Penciptaan secara amnya, telah membuka jalan kepada al-Qa'im yang memberi keadilan kepada yang tertindas, walaupun kebanyakan penciptaan jahil mengenainya, sama seperti mereka bertawaf di Ka’bah dan yang diletakkan Hajar Aswad di dalamnya walaupun mereka hampir tidak memahami apa-apa mengenai tawaf mereka.

Adapun agama-agama sebelumnya, sesungguhnya juga telah menyebut Hajar Aswad di dalam Taurat dan Injil:

(42) Kata Isa kepada mereka: "Belum pernahkah kamu baca dalam Kitab Suci: Batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan telah menjadi Batu Penjuru: hal itu terjadi dari pihak Tuhan, suatu perbuatan ajaib di mata kita. (43) Sebab itu, Aku berkata kepadamu, bahwa Kerajaan Allah akan diambil dari padamu dan akan diberikan kepada suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu. (44) (Dan barangsiapa jatuh ke atas batu itu, ia akan hancur dan barangsiapa ditimpa batu itu, ia akan remuk.)" [6]

Jadi Hajar Aswad yang disebutkan oleh Isa (as) adalah di negara lain daripada negara yang beliau tangani, untuk kerajaan yang akan diambil dari negara yang Isa (as) tangani, dan mereka adalah Bani Israel, dan orang yang beriman kepada Isa (as) - kerana dia telah menyebut dengan ucapan ini kepada pelajarnya yang beriman kepadanya dan yang lain daripada mereka dan [kerajaan] akan diberikan kepada negara yang berkaitan dengan Hajar Aswad [dan] yang akan menghasilkan sebuah kerajaan itu. Jadi ia adalah amat jelas bahawa kata-kata Isa (as) menjelaskan keutamaan Batu Penjuru (Hajar Aswad), dan bahawa kerajaan akan diambil pada akhirnya dari orang-orang yang mendakwa sebagai pengikut Isa, akan diberikan kepada bangsa Hajar Aswad, dan mereka adalah bangsa Muhammad dan Keluarga Muhammad (S), kerana Isa (as) dengan bijak mengaitkan Hajar Aswad kepada negara yang akan diberikan kerajaan pada akhirnya.

Negara ini juga akan bertemu dengan umat (bangsa) Bani Israel dengan mereka yang mendakwa pengikutnya, dan dia menjelaskan bahawa mereka tidak akan diberi kerajaan pada akhirnya, kerana Isa (as) menjadikan Hajar Aswad sebagai alasan untuk memberikan kerajaan kepada negara lain daripada negara pengikut Musa (as) dan Isa (as) mendakwanya. Maknanya, mereka terbabit dengan Hajar Aswad yang membuktikan bahawa mereka memenuhi Persetiaan dan Perjanjian dan mereka yang memberikan (Hajar Aswad) kemenangan akan mewarisi Kerajaan, sama ada di bumi melalui mewujudkan Hakimiyah Allah, atau di Langit apabila Allah mendedahkan (kasyaf-kan) Kerajaan-kerajaan (Malakut) kepada mereka dan menjadikan mereka melihat ke dalamnya, atau pada akhirnya apabila Dia menjadikan mereka hidup di Syurga-syurga Malakut (Kerajaan Langit)-Nya.

Dan sesiapa yang mahu menafsirkan kata-kata itu dengan cara yang lain dan mahu mengatakan bahawa maksud Isa diri dengan kata-katanya dan berkeras dengan katanya itu, maka dia adalah penipu dan dia tidak mencari untuk mengetahui Kebenaran. Jika tidak, maka hendaklah dia membaca kata-kata Daud (as) dalam Mazmur, kerana orang-orang Yahudi juga mengatakan bahawa Daud (David) bermakna dirinya, dan oleh itu perbahasan tidak akan berakhir. Tetapi pada hakikatnya, sesungguhnya Daud (as) dan Nabi Isa (as) bermakna Penyelamat yang akan datang dalam nama Tuhan pada Hari Akhir, dan Isa (as) telah memberikan khabar gembira mengenai beliau di tempat-tempat lain dalam Injil dan dinamakan dia Hamba Penghibur dan Bijaksana, dan di sini beliau menamakan dia al-Hajar Al-Zawiyah (Batu Penjuru). Maka persoalannya ialah: Siapakah orang yang dikenali atau boleh dikenali sebagai Batu Penjuru? Adakah Daud atau Isa (as) dikenali sebagai Batu Penjuru di Rumah Tuhan (Bait Ai-Rabb)? Adakah mereka telah disebut di tempat-tempat lain yang mereka adalah Batu Penjuru di Rumah Tuhan? Dan adakah Hajar Aswad diletakkan di Rukun daripada Rumah Tuhan (Baitullah) atau Haikal di sisi orang-orang Yahudi dan Kristian yang menunjukkan untuk Daud atau Isa (as)?

Pada hakikatnya, ia tidak wujud, sebaliknya, ia wujud pada umat lain, dari anak-anak Ibrahim (as), dan di Rumah Tuhan yang dibina oleh Ibrahim (as) dan anaknya Ismail (as), dan ia adalah wujud di penjuru, dan sebahagian dari Penjuru (sudut/Rukun) yang dinamakan Rukun Iraqi [7]. Semua perkara-perkara ini menunjukkan ke arah satu urusan (amr), dan iaitu Penyelamat yang akan datang di Akhir Zaman, atau yang diisyaratkan oleh Daud dalam Mazmur sebagai Batu Penjuru yang datang dengan nama Tuhan.

(...........(19) Bukakan aku pintu gerbang Rumah TUHAN, agar aku masuk dan bersyukur kepada-Nya.
(20) Inilah pintu gerbang TUHAN, hanya orang jujur boleh melaluinya.
(21) Aku memuji Engkau, sebab Engkau mengabulkan doaku; Engkau telah memberi aku kemenangan.
(22) Batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan, telah menjadi batu penjuru.
(23) Itulah perbuatan TUHAN, sungguh mengagumkan bagi kita.
(24) Inilah hari yang ditentukan TUHAN; mari kita rayakan dengan gembira.
(25) Kami mohon, TUHAN, selamatkanlah kami, ya TUHAN, berilah kami kemenangan!
(26) Diberkatilah dia yang datang atas nama TUHAN, kami berkati kamu dari Rumah TUHAN.) [8]
            
Dan untuk memberi lebih penekanan bahawa apa yang dimaksudkan dengan Batu Penjuru di dalam Taurat dan dalam Injil adalah Penyelamat yang datang di Akhir Zaman dan di Iraq dan dia adalah Qa'im Al-Haq (Penegak Kebenaran), saya akan ceritakan pengelihatan (ru’ya) ini yang dilihat oleh raja Iraq pada zaman Nabi Daniel (as​​), dan Nabi Daniel (as) mentafsirkannya dan ianya hampir tidak memerlukan sebarang penjelasan:

Dan ini adalah Nabi Daniel (as) berkata kepada Raja Iraq ketika beliau memberitahu pengelihatannya (ru’ya) dan beliau mwntafsirkannya kerana ia wujud di dalam Taurat sekarang:

(............(31) Inilah penglihatan yang Tuanku lihat: Di depan Tuanku ada sebuah patung! Patung itu amat besar, dan berkilau-kilauan tetapi rupanya sangat mengerikan.
(32) Kepalanya terbuat dari emas murni, dada dan lengannya dari perak, pinggang dan pinggulnya dari tembaga,
(33) pahanya dari besi dan kakinya sebagian dari besi dan sebagian lagi dari tanah liat.
(34) Ketika Tuanku sedang menatapnya, sebuah batu besar terlepas dari tebing, tanpa disentuh orang, lalu menimpa patung itu pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk.
(35) Pada saat itu juga seluruh patung itu roboh dan menjadi timbunan besi, tanah liat, tembaga, perak, dan emas yang telah hancur lebur seperti debu di tempat penebahan gandum di musim panas. Timbunan itu beterbangan ditiup angin, sehingga tak meninggalkan bekas apa pun. Tetapi batu yang merobohkan patung itu menjadi sebesar gunung dan memenuhi seluruh bumi.
(36) Itulah mimpi Tuanku, dan sekarang hamba akan menerangkan artinya.
(37) Yang mulia Tuanku adalah raja dari segala raja; Tuankulah yang paling berkuasa. Allah di syurga telah memberikan kepada Tuanku kerajaan ini, kekuasaan, kekuatan dan keagungan.
(38) Tuanku dijadikan-Nya penguasa atas bagian dunia yang berpenduduk dan atas segala burung dan binatang lainnya. Tuanku sendiri adalah kepala emas pada patung itu.
(39) Tetapi setelah kerajaan Tuanku berakhir, akan muncul kerajaan lain yang tidak sebesar kerajaan Tuanku. Kemudian muncullah kerajaan ketiga yang dilambangkan oleh bagian dari tembaga pada patung itu, yang akan menguasai seluruh dunia.
(40) Berikutnya akan muncul kerajaan keempat, yang sekuat besi. Dan seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan apa saja, begitu pula kerajaan yang keempat ini akan meremukkan dan menghancurkan kerajaan-kerajaan yang lain itu.
(41) Kaki dan jari-jari kaki patung yang sebagian dari tanah liat dan sebagian besi itu, menunjukkan bahwa di kemudian hari kerajaan itu akan terbagi-bagi. Kerajaan itu ada kekuatannya juga karena tanah liat itu ada campuran besinya.
(42) Jari-jari kaki yang sebagian dari besi dan sebagian dari tanah liat berarti bahwa ada bagian kerajaan yang kuat dan ada juga yang lemah.
(43) Campuran besi dengan tanah liat itu menandakan juga bahwa kerajaan itu akan berusaha memperkuat diri dengan mengadakan kawin campur, tetapi usaha itu sia-sia, seperti besi pun tidak dapat bersenyawa dengan tanah liat.
(44) Pada masa pemerintahan raja-raja itu, Allah di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang akan bertahan selama-lamanya dan yang tak akan dikalahkan oleh bangsa mana pun. Kerajaan itu akan menghancurleburkan segala kerajaan yang lain itu.") [9]

Oleh itu Al-Hajar (Batu), atau Penyelamat yang memusnahkan haikal batil dan pemerintahan Taghut (Penindas) dan Syaitan di Bumi ini akan berlaku semasa pemerintahannya yang benar dan adil di bumi ini akan datang (terjadi) pada Akhir Zaman, dan akan datang (terjadi) di Iraq seperti penjelasan pengelihatan (ru’ya) oleh Daniel, dan dia adalah Batu yang memusnahkan patung atau pemerintahan Taghut (Penindas) dan "Ana" (keAkuan), yang mana bukan Isa (as) atau Daud (as) yang telah diutus di Iraq mahupun di Akhir Zaman, jadi kedua-duanya tidak boleh menjadi apa yang disebut Batu Penjuru. Sebaliknya, ia telah dijelaskan dengan kejelasan penuh daripada semua yang yang telah dibentangkan bahawa Batu Penjuru dalam agama Yahudi dan Kristian adalah Hajar Aswad yang sama Batu Hitam yang diletakkan di penjuru (luar) Rumah Suci Allah di Makkah.

Jadi Hajar Aswad Hitam yang diletakkan di penjuru Rumah Allah, dan yang merupakan tajalli dan lambang (simbol) untuk satu yang mewakili Persetiaan dan Perjanjian, dan adalah Batu Penjuru yang sama yang telah disebut oleh Daud dan Isa as, dan dia adalah Hajar Aswad yang sama yang akan membinasakan kerajaan Taghut (Penzalim) seperti yang disebutkan di dalam Kitab Daniel (as ​​), dan dia adalah Qa'im Keluarga Muhammad atau Imam Mahdi pertama yang datang di Akhir Zaman seperti yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah Muhammad (S) dan Ahli Baitnya (as)


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dan salam kepada kamu, dan rahmat Allah, dan Keberkatan-Nya.




✡✡✡✡✡

____________________________________________
[5] Al-Kafi: jilid 4, halaman 249
[6] Injil Matius bab 21

[7] Ka’bah mempunyai empat penjuru (rukun): Satu penjuru (rukun) timur dan ia dipanggil Rukun Iraqi, dan juga ia dikenali sebagai Rukun Hajar Aswad. Di penjuru kiri (utara) dipanggil Rukun Al-Syam (Rukun Syami). Dan penjuru barat dipanggil Rukun Al-Gharibi (Maghribi). Dan penjuru selatan dan ia dipanggil Rukun Yamani . Dan dinding di antara kedua-dua penjuru yang ada pintu Ka’bah, adalah Rukun ‘Iraqi dan Rukun Al-Syam, dipanggil Al-‘Iraqiyan. Dan Rukun Al-Syami dan Rukun barat dipanggil Al-Syamiyan. Dan Rukun Yamani dan Rukun ‘Iraqi yang ada padanya Hajar Aswad dipanggil Al-Yamaniyan. Tawaf Haji bermula dari Rukun ‘Iraqi yang mempunyai di dalamnya Hajar Aswad, supaya Ka’bah berada di sebelah kiri orang itu, dan mengarahkan dirinya ke arah Rukun Al-Syami kemudian penjuru barat kemudian Rukun Yamani, jadi apabila dia sampai Rukun ‘Iraqi beliau akan menyempurnakan satu pusingan tawaf .... dan seterusnya. Dari itu kita mengetahui bahawa penjuru yang ada padanya Hajar Aswad dipanggil Rukun ‘Iraqi, atau Rukun Hajar Aswad, dan Rukun Yamani, dan juga Rukun Timur kerana ia hadir ke arah arah Timur.



Tetapi sekarang Wahabi dan orang-orang seperti mereka... menyatakan Rukun Syami dinamakan " Rukun ‘Iraqi"... dan mereka memanggil Rukun ‘Iraqi yang mempunyai di dalamnya Hajar Aswad sebagi "Rukun Hajar Aswad", dan mereka memanggil penjuru barat "Rukun Al-Syami (Syiria)", dan nama Rukun Yamani kekal tidak berubah. Yang bererti bahawa mereka telah mengangkat nama " Rukun ’Iraqi " dan hanya menggunak pakai Rukun Hajar Aswad... dan mereka gantikan Rukun Syami itu sebagai "Rukun ‘Iraqi". Walau bagaimanapun, kata-kata para ulama lama dan yang lain daripada mereka bersaksi bahawa Rukun Hajar Aswad dipanggil "Rukun ‘Iraqi". Dan sekarang saya akan sebutkan beberapa saksi dari beberapa kata-kata ulamak (Syiah dan Sunni):

i) - Sheikh Al-Tusi dalam Misbah Al-Mutahajid halaman 27, berkata: (... Dan orang Iraq ke arah Rukun ‘Iraqi, dan ia adalah [penjuru] yang ada padanya Hajar Aswad, dan orang Yaman ke Rukun Yamani, dan orang dari Barat kepada [Rukun] Barat, dan orang Syami ke Rukun Syami itu...)

Juga dalam halaman Al-iqtisad 257, Sheikh Al-Tusi berkata: (... jadi orang Iraq dan orang-orang yang bersolat menghadap ke arah kiblat ke arah Rukun ‘Iraqi, dan mereka perlu sedikit ke kiri, dan sesiapa sahaja yang menghadapi ke arah lain daripada penjuru ini yang tidak perlu berbuat demikian, untuk penduduk Yaman menghadapi Rukun Yamani, dan orang-orang Maghrib menghadapi Rukun Al-Gharibi (barat), dan orang Syami (Syira) menghadap Rukun Syami..)

ii) - Penyelidik Al-Haliy dalam Syarai ‘Al-Islam, jilid 1, halaman 52, berkata: (... Dan orang-orang dari setiap daerah menghadap arah penjuru pada arah mereka: Oleh itu, orang-orang dari [arah] Iraq menghadap Rukun ‘Iraqi, dan ia adalah [penjuru] yang ada Hajar Aswad padanya, dan orang-orang Syam (Syiria) menghadap Rukun Al-Syami, dan orang-orang dari Maghrib ke menghadap Rukun Al-Gharibi.

iii) - Dalam ulasan daripada Sayyed Al-Shirazi di dalam Syarai’ Al-Islam, khususnya dalam hal perkara ini, beberapa nota kaki No 48: (Rukun ‘Iraqi adalah penjuru yang mempunyai Hajar Aswad di dalamnya, dan yang berikutnya-dalam Tawaf-adalah Rukun Syami, kemudian Rukun Ghribi, kemudian Rukun Yamani).

Juga Al-Shirazi mengulas tentang kata-kata penyelidik Al-Hulleyy di Shara'i (... dan beliau menghadapi Rukun ‘Iraqi...) jilid 1, halaman 204, nota kaki 381, dan dia berkata: (Ia adalah penjuru yang mempunyai di dalamnya Hajar Aswad).

iv) - Al'alama Al-Haliy dalam Tathkirat Al-Fuqaha', Jilid 8, halaman 86, berkata: (.... dan dia harus dimulakan Tawaf dari Hajar Aswad di Rukun ‘Iraqi, kerana al-Bait (Ka’bah) mempunyai empat penjuru: dua dinding Yamani, dan dua dinding Syami).

v) - Al-Sayyed Ibn Tawus dalam Al-Falah Al-Sa'il, halaman 129, berkata: (... dan orang Iraq menghadap ke arah Rukun ‘Iraqi, dan ia adalah penjuru yang ada Hajar Aswad padanya, dan orang-orang Yaman menghadapi ke arah Rukun Yamani, dan orang dari Maghribi ke arah Rukun Gharibi, dan orang Syam ke arah Rukun Syami itu...)

vi) - Al-Sayyed Muhsin Al-Amin dalam A’yan Al-Syiah, Jilid 7, halaman 169, berkata: (dia berkata kawasan Ka’bah as-Syarif: bahawa panjang Al-Bait (Ka’bah) adalah dari penjuru Hajar Aswad, dan ia adalah Rukun ‘Iraqi, sehingga Rukun Syami panjangnya 25 senjata, dan oleh itu sama panjang dengan sisi yang bertentangan, iaitu dari Rukun Gharibi hingga Rukun Yamani, dan lebarnya dari Rukun Syami itu hingga ke Rukun Gharibi panjangnya ialah 20 senjata, dan di atasnya (dinding Syami) ada salur (pancuran], dan lebar yang lain dari Rukun Yamani ke Rukun ‘Iraqi panjangnya adalah 21 senjata, dan tebalnya ialah tiga puluh bilah senjata.)

vii) - Sheikh Al-Jawahri dalam Jawahir Al-Kalam: Jilid 7, halaman 378: katanya semasa menyebut tentang salah satu tajuk: (... semua ini adalah di Rukun ‘Iraqi, sebagai untuk penjuru kedua -dua penjuru pintu, ia adalah untuk orang-orang Al-Syami dan lain-lain daripada mereka). Dan ia dikenali dengan kedua-dua penjuru pintu, bermakna pintu Ka’bah danpenjuru Hajar Aswad (Rukun ‘Iraqi), dan yang kedua adalah Rukun Syami, jadi dia menentukan penjuru Hajar Aswad dengan nama (Rukun ‘Iraqi).

viii) - Penyelidik Al-Sibzuwari dalam Zakhirat Al-Mi'ad, jilid 1, halaman 534, berkata: (... Juga adalah Mustahab (disyorkan) dalam Tawaf hingga (mematuhi penjuru-penjuru) kesemuanya, (terutamanya Rukun ‘Iraqi dan Yamani). Para sahabat berselisih dalam perkara ini mengenai dua tajuk, (yang pertama) yang terkenal di kalangan para sahabat adalah bahawa ia adalah Mutsahab (disyorkan) untuk mematuhi semua satu penjuru, dan yang mengesahkan bahawa adalah disyorkan untuk mematuhi Rukun ‘Iraqi dan Yamani) Dan apa yang pasti disyorkan untuk tertib bersama-sama dengan Rukun Yamani adalah Hajar Aswad. Oleh itu, sememangnya penyelidik Al-Sibzuwari telah menyatakan Rukun Hajar Aswad (Rukun ‘Iraqi).

ix) - Al-Sayyed Ali Al-Tabataba'ei dalam Riyadh Al-Masa'il, jilid 3 halaman 121, berkata: (... (supaya orang di Timur) dan mereka adalah: orang-orang Iraq dan yang paling penting, mereka menghadap dari Timur dan sisinya, ia di antaranya dan kirinya atau selatan ke arah penjuru yang mengikuti mereka, dan ia adalah Rukun Iraqi yang ada Hajar Aswad padanya. dan orang-‘orang Maghribi ke arah penjuru barat dan orang Al-Syami ke arah Rukun Syami, dan penduduk Yaman ke Rukun Yamani...).

x) - Al-Mushttalahat I’dad Markaz Al-Mu'jam Al-Fiqhi halaman 1220:. (Rukun ‘Iraqi: penjuru yang ada Hajar Aswad padanya dan ia dinamakan sedemikian kerana ia menghadapi arah Iraq. Dan yang selepasnya mengikut tertib tawaf adalah Rukun Syami, kemudian tawaf melalui Hajar Ismail ke Rukun Gharibi, kemudian Rukun Yamani).

xi) - Dr Ahmad Fathullah dalam Mu'jam Al-Fadz Al-Fiqh Al-Ja'fari: halaman 211-212, berkata: ((Rukun ‘Iraqi) yang ada Hajar Aswad padanya, dan ia dinamakan sedemikian kerana ia menghadapi arah Iraq. Dan yang selepasnya mengikut tertib tawaf adalah Rukun Syami, kemudian tawaf melalui Hajar Ismail ke Rukun Gharibi, kemudian Rukun Yamani.)

xii) - Muhyi Al-din Al-Nawawi dalam Syarah Muslim: Jilid 8 halaman 94-95, berkata: (... dan apa yang dimaksudkan dengan antara kedua-dua Rukun Yamani adalah Dinding Yamanian dan penjuru yang ada padanya Hajar Aswad, dan ia dikenali sebagai Rukun ‘Iraqi kerana menghadap ke arah Iraq. dan dipanggil kiblah Al-Yamani kerana ia menghadap ke arah Yaman, dan keduanya dipanggil Al-Yamanian. bagi nama-nama yang biasa... Para ulama berkata: dua penjuru yang lain yang selepas Hajar Aswad dipanggil Rukun Syami kerana mereka menghadap ke arah Al-Syami. Mereka berkata, maka kedua-dua Rukun Yamani yang bukan di Makam Ibrahim (as), tidak seperti dua Rukun Syami, itulah sebabnya sebabnya ia tidak diterima, dan kedua-dua Rukun Yamani telah diterima untuk yang selain Makam Ibrahim (as). Selain itu, Rukun ‘Iraqi yang dari kedua-dua Rukun Yamani telah dikhususkan dengan keutamaan yang lain iaitu Hajar Aswad yang telah dikhaskan keutamaannya untuk beristilam, menciumnye dan meletakkan dahi padanya, tidak seperti Rukun Yamani. Dan Allah lebih mengetahui...)
              
xiii - Jalaludin Al-Siyuti dalam Al-Dibaj 'ala Muslim: jilid 3, halaman 280, berkata: (... melainkan dua Yamani (dinding Al-Yamanain), dan iaitu Rukun Yamani, dan penjuru yang ada padanya Hajar Aswad dan ia dipanggil Rukun ‘Iraqi kerana ia menghadap ke arah Iraq, dan [yang satu lagi] menghadap ke arah Yaman, telah menjadi kebiasaan atas keduanya)

xiv - Al-‘Ainiy dalam ‘Umdat al-Qariy: jilid 3, halaman 26, berkata: (.. dan kedua-dua Rukun Yamani (Al-Yamanain), yang satu hujungnya ada padanya Hajar Aswad, dan ia dikenali sebagai Rukun ‘Iraqi kerana ia menghadap ke arah Iraq dan yang satu lagi [dipanggil] Rukun Yamani kerana ia adalah menghadap ke arah Yaman dan antara kedua-dua mereka disebut al-Yamanain, satu nama yang terbiasa, dan keduanya yang lain dari (dinding) yang berhadapan dengan Makam Ibrahim (as))

xv) - Abul Taiyib Muhammad Syams Al -Haqq Al-Adzim Abadiy dalam ' Iwan Al-Ma'bud: Jilid 5, halaman 131 berkata: (... dan apa yang dimaksudkan dengan kedua-dua Yamani (Al-Yamanain), adalah Rukun Yamani dan penjuru yang ada Hajar Aswad, dan ia dikenali sebagai Rukun ‘Iraqi kerana ia menghadap ke arah Iraq, dan Rukun sebelumnya dipanggil Rukun Yamani kerana ia menghadap ke arah Yaman...)

xiv) - Al-Salihiy Al-Syamiy dalam Subul al-Huda wal Rashad: Jilid 8, halaman 464, berkata: (dan telah disahkan bahawa: dia Istilam Rukun Yamani, dan ia tidak disahkan dia menciumnya, dan tidak dia menyentuh tangannya pada masa Istilam, dan Ibn Abbas berkata:... Rasulullah saw mencium Rukun Yamani dan meletakkan dahinya di atasnya Riwayat Al-Darqatniy dari jalan Abdullah bin Muslim bin Harmaz, Ibn Qaym berkata: Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Yamani di sini adalah Hajar Aswad, kerana dipanggil Rukun Yamani dengan penjuru yang satu lagi, dan kedua-duanya dipanggil dinding al-Yamanain, dan ia dipanggil, bersama-sama dengan penjuru yang diikuti oleh Hajar Aswad dari arah pintu di dinding al-‘Iraqain. dan dua penjuru yang ada Hajar (Ismail) dipanggil dinding al-Syamain, dan di katakan Rukun Yamani dan mengikuti Hajar Aswad dari belakang Ka’bah dipanggil al-Gharibain (dinding Maghribi). Tetapi ia telah disahkan bahawa baginda mencium Hajar Aswad, dan telah disahkan bahawa baginda istilam dengan tangannya, dengan meletakkan tangannya ke atasnya, kemudian menciumnya.)

Dan banyak lagi panggilan yang terpaksa tinggalkan untuk tujuan meringkaskannya, dan dari situ, kita dapat mengenal khusus untuk Hajar Aswad pada Rukun ‘Iraqi, yang penjuru berikutnya, Rukun Syami, dipanggil ‘Iraqiyan (dinding) Iraq, tetapi nama Rukun Hajar Aswad dipanggil Rukun ‘Iraqi, dan penjuru Syam ini dikenali sebagai Rukun Syami.

Dan ia telah diriwayatkan dalam hadits Ahlul Bayt (as) yang mengesahkan bahawa: Al-Istibshar oleh Sheikh Al-Tusi: jilid 2, halaman 216-217, Bab 141, hadits 743, dan juga ia diriwayatkan dalam Tahzib Al-Ahkam: Jilid 5, halaman 106, hadits 343: Ahmad bin Muhammad bin Isa bin Ibrahim bin Abi Mahmud, berkata: (saya berkata kepada Al-Ridha (as) saya akan Istilam Yamani dan Syami dan Gharibi? beliau berkata: Ya)

Dan ia menunjukkan ke arah bahawa Rukun ‘Iraqi sudah pasti dibenarkan untuk Istilam kerana ia ada Hajar Aswad, jadi ibn Abi Mahmud ditanya mengenai penjuru yang lain, dan dipanggil Al-Syami, dan ada sesetengah orang memanggilnya hari ini Al-‘Iraqi, kerana ia telah ditemui di beberapa rancangan Al-Ka’bah dengan penjuru-penjurunya. Dan dari riwayat ini kita tahu bahawa empat penjuru yang dikenali sebagai: (1-Rukun ‘Iraqi - Rukun Hajar Aswad, 2-Rukun Syami, 3-Rukun Gharibi (Barat-Maghribi), 4-Rukun Yamani itu).

Bahkan, riwayat ini telah disebut dalam Al-Wasa'il al-Syiah (Al-' Islamiyyah) dengan Hurr Al-'Amili: Jilid 9, halaman 423, hadith 17910: Dari Ibrahim bin Abi Mahmud, beliau berkata: Saya berkata kepada Al-Ridha (as): Mahukah, aku Istilam Yamani, Syami, ‘Iraqi dan Gharibi? beliau berkata: ya) Maksudnya bahawa beliau ditanya mengenai Istilam empat penjuru, dan kita dapati bahawa dia menamakan penjuru selatan dengan namanya (Rukun Yamani), dan dipanggil penjuru utara dengan namanya iaitu (Rukun Syami itu), dan dipanggil penjuru barat dengan namanya iaitu (Rukun Gharibi), jadi tidak ada satu penjuru yang mempunyai Hajar Aswad di dalamnya melainkan (Rukun ‘Iraqi).

Sheikh Al-Tusi berkata: Dari Muhammad ibn Yahya ibn Ghiats dari Ibrahim, dari Ja'far dari bapanya (as): (Rasulullah (S) tidak beristilam melainkan Hajar Aswad dan Rukun Yamani, dan mencium mereka, dan meletakkan dahinya ke atasnya, dan aku telah melihat bapaku melakukan perkara yang sama)

Jamil bin Saleh berkata Abu Abdullah (as) berkata: (Saya tawaf di Ka’bah apabila saya melihat seorang lelaki berkata: Adakah tempat beristilam dengan kedua-dua penjuru ini, tidak beristilam kedua-dua penjuru itu?. Jadi saya kata Sesungguhnya Rasulullah (S) beristilam kedua-dua penjuru ini tidak pada kedua penjuru itu, maka tidak beristilam  pada keduanya, apabila beristilam pada keduanya Rasulullah (S) berkata:.. ini bagus dan aku melihat Abu Abdullah beristilam semua penjuru.)

Jadi Sheikh Al-Toosi berkata: (Kedua-dua riwayat dan riwayat yang pertama tidak bercanggah antara satu sama lain, kerana mereka termasuk kisah amalan Rasulullah (S), dan ia adalah mungkin bahawa Rasulullah (S) tidak menerima mereka kerana tidak ada keutamaan atau ganjaran dalam menerima mereka seperti terdapat dalam istilam ‘Iraqi dan Yamani, dan baginda tidak mengatakan bahawa Istilam padanya Makruh (dibenci) atau dilarang, kerana apa yang kita riwayatkan bahawa baginda berkata "ini bagus" bahawa Abu Abdullah (as​​) telah dilihat Istilam empat penjuru, jadi jika ia tidak dibenarkan dia (as ​​) tidak akan melakukannya,) Al-Istibsar oleh Sheikh Al-Toosi, jilid 2, halaman 216-217, Bab 141. Lalu dia menyatakan Hajar Aswad yang ada dalam riwayat yang pertama sebagai Rukun ‘Iraqi, kerana di dalamnya ada Hajar Aswad. (Lujnah Ilmiah)
[8] Taurat-Mazmur-Mazmur 118-Baru dan Perjanjian Lama-Jilid 1-Jemaah Gereja Timur
[9] Taurat-kitab Daniel-Bab 2


والحمد لله رب العالمين




Tiada ulasan: