m.s
59 Sebab-sebab Keghaiban
(Imam
Al Mahdi oleh Yamani as)
Al-Imam
adalah kelembutan Ilahi kepada orang yang beriman dan kewujudannya menjelaskan
mereka dan memberi dorongan yang besar bagi mereka untuk beriltizam dengan
agamanya. Maka jika dia bertahan dari keluar (muncul) kerana takut akan dibunuh,
contohnya, kewujudan wakil (naib) beliau (as) adalah cara yang lebih baik
daripada keghaiban lengkap (kubro) beliau kerana wakil adalah pemimpin
pengganti untuk Imam (as) yang dihantar atas arahan beliau (as). Jadi kewujudan
wakil (safir) beliau juga - adalah kehalusan Ilahi kerana kewujudannya
menyerupai kewujudan maksum, di mana dengan kewujudan wakil (safir) mungkin
untuk berhubungan dengan Imam dan mengetahui hukum-hukum Syariah yang betul;
terutama bagi apa yang datang di sepanjang peredaran zaman. Jadi, jika perkara
itu berlaku seperti itu, apakah sebab berlakunya keghaiban penuh (Kubro- utama)?
!
Untuk
menjawabnya terdapat beberapa andaian, termasuk:
1
-Takut dibunuh oleh para penzalim (Tanghut):
Ini
mungkin benar jika Imam dilihat oleh semua orang, kerana bagi beliau ghaib
dalam keghaiban penuh (benar-benar tidak boleh dihubungi), bermakna dengan kewujudan
wakil (naib) Imam (as) akan menjauhkan dari mata penzalim dengan rancangan
jahat mereka, terutamanya apabila beliau (as) dibantu oleh Allah SWT. Dan pada
masa yang sama beliau berhubungan dengan orang-orang yang beriman dan memberikan
kepada mereka hukum Syariah dan arahan yang mereka perlukan, oleh itu, untuk
beliau menghilangkan bahaya para penzalim, keghaiban yang tidak lengkap adalah
mencukupi dengan wakil (safir) ini, jadi tidak perlukan keghaiban penuh lagi.
Allah lebih mengetahui.
2-
Ketiadaan peribadi yang berkelayakan untuk safir dan wakil khas Imam (as):
Selain
itu, sebagai wakil dengan Imam (as) seharusnya mempunyai banyak sifat-sifat Imam
(as), yang tidak kurang daripada darajat yang tinggi, zuhud, bertakwa, warak dan
takut kepada Allah dan berupaya untuk menguruskan hal ehwal umat dari segi siasah
(politik), iktisad (ekonomi) dan kemasyarakatan (sosial), dan dia menjadi ahli
undang-undang [Faqih], yang bermaksud: Dia biasa dengan riwayat hadits daripada
maksumin (as), bukanlah dia menjadi ahli undang-undang [Faqih] seperti yang
biasa difahami hari ini.
Jadi
safir tidak perlu menggubal hukum syariah, tetapi dia adalah seorang beriman yang
ikhlas, menjadi penulis hukum Syariah dari Imam (as) kepada umat, begitu juga
dengan wujudnya seorang safir kepada Imam (as) itu, adalah tidak dibenarkan
untuk sesiapa untuk menggubal hukum oleh pendapat sendiri, walaupun dia adalah
seorang Faqih yang memenuhi syarat-syarat yang dikenal hari ini.
Dan
ini boleh menjadi sebab untuk keghaiban lengkap (kubro) tetapi jika tiada orang
yang berkelayakan untuk menjadi safir itu adalah suatu perkara yang jauh dan
ini disebut dalam riwayat dari mereka (as) yang bermaksud: Bahawa Imam tidak
takut beliau (as) bersendirian pada zaman keghaiban dengan kehadiran 30 orang
yang beriman dari kalangan orang-orang yang soleh. [148]
3-
Sikap tidak acuh umat pada Imam (as)
Dengan
tidak mendapat manfaat daripadanya dengan manfaat sebenar dan tidak bekerjasama
dengan seorang pemimpin umat, jadi keghaiban lengkap (kubro) adalah akibat (hukuman)
kepada umat, mungkin dari matlamatnya adalah untuk pembaharuan umat selepas
terjejas oleh malapetaka dan tragedi kerana ketiadaan pemimpin maksum. Jadi
keghaiban panjang (kubro) menyerupai sejarah Bani Israel di gurun pasir Sinai, dihukum
untuk tujuan pengislahan (pembaikan), Bertujuan untuk mengeluarkan dari
generasi umat yang layak untuk membawa Risalah Ilahiyah kepada penduduk bumi, satu
generasi yang tidak redha kecuali dengan pimpinan Maksum dan tidak redha kecuali
Al-Quran untuk menjadi perlembagaan dan syiar dan manhaj (cara) untuk kehidupan.
Amir
al-Mukminin (as) berkata, dalam menerangkan gejala umat ini kepentingan Imam
dan al-Quran, “Dan sesungguhnya akan datang selepasku zaman yang padanya Kebenaran
disembunyikan, dan tiada lain dari mendedahkan kebatilan, dan mendustakan Allah
dan RasulNya. Dan tidak ada penduduk pada masa itu yang menghargai Kitab selain
betul bacaannya, yang tidak mengambil isi selain menafaat hurufnya, dan tiada
apa yang ada di bumi selain daripada menolak makruf dan tidak mengenal yang mungkar. Yang akan membuang
al-Kitab, yang mengabaikan pemeliharaannya . Kitab Suci pada hari itu ahlinya (pemiliknya)
dinafikan dengan mengusir pemegang sebenarnya, kedua-duanya berjalan tanpa
perlindungan. Kitab Suci dan ahlinya pada zaman itu di tangan orang lain dan bukan
di tangan mereka, bersama orang lain dan bukan bersama mereka. kerana kesesatan
tidak bermuafakat dengan hidayah jika berhimpun, akan bersatu kaum yang
berfirqah dan berpecah belah dari jamaah (Islam), seolah-olah merekalah yang
memimpin Kitab dan bukan Kitab yang memimpin mereka! Oleh itu tiada yang
tinggal pada mereka selain namanya. Dan tidak mengetahui selain tulisan (Khat)
dan lagunya!! Seperti masa lalu bagaimana mereka akan mencacatkan orang soleh dengan
apa cara sekali pun, dan mereka menggelar kejujuran sebagai fitnah Allah, dan menjadikan kebaikan
dihukum dengan kejahatan.[149]
Dan
apa yang jelas bahawa sebab bagi keghaiban lengkap (kubro) adalah Sikap tidak
acuh umat, adalah sebahagian daripadanya:
a-
Hasil kerja tangan yang dikeluarkan dari beliau (as) melalui wakil (safir)nya
ini sangat sedikit yang menandakan bahawa soalan-soalan yang ditujukan
kepadanya juga sangat sedikit.
Dan
mungkin seseorang akan berkata: walaupun banyak hasil kerja tangan, tetapi
tiada apa yang sampai kepada kita daripadanya kecuali jumlah yang kecil ini.
Dan
sebenarnya: hujah ini tidak boleh menipu orang yang memerhati dengan teliti pada
bilangan yang sedikit, kerana jika Hasil tangannya banyak, banyaklah yang akan
sampai kepada kita walaupun ada sesuatu yang hilang darinya. Maka tidak dapat
dielakkan hadis Nabi (sawas) dan Imam al-Sadiq dan Imam Redha (as) tidak sampai
kepada kita semua, tetapi banyak yang sampai kepada kita dan riwayat daripada
Imam (as) dengan tidak bersalahan
(bid’ah) dari riwayat dari Imam-imam (as), dan hal keadaan yang mengelilingi
mereka tidak lebih besar daripada keadaan yang dikelilingi khutbah Imam Amir
Al-Mukminin (as) sehingga apa yang sampai kepada kita adalah kitab Nahj Al
Balaghah.
Selain
itu, para ulama Syiah semasa keghaiban pendek (sughro-kecil) telah mengambil
berat tentang menulis riwayat Imam-imam (as),dan menyampaikan kitab-kitab
mereka kepada Imam (as) melalui wakil (safir)nya dan dari Kitab Al-Kafi Al-Kulaini
(rahimahu Allah), jadi mengapa tidak sesiapa dari mereka yang mengambil berat
untuk menulis hasil kerja tangan dikeluarkan olehnya (as)?!
Pada
hakikatnya mereka mengambil berat untuk menulisnya, tetapi sedikit bilangannya.
Dan
apa yang jelas pada orang yang tidak mengendahkan tentang ilmu pengetahuan dan
pada Imam apa yang Al-Kulaini bentangkan dalam Kitabnya Al-Kafi. Al-Kulaini
hidup pada Zaman keghaiban pendek (sughro-kecil) dan meninggal dunia tepat pada
penghujung keghaiban itu. Dia meninggal dunia pada Syaaban pada tahun 329 H
maknanya pada bulan yang sama dan pada tahun itu Ali bin Muhammad Al-Samari
meninggal dunia, yang terakhir dari empat orang wakil (safir) ini .
Al-Kulaini
(rahimahu Allah) berkata: (Ada pun selepas itu, aku faham istilah yang dirungutkan
berlamaan oleh orang-orang di zaman kita kerana kejahilan dan sepakat dan usaha
mereka untuk membina laluan mereka, dan menjelaskan ilmu dan asalnya, sehingga
pengetahuan yang hampir hilang sepenuhnya dan sumber-sumbernya terputus, kerana
mereka suka untuk bersandar kepada kejahilan dan kehilangan ilmu dan ahlinya )
(150)
Dan
beliau berkata: (Untuk sesiapa yang ingin Allah berikan dia kejayaan dan menjadikan
imannya tetap dan kekal, Dia jadikan untuknya sebab-sebab yang akan menyokongnya
sehingga dia mengambil agamanya dari kitab Allah dan Sunnah NabiNya (sawas)
dengan ilmu yakin dan Bashirah (Hujjah Allah), yang lebih kukuh bagi agamanya
daripada paksi pergunungan dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk dihinakannya
dan menjadikannya sesat dari agamaNya - kita berlindung kepada Allah dari yang
demikian itu - dia dijadikan untuknya sebab-sebab yang kelihatan baik pada
taqlid dan mentafsir (takwil) tanpa ilmu dan Bashirah (Hujjah Allah), dan itu
adalah dengan kehendak Allah, dengan izin Allah Tabaraka Wa Taala, melengkap imannya
dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menariknya semula, dan Dia tidak akan
beriman kepadanya, jika dia beriman pada waktu pagi dan pada petangnya dia akan
menjadi kafir dan jika beriman petang hari, tiba waktu pagi dia akan kafir
semula; kerana setiap kali dia melihat sesuatu yang besar daripada orang-orang besar
yang berharta bersamanya dan setiap kali dia melihat sesuatu sanjungan secara
zahir, dia menerimanya, dan seorang alim [Imam Musa Al-Kadzim (as)][151] berkata:
"Allah Azza Wa Jalla menjadikan Nabi-nabi dengan sifat kenabian dan tidak
dijadikan mereka itu melainkan Anbiak, dan menjadikan washiy dikalangan Aushiak,
dan dia menghina sesuatu kaum kerana iman, jika Dia menghendaki tentulah sama
ada Dia menyempurnakan [iman] mereka atau Dia akan menariknya semula dari
mereka,” dan beliau berkata: “dan mereka dipetik sebagai berkata telah berkata:
“ ﴿فَمُسْتَقَرٌّ
وَمُسْتَوْدَعٌ﴾ (maka
(bagimu) ada tempat tetap dan tempat simpanan).” [Al-An’aam 6:98] .[152]
Maka
ketahuilah wahai saudara Allah memmpin saudara, bahawa Dia tidak meminta
sesuatu yang berbeza dengan riwayat mengenainya daripada para ulamak (Imam (as))
oleh pendapat mereka, kecuali atas apa yang dianjurkan dari ulamak dengan
beliau berkata: "Berpalinglah ia kepada kitab Allah, dan menyetujui kitab Allah
Azza Wa Jalla dan mengambilnya dan apa yang tidak dipersetujui dengan kitab
Allah ditolaknya " dan dia (as) berkata: “Tinggalkanlah atas apa yang kaum
persetujui, dan cara yang betul ialah pada apa yang mereka telah perselisihkan."
Dan beliau (as) berkata " Ambillah apa yang bersatu atasnya, kerana apa
yang bersatu atasnya tidak mempunyai keraguan di dalamnya". Dan kita tidak
tahu semua itu kecuali sedikit dan kita tidak dapat satu perkara yang lebih
selamat dan juga yang lebih luas, daripada dikembalikan
ilmu itu semuanya kepada ulamak (as) [153] dan menerima apa yang lebih lebih
luas daripada
perintah
di dalamnya, dari katanya, "Mana-mana yang kamu ambil dari pintunya terserah
sekedar kesanggupan kamu " [154]
b-
Ia disebut dari mereka (as) bahawa dia dizalimi dan dia adalah salah satu yang
paling buruk untuk disebut : Al-Baqir (as) berkata: "Perkara ini dalam usia
yang paling muda dan adalah salah satu yang paling buruk untuk disebut "[155]
Maka, yang paling buruk disebut di kalangan Syiah menunjukkan penolakan mereka
terhadap beliau (as) .
c-
Keluar dari beliau (as) yang ditandatangani kepada safir beliau al-‘Umari, di
dalamnya, "Sebab di sebalik berlakunya keghaiban, Allah Azza Wa Jalla
berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا لا تَسْأَلوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ﴾
{Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan hal-hal yang jika
diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu.}” [Al-Maidah 5:101] [157]
Dan
apa yang boleh difahami dari riwayat ini, adalah bahawa kamu adalah sebab di
antara sebab-sebab keghaiban dan ia cukup bebas sebagai petunjuk kepadanya.
Dan
selepas jawapan kepada soalan-soalan Al-Hamiri yang ditanya olehnya, dia (as) berkata:
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyang, bukan dari perintah-Nya
yang kamu faham dan bukan dari orang-orang yang disukai-Nya yang kamu terima
﴿حِكْمَةٌ بَالِغَةٌ
فَمَا تُغْنِ النُّذُرُ﴾
{Itulah
hikmah yang sempurna maka tidak berguna peringatan-peringatan itu (bagi
mereka).} [Al-Qamar 54:5]
Salam
ke atas kami dan ke atas kami hamba-hamba Allah yang soleh)[159]
Dan
ia tidak tersembunyi dalam kata-katanya (as), sakit yang disebabkan oleh
keengganan umat ini menerima kebenaran dan menerima beliau (as). Dan kita wahai
saudara yang dikasihi, jika kita yakin bahawa dia adalah Hujjah Allah, hendaklah
kita bekerja siang dan malam untuk menyegerakan kemunculannya dan kita akan bentangkan
baginya diri kita, harta dan anak-anak kita.
d-
Kerukunan (kerjasama) umat kepada penzalim dan membantunya dengan cara apapun walaupun
dengan kerja-kerja awam yang difikirkan orang-orang yang akan mededahkannya.
Dan
ini adalah jelas dari sesiapa yang melihat melalui sejarah dan terutama semasa
Zaman Keghaiban Panjang (kubro). kebanyakan ulamak dan yang jahil sama-sama
menyokong penzalim (taghut), begitulah Imam Al-Kadzim (as) berhujah terhadap
Safwan (ra) kerana dia menyewakan untanya kepada penzalim (taghut) Harun
Abbasiyah supaya dia boleh pergi mengerjakan haji.
Allah
telah berfirman:
﴿وَلا
تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ
دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنْصَرُونَ﴾
{Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.} [S. Hud 11:113]
Sheikh
Muhammad Redha Al-Mudzafar (rahimahu Allah) berkata: “Ini merupakan kaedah
al-Quran dan ia merupakan kaedah Ahlulbayt (as) dan ia telah disebut dari
mereka sehingga ia mencapai tahap di hujung rasa benci mengenai kerukunan
(kerjasama) kepada penindas, berhubungan dengan mereka dan yang menyertai mereka
dalam apa jua kerja dan menyokong mereka walaupun dengan separuh daripada buah
kurma, tidak syak lagi bahawa perkara yang paling besar kepada aku oleh Islam
dan umat Islam adalah berlembut dengan mereka dan tidak adil untuk mengabaikan
kekejaman mereka dan untuk berurusan dengan mereka, Selain menolong dan menyokong
mereka; serta membantu penindasan mereka, dan masalah berlarutan ke atas
masyarakat Islam, tetapi sisihan itu mengenai ujian pembaharuan dan kebenaran, sehingga
agama menjadi lemah hari demi hari, jadi kuasanya berkurangan dan mencapai apa
yang terlihat hari ini dikembalikan sebagai asing (ghariban) dan menjadi orang
Islam atau yang memanggil diri mereka Muslim dan sekali-kali tidak adalah bagi
mereka penolong selain Allah. dan Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan walaupun
terhadap musuh-musuh yang paling lemah dan orang-orang yang berani yang paling
rendah terhadap mereka seperti orang-orang Yahudi memalukan mereka serta
tentera Salib yang kuat.
Imam-imam
(as) berusaha untuk menyingkiran sesiapa yang berhubungan dengan mereka kerana memberikan
kerjasama kepada penzalim. Dan mereka (as) telah menekankan kepentingan Auliak mereka
daripada bekerjasama dengan para penzalim dan mereka yang tidak berlaku adil dengan
menolong mereka. Perkara ini banyak disebut oleh Imam Zain Al-‘Abidin (as) yang
menulis surat kepada Muhammad bin Muslim Al-Zahri selepas beliau memberi amaran
kepadanya kerana memberikan kerjasama kepada penzalim kerana penindasan mereka:
"Dan tidaklah seruan mereka kepada kamu apabila mereka memanggil kamu,
mereka membuat kamu sebagai gandar (paksi), menjadikan kamu berpusing di sekitar
dan dalam kilang oleh penindasan mereka. dan kamu sebagai jambatan mereka di
mana menyeberang untuk menjadi alat dan anak tangga kesesatan mereka. menyeru
untuk keingkaran mereka, berjalan di jalan mereka, mereka masukkan keraguan
kepada kamu terhadap ulamak dan mengawal kamu melalui hati yang jahil terhadap mereka
(as). dan kamu tidak akan mencapai keutamaan yang istimewa bagi mereka atau
penyokong kuat mereka sehingga kamu sampai ke pembaharuan mereka yang rosak dan
perbezaan yang khusus dan umum daripada mereka. dan betapa sedikit mereka beri kamu
dari apa yang dia telah diambil daripada kamu dan bagaimana mudah mereka bina
untuk kamu dengan apa yang mereka musnahkan atas kamu. Lihatlah diri kamu,
kerana tiada yang melihatnya selain kamu dan perhitungkanlah sebagai suatu
perhitungan seorang lelaki yang bertanggungjawab "[161]
Dan
beliau berkata: (Dan apa yang lebih fasih daripada ini untuk menggambarkan
pencabulan menyokong penindas adalah riwayat Safwan Al-Jamal dengan Imam Musa
Al-Kadzim (as), dan beliau adalah antara Syiah dan beliau seorang yang perawi
boleh dipercayai dalam periwayatan. Beliau berkata mengikut - riwayat Al-Kasyi
di dalam (kitabnya) Rijal [ilmu perawi]- dari penjelasan (terjemahan) Al-Safwan,
aku masuk berjumpanya dia berkata kepadaku: “Wahai Safwan, segala-galanya
daripada kamu adalah cantik (baik) kecuali satu perkara,” jadi aku berkata: “Aku
sebagai tebusan tuan, apakah dia? Beliau (as) berkata: “Menyewakan unta kamu
untuk lelaki ini - maknanya Harun - aku berkata: Demi Allah aku tidak menyewakan
kepada mereka untuk kejahatan, yang tidak wajar (kesombongan) mahupun untuk
memburu dan juga untuk hiburan tetapi aku sewakan kepada dia untuk jalan ini - bermaksud
Mekah - dan aku tidak mengikutinya sendiri, tetapi aku menghantar budak-budakku,”
beliau (as) berkata: “Wahai Safwan, adakah kamu sewakan kepada mereka?” Aku menjawab:
“Ya, aku jadi tebusan tuan! Beliau (as) berkata: “Adakah kamu mahu mereka kekal
sehingga sewa mereka dibayar kepada kamu?” Aku berkata : “Ya,” lalu beliau (as)
berkata: “Sesiapa yang suka kekal bersama mereka adalah dari mereka dan sesiapa
yang dari mereka akan berakhir di dalam api neraka,” jadi Safwan berkata: “Jadi
aku pergi dan menjual semua unta-untaku.” [162]
Jika
intipati kasih sayang kehidupan penindas dan kelangsungan hidup mereka adalah
pada peringkat ini! Jadi bagaimana hal keadaan orang yang masuk dan menjadi
antara kumpulan mereka atau melakukan kerja-kerja mereka atau mengiringi kabilah
mereka atau mengikut arahan mereka. Jika menyokong penindas seperti itu,
walaupun dengan sebelah butiran kurma (tamar) apatah lagi kekal kasih sayang bersama
mereka adalah yang paling teruk dari amaran yang para Imam (as) berikan, jadi bagaimana
pula halnya jika bersekutu dengan mereka dalam undang-undang, dan besekongkol
dalam pekerjaan mereka dan dalam wilayah pemerintahan mereka, bahkan apa halnya
dengan sebilangan orang Islam dalam kerajaan mereka, atau mereka yang menjadi
di antara tunggak kuasa mereka dan tenggelam dalam membina perundangan mereka (itu
adalah kerana wilayah tidak adil yang memusnahkan semua pengajaran dari
kebenaran dan membawa kepada semua kepada kehidupan batil dan menzahirkan kezaliman
dan ketidakadilan dan kerosakan seperti apa yang telah disebutkan di dalam riwayat
Tuhuf Al-‘Uqul). [163]
Bekerja
(beramal) dalam bulatan kerajaan ini terutamanya untuk ketenteraan di negara
kerajaan Taghut (penzalim) bagi membantupen zalim (Taghut) untuk terus berkuasa,
oleh itu, ia menyokong musuh-musuh Imam Al Mahdi (as) dan jangan memandang
rendah perkara ini di negara-negara yang penduduk mereka menikmati kebebasan jika
mereka mahu tekanan kumpulan khusus kepada kerajaan negara itu untuk mencapai
tuntutan-tuntutan tertentu dengan mengumumkan tindakan mogok.
Jadi
kerajaan zalim (taghut) itu stabil melalui kamu wahai pekerja, jurutera dan kakitangan,
kamu adalah tunggak utama (teras) yang memberi asas (kekuatan) kepada penzalim.
Dan
mungkin sebahagian dari kamu akan berkata : Apa yang kami patut lakukan? bahawa
keadaan hari ini merekalah yang berkuasa mencengkam leher-leher kami .
Aku
berkata: Mereka berkuasa mencengkam leher-leher kita sejak wafatnya Rasulullah (sawas)
tidak memalukan (mengaibkan) para washiy - Imam Ali dan anak-anaknya (as),
tetapi memalukan kita, kerana kita sentiasa gagal memberikan kemenangan kepada
kebenaran dan mungkin semasa kemunculan Imam Al-Mahdi (as) banyak daripada
mereka akan mengatakan bahawa ini bukanlah Al-Mahdi (as) supaya mereka boleh
memberikan diri mereka alasan untuk meninggalkan dari menyokong Imam Al Mahdi (as)
seperti apa yang penduduk Mekah dan orang-orang Yahudi lakukan kepada Rasulullah
(sawas). Walaupun, mereka mengenal baginda sepertimana mereka mengenal anak-anak
mereka dari akhlak mulia dan amanah dan kebenaran dan bersih dari dusta dalam urusan
dunia baginda. Bagaimana mereka berdusta kepada Allah?! Mereka juga tahu
ayat-ayat (tanda-tanda) dan mukjizat yang dengannya telah diperkuat oleh Allah,Tetapi,
mereka dapati baginda mewakili arah (aspek) kebenaran yang bertembung dengan kepentingan
mereka. dan kehadirannya menyeru mereka untuk berJihad di jalan Allah yang
mendedahkan kehidupan mereka kepada bahaya, jadi mereka mengecewakan baginda dan
Allah Yang Maha Suci telah memberikan pertolongan kepadanya. Dan kebanyakan
mereka akan mengecewakan Imam Al Mahdi (as) dan Allah Yang Maha Suci akan
memberi pertolongan kepadanya.
Dari
Imam Al-Shadiq (as) berkata: "Allah akan memberi pertolongan kepada urusan
ini dari orang-orang yang tidak berakhlak walaupun urusan yang datang kepada kita,
samalah dengan mereka yang keluar pada hari ini mendirikan penyembahan berhala."
[164]
Penyembahan
berhala, bermakna mentaati para pemerintah zalim dan yang seiringan dengan
mereka, bahkan mengikuti hawa nafsu .
Dari
Imam Al-Shadiq (as) beliau berkata: "Jika Al-Qaim muncul, dia akan keluar dengan
urusan ini, yang mereka lihat dia adalah dari orang-orang yang sama seperti penyembah
matahari dan bulan.",[165] yang bermaksud : Mereka keluar memberi pertolongan
kepada Imam (as), sebahagian dari mereka yang mendakwa diri mereka sebagai
Syiah dan melihat diri mereka sebagai dari Ansar Imam Al Mahdi as dan mereka
yang akan memasuki barisan Ansar beliau adalah kaum yang bukan Syiah, tetapi
mungkin yang bukan Islam sebelum mengetahui kebenaran dan mengikuti keluarga
Muhammad (as). Berfirman Yang Maha Tinggi:
﴿لَوْ
كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لَاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ
عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا
مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ﴾
{Kalau
yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan
perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat
yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan
(nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat
bersama-samamu". Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah
mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.}.[S.
Taubah 9 : 42]
Di
dalam peperangan di Karbala, Omar Ibn Sa'ad (la’nahu Allah) berhenti di antara
tangan Imam Al-Hussain (as), memberikan alasan untuk tinggal bersama penzalim
kerana dia takut dibunuh, takut rumahnya dimusnahkan dan takut wanitanya ditawan
dan takut ..... dan takut ... dan takut.
Oleh
itu, marilah kita semua berwaspada pada hari ini atau esok jangan menjadi
seperti Omar Ibn Sa'ad (la’nahu Allah), menggagalkan kebenaran dan memohon keuzuran
dengan alasan hodoh dan bukti-bukti yang rapuh.
Dan
cukuplah sekadar ini ini, bahawa sebab-sebab bagi keghaiban adalah: kelemahan umat,
atau lain bukti-bukti yang lebih daripada apa yang disebutkan. Jadi, jika kita
tahu bahawa yang paling penting dari sebab-sebab keghaiban lengkap adalah keengganan
umat terhadap Imam (as), adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk
bekerja bagi kehadirannya dan mengangkat sebab-sebab keghaiban lengkap (kubro)
beliau dalam mendukung penuh dengan menyebut beliau dan mendedahkan kebenaran
dan mewujudkan kesediaan umat untuk untuk menyokong semasa kemunculannya dan kebangkitan
dan menyebarkan agama dan memadam wajah-wajah kesesatan dan syirik dan
menghapuskan kezaliman dan penyokong mereka yang mewakili musuh paling utama
Imam Al Mahdi (as). [167]
✡✡✡✡✡
-------------------------------------
[148] - Diriwayatkan Al-Syeikh Kulayni: Dari Abi Bashir, dari Abi Abdillah (as) berkata: (Pemilik Urusan ini pasti mempunyai keghaiban, dan mesti terpencil dalam keghaibannya, dan nikmat tempat tinggal yang baik, dan tidak ada kesunyian dengan dikelilingi oleh tiga puluh orang) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 340, Ghaibah Al-Nu3maniy: halaman 194 , Ghaibah Al-Thusi halaman 162 dan dalam Ghaibah Al-Thusi terdapat sedikit perbezaan..
[148] - Diriwayatkan Al-Syeikh Kulayni: Dari Abi Bashir, dari Abi Abdillah (as) berkata: (Pemilik Urusan ini pasti mempunyai keghaiban, dan mesti terpencil dalam keghaibannya, dan nikmat tempat tinggal yang baik, dan tidak ada kesunyian dengan dikelilingi oleh tiga puluh orang) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 340, Ghaibah Al-Nu3maniy: halaman 194 , Ghaibah Al-Thusi halaman 162 dan dalam Ghaibah Al-Thusi terdapat sedikit perbezaan..
[149] - Nahj Al-Balaghah Syarah Muhammad
Abduh, Jilid
2 halaman 31 , Bihar Al-Anwar: Jilid 34 halaman
233.
[150] - Al-Kafi: Jilid 1 halaman
5.
[151] - bermaksud Imam Musa bin Ja'far al
-Kadzim (AS) , ia adalah salah satu gelaran beliau.
[152] – Al-Baqarah 2: 98.
[153] – Al-Imam Pemilik Urusan, darinya (as).
[154] - Al-Kafi: Jilid 1 halaman
8.
[155] - Ghaibah Al-Nu3maniy: 191, Bihar
Al-Anwar: Jilid
51
halaman 43.
[156] – Al-Maidah: 101.
[157] - Kamal Al-Din : halaman 485 , Ghaibah
Al-Thusi halaman 292, Al-I7tijaj: Jilid
2 halaman 284, Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman
92.
[158] – Al-Qamar: 5.
[159] - Al-I7tijaj: Jilid 2 halaman
316, Bihar Al-Anwar: Jilid
91 halaman 2 , Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 4 halaman
349.
[160] - Hud: 113.
[161] – 3aqaid Al-Imamiyyah: halaman 113.
[162] - Ikhtiar Ma3rifat Al-Rijal: Jilid 2 halaman
470, Wasail Al-Syiah : Jilid
17 halaman 182.
[163] - 3aqaid Al-Imamiyyah: halaman 114.
[164] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 450, Bihar
Al-Anwar: Jilid
52 halaman 329, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as):
Jilid
3 halaman 423.
[165] - Ghaibah Al-Nu3maniy: halaman 332 , Bihar
Al-Anwar: Jilid
52 halaman 364, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as):
Jilid
3 halaman 501.
[166] – Al-Taubah: 42.
[167] – Dari
Marwan Al-Anbari berkata, keluar dari Abu Jafar (AS) : (Jika Allah membenci
kita, untuk bersama dengan umat, maka Dia akan menjauhkan kita dari mereka.)
3ilal Al-Syarai3 : Jilid 1 halaman 244.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan