Khamis, 4 September 2014

Antara Keinginan Besar (Kerakusan) Dan Takut: -


Antara Keinginan Besar (Kerakusan) Dan Takut: -

Imam Ahmed Al Hassan (AS) menyebut di dalam Kitab Al-Tauhid (... .. Arah kedua: ia adalah arah Ketuhanan (Jaht al-Uluhiyah). Oleh kerana kita beralih kepada Zat Ilahiyah mengikut keperluan kita, oleh itu hubungan kita dengan-Nya SWT tidak bebas - dan keadaan seperti ini - dari ketamakan dan berhajat mengisi ketidaksempurnaan dari arah tertentu. Oleh itu , ibadah yang tidak ikhlas, tetapi dalam bentuk yang terbaik, adalah menuntut kesempurnaan dan mengisi ketidaksempurnaan, dalam bentuk yang terbaik dan hal ini, ia adalah martabat syirik, kerana keikhlasan sebenar adalah menghindarkan pandangan dari yang lain daripadaNya SWT, termasuk [menghindarkan penglihatan dari Ananiah (keakuan) atau diri sendiri, dan itu adalah lebih diutamakan dan lebih baik, bahkan, ia adalah asal pencarian. Oleh itu, Tauhid sebenar (Haqiqat Tauhid) dicapai selepas marifat fana’ (فناء) melebur ke dalam semua nama-nama dan sifat-sifat pada Zat Uluhiyah (الوهية).Kemudian fana’ Zat Uluhiyah dalam Hakikat. Maknanya, fana’ uluhiyah dalam hakikatNya SWT. Dan perkara ini tidak akan dicapai melainkan dengan fana’ dengan Al-Ana dan diri peribadi manusia supaya tidak ada yang kekal melainkan penyaksian pada yang ghaib Yang Maha Suci dari apa yang mereka sekutukan. Dan jika ada di sana wujud lafaz istilah padanya yang menunjukkan Dia (هو) adalah kata ganti ghaib (dhamir al-ghaib), dan Haa (هاء) adalah untuk mengisbatkan (mengiyakan) sabitnya Wau (و) yang ghaib. Dan ke arah ini (tawajjuh) - yang dicapai daripada makrifat ini - adalah arah yang betul kerana ia (menghadap) mengarah ke arah Haqiqah dan Realiti [Allah SWT]. Dan ini adalah Tauhid Hakiki, Tauhid Kebenaran dan Realiti, Nama Yang Agung Yang Maha Agung, lagi Maha Teragung atau, atau Nama yang dilindungi, dan yang berdetak dari kedalaman dalaman manusia selepas fana’ (lebur) Al-Ana – “Aku”, dan Kekalnya Allah. Dan ini adalah martabat terakhir yang dimaksudkan dalam Tauhid, dan ia adalah arah apa yang Bismillah Al-Tauhid dan surah Al- Tauhid tunjukkan, juga sebagaimana yang dijelaskan.) - Kitab Al-Tauhid, halaman 25.

Ya, sesungguhnya kebanyakan manusia hendak berhujah terhadap buah. Mengapa? Ini adalah kerana mereka tidak menyedari dan memahami nilai pokok, bagi pokok Aali Mohammed (S), adalah pohon yang diberkati, pohon pengetahuan, dan perkaranya adalah sukar.

Pintu perlumbaan terbuka, tetapi kerana sifat tidak malu maka jatuhlah di kedalaman telaga, telaga kegelapan, kejahilan dan ''Aku”, saya sangat kagum di hadapan kenyataan kebenaran ini yang telah dijelaskan oleh Imam (as).

Dari Imam Ahmad Al-Hassan (as) (.... Malangnya, semua orang bekerja untuk memberi makan tubuh mereka dan sangat sedikit orang-orang yang memberi makan kepada jiwa (rohani) mereka, dan kebanyakan orang tidak peduli untuk mengetahui kebenaran tetapi hanya mengambil berat tentang kehidupan duniawi dan diri mereka sendiri, dan sangat sedikit orang-orang yang mengambil berat untuk mengetahui kebenaran, dan lagi sedikit daripada mereka yang mengetahui kebenaran, dan sangat sedikit pula orang-orang yang beramal untuk mencapai kebenaran, dan sangat sedikit pula mencapai kebenaran ....) - Pengenalan Kitab “Al-Ifham Li Mukhathib Rasul Al-Imam as 1 / Rabi3 Al-Awwal / 1426 H

''Keakuan'' yang telah terjadi dari keperluan hidup ini, yang telah menjadi bahagian utama dari bahagian-bahagian utama hidup kita, daripadanya adalah jelas, dan darinya ada yang tersembunyi, jadi mungkin kita tidak melihatnya (mengutamakannya) walaupun untuk satu hari? Atau kita tidak berikan padanya kemenangan? Atau kita tidak usahakan untuk melayaninya dengan kelembutan dan kemurahan hati? !!!!. Bolehkah kita benar-benar gambarkan diri kita sebagai yang menpunyai kesalahan atau dosa yang besar dengan kewujudan Allah SWT? Bolehkah kita melihat Allah SWT sebelum, semasa, dan selepas semua perkara? Dan kita mengihadkan hubungan dengan Allah SWT di antara 2 sudut, di antara keinginan besar dan ketakutan, mencari limpah kurnia dan takutkan hukuman ?? Siapakah dari kita yang benar-benar boleh bekerja (beramal) kerana Allah SWT tanpa dia menyembahNya dengan bersyarat, iaitu menunggu ganjaran atau takutkan hukumanNya??

Siapakah di antara kita boleh menetapkan dirinya bebas daripada tali ikatan ''Aku'? Yang telah termaktub dan dijelmakan dalam keinganan dan nafsu, seperti keperluan kasih sayang, kebanggaan, kebendaan, kengkuhan dan sebagaianya ??

Di dalam kitab 'Al Raj3a, Thalits Aiyamu Allah Al-Kubra halaman. 20-21' (Tidak syak lagi bahawa matlamat penciptaan jin dan manusia adalah makrifah, dan soalan: Di manakah makrifah ini akan dicapai dalam bentuk yang lebih tinggi dan bentuk yang lebih lengkap? Jika Raj3a (Kepulangan selepas Mahdi Ke12 (as)) mempunyai peranan dalam menjawab soalan ini, maka apakan dia?

Allah SWT berfirman:

﴿ وَهُوَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖلَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ ۖ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 

(Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, bagi-Nya-lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya-lah segala penentuan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.) – Al-Qashash 28:70.

Imam (as) telah ditanya mengenai ayat ini, maka beliau (as) menjawab dengan berkata: ......

﴿وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ ۖ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّـهُ ۖ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ ۖوَنُودُوا أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ﴾

(Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan".) Al-A3raaf 7:43,

Itulah yang menghapuskan ''Keakuan'' dari dada, dan semuanya mengikut kemampuan dia menerima rahmat dari Allah SWT, dan semuanya hendaklah diberikan ukuran dengan amal-amal soleh yang dilakukannya.

Istana ''Keakuan” ditemui untuk dirinya dan terletak di dalam sebuah tempat yang paling indah di dalam jasad kita, ia adalah sebuah istana mercu tinggi, tersedia, tebal-kukuh, diubah dalam alat dan prestasinya, kaya dengan isinya kita cari perlindungan kepada Allah SWT agar daripadanya.

Imam Ali (as) berkata (Ya Allah, aku telah menganiaya diriku sendiri dengan melihat kepadanya, maka binasa adalah lebih hampir kepadanya jika kamu tidak memaafkannya).

Imam Ahmed Al-Hassan (as) berkata di bawah tajuk ''Muhammad (S) Zuhur Allah di Faran," (Jika kita kembali kepada asal usul dan permulaan penciptaan, kita akan dapati Allah SWT berkata kepada malaikat:
﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ﴾
{"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."} 
Walaupun Adam adalah Khalifah Allah, sama seperti lain-lain daripada nabi-nabi dan Khalifah (as), matlamat untuk dicapai adalah Khalifah Sebenar Allah, bermakna orang yang menjadi Khalifah Sempurna Allah SWT yang mencerminkan Ketuhanan (Al-Lahut) dalam cermin kewujudannya dengan cara yang lebih lengkap dan lebih sempurna daripada semua Anbiak dan Aushiak (as)


Matlamat yang perlu dicapai adalah untuk menjadi seseorang yang berayun (bergetar) antara keakuan dan kemanusiaan (Al-Ana wa Al-Insaniyah) dengan Ketuhanan dan zat Ketuhanan (Al-Lahut wa AL-Zhat Al-Ilahiyah)).... Penutup Kenabian  (Al-Nubuwah Al-Khatimah) halaman 24

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

(nsharil@gmail.com).
Salam pada Muhammad, keluarga Muhammad, Imam-Imam & Mehdi-Mehdi. Saya hendak bertanya/rujuk mengenai kumus. Di mana tempat yang boleh saya byr kumus di malaysia.

Terima ksh.