Rabu, 27 Ogos 2014

Pendahuluan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani

Pendahuluan


الحمد لله مالك الملك مجري الفلك مسخر الرياح فالق الإصباح ديّان الدين ربّ العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Segala puji bagi Allah, Pemilik Kerajaan yang menetapkan perjalanan bintang-bintang, yang mengawal angin, yang menyebabkan fajar dan yang mentadbir Agama, Tuhan sekalian alam. dan Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Penutup Kenabian itu oleh Nubuwah Al-Rasul Muhammad (S) [1], dan Allah SWT telah sempurnakan agama dan mencukupkan nikmatNya ke atas orang yang beriman. Umat telah berselisih pada maksud [ﺧﺎ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ - Al-Khatam Al-Anbiak] Sebahagian daripada mereka membacanya Ta  dengan baris fattha [Al-Khatam], dan sebahagian daripada mereka membacanya Ta  dengan baris kasrah sebagai [Al-Khatim], dan ia telah memberikan setiap bacaan dengan makna yang berbeza dari yang lain.

Kita juga menemui beberapa riwayat yang mengesahkan bahawa tidak ada nubuwah selepas Al-Rasul Muhammad (S) dan sesiapa yang mendakwa selepasnya adalah penyamar yang berdusta. Dan di sisi lain, kita dapati riwayat yang menegaskan bahawa nubuwah itu berterusan selepas Al-Rasul Muhammad (S) Dan ia adalah Hujjah atas penciptaan selepas Al-Rasul Muhammad (S) mesti ada sambungan dengan langit, iaitu sesungguhnya khabar dari Allah Ta3ala

Sebenarnya, anda juga dapati riwayat-riwayat dari Al-Rasul Muhammad (S) nash yang menyatakan bahawa perkara wahi tidak terhad kepada Aushiak (pemegang wasiat) Al-Rasul Muhammad (S) sahaja, tetapi ia menjangkau lebih dari itu kepada manusia secara umum, sebagai contoh mimpi benar (rukya) yang diterangkan oleh Al-Rasul Muhammad (S) adalah sebahagian daripada nubuawah. Imam Al-Ridha (as) berkata, Imam Al-Ridha (as) berkata,

عن الرضا (ع) قال: (حدثني أبي، عن جدّي، عن أبيه: أنّ رسول الله (ص) قال: … إنّ الرؤيا الصادقة جزء من سبعين جزءاً من النبوة)

"Diriwayatkan dari bapa ku, dari datukku, dari bapanya berkata: bahawa Rasulullah (S) berkata, '... mimpi (rukya) yang benar adalah 1/70 bahagian nubuwah." [1]

عن الرسول (ص) أنّه قال: (لا نبوّة بعدي إلاّ المبشّرات. قيل: يا رسول الله، وما المبشّرات ؟ قال: الرؤيا الصالحة)

Diriwayatkan dari Al-Rasul (S) bahawa baginda besabda, "Tidak ada nubuwah selepasku kecuali khabar baik (Al-Mubasyiraat)." Dia berkata, "Ya Rasul Allah, dan apakah berita baik?" baginda besabda, "ini mimpi yang soleh (rukya Al-Shalihah)." [2]

-------------------------
[0] Singkatan yang digunakan dalam buku ini termasuk SWT=Subhanahu Wa Ta3ala, AWJ=Allah ‘Azza Wa Jalla, (S)= Shall Allah ‘alaihi Wa Aalihi Salam dan (as)=’Alaihi al-Salam atau ’Alaihima al-Salam atau ’Alaihum al-Salam.
1. Amali Al-Syeikh Al-Shaduq halaman 121, 3uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 1 halaman 228, Man La Yahdharuhu Al-Faqih Jilid 2 halaman 585, Madinah Al-Ma3ajiz Jilid 7 halaman 183, Bihar Al-Anwar Jilid 49 halaman 283, dan sumber-sumber lain.
2. Al-Dur Al-Mantsur Jilid 3 halaman 312, Bihar Al-Anwar Jilid 58 halaman 192 di mana ia juga diriwayatkan di bahagian yang sama pada halaman 177 dengan jalan ini, "Tiada apa-apa yang tinggal dari nubuawah melainkan khabar gembira," mereka bertanya," apakah dia ... dan seterus "Juga diriwayatkan dalam sebutan yang berbeza dalam sumber-sumber ini: Al-Muwata'a Jilid 2 halaman 957, Masnad Ahmad Jilid 5 halaman 454, dan Jilid 6 halaman 129, Sahih Al-Bukhari Jilid 8 halaman 69, Majma3 Al-Zawaid Jilid 7 halaman 173, 3umdah Al-Qari Jilid 24 halaman 134, Al-Mu3jam Al-Kabir Jilid 3 halaman 197, dan sumber-sumber lain.


 2

Dan di sinilah di mana pencari kebenaran mendapati dirinya di persimpangan antara dua laluan, yang kedua-duanya bercanggah dengan apa yang didatangkan dari Al-Rasul Muhammad (S) dan keturunan yang suci. Oleh itu jika dia mengatakan ia sama sekali menutup nubuawah Al-Rasul Muhammad (S) dia akan bercanggah dengan riwayat-riwayat yang mengatakan tentang penerusan Al-Rasul selepas Al-Rasul Muhammad (S). atau sekurang-kurangnya beberapa bahagian daripada nubuawah. Dan jika dia mengatakan mengenai kesinambungan mutlak nubuawah, dia akan bercanggah dengan riwayat-riwayat yang mengatakan ia sama sekali menutup nubuawah yang membawa risalah yang mulia ​​ penciptaan Allah keseluruhannya, Muhammad Al-Mustafa (S)

Penyelesaiannya bukan dengan mengambil dan bergantung kepada sebahagian daripada riwayat-riwayat manakala mengabaikan yang lain dan cuba untuk meminggirkan dan menghapuskan kepentingannya atau mengatakan ia tidak sah - semoga dilindungi Allah -. Ini adalah satu kaedah yang ditolak oleh keturunan (as) di dalam banyak riwayat yang memberitahu kita untuk tidak menolak mana-mana riwayat yang datang dari Ahl Al-3shimah (Ahl Al-Bayt) (as) [3], melainkan jika ia bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang sah [4]
.
Oleh itu, persoalan tentang penutup nubuwah adalah termasuk al-mutasyabihat yang hanya boleh dibuat jelas oleh Aushiak Muhammad (S). Allah SWT berfirman,

﴿هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ﴾

{Dialah yang menurunkan Al Kitab kepada kamu. Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al Kitab dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal..} [5]

------------------------------------
[3] - Al-Saffar meriwayatkan tentang perkara ini di dalam kitab Al-Basair Darajat, di bawah bab yang dinamakan "Mengenai orang yang tidak tahu riwayat, oleh itu menolaknya." Beliau menyebut beberapa riwayat termasuk Abu 3ubaidah Al-Hetha berkata beliau mendengar Abu Jafar (as) berkata "Aku bersumpah demi Allah bahawa yang paling disukai sahabat-sahabatku padaku adalah mereka yang paling bijak dan paling berilmu dan paling memahami mengenai riwayat kami. Dan yang paling kubenci adalah mereka yang jika mereka mendengar satu riwayat yang dirujuk kepada kami hati mereka tidak menerimanya, mereka menolaknya dan mereka membencinya dan mereka berkata orang yang mempercayainya adalah kufur kepada Allah, sementara dia tidak tahu, mungkin riwayat ini adalah daripada kami dan ia benar-benar yang dirujuk kepada kami. Dengan tindakan ini, dia tidak percaya pada kami." Sofyan Bin Al-Sait berkata katanya kepada Aba Abdillah (as), "Semoga jiwaku menjadi tebusan tuan, seorang lelaki boleh datang kepada kami dari sisi tuan dan menceritakan perkara besar daripada tuan, jadi kami tidak boleh bertolak ansur kerana itu kami menafikannya." Maka Aba Abdillah (as) berkata," Adakah dia tidak mengatakan bahawa aku mengatakanya? ", Sofyan berkata, "Ya ". Jadi dia (as) berkata, "Adakah dia mengatakan malam itu adalah siang dan siang adalah malam?" Kata Sofyan "Tidak". Jadi dia (as) berkata, "Sila rujuk kepada kami, kerana jika kamu menafikannya kamu menafikan kami." Ali Al-Sinani meriwayatkan bahawa Aba Al-Hassan (as) menulis kepadanya berkata "Jangan menafikan satu riwayat yang dibawa kepada kamu oleh seseorang, kerana kamu tidak tahu, ia mungkin benar dan oleh itu kamu menafikan Allah di atas takhta kebesarannya". Basair Al-Darajat halaman 557-558
[4] - Sheikh Al-Kolaini meriwayatkan tentang perkara ini di dalam kitab Al-Kafi, di bawah bab yang dinamakan "Mengenai amalan Sunnah dan pengesahan dari al-Quran. "Dia meriwayatkan dua belas riwayat termasuk dari Aba Abdillah (as) berkata bahawa Rasul Allah (S) bersabda, "Setiap kebenaran ada kenyataan, dan setiap amalan yang betul ada cahaya. Oleh itu, ambillah apa sahaja yang secocok dengan kitab Allah dan tinggalkan apa sahaja yang tidak secocok dengan kitab Allah.". Hathr Bin Abu Al-Yafoor berkata bahawa dia bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang perbezaan dalam riwayat yang diriwayatkan oleh seseorang yang boleh dipercayai dan lain-lain yang tidak boleh dipercayai, jadi dia (as) berkata, "Jika kamu mendengar riwayat dan kamu dapati pengesahan dari kitab Allah atau dari kata-kata rasul Allah (S) [kemudian ambil dan beriman kepadanya]. Atau jika tidak, ia adalah lebih cenderung untuk milik yang telah disampaikan.". Dan Ayoob Bin Rashid meriwayatkan bahawa Aba Abdillah (as) berkata, " riwayat yang tidak secocok dengan al-Quran adalah perhiasan" Al-Kafi Jilid 1 halaman 69
[5] - Aali Imran 3: 7


 3

Imam Al-Sadiq (as) berkata kepada Abu Hanifah,

"Oh Abu Hanifah, adakah kamu kenal (arif) kitab Allah dengan makrifahnya (ilmu) yang sebenar? Adakah kamu arif yang nasakh dan mansukh?"
         
Dia berkata, "Ya."

Al-Sadiq (as) berkata, "Abu Hanifah, kamu mendakwa mempunyai ilmu ini. Celakalah kamu, Allah tidak memberikan ilmu ini kecuali di sisi ahli Al-KitabNya yang telah diturunkan ke atas mereka, Celakalah kamu kerana ia adalah hanya untuk orang-orang tertentu dari keturunan Nabi kita (S) Allah tidak mewariskan kepada kamu satu huruf pun dari kitab-Nya, jadi jika kamu adalah seperti yang kamu katakan atau tidak, beritahu aku mengenai ..... "[6]

Oleh itu, di dalam buku ini Penutup Kenabian (Al-Nubuwah Al-Khatimah), anda akan dapat jawapan memuaskan. Syed Ahmad Al-Hassan Washiy dan Utusan Imam Al-Mahdi (as) dan Al-Yamani yang dijanjikan, telah mendedahkan dan menjelaskan masalah ini dari Al-Quran dan Sunnah yang suci. Beliau tidak menolak sebarang riwayat, sama ada menyokong riwayat-riwayat yang mengatakan penutup nubuwah tersebut dan riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa ia berterusan selepas Al-Rasul Muhammad (S)

Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah menjelaskan pengertian nubuwah, dan membezakan di antara nubuwah Al-Rasul Muhammad (S) yang telah ditamatkan dan nubuwah yang diteruskan selepas baginda (S). Beliau juga menjelaskan makna penutup kenabian (Bahasa Arab) Khatam Al-Nubuwah dengan Fattha (baris atas) pada huruf TAA, dan pengertian Meterai kenabian, Khatim Al-Nubuwah dengan Kasra (baris bawah) pada huruf TAA,).

Oleh itu, anda akan dapati bahawa buku ini menjelaskan dengan bukti-bukti yang paling jelas bahawa nubuwah telah ditamatkan oleh Rasul Muhammad (S) dan tidak ada nabi selepas baginda, tetapi itu adalah dalam kaitan yang berbeza daripada mengatakan bahawa ia masih berterusan selepas baginda (S). Jadi tidak ada percanggahan antara riwayat, sebab setiap satu daripada kedua-dua himpunan riwayat hadits mengenai makna nubuwah yang berbeza antara satu salain lain.

____________________
[6] - Elal Al-Sharae Jilid 1 halaman 90, Bihar Al-Anwar Jilid 2 halaman 293, Al-Tafsir Al-Safi Vol 1 muka surat 22,
Tafsir Noor Al-Thaqalain Jilid 1 halaman 368

 4

Sayyed Ahmad Al-Hassan juga telah menjelaskan hakikat kerasulan (utusan), dan sama ada mengutus nabi-nabi adalah terhad kepada Allah SWT atau ia juga boleh dilakukan oleh rasul-rasul dan nabi-nabi, dan adakah benar untuk mengatakan Imam yang ma'sum (as) adalah utusan dari Allah SWT atau tidak? Jika jawapannya ya, maka siapakah yang mengutus para Imam (as) dan apakah perbezaan antara kerasulan mereka dan pengutusan nabi-nabi (as)

Semua hakikat ini tidak ditemui sebarang jawapan yang mencukupi (memuaskan) sepanjang abad sebelum ini, tetapi jawapan yang memuaskan didapati dari keturunan yang disucikan, washiy dan rasul Imam Al-Mahdi (as), Syed Ahmad Al-Hassan dalam bukunya di tangan anda ini Penutup Kenabian (Al-Nubuwah AL-Khatimah).

Dan kebenaran yang saya katakan kepada kamu, bahawa buku ini adalah daripada bukti-bukti sambung-menyambung Syed Ahmad Al-Hassan dengan Imam Al-Mahdi (as) kerana ilmu itu adalah terhad kepada Aushiak (Washi-washiy) Al-Rasul Muhammad (S).

Allah SWT berfirman,

﴿قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْراً فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ﴾

{Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?"} [7]

Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Dan Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, Aimmah dan Mahdiyyin serta limpahan salam pengiktirafan


Sheikh Nadzum Al-3uqailiy

------------------------

[7] - Al-Mulk 67:30                                 Halaman SeterusnyaNubuwah

Tiada ulasan: