Rabu, 6 Ogos 2014

Soalan 7: Rukya (mimpi) sebuah taman hijau yang luas

Soalan 7: Saya pernah bermimpi tentang Yang Mulia Tuan, Imam Al-Mahdi (as) berbicara pada saya melalui tingkap sebuah bilik yang mana saya berada dalam bilik tersebut, beliau bersabda: “Saya sangat dekat” kemudian beliau menunjukkan ke arah sebuah rumah kecil yang berdekatan dengan tempat ini dan bersabda: “Itu adalah rumah saya dan jika kamu naik ke atas atap, kamu akan dapati sebuah taman hijau yang luas.” Apakah tafsir rukya (mimpi) ini bagi Sayyid Ahmad Al-Hassan? Semoga Allah membalas kebaikan tuan.

3ala’ Razaq,
6/Rabi3 Al-Awwal /1426 H

Jawaban: 
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين.

Hijau itu adalah agama dan atap adalah mi’raj dalam kerajaan Allah (Malakut Al-Samawaat).

Dan di dalam rukya (mimpi) ini, anda mempunyai sebuah aspek yang mudah di antara kedua tangan anda, dan ia adalah Laman Web Ansar di internet, dan taman hijau yang luas itu adalah pengetahuan yang terkandung di dalam laman web tersebut, atap itu adalah alam maya; kaedah komunikasi untuk internet, dan tingkap itu adalah tetingkap (window) untuk laman web tersebut, dan rumah tersebut adalah laman web itu sendiri, yang lebih kecil saiznya.


Ahmad Al-Hassan


✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: