Sabtu, 12 April 2014

Soalan 139: Malaikat akan turun dari langit

Soalan 139: Apakah maksud firman Dia Yang Maha Tinggi:

﴿فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِنْ فُطُورٍ﴾

Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang retak-terbelah? [97]?
         
Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Yang retak-terbelah, ia adalah pintu masuk yang akan membuka langit untuk Malaikat semasa kemunculan al-Qaim, (as).

﴿وَفُتِحَتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ أَبْوَاباً﴾

{ dan dibukalah langit, maka terdapatlah beberapa pintu, } [98]

Dan segala malaikat akan turun dari langit untuk memberi kemenangan kepada yang benar dan agama Allah SWT. Ia dinyatakan pada akhir Surah al-Mulk:

﴿قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْراً فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ﴾

{Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?".} [99]


Maknanya semasa ghaibah akan ditingkatkan di sisi kamu ilmu, dan tidak tinggal dalam hauzah (pusat ilmu) kamu hanya, kejahilan. [100] Maka akan di datangkan kepada kamu penyeru Kebenaran dengan ilmu Ketuhanan, ia adalah (mata) air yang mengalir. [101]




✡✡✡✡✡

--------------------------
[97] – Al-Mulk 67:3.
[98] - Al-Naba'78:19.
[99] - Al-Mulk 67:30.
[100] - Telah dinyatakan bahawa ilmu akan dikembalikan iaitu yang hilang dan tersembunyi di antara manusia; kerana mereka mengingkari hak imam Mahdi (as) dan washiynya, diriwayatkan dari Amirul Mukminin (as) berkata: (Ya Allah, adalah penting untuk Mu ada hujah-hujah di bumiMu, hujah selepas hujah pada ciptaanMu, Yang akan membimbing mereka kepada agamaMu, dan Yang akan mengajar mereka ilmu pengetahuanMu agar berselerak pengikut AuliakMu ... tetapi akan dikembalikan ilmu ini jika tidak ada yang membawanya, memliharanya dan melihatnya, seperti mana didengarnya daripada ahli-ahli ilmu (ulamak), dan percaya (membenarkan) kepada mereka, Ya Allah, aku tahu bahawa ilmu tidak akan dikembalikan keseluruhannya dan tidak dihilangkan dari mengasihinya dan Engkau tidak mengabaikan bumiMU dari hujjah Mu atas ciptaanMu, zahirnya tidak ada yang ditaati, atau ditakuti tidak diketahui agar terbatal hujjah Mu dan tidak sesat mereka selepas dibimbing AuliakMu, tetapi di manakah mereka? Berapa ramai jumlah mereka? Mereka itu sedikit bilangannya, amat besar derajat mereka di sisi Allah? Jilid 1, halaman 339.
Dan dari Ayub bin Nuh, dari Abi Hassan ke III (as), berkata: (Jika ditingkatkan ilmu kamu di antara yang terlihat pada kamu yang diharapkan akan meneguhkan pendirian kamu) Al-Kafi. Jilid 1, halaman 341, Dan banyak hadits-hadits dalam hal ini, sila rujuk.
[101] – Dari Ali bin Ja’far, dari saudaranya Musa bin Ja'far (as) pada firman Allah Azza wa Jalla:
﴿قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْراً فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ﴾
"Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?" {67:30]

beliau berkata: (Jika tiada Imam kamu di sisi kamu maka akan datang kepada kamu Imam yang baru) yang Al-Kafi. Jilid 1, halaman 340 hadits 14.

Tiada ulasan: