Soalan
51: Apabila orang membaca seruan anda mula terserlah ejekan dari wajah mereka,
kerana dalil-dalil, keterangan-keterangan dan hujjah-hujjah tidak cukup untuk
dakwah ini, jadi seruan anda dinisbah kepada tanda-tanda bagi timbulnya
kebatilan, perbalahan, orang yang sesat dan menyesatkan, yang mendahului
kemunculan Imam Al Mahdi (aj), (Seperti Al-Hassani dan Al-Yamani atau orang
yang mendakwa dirinya Al-Mahdi (aj)), jadi apa yang akan membezakan anda dengan
mereka walaupun dengan sesuatu yang boleh menghalang dari mempertimbangkannya.
Hussein
Al-3awadiy - Iraq
11
/ Jamadiy Al-Awwal / 1426 A.H
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Seruan
dakwah ini disokong oleh banyak dalil-dalil, dan saya berlindung dengan Allah
dari sifat Al-Ana (keakuan), saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta
tuli, tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik
yang haq (benar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari api neraka, seruan
kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan batil seperti berlaku
pada Rasulullah (S) apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu
Allah) bersaing dengan baginda.
Seperti
riwayat dari Mufadhdhal bin Umar, beliau berkata: Aku mendengar Aba Abdillah (as)
berkata: (Kemudian dia berkata kepada ku, "Wahai Aba 'Abdillah (Mufadhdhal),
berhati-hatilah untuk tidak menyebut beliau dengan nama. Demi Allah, dia akan
hilang selama bertahun-tahun. Dia akan dilupakan sehingga dikatakan, Dia telah mati,
terkorban, pergi ke lembah mana?. Mata orang yang beriman akan menitiskan air
mata ke atas beliau dan mereka akan diserahkan seperti kapal terumbang ambing
oleh gelombang laut dan tiada siapa yang akan diselamatkan kecuali Allah telah
mengambil satu perjanjian dan telah tertulis iman dalam hatinya dan telah
disahkan beliau dengan semangat (ruh) pertolongan daripadaNya sendiri. Dua
belas panji-panji membingungkan akan dinaikkan tidak dikenali dari siapa.? beliau
berkata: aku menangis, dan kemudian aku berkata: Apa yang kami lakukan? beliau
berkata: dia memandang sinar matahari memikirkan sifatnya, dan berkata: Wahai
Aba Abdillah (Mufadhdhal) kamu melihat matahari beliau berkata: Ya, maka beliau
(as) berkata: Demi Allah urusan kami lebih jelas daripada matahari ini) [121],
Maka
Imam (as) telah menjelaskan bahawa seruan kebenaran adalah lebih jelas daripada
matahari, malah adalah lebih jelas dari matahari, kerana dalil-dalilnya adalah dalil-dalil
daripada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam (as),
maka mereka berpaling kepada dalil-dalil seruan ini dan bandingkan dengan dalil-dalil
dari Al-Rasul Muhammad (S), bacalah beberapa dalil-dalil
seruan di dalam Kitab Al-Nur Al-Mubin oleh
Al-Ustazh Dhiya Al-Zaidiy, dan Kitab Al-Balagh Al-Mubin oleh Al-Syeikh Nadzim
Al-3uqailiy, dan anda akan melihat banyak dalil-dalil, dan
daripadanya ada wasiat Rasulullah (S) dan riwayat daripada Ahlulbayt (as) dan ilmu
kebenaran, bimbingan, dan Mubahilah, sumpah, pembebasan, kasyaf dan rukya (penglihatan)
pada Al-Rasul dan para Imam dan Nabi-nabi (as) yang dilihat oleh
orang-orang mukmin dan mukjizat-mukjizat dan perkara-perkara ghaib.
Dan
jika semua dalil-dalil ini tidak meyakinkan:
﴿فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ
بِدُخَانٍ مُبِينٍ *
يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾
"Maka
tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, * yang meliputi manusia.
Inilah azab yang pedih." [122],
sehingga
berkata dengan orang-orang yang berkata
﴿رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا
مُؤْمِنُونَ﴾
"Ya
Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan
beriman" [123],
dan
akan datang jawapan kepada kamu
﴿أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءَهُمْ
رَسُولٌ مُبِينٌ *
ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ﴾
"Bagaimanakah
mereka dapat menerima peringatan, padahal telah datang kepada mereka seorang
rasul yang memberi penjelasan, * kemudian mereka berpaling daripadanya dan
berkata: "Dia adalah seorang yang menerima ajaran lagi pula seorang yang
gila." [124]
Subhanallah,
tidakkah anda mengambil pengajaran dari keadaan umat-umat yang dahulu? Bukankah
keadaan anda hari ini sama seperti keadaan orang-orang Yahudi terhadap Nabi-nabi
mereka.
Tidakkah
anda mengambil pengajaran daripada kata-kata Allah dan cerita-cerita dalam
al-Quran? Lihatlah keadaan anda, bukankan sama seperti keadaan para ulama
Yahudi dan orang-orang yang bertaklid dengan mereka apabila mereka mengejek
Nabi Zakaria (as) Yahya (as) dan Isa (as), mengapakah kamu dijauhkan dari
mereka dengan Allah ke atas kamu?!
Dan
jika kamu berada di antara mereka dihantar mendengar menyaksikannya, anda akan meraung
dengan tangisan dan berkata, demi Allah kita lebih buruk daripada orang-orang
Yahudi dan para ulama mereka, yang asyik dengan dunia dan memerangi para Nabi
dan penyokong mereka yang berjalan menuju akhirat, dan beriman dengannya dan di
dalam Kerajaan Langit (malakut) dan yang ghaib.
Apa
yang mendorong anda mengejek saya dan orang yang beriman dalam dakwah yang
benar ini? Tanya diri anda dan kembali kepada Tuhanmu, dan
﴿اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ
عَلَيْكَ حَسِيباً﴾
"Bacalah
kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab
terhadapmu".[125]
Dan
sepanjang zaman menjadi bahan ejekan? Dan tidakkah anda dengar atau baca
tentang Nabi-nabi dan Rasul-rasul (as) dan orang yang beriman menjadi bahan
ejekan? Tetapi anda akan sentiasa melihat bahawa menghina dan memperolok-olok menjadi
tabiat orang yang berdusta dan orang-orang kafir dalam dakwah para Nabi dan Rasul-rasul.
Tidak
tenteram kaum kamu kepada saya Wahai penduduk Iraq, kamu telah mengikuti orang-orang
besar kamu yang mengikut Amerika dan membuat perjanjian dengan mereka dan
menerima demokrasi mereka, dan kamu akhirnya telah berlindung dengan penzalim
itu, dan memberikan alasan untuk menolak jauh; Amir Al-Mukminin Ali (as), dan kamu
berbalik ke belakang (murtad) sebagai orang-orang kafir dalam pelantikan Allah
dan HakimiyahNya SWT, dan kamu telah menentang dakwah yang benar ini mengharapkan
dunia yang busuk.
Kamu
tidak mengikuti kekayaan dan duniawi melainkan dalam kerugian, sebagaimana orang-orang
Makkah mengikuti Aba Sufyan dan memerangi datukku pesuruh Allah Muhammad (S),
dan mengapa kamu membenci pada saya apabila saya menyeru kamu kepada kitab
Allah dan walak kepada Waliy Allah Yang Maha Besar, Al-Imam Al Mahdi (as) supaya
meninggalkan perkara yang batil dan masyarakatnya, saya tidak muncul kecuali
untuk menuntut pengislahan pada umat datuk saya Rasulullah (S), dengan urusan
bapa saya Imam Al Mahdi (as), seperti mana keluarnya datuk saya Al-Hussein (as),
dan jika anda mengikuti Imam batil, pada awalnya dilakukan oleh datuk nenek
kamu yang telah mengikuti fuqahak batil, Syubats bin Rab3iy, Syimar bin Zhi Al-Jausyan
dan Syuraihan Al-Qadhi mereka menyokong Ibn Ziyad dan Yazid (Laknahumu Allah)
untuk membunuh Al-Hussein bin Ali (as), dan masih ada habuk di mata dan pada
tekak kekal sebagai kesedihan dan kesuraman.
وإنا لله وإنا إليه راجعون وسيعلم الذين ظلموا أي منقلب ينقلبون، ولا
حول ولا قوة إلاّ بالله العلي العظيم.
Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali, kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali, dan tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Fahamilah
kata-kata yang Maha Tinggi:
﴿إِنَّهُ كَانَ فَرِيقٌ
مِنْ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ
خَيْرُ الرَّاحِمِينَ *
فَاتَّخَذْتُمُوهُمْ سِخْرِيّاً حَتَّى أَنْسَوْكُمْ ذِكْرِي وَكُنْتُمْ مِنْهُمْ
تَضْحَكُونَ * إِنِّي جَزَيْتُهُمُ
الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا أَنَّهُمْ هُمُ الْفَائِزُونَ﴾
Sesungguhnya,
ada segolongan dari hamba-hamba-Ku berdoa: "Ya Tuhan kami, kami telah
beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi
rahmat Yang Paling Baik. * Lalu kamu menjadikan mereka buah ejekan, sehingga
(kesibukan) kamu mengejek mereka, menjadikan kamu lupa mengingat Aku, dan
adalah kamu selalu mentertawakan mereka, * Sesungguhnya Aku memberi balasan
kepada mereka di hari ini, karena kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah
orang-orang yang menang". [126]
Dan
kemudian kamu ejek dan ketawa banyak-banyak, kamu tidak tersalah anggap, sunnah
datuk dan nenek kamu dan kamu akan susukannya dengan darah segar, dan mereka
yang akan datang hari-hari berikutnya akan
mengutuk kamu sebagaimana hari mereka dikutuk orang-orang yang menentang
Muhammad (S) dan mengejek-ejeknya dan kamu akan
tahu siapakah pemenang esok apabila ilmu pengetahuan kamu
tidak akan memberi manfaat sedikitpun.
Dan
saya berlindung dengan Allah dari Al-Ana (keakuan), saya akan memberitahu kamu satu
cerita untuk kamu dan untuk selain daripada kamu rukya ini, mungkin kamu akan
akan dapat pengajaran:
(saya
melihat dalam tidur saya: Seorang Syeikh di Hawzah Najaf - dan saya kenal dia -
telah berdiri berhampiran saya, dan berdekatan dengan saya terdapat sekumpulan
malaikat dan mereka mempunyai rupa seperti manusia, maka mereka bertanya kepada
Syeikh menyebutkan tentang saya dan menyampaikan dalil-dalil dakwah kepadanya,
maka dia mendustakan dakwah tersebut, dan kemudian datang yang lebih besar,
yang lebih utama seolah-olah dia telah mengawal malaikat-malaikat itu, atas
rukya dan semua apa yang di dalamnya, maka malaikat berkata kepada Syeikh yang
dinyatakan di atas: Dan dia juga adalah orang yang mempunyai dakwah dan ini
adalah dalil-dalilnya, lalu mereka membentangkan dalil-dalil dakwah orang yang lebih
besardan yang lebih utama tersebut, lalu ia berkata: dakwah orang ini adalah seperti
dalil-dalil daripada seruan Ahmad Al-Hassan, maka malaikat berkata kepada Syeikh
yang dinyatakan di atas: Adakah kamu kenal siapa ni?! Inilah Muhammad bin
Abdullah pemilik pedang yang memutus dan anak panah yang membidik, Rasulullah (S),
maka Syeikh itu berkata: Saya tidak percaya pada Muhammad dan tidak juga pada
Ahmad, lalu baginda pun menunjukkan wajahnya) dan saya bersumpah dengan nama
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung yang saya melihat rukya ini dan di
dalamnya ada Muhammad Rasulullah (S), dan saya
tidak menyampaikan rukya ini sebagai dalil untuk membuktikan kebenaran dakwah
ini, walaupun rukya adalah dalil-dalil, tetapi saya menceritakannya kerana saya
menganggap ia satu mesej dari Allah, mungkin Allah akan memberi manfaat kepada
anda dan selain daripada anda dengan makna yang telah disebutkan di dalamnya
dan supaya anda dan orang-orang seperti anda belajar daripadanya dan Allah-lah sebagai
penolong dan pemberi taufik.
Segala
puji tertentu bagi Allah yang menjadikan kita dari orang-orang mukmin dalam
Kerajaan Langit dan yang ghaib dan akhirat dan ia adalah dari yang ghaib, dan segala
puji tertentu bagi Allah, dan kutukan Allah ke atas setiap yang kafir yang
tidak mempercayai Kerajaan langit dan yang ghaib.
Ahmad
al-Hassan
Jamadi
AlAwal / 1426 A.H
Akhir
Jilid I
وآخر
دعوانا أن الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على سيدنا محمد وآله وسلم تسليماً.
والحمد
لله رب العالمين
_______________________
[121]
- Al-Kafi: Jilid.1 halaman.336
[122]
- Al-Addukhan 44:10-11
[123]
- Al-Addukhan 44:12
[124]
- Al-Addukhan 44:13-14
[125]
- Al-Israa’ 17:14
[126]
– Al-Mukminun 23: 109-111
Tiada ulasan:
Catat Ulasan