Nubuwah
النبــــوّة
Makna
perkataan Nabi (istilah Agama) adalah orang yang menerima (tahu)
khabar dari langit. Jadi perkataan Nabi diambil daripada
perkataan (نبأ – Nabaa’) yang bermaksud berita – khabar, dan
bukan dari perkataan (نبا – Naba)
bermaksud zahir dan diangkat. Walaupun sebenarnya bahawa perkataan Nabaa'
diambil dari perkataan Naba. Ini kerana berita-khabar adalah yang ghaib yang
telah zahir dan diangkat supaya orang boleh melihatnya dan ia diketahui
(dikenal) selepas ia tersembunyi dan tidak diketahul.
Berita
- perkhabaran langit sampai pada manusia dengan pelbagai cara, walaupun ia
digabungkan dalam satu laluan asal. Maka Allah boleh bercakap secara langsung
kepada manusia di belakang tabir (hijab) atau dia boleh memberi ilham (wahi)
kepada sesiapa sahaja,.iaitu Dia menulis di halaman kewujudan manusia apa yang
kehendakiNya SWT, atau Dia mengutus malaikat-malaikat yang akan berkata-kata
dengan manusia secara langsung atau ia menulis di halaman kewujudannya apa yang
dikehendaki Allah SWT.
Allah
Taala berfirman,
﴿وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ
أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْياً أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ
رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ﴾
{Dan tidak mungkin bagi
seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan
wahyu atau dibelakang tabir (hijab) atau dengan mengutus seorang utusan
(malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki.
Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana..} [8]
Bagi
kaedah percakapan, wahyu dan menulis ini, ia adalah sama ada dengan rukya di
dalam tidur atau melalui kasyaf (pendedahan) semasa jaga.
Dan
saya menyebut kasyaf kerana di alam roh-roh tidak seperti Alam Jasmani (dunia
fizikal) dalam usaha untuk memaklumkan kepada manusia berkaitan dengannya,
mesti didedahkan (dikasyafkan) hijab Alam Jasmani (dunia fizikal) ini.
Dan
tidak semestinya setiap Nabi [9] adalah seorang Rasul dari
Allah SWT dan bahkan mungkin terdapat lebih daripada satu nabi pada satu-satu
masa tertentu, tetapi Allah SWT mengutus salah seorang daripada mereka untuk
menjadi hujjah atas mereka dan ke atas orang lain. Sudah tentu orang ini yang
telah dilantik dan dipilih oleh Allah di kalangan seluruh nabi adalah yang
terbaik daripada mereka. Dan dia dibuat sempurna oleh Allah SWT dan dia diberitahu
oleh Allah SWT tentang apa yang dia perlu maklumkan dari perkara yang ghaib
dengan nikmat Allah SWT
﴿عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا
يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَداً * إِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ
رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَداً﴾
(Dia adalah Tuhan) Yang
Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang
yang ghaib itu. * Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia
mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya.[10]
--------------------------
[8]
– Al-Syuraa 42: 51.
[9]
- Seperti yang saya telah menjelaskan sebelum ini bahawa nabi adalah orang yang
mengetahui beberapa berita langit maka Allah menunjukkan kepadanya kebenaran
dan beberapa yang ghaib dengan mimpi (rukya) atau kasyaf. Jadi di sini, saya
tidak maksudkan nabi yang ma'sum yang diutus. (Kenyataan ini oleh Imam Ahmad
Al-Hassan (as))
[10]
– Jin 72:26-27.
Dan
mereka adalah para malaikat yang dikawal oleh Allah SWT untuk nabi yang diutus
ini,
﴿لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ
بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ﴾
{Bagi manusia ada
malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dari hadapannya dan di
belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.} [11]
Mereka
ada di hadapannya dan di belakangnya untuk menjaganya, dengan perintah Allah
SWT, dari kejahatan makhluk syaitan, manusia atau jin dan dari melontar jauh
dan memalsukannya. Perlindungan malaikat ini adalah untuk menghalang dan
menghalau syaitan dari campur tangan atau membuang risalah langit ketika ia diturunkan
ke alam jasmani yang rendah ini. Oleh itu risalah langit sampai pada nabi yang
diutus adalah sahih (betul), tulen dan dilindungi daripada gangguan syaitan,
﴿لا يَأْتِيهِ
الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ
حَمِيدٍ﴾
{Yang tidak datang
kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan
dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji..} [12]
﴿إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا
لَهُ لَحَافِظُونَ﴾
{Sesungguhnya Kami-lah
yang menurunkan Al-Zhikr [Peringatan] dan sesungguhnya Kami-lah yang
memeliharanya.} [13]
----------------------------
[11]
– Al-Ra3d 13:11
[12]
- Fushshilat 41:42.
[13]
– Al-Hijr 15: 9.
Adapun
nabi-nabi itu atau orang-orang yang telah mencapai makam Nubuwah (kenabian)
dalam suatu tempoh masa iaitu mereka melihat berita (khabar) dari langit dengan
izin Allah SWT selepas mereka taat dan beribadah kepada-Nya SWT dan mereka
diangkat dalam Kerajaan-kerajaan Langit (Malakut Al-Samawaat) dalam suatu
tempoh masa, mereka juga diuji oleh nabi ini yang mengutus mereka dan kepada
orang lain. Dan ia sepatutnya menjadi lebih mudah bagi mereka kerana Allah SWT
memberikan penerangan kepada mereka ke martabat yang tinggi, atas terutusnya
sebagai rasul. Tetapi mesti dikekalkan nisbah kecil kejahilan mereka terhadap
ujian yang sebenar, supaya iman mereka akan berada pada martabat tertentu, ia
adalah beriman pada yang ghaib,
ألم * ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدىً لِلْمُتَّقِينَ
* الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا
رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ﴾
{Alif Lam Mim * Itulah Kitab yang tidak ada
keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa * yang beriman
kepada yang ghaib, mendirikan solat dan dari apa yang Kami berikan kepada
mereka diinfaqkan (dibelanjakan).} [14]
Dan
sudah tentu perbezaan mereka ini dari manusia yang lain adalah hak bagi mereka
disebabkan perbezaan mereka dalam ketaatan dan ibadah mereka sebelum ini.
Tetapi sesiapa yang kufur ingkar padanya kerana iri hati (hasad) dan ego
(Ananiah) akan jatuh ke dalam jurang neraka (Al-Jahim), seperti yang berlaku
kepada Bal3am bin Ba3ura’. Dia tahu sebahagian dari Khabar langit dan belajar dari
Allah SWT tentang risalah Musa (as) namun dia masih kafir dengan risalah Musa
(as) dan membuat alasan yang tidak menentu untuk kejatuhannya yang telah
memasukkannya ke dalam jurang neraka. Dan tidak berguna kepadanya ketaatan dan
ibadahnya sebelum ini. Sama seperti tidak berguna kepada Iblis (laknahu Allah)
sebelumnya, ketika dia ingkar kepada Adam nabi yang diutus (as), dan dia
menjadi salah satu daripada ciptaan Allah paling hodoh selepas dia menjadi
merak para malaikat. Ada dalam riwayat bahawa Ibn Ba3ura’mempunyai Nama
Teragung (Al-Ism Al-A3dzam) dan dapat melihat di bawah naungan 3arasy.
Dari
Abi Al-Hassan Al-Ridha (as) berkata,
"Bal3am bin Ba3ura’
diberi Nama Teragung (Al-Ism Al-A3dzam) dan dengannya dia melakukan doa, maka
doanya dimakbulkan dan dia cenderung kepada Firaun [15]. Oleh
itu, apabila Firaun mencari Nabi Musa (as) dan pengikut-pengikutnya ia berkata
kepada Bal3am bin Ba3ura’, 'Berdoalah kepada Allah terhadap Nabi Musa dan
pengikutnya supaya dia dihalang dari kami. "Dia kemudian menunggang
keldainya untuk mencari Musa dan pengikutnya dan keldainya tidak mahu bergerak.
Dia kemudian memukul keldainya maka Allah AWJ menjadikan keldainya bercakap dan
ia berkata, 'Celaka kamu, mengapa kamu memukulku? Adakah kamu mahu aku pergi
bersamamu supaya kamu boleh berdoa terhadap Musa, nabi Allah, dan kaum mukmin?
"Dia terus memukulnya sehingga keldainya terbunuh dan Nama Teragung
(Al-Ism Al-A3dzam) telah dicabut dari lidahnya, dan ia adalah firman Allah,
﴿فَانْسَلَخَ مِنْها
فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطانُ فَكانَ مِنَ الْغاوِينَ وَ لَوْ شِئْنا لَرَفَعْناهُ
بِها وَلكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَواهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ
الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ﴾.
{Kemudian dia melepaskan
diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia
termasuk orang-orang yang sesat. * Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya
Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada
dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti
anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya
dia mengulurkan lidahnya (juga)..} [Al-A3raaf 7:175]
Dan
ia adalah satu contoh, dia telah disebutkan. Maka Al-Ridha (as) berkata,
"Haiwan tidak akan
masuk syurga kecuali tiga ekor: keldai Bal3am, anjing Ashhab Al-Kahf dan
serigala. Sebab bagi serigala itu ialah ada seorang raja yang kejam telah
menghantar seorang anggota polis menyeksa sekumpulan orang yang beriman dan
anggota polis ini mempunyai seorang anak yang dia kasihi, kemudian serigala
memakan anaknya dan anggota polis sangat sedih ke atas anaknya. Maka Allah
memasuki serigala ke syurga kerana menyebabkan kesedihan anggota polis itu.
"[16]
Dalam
al-Quran, Allah SWT menyebut Bal3am bin Ba3ura’yang dengki Musa (as) dan telah
sombong kepadanya. Jadi dia dimakan oleh ego (Ananiah) dan hawa nafsunya
keinginannya sendiri seperti anjing selepas dia berada pada makam Al-Nubuwah,
dan dia dapat melihat di bawah naungan 3arasy dan dia mempunyai Nama Teragung
(Al-Ism Al-A3dzam),
﴿وَاتْلُ عَلَيْهِمْ
نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ
الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ * وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ
بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ
كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ
ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآياتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ
لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ﴾
{Dan bacakanlah kepada
mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan
tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu,
lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk
orang-orang yang sesat.* Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami
tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia
dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing
jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia
mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu
agar mereka berfikir..} [17]
--------------------------------
[14]
– Al-Baqarah 2:1-3.
[15]
- Firaun selain daripada Firaun Mesir. (Kenyataan ini oleh Imam Ahmad Al-Hassan
(as))
[16]
- Tafsir Al-Qummi Jilid 1 halaman 248, Tafsir Nur Al-Tsaqalin Jilid 1 halaman
716, Al-Qishash Al-Anbiyak oleh Al-Jazairiy halaman 352.
[17]
- Al-A3raaf 7:175-176.
✡✡✡✡✡
Laman Seterusnya: Rukya dan Nubuwah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan