Soalan
3: Bagaimana kamu boleh katakan bahawa Nabi Isa (as) akan kembali di akhir
zaman dan bersolat di belakang seseorang yang kamu katakan bukan seorang Nabi
dan namanya adalah Muhammad Al-Mahdi? Bagaimana seorang Nabi boleh bersolat di
belakang manusia yang bukan seorang Nabi?
Rita
George, - wanita Kristian
16/Safar/1426
H
Jawaban:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين.
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, dan segala puji bagi Allah
Tuhan sekalian alam.
Saudari,
bersolatnya Nabi Allah Isa bin Maryam (as) dibelakang Imam Al-Mahdi dapat
diambil dengan dua cara:
Pertama:
Bahawa Imam al Mahdi (as) berkedudukan lebih tinggi dari Nabi Allah Isa (as),
dan sudah semestinya beliau bukan lebih baik melainkan beliau mempunyai makam (martabat)
Nubuwah, dan dalam masalah ini, makanya tidak ada tempat untuk kekeliruan yang anda
bangkitkan. Dan walaupun katakan saya mempercayai sedemikian, saya akan tetap
juga bangkitkan kemungkinan kedua dan menjawabnya.
Kedua:
Bahawa Isa adalah lebih utama dari Imam Mahdi, dan jika di dalam masalah ini,
kekeliruan yang anda bangkitkan akan mempunyai “kedudukan” dalam pencarian
kebenaran.
Dan
jawabannya ada di dalam Taurat dan Injil atau Perjanjian Lama dan Baru, yang juga
ada di dalam Quran.
Dari
Taurat atau Perjanjian lama, saya pilihkan untuk anda kisah Sa’ul (Thalut) dan
Daud (as), Daud adalah seorang Nabi dari Anbiak Allah dan lebih utama dari Thalut,
namun pada permulaannya, Daud (as) adalah seorang tentera di bawah pimpinan Thalut,
dan merupakan seorang pengikut beliau. Ini kerana Thalut (Sa’ul) (as) adalah
raja lantikan Allah. Daud (as) membunuh Jalut (atau Jaliyat) (laknahu Allah) semasa beliau menjadi salah seorang dari
tentera Thalut. Bacalah Samuel I Bab 17 di dalam Taurat dan kisah Thalut di
dalam Al-Quran Al-Karim.
Dan
dari Injil atau Perjanjian Baru, saya pilihkan untuk saudari kisah Isa (as) dan
Yahya (atau Yohannes). Isa adalah lebih utama dari Yahya namun Isa (as) telah
dibaptiskan oleh Yahya (atau Yohannes), walaupun ia adalah berkaitan perkara mentaqdis,
membersihkan dan menyucikan, dan pada makam (martabat) ini, Yahya (atau Yohannes)
adalah hujjah Allah ke atas Isa (as). Menurut Injil Matthew Bab 3:
13. Maka
datanglah Yesus dari Galilea ke Yordan kepada Yohanes untuk dibaptis olehnya.
14. Tetapi
Yohanes mencegah Dia, katanya: "Akulah yang perlu dibaptis oleh-Mu, dan
Engkau yang datang kepadaku?"
15. Lalu Yesus
menjawab, kata-Nya kepadanya: "Biarlah hal itu terjadi, karena demikianlah
sepatutnya kita menggenapkan seluruh kehendak Allah." Dan Yohanes pun
menuruti-Nya.
16. Sesudah
dibaptis, Yesus segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka
dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya, [1]
Dan
di dalam kedua masalah ini, Daud dan Isa keduanya adalah lebih baik dari Yohannes
dan Thalut, dan segala puji bagi Allah SWT.
Ahmad
al Hassan
✡✡✡✡✡
------------
[1]
- Injil Matius, bab III: 13-16.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan