Rabu, 27 Ogos 2014

Pendahuluan Terjemahan


Penutup Kenabian
(النبوة الخاتمة)


Oleh - Imam Ahmad Al-Hassan as


Diterjemahkan dari (semakan) bahasa Arab dan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu
                                                                                                              
oleh Ansar Imam Ahmad Al-Hassan as
www.almahdyoon.org


النبوة الخاتمة

The Sealing Prophecy,
Prophecy of Muhammad (S)


Edisi 1




Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan utusan Imam Mahdi (Semoga Allah memberi kuasa kepadanya di muka bumi)



Pendahuluan Terjemahan



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani

الحمد لله مالك الملك مجري الفلك مسخر الرياح فالق الإصباح ديّان الدين ربّ العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Segala puji bagi Allah, Pemilik Kerajaan yang menetapkan perjalanan bintang-bintang, yang mengawal angin, yang menyebabkan fajar dan yang mentadbir Agama, Tuhan sekalian alam. dan Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Saya berlindung kepada Allah AWJ dari mengikut kepetingan diri dan Al-Ana dan bermohon kepadaNya agar menambahkan kita ilmu dan memudahkan kita dengan kefahamaan kepada JalanNya. Terutama memahami Tauhid dan Makrifah kepadaNya, memahami Risalah Allah yang dibawa oleh baginda Rasulullah (S). Memahami Walayah Amir Al-Mukminin yang membawa wasiat Al-Rasul Muhammad (S) dari amanah Allah. Kini dalam ujian Allah kepada umat Islam dalam Ghaibah Kubra di Penutup Aushiak Allah ini dan memasuki zaman Hidayah (Mahdi-mahdi) Allah. Masalah Penutup Aushiak adalah ulangan Penutup Kenabian (Al-Nubuwah Al-Khatimah). Umat Islam perlu diberikan kefahaman yang betul mengenaia masalah ini.

Imam Ahmad Al-Hasan (as) telah menulis mengenainya dalam Kitab yang berjudul Al-Nubuwah Al-Khatimah dan telah ditermahkan ke dalam B. Inggeris dan kini ke B. Melayu pula. Saya menterjemahkannya dengan membandingkan (semakan) kedua-dua dari bahasa Arab dan terjemahan B.Inggeris yang berjudul The Sealing Prophecy, Prophecy of Muhammad (S).

Sebarang kesilapan penterjemahan adalah tanggung jawab penterjemah dan bukan dari Imam Ahmad Al-Hasan (as).Semuga usaha kerdil ini diterima oleh Allah.     

Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Dan Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, Aimmah dan Mahdiyyin serta limpahan salam pengiktirafan


Penterjemah

Aba Al-Hussaini

Zhul Qaeidah, !435 H                                  Laman Seterusnya    Pendahuluan

Tiada ulasan: