Soalan
147: Telah berkata Sayyed Kamal Al-Haidari: "Sesungguhnya, sebahagian ayat-ayat
Al-Quran tidak turun kepada Rasulullah (sawas) melalui Jibrail (as); kerana Jibrail
(as) tidak berupaya untuk menanggung beban ayat-ayat
Al-Quran yang mulia ini; dan Ar-Rasul al-A’dzam (sawas) mendapatkannya
terus daripada Allah SWT, semasa Mi'raj ketika Jibrail (as) meninggalkan
baginda di Sidrat Al-Muntaha."
Adakah
ini benar? Semoga Allah melimpahkan kebaikan ke[ada kamu (jazakum Allah Khairan)
- - Abu Mariam.
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasahani
Dan
segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan selawat Allah ke atas
Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
Al-Quran
adalah hijab yang bergetar (beralun) antara Allah SWT dan Muhammad (sawas), dan
pada martabat makrifat Muhammad (sawas) kepada Al-Quran adalah Muhammad (sawas)
dan menjadi hijabnya, maka dia menjadi al-Quran, adalah hijab yang bergetar
(beralun) di antara fana' dalam zat al-Ilahiyah,
maka tiada apa kekal melainkan Allah Al-Wahid
Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa) dan di antara kembali kepada Al-Ana (Aku) dan
Keperibadian kemanusiaan. oleh itu Muhammad (sawas) adalah makhluk yang
pertama
﴿قُلْ إِنْ كَانَ لِلرَّحْمَنِ وَلَدٌ فَأَنَا
أَوَّلُ الْعَابِدِينَ﴾
{Katakanlah,
jika benar Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak, maka akulah (Muhammad) orang
yang mula-mula memuliakan (anak itu).} [Al-Zukhruf 43: 81] ;
Dan
pada martabat ini tidak ada yang mengetahui al-Quran melainkan Muhammad (sawas);
dan tidak ada yang mengetahui sehinggalah penciptaaan yang lebih utama selepas
dia; dan mereka adalah Ali, Fatimah, para Imam (as), dan Mahdi-mahdi, para
Nabi, dan Rasul-rasul, dan juga lebih utama dari malaikat Allah yang dekat; dan
Jibrail (as) dari kalangan mereka.
Maka
Jibrail (as) tidak mempunyai keupayaan untuk mengetahui atau mendapatkan
ayat-ayat Al-Quran pada martabat ini dan walaupun dengan selain dari martabat
ini; sehingga mencapai perubahan dalam kedudukan dan ditajallikan kepadanya dan
kepada malaikat Allah yang dekat (as); dengan itu mereka mengetahui dari Al-Quran
apa yang dikehendaki Allah untuk mereka mengetahuinya; setelah ditunjukkan dan
dijelaskan di dalam alam-alam mereka (as); dan ia adalah di seluruh alam-alam Cahaya
di Langit Ketujuh ; dan contoh-contoh lebih terperinci di langit Keenam.
Dan
Al-Quran yang ada di tangan kita adalah lafadz-lafadz yang hampir dengan cahaya
itu; dan contoh dengan makna yang menunjukkan kepada lafadz-lafadz ini; dan
roh-roh yang ingkar (kafir) dan yang tidak yakin, tidak akan dapat melafazkan satu
huruf pun daripada al-Quran.
Bahkan,
sebahagian lidah manusia yang boleh melontarkan bunyi huruf-huruf Al-Quran di alam
(dunia) ini pun adalah orang-orang yang kafir pada hakikatnya; akan tetapi roh-roh
mereka tidak berupaya melafazkannya; dan begitulah juga jin-jin yang kafir tidak
boleh melontarkan bunyi huruf-huruf di alam (dunia) ini; kerana tubuh (jasad) yang
mesra dan rapat dengan roh-roh mereka; Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ
الشَّيَاطِينُ * وَمَا يَنْبَغِي لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ * إِنَّهُمْ عَنِ
السَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ﴾
{Dan
(Al Quran itu) bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan.* Dan tidaklah patut
mereka membawa turun (Al Quran) itu, dan merekapun tidak akan kuasa. * Sesungguhnya
mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar (Al Quran) itu. } [Al-Shu’araa'
26: 210-212].
Dan
Yang Maha Tinggi berfirman: :
﴿لا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ﴾
{tidak
menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. } [Al-Waqi'ah 56:79.],
iaitu bahawa roh-roh mereka tidak boleh
menyebut hurufnya.
Bagi
Jibrail (as) maka dia berupaya dengan kuasa Allah SWT, untuk menyebut huruf
Al-Quran; dan untuk menghantarnya kepada Muhammad (sawas) di alam dunia ini;
iaitu, untuk ruh Muhammad (sawas) yang diatur untuk jasad Muhammad (sawas) di alam
dunia ini.
Ada
pun Hakikat al-Quran yang saya telah jelaskan pada permulaan kenyataan saya kerana
Jibrail (as) tidak mampu memikulnya; bahkan Muhammad-lah (sawas) mengambilnya
daripada Allah Yang Maha Suci dan Yang Maha Tinggi.
Bahkan
juga adalah untuk mengetahui Jibrail (as) memindahkan al-Quran dari Muhammad (sawas)
dalam Al
Mala’ Al A’laa [Perhimpunan (Malaikat) Teringgi]. kepada Muhammad
(sawas) di alam dunia ini; dengan yang yang menerima al-Quran dari Allah SWT,
hanyalah Muhammad (sawas); bahkan baginda adalah penerima seluruh Kitab
Samawiyah dan Risalah dari Allah; dan Jibrail (as) mengambil darinya dan memindahkannya.
Untuk
membuat gambar yang lebih jelas dibawakan kepada saudara contoh ini: katakanlah
Jibrail (as) adalah seperti sel saraf yang memindahkan isyarat cahaya elektrik
dari otak ke seluruh organ-organ tubuh manusia seperti kaki, jadi Muhammad (sawas)
adalah badan manusia. Oleh itu Muhammad (sawas) adalah penciptaan, dan dia
adalah alam semesta, dan dia adalah seluruh alam-alam kewujudan makhluk, juga
Muhammad (sawas) adalah huruf-huruf Alif dan Ya', dan baginda adalah yang awal
dan akhir, dan baginda adalah jelas (zahir) dan yang tersembunyi (batin) di
dalam penciptaan, dan Maha Tinggi Allah dan Maha Suci Dia Tuhan sekalian alam.
Saya
minta supaya memahami yang berikut: Jibrail (as) memindahkan al-Quran dari
Allah yang Maha Suci kepada Muhammad (sawas) melalui Muhammad (sawas); dan Jibrail
(as) tidak benar-benar memindahkan Quran yang lengkap di sisi Muhammad (sawas)
(yang datangnya) dari Allah kepada Muhammad (sawas); bahkan Muhammad (sawas)
mengambilnya dari Allah SWT. Walaupun Jibrail memindahkan keseluruhan al-Quran
yang ada di tangan kita daripada Allah kepada Muhammad (sawas); dan tidak ada satu
ayat pun dalam al-Quran melainkan Jibrail-lah (as) yang memindahkan kepada
Muhammad (sawas). Dan dalam al-Quran terdapat ayat yang menjadi bukti bahawa yang
memindahkan semuanya itu adalah Jibrail (as) ; Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿إِنَّهُ لَقَوْلُ
رَسُولٍ كَرِيمٍ * ذِي قُوَّةٍ عِنْدَ ذِي الْعَرْشِ مَكِينٍ * مُطَاعٍ ثَمَّ
أَمِينٍ * وَمَا صَاحِبُكُمْ بِمَجْنُونٍ * وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ
* وَمَا هُوَ عَلَى الْغَيْبِ بِضَنِينٍ * وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ
* فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ * إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ﴾
{Sesungguhnya
(ia) itu benar-benar kata-kata utusan yang mulia, * yang mempunyai kekuatan,
yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy, * yang
ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya. * Dan temanmu (Muhammad) itu
bukanlah sekali-kali orang yang gila. * Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibrail
di ufuk yang terang. * Dan dia (Muhammad) bukanlah orang yang bakhil untuk
menerangkan yang ghaib. * Dan Al Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang
terkutuk, * maka ke manakah kamu akan pergi? * Al Quran itu tiada lain hanyalah
peringatan bagi semesta alam, } [Al-Takweer 81:19-27],
{Sesungguhnya
(ia) itu benar-benar kata-kata utusan yang mulia,}, iaitu 'ia ' adalah
al-Quran, dan Rasul (utusan) yang mulia adalah Jibrail (as).
. ✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan