Nubuwah
Dalam Zaman Al-Qaim Al-Mahdi (as) Yang Membersihkan Bumi
النبــوّة في زمن القائم المهدي(ع) الذي يُطهّر الأرض
Dari
apa yang disebutkan sebelum ini, para Imam dan Mahdi-mahdi mempunyai makam
(martabat) nubuwah, dan mereka adalah juga rasul (utusan). Tetapi di sini kita akan
memperkatakan mengenai para sahabat Al-Mahdi, iaitu perlengkapan utama dan yang
mengikuti mereka para waliy (Auliak).
Sifat-sifat
para sahabat Al-Mahdi dalam al-Quran:
1-
﴿ وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْقُرَى
الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا قُرىً ظَاهِرَةً﴾
{Dan
Kami jadikan di antara mereka dan antara negeri-negeri (bandar-bandar) yang
Kami berkati, bandar-bandar yang jelas kelihatan.} [87]
Tidaklah
dijelaskan dalam ayat ini melainkan orang-orang yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah,, seperti
mana firmanNya Yang Maha Tinggi,
﴿وَكَأَيِنْ مِنْ
قَرْيَةٍ عَتَتْ عَنْ أَمْرِ رَبِّهَا وَرُسُلِهِ فَحَاسَبْنَاهَا حِسَاباً
شَدِيداً وَعَذَّبْنَاهَا عَذَاباً نُكْراً﴾
{Dan bukan sedikit
negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan
Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang
keras rapi, serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal
dahsyatnya.
} [88]
Apakah
yang dimaksudkan di sini adalah orang-orang di bandar, tidak bertembok. Maka
Allah berkata: Dan Kami jadikan di antara mereka dan antara negeri-negeri
(bandar-bandar) yang Kami berkati, bandar-bandar yang jelas kelihatan.
Oleh itu, bandar-bandar yang diberkati adalah Muhammad dan keturunan (Aali) Muhammad
(as) Manakala bandar-bandar yang jelas kelihatan adalah mereka Auliak Allah
yang khusus yang menjadi bukti (hujjah) ke atas manusia.
Al-Hur
Al-3amiliy meriwayatkan di dalam kitabnya Al-Wasaail: (dari Muhammad bin
Al-Hassan dalam Kitab Al-Ghaibah dari Muhammad Ibn Abdillah bin Ja’far Al-Himyariy
daripada bapanya dari Muhammad bin Salih Al-Hamdaniy, katanya,
"Aku menulis surat kepada
Sohib Al-Zaman (as) bahawa ahli keluargaku telah menegurku dengan hadits
riwayat dari bapa-bapa tuan (as), mereka mengatakan: “Khadam-khadam kita dan
penjaga kita adalah sejahat-jahat makhluk Allah. Maka beliau (as) membalas,
'Celakalah kamu, kamu
tidak membaca apa yang Allah telah firmankan,
{Dan Kami jadikan
di antara mereka dan antara negeri-negeri (bandar-bandar) yang Kami berkati,
bandar-bandar yang jelas kelihatan.}
Demi Allah, kamilah
bandar-bandar yang diberkati Allah dan kamu bandar-bandar yang jelas kelihatan.”
[89]
Dan
diriwayatkan oleh Al-Shaduq dalam Kitab Ikmal Al-Din dari bapanya dan Muhammad
bin Al-Hassan dari Abdullah bin Ja’far [90], dan diriwayatkan
juga dengan sanad Abdullah bin Ja’far dari Ali bin Muhammad Al-Kulainy dari
Muhammad bin Muslim dari Sohib Al-Zaman (Imam Al-Mahdi) (as). [91]
Dan
dari Ahmad bin Ali bin Abu Talib Al-Thabrisiy dalam Kitab Al-Ihtijaaj dari Abi
Hamzah bin Abi Ja’far (as) di dalam hadits bahawa dia berkata kepada Hassan
Al-Bashriy:
"... Kami adalah
bandar-bandar yang diberkati Allah padanya dan itulah firman Allah AWJ bagi
sesiapa mengakui keutamaan kami, sebagaimana Allah memerintahkan mereka untuk mengikut
kami, maka Dia berfirman,
{Dan Kami jadikan
di antara mereka dan antara negeri-negeri (bandar-bandar) yang Kami berkati,
bandar-bandar yang jelas kelihatan.}
Dan bandar-bandar
yang jelas kelihatan adalah utusan-utusan dan jurutulis dari kami kepada
Syiah kami, dan fuqahak (ulamak) Syiah kami untuk Syiah kami, dan firman-Nya:
﴿وَقَدَّرْنا
فِيهَا السَّيْرَ﴾،
{... dan Kami jadikan peringkat
[perjalanan] di antara mereka mudah ...}
Jadi peringkat adalah
mewakili pengetahuan, perjalanan malam dan siang hari, mewakili apa yang
bergerak melaluinya daripada pengetahuan pada waktu malam dan siang hari dari
kami kepada mereka, pada perkara halal dan haram dan difardhukan dan hukum-hakam,
yang selamat di dalamnya jika mereka mengambil [92] daripadanya,
terselamat dari keraguan dan kesesatan, dan beralih kepada yang haram daripada
yang halal, kerana mereka mengambil ilmu dari orang-orang yang diwajibkan ke
atas mereka mengambil dari mereka yang ada makrifah, kerana mereka adalah
pewaris ilmu pengetahuan dari Adam di mana sehingga penamat mereka, zuriat pilihan
sebahagian daripada sebahagian yang lain, dan pilihan itu tidak berakhir pada
kamu, tetapi berakhir pada kami, dan kamilah zuriat (orang-orang) itu bukan pada
kamu dan yang tidak sama pada kamu wahai Hassan." [93]
Dan
di dalam kitab Al-Ihtijaj: dari Abi Hamzah Al-Tsimali, beliau berkata,
"Seorang Kadhi dari
Kufah datang kepada Ali bin Al-Hussain (as), dan dia berkata, 'Semoga Allah
menjadikan aku tebusan tuan, beritahu aku maksud kata-kata Allah AWJ:
﴿وَجَعَلْنا بَيْنَهُمْ
وَبَيْنَ الْقُرَى الَّتِي بارَكْنا فِيها قُرىً ظاهِرَةً وَقَدَّرْنا فِيهَا
السَّيْرَ سِيرُوا فِيها لَيالِيَ وَأَيَّاماً آمِنِينَ ﴾.
{Dan Kami jadikan di
antara mereka dan antara negeri-negeri (bandar-bandar) yang Kami berkati,
bandar-bandar yang jelas kelihatan dan Kami tetapkan antara bandar-bandar itu
(kadar) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam hari dan siang
hari dengan aman.} '
Beliau berkata, 'Apa
yang orang-orang sebelum kamu katakan di Iraq?
Beliau berkata, 'Mereka
mengatakan ia adalah Mekah.'
Lalu dia berkata, 'Dan adakah
kamu lihat banyak kecurian di mana-mana tempat yang lain daripada Mekah?'
Beliau berkata, 'Apakah dia?'
Beliau (as) berkata, 'Sesungguhnya
dari kami ada seorang lelaki.'
Beliau berkata, 'Di manakah
ayatnya di dalam kitab Allah?'
Maka Dia (as) berkata,
'Apakah kamu tidak mendengar firman Yang Maha Yinggi,
﴿وَكَأَيِنْ
مِنْ قَرْيَةٍ عَتَتْ عَنْ أَمْرِ رَبِّهَا وَرُسُلِهِ ﴾
{Dan bukan sedikit
negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan
Rasul-rasulNya,} [94] dan firmanNya:
﴿وَتِلْكَ
الْقُرى أَهْلَكْناهُمْ ﴾
{itu adalah bandar-bandar
yang kami musnahkan atas mereka.} [95] dan firmanNya:
﴿واسْئَلِ
الْقَرْيَةَ الَّتِي كُنَّا فِيها وَالْعِيرَ الَّتِي أَقْبَلْنا فِيها﴾
{Dan tanyalah (penduduk)
negeri yang kami berada di situ, dan kafilah yang kami datang bersamanya,.} [96]?
Oleh itu bertanyalah
bandar-bandar, atau yang lelaki, atau kafilah. '"
Beliau berkata,
"Dan dia (as) membacakan ayat-ayat dengan makna itu.
Beliau berkata, 'Semoga
aku menjadi tebusan tuan, siapakah mereka?'
Beliau (as) berkata,
'Kamilah mereka, dan dan firmanNya:
﴿سِيرُوا
فِيها لَيالِيَ وَأَيَّاماً آمِنِينَ﴾
{Berjalanlah kamu di
kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan aman.} [97]
Dan
para sahabat Al-Qaim Al-Mahdi (as) adalah pengesahan yang terbaik daripada
bandar-bandar yang jelas kelihatan. Amir Al-Mukminin (as) berkata tentang
mereka,
"Demi ayah dan ibuku,
mereka adalah beberapa nama-nama, nama yang dikenali di langit, dan di bumi mereka
tidak dikenali." [98]
Dan
di dalam kitab Yanabi Al-Mawaddah oleh Zhawiy Al-Qurba / Al-Khunduziy, beliau
berkata,
"Dan dia (bermaksud
Amir Al-Mukminin Ali (as) pada sahabat Al-Mahdi (ra) dengan ucapannya, Demi
ayah dan ibuku, mereka adalah beberapa nama, nama-nama yang dikenali di langit,
dan di bumi mereka tidak dikenali. [99]
Beliau (as) berkata, 'Maka
wahai anak dari hamba yang terbaik, apabila kamu menunggu pembawa berita
gembira pertolongan yang hampir dari Tuhan Yang Maha Pemurah. Celakalah
orang-orang yang sombong pada dengkinya orang yang berhasad dengki. Dan membunuh
orang yang fasik (jahat) berdosa kepada yang memiliki 3arasy Al-3adzim. Maka
demi ayah dan ibuku bilangan mereka sedikit, nama-nama mereka dikenali di
langit, dan tidak dikenali di bumi pada hal masa itu mereka jelas kelihatan."[100]
Dan
dalam Yanabi Al-Mawaddah: Riwayat dari Amir Al-Mukminin (as),
"... 'Maka wahai
anak dari hamba yang terbaik, apabila kamu menunggu pembawa berita gembira
pertolongan yang hampir dari Tuhan Yang Maha Pemurah. Maka demi ayah dan ibuku
bilangan mereka sedikit, nama-nama mereka tidak dikenali di bumi, pada hal masa
itu mereka jelas kelihatan. "[101]
Rasulullah
(S) bersabda,
"Ya Allah. Jumpakan
aku dengan saudaraku dua kali." Lalu para sahabat di sekeliling berkata,
"Bukankah kami saudara-saudara mu, Ya Rasulullah?"
Rasulullah bersabda,
"Tidak, kamu adalah sahabatku, sedangkan saudara-saudaraku adalah orang-orang
di akhir zaman, yang beriman walaupun tidak melihatku, Allah memberitahuku
nama-nama mereka dan nama-nama bapa-bapa mereka sebelum mereka keluar dari sulbi
bapa-bapa mereka dan rahim-rahim ibu mereka. Setiap seorang dari mereka lebih
gigih pada agamanya dari pembubutan pohon berduri - yang tiada duri [102]
pada waktu malam gelap, atau seperti orang yang memegang arang (pohon) hakiki [103],
mereka adalah lampu-lampu (yang menerangi) kegelapan yang Allah pancarkan
kepada mereka dari segala fitnah yang menerangi kegelapan/kezaliman)" [104]
Seperti
Ali (as) menebus mereka dengan bapanya, Al-Washiy (Abu Talib) dan ibu sucinya
(Fatimah binti Asad) yang dibesarkan Rasulullah Muhammad (S) dalam pangkuannya.
mengatakan atas mereka: Mereka adalah saudara-saudaraku dan mereka melebihkan ke
atas sahabatnya yang berhemah tinggi lagi mulia, yang menyirami agama ini
dengan darah-darah mereka.
Tetapi
orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah perlengkapan utama, yang
merupakan 313 orang yang mendapatkan wahyu dari Malakut Allah SWT dalam rukya
yang benar dan mengetahui sesuatu perkara yang ghaib dengan izin Allah. Sebahagian
daripada mereka mempunyai makam nubuwah, tetapi setiap daripada mereka menurut kadar
makam dan ketinggian di sisi Allah SWT, dan sebahagian daripada mereka adalah
utusan dihantar nabi-nabi (as) dan rasul-rasul dari masa lalu, tetapi mereka
semua berkumpul berkerjasama atas satu perkara kerana Allah Yang Satu dan kerjasama
mereka adalah bukti yang terbaik atas kejujuran (kebenaran) mereka dan keikhlasan
yang terkumpul ke atasNya..
Bagi
sesiapa yang mendakwa urusan (perintah) ini tetapi dia tidak bersama mereka,
dia adalah seorang pendusta dan musuh Allah. (yang tidak bersmaku sebenarnya).
Sesiapa
yang tidak berhimpun kerana-Ku baginya adalah berhimpun kerana syaitan.
Penghuni
bandar-bandar yang jelas kelihatan adalah utusan dari Allah, kerana
mereka mengenal kebenaran dari Allah dan Dia memberi wahi (ilham) kepada mereka
melalui rukya (mimpi) yang benar. Maka mereka bersama Al-Qaim Al-Mahdi yang
membersihkan bumi ini dan mereka mengumpulkan manusia untuk Al-Qaim Al-Mahdi (as)
yang membersihkan bumi ini. Maka mereka adalah Hujjah ke atas manusia, dan tidak
tersandung dalam diri mereka, bahkan melepas halangan dan mengikuti hujjah
Allah ke atas mereka dan berkumpul sebagai ansar Allah SWT.
2
- ﴿وَلَقَدْ
كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ
الصَّالِحُونَ * إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغاً لِقَوْمٍ عَابِدِينَ﴾
{Dan
sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah Al-Zikr, bahwasanya bumi ini
dipusakai hamba-hamba-Ku yang shaleh.* Sesungguhnya dalam (perkara) ini,
benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang beribadah (kepada Allah).} [105]
Ayat
ini turun mengenai Al-Mahdi dan para sahabat (as) dan Imam-imam telah
mengesahkannya. Sifat-sifat mereka dalam ayat ini adalah:
A)
Mewarisi bumi
B)
Hamba-hamba yang sholeh
C)
Kaum yang beribadah
Sebelum
kita mula menerangkan lebih lanjut, kita harus melihat bahawa yang menyifatkan
mereka dengan sifat-sifat ini bukan manusia tetapi Dialah Allah SWT yang menciptakan
mereka, dan dia tahu kesucian dalaman mereka dan kesucian ruh-ruh mereka..
A) Mereka mewarisi bumi
Apa
yang kita tahu ialah yang mewarisi bumi setiap zaman adalah Washiy, maka
pewaris bumi adalah nabi-nabi yang diutus (as) dan setiap seorang daripada
mereka yang berwasiat untuk lantikan selepasnya, dengan perintah Allah SWT.
Di
dalam ayat ini kita dapati bahawa bumi ini tidak hanya diwarisi oleh satu orang,
tetapi oleh sekumpulan orang yang merupakan para sahabat Al-Qaim Al-Mahdi (as),
tambahan pula mereka adalah pewaris yang bukan Aushiak.
Jadi
apa yang dimaksudkan dengan pewaris ini adalah bahawa mereka adalah hujjah
waris sebenar bagi bumi ini, yang merupakan washiy Al-Mahdi (as) kepada
manusia, maka mereka mewarisi kerana mereka adalah para hujaj (hujah-hujah)
kepada hujjah Allah, dan khalifah-khalifah kepada khalifah Allah di atas muka
bumi ini. Sama seperti bagaimana beliau (as) (Al-Mahdi) mewarisi bumi ini kerana
dia adalah hakikat, bahawa dia adalah hujjah Allah, dan khalifah Allah.
Manakala
sebab mengapa perkara ini baru muncul dalam peraturan pewarisan adalah kerana para
nabi yang diutus sebelum ini (as) adalah hujjah-hujjah Allah, dan
khalifah-khalifah Allah di atas muka bumi ini pada zaman mereka, tetapi mereka
tidak dibolehkan menjalankan kuasa yang haknya terletak pada Allah, mereka
adalah pewaris di muka bumi.
Jadi
penyokong ini, para sahabat Al-Mahdi (as), adalah utusan-utusan dari nabi-nabi
yang diutus
Mereka
pendokong-pendokong ini, para sahabat Al-Mahdi (as), adalah utusan-utusan dari
nabi-nabi yang diutus (as) maka diwariskan kepada mereka di bumi ini dan membolehkan
mereka menjalankan kuasa yang diwariskan, sama seperti yang diwariskan dan dijalankan
oleh para nabi yang diutus (as) iaitu yang mengutus pendokong-pendokong mereka yang
sholeh, para sahabat Al-Mahdi (as). Oleh itu, ayat ini mengesahkan,
﴿وَلَقَدْ سَبَقَتْ
كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَـلِينَ * إِنَّهُمْ لَهُمُ
الْمَنْصُـورُونَ * وَإِنَّ جُنْدَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ﴾
{Dan sesungguhnya telah
tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul, * (yaitu)
sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. * Dan sesungguhnya
tentara Kami itulah yang pasti menang,} [106]
Oleh
kerana warisan, menjalankan kuasa dan sokongan dari para sahabat Al-Mahdi (as)
adalah warisan, pemberian kuasa dan sokongan dari yang mengutus mereka iaitu nabi-nabi
terdahulu (as).
Adapun
untuk melaksanakan syariah daripada nabi-nabi terdahulu yang diutus di muka
bumi yang tanggungjawabnya adalah Al-Mahdi (as), sebagaimam firman Yang Maha Tinggi,
﴿شَرَعَ لَكُمْ مِنَ
الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا
بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلا تَتَفَرَّقُوا
فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي
إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ﴾
{Dia telah
mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada
Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan
kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu
berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu
seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang
dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali
(kepada-Nya).].} [107]
Dari
Hammad bin 3utsman berkata,
"Aku
berkata kepada Abi Abdillah (as), 'Bahawa terdapat hadits-hadits berbeza-beza daripada
tuan.”?
Jadi
dia berkata, 'Al-Quran turun dalam tujuh huruf, dan sekurang-kurangnya pada
Imam membicarakannya dalam Tujuh Wajah, maka dia berkata,
﴿هَـٰذَا عَطاؤُنا فَامْنُنْ أَوْ أَمْسِكْ بِغَيْرِ
حِسابٍ﴾
{Inilah
anugerah Kami; maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggungan jawab.}
[108]
"[109]
B) Hamba-Hamba
Yang Sholeh
Telah
dijelaskan bahawa hamba-hamba yang sholeh adalah Nabi-nabi yang diutus terdahulu
(as) dan telah dijelaskan bahawa adalah para sahabat Al-Mahdi (as) juga
terpakai ke atas mereka sifat-sifat ini dan pujian yang besar dari Allah SWT
kerana mereka diutus dari mereka hamba-hamba yang sholeh, dan telah mewakili
mereka dan mewakili pewaris mereka di bumi ini dengan perwakilan yang terbaik.
C) Kaum Yang Beribadah
Mereka
itu adalah kaum dan para sahabat Al-Mahdi (as). Kita perlu berhenti seketika merenung
maksud firman-Nya:
﴿لِقَوْمٍ عَابِدِينَ﴾
{bagi
kaum yang beribadah (kepada Allah)}
ditafsirkan
oleh firman-Nya:
﴿وَمَا خَلَقْتُ
الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾
{Tidak
Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.} [110]
Maksudnya
yang mengenal (bermakrifah), kerana ia adalah jelas dalam ayat tersebut. Maka
maksud "Al-3abidin - yang mengabdi - yang beribadah " dalam ayat terdahulu
adalah Al-3arifin -peribadi yang mengenal (makrifah), dan makrifah sesuai
(serasi) dengan peringatan (Al-Balagh), oleh itu yang dimaksud dengan peringatan
adalah mengenalNya,
﴿إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغاً لِقَوْمٍ
عَابِدِينَ﴾
{Sesungguhnya
dalam (perkara) ini, benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang beribadah (kepada
Allah)..} [111]
Walaupun
terdapat banyak sifat-sifat bagi para sahabat Al-Qaim dalam al-Quran, tetapi adalah
memadailah saya bawakan sekadar untuk menjelaskan hubungan mereka dengan
nubuwah, risalah dan dengan Nabi-nabi terdahulu (as).
Dan
kerana perbincangan (tulisan) ini pada semua orang yang mencari kebenaran dan
bukan sahaja untuk orang-orang Islam, saya akan petik sebagai contoh dari Kitab
Suci [112] untuk menjelaskan hubungan para sahabat Al-Mahdi
(as) di dalam semua peringkat mereka dengan semua Nabi-nabi (as), kerana ia
diketahui bahawa bilangan nabi-nabi terdahulu (as) adalah 124,000 orang atau
lebih. Dan jumlah ini adalah yang paling terkenal pada semua orang, sama ada
mereka yang berilmu atau tidak.
Ia
juga disebut dalam Perjanjian Baru (Injil) bahawa anak kepada Imam Al-Mahdi
mengumpulkan ansar bapanya (144,000) dan mereka dicop (tertulis) pada dahi
mereka, dan berdiri di atas Gunung Sion yang merupakan simbol untuk membuka Tanah
Suci (Al-Ardh Al-Muqaddasah) yang dijanjikan kepada Al-Mahdi (as),
"Dan
saya melihat, dan, Sesungguhnya Domba yang berdiri di atas gunung Sion, dan
dengan dia seratus empat puluh empat ribu, mempunyai nama Bapanya ditulis di
dahinya ..." [113]
✡✡✡✡✡
------------------------------------
[87]
– Sabaa’ 34:18
[88]
– Al-Thalaq 65: 8
[89]
– Wasail Al-Syi3ah Jilid 27 halaman 151, Ghaibah oleh Al-Thusiy halaman 345,
dan Bihar Al-Anwar Jilid 51 halaman 343.
[90]
– Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah halaman 483.
[91]
– Sabaa’ 34:18
[92]
- dalam Bihar Al-Anwar yang mengandungi perintah untuk membawanya.
[93]
-. Al-Ihtijaj Jilid 2, halaman 64 Bihar Al-Anwar Jilid 24, halaman 233. Wasal
Al-Syi3ah Jilid 27, halaman 153
[94]
- Al-Thalaq 65: 8
[95]
– Al-Kahf 18:59
[96]
-. Yusuf 12:82
[97]
-. Al-Ihtijaj Jilid 2, halaman 41 Al Manaqib Abu-Talib Jilid 3, halaman 273.
Bihar Al-Anwar Jilid 10, halaman 145
[98]
-. Nahj Al-Balaghah dengan Syarah Muhammad Abduh Jilid 2, halaman 126. Bihar
Al-Anwar Jilid 34, halaman 212. Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as) Jilid 3, halaman
13
[99]
-. Yanabi Al-Mawaddah Jilid 3, muka surat 272
[100]
-..Nahj Al-Sa2adah Jilid 3, muka surat 450. Muwasauwi3ah Ahadits Ahlul Bayt
(as) Jilid 8, halaman 209
[101]
-..Yanabi Al- Mawaddah oleh Zhawi Al-Qurbaa Jilid 3, muka surat 434
[102]
-. sebarang duri. (dari beliau (as)).
[103]
-. Al-Ghada: pokok-pokok besar, dan bara yang kekal lama tidak padam.
[104]
-.Bashair Al-Darajaat halaman 104, Bihar Al-Anwar Jilid 52, halaman 123, Mikyal
Al-Mukarram Jilid 1, halaman 346
[105]
-.Al-Anbiak 21:105–106
[106]
– Al-Shaffaat 37:171-173
[107]
-.Al-Syuraa 42:13
[108]
-.Shad 38:39
[109]
-.Al-Khishal halaman 358, Tafsir Al-3iyasyi Jilid 1, halaman 12. Bihar Al-Anwar
Jilid 89, halaman 49, Mustadrak Al-Wasail, Jilid 17: halaman 305
[110]
-.Al-Zhaariyat 51:56
[111]
-.Al-Anbiak 21:106
[112]
-.Perjanjian Baru - Injil
[113]
-.Kitab Suci, Kitab Wahyu, Bab 14: ayat 1
Seterusnya >> Pertempuran Menegakkan Kesucian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan