Soalan
217: Mengapa Al-Mahdi tidak muncul di video. Berdosakah orang-orang yang dakwah Islam tak sampai kepadanya. Dosa dan azab yang kekal.
Salam
atas kamu
Mengapa
Sohib Al-Zaman tidak muncul dalam pita video supaya boleh meyakinkan hati
pencinta beliau dan menjadi hujjah ke atas orang yang mendustakan dengan tempatnya
tidak akan didedahkan?
Apakah
berdosa orang-orang yang Al-Quran tidak sampai kepadanya?
Bagaimana
Allah mengazab kita sedangkan Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
kerana melakukan dosa itu dalam masa yang terhad dengan azab yang tidak terhad
yang selama-lamanya (Neraka, kekal di dalamnya selama-lamanya)?
Apakah
dalil yang membuktikan bahawa manusia mempunyai roh dan bahawa ia akan
dibangkitkan selepas mereka mati dan Dan bukankah ia hanya jasad, yang berakhir
menjadi tanah (debu)?
Pengirim:
Fuad
Jawapan:
Jawapan
Soalan 1: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Adakah
kamu fikir bahawa hanya jika seseorang itu keluar dalam pita video dan
mengatakan bahawa dia adalah Al-Mahdi, segala-galanya akan berakhir dan manusia
membenarkannya dan akan beriman dengan Al-Mahdi orang-orang yang mendustakan
Al-Mahdi??? !!! Pernahkah kamu membaca Al-Quran ?? Dan adakah kamu mendengar
tentang Nabi bernama Nuh, dan adakah kamu tahu berapa lama dia menyeru
(berdakwah) kaumnya, adakah kamu tahu berapa ramai yang beriman kepadanya?? Dan
adakah kamu mendengar Ibrahim, Musa, Isa serta Muhammad (S), dan adakah kamu
tahu berapa ramai manusia yang menderita yang dimusnahkan pandangan mereka
dalam perkara itu, dan kehidupan ini???
Jawapan
Soalan 2: Kamu maksudkan, apakah berdosa orang-orang yang tidak sampai Al-Quran
kepada orang-orang yang meninggal dunia dalam kafir dengan kenabian Muhammad (S)
... Dan perkara ini saya dijelaskan dalam salah satu kitab bertajuk, Pencerahan Dakwah Para Rasul,
dan saya bawakan kepada kamu beberapa panduan dari buku ini:
Pencerahan
dari pembukaan Surah Yusuf:
Yang
Maha Tinggi berfirman:
﴿إِذْ قَالَ يُوسُفُ
لَأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ *
قَالَ يَا بُنَيَّ لا تَقْصُصْ رُؤْياكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ
كَيْداً إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوٌّ مُبِينٌ *
وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ
وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَى آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَى
أَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾
((Ingatlah), ketika
Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi
melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud
kepadaku".* Ayahnya berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan
mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar ((rancangan) untuk
membinasakan)mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi
manusia". * Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu dan diajarkan-Nya
kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya
kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan
nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, (yaitu) Ibrahim dan Ishak.
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) [7]
Dalam
ayat-ayat ini, perjalanan Yusuf (as) kepada Allah bermula, ia adalah satu
peringatan dari Allah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana kepada Yusuf (as)
mengenai hakikat (kenyataan) bahawa dia naik dalam Alam Al-Zhar (Zharrah) dan dia lupa dari disebabkan hijab jasad apabila Allah menciptakannya
dan menurunkannya ke dunia gelap (Alam Jisim-jisim) ini.
Dan
Maha Tinggi berfirman:
وَلَقَدْ
عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَى فَلَوْلا تَذَكَّرُونَ﴾
(Dan sesungguhnya kamu
telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapa kamu tidak ingat?) [8],
yang
bermakna kamu telah dicipta di Alam Al-Zhar (Zharrah) dan Allah telah menguji
kamu:
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ
مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى
أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ
الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ *
أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ
بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ﴾
(Dan (ingatlah), ketika
Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa (diri) mereka (seraya berfirman):
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau
Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di
hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah
orang-orang yang lalai (lupa) terhadap ini.",* atau agar kamu tidak
mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan
sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah
mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang
yang sesat dahulu?") [9].
Dan
ayat ini mempunyai jawapan untuk mereka yang mengatakan apakah berdosa sesiapa
yang tidak sampai Islam padanya dan tidak sampai risalah dari langit seperti
mereka yang tinggal di kawasan hutan di Afrika atau di hujung bumi atau di daerah
yang jauh dari Rasul-rasul (as), dan ayat yang pertama telah menjawab dan
mengesahkan bahawa manusia telah pun diuji dan semua orang telah mengambil maqam
mereka dan telah dijelaskan keadaan dan kelayakan mereka, dan pada penjelasan
ayat kedua bahawa mereka beralasan dalam mengikuti kesesatan nenek moyang
mereka di bumi ini atau kerana mereka tinggal di tanah yang tidak disentuh oleh
Nabi dan kebenaran tidak sampai dan tiada seorang pun daripada mereka telah menyampaikannya
tentangnya; kerana itulah Allah berkata kepada mereka "Aku telah menguji
kamu di Alam Al-Zhar (Zharrah) dan Aku mengetahui keadaan kamu dan kelayakan
kamu, oleh itu jangan mengatakan:
(Sesungguhnya
orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini
adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau
akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?)
Maksudnya:
Allah telah berkata kepada mereka "Aku lebih mengetahui bahawa jika datang
para nabi, washiy-washiy dan Rasul-rasul kepada kamu dan mereka menyampaikan
risalah langit kepada kamu, nescaya kamu tidak akan percaya kepada mereka dan
tidak akan membenarkan mereka,
﴿وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ
فِيهِمْ خَيْراً لَأسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوْا وَهُمْ
مُعْرِضُونَ﴾
(Kalau sekiranya Allah
mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat
mendengar. Dan jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka
pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka
dengar itu)..) [10]
Adapun
orang-orang yang mengatakan mengapa tidak ditetapkan pada orang-orang kafir di
tanah (bumi) yang dikirimkan risalah-risalah dan utusannya? Maka jawapannya
ialah bahawa penyampaian adalah diberikan kepada orang-orang yang diberi
keutamaan dari orang-orang yang tidak menerima keutamaan dan tidak patut
menerimanya. Dan kamu tahu dari pengetahuan sebelumnya, iaitu dia tidak akan
menerimanya dengan yakin, jadi menyampaikan kepadanya akan menghasilkan
keputusan yang telah disimpulkan (ada), dan oleh itu ia tidak berbahaya untuk
mencadangkannya pada sebahagian daripada mereka untuk menjelaskan bahawa yang
lain adalah sama dengan orang-orang yang kebenaran telah disampaikan tetapi
mereka tidak menerimanya.
Maka
ditunjukkan ke atas sebahagian daripada mereka untuk menyempurnakan hujjah dan supaya
tidak ada alasan bagi orang-orang yang berkata: (Sesungguhnya orang-orang
tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah
anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka.) kerana mereka telah
diperlihatkan dan ditawarkan kebenaran dan mereka memilih kesesatan bapa-bapa
mereka atas bimbingan Rasul-rasul
: ﴿وَكَذَلِكَ مَا
أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا
إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِمْ مُقْتَدُونَ﴾
(Dan demikianlah, Kami
tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatanpun dalam suatu negeri,
melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata:
"Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan
sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka".) [11]
Sebaliknya,
mereka jadikan kesesatan nenek moyang mereka sebagai bimbingan dan kebenaran:
﴿بَلْ قَالُوا إِنَّا
وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ﴾
(Bahkan mereka berkata:
"Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama, dan
sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak
mereka".
") [12]
Jawapan
Soalan 3: Pertama: Kamu perlu tahu apakah dia azab, selepas itu kamu mempunyai
pilihan untuk menolak atau tidak:
Baca
ayat ini:
﴿لَقَدْ كُنْتَ فِي
غَفْلَةٍ مِنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ﴾
("Sesungguhnya kamu
berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu
tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam!")
[13]
Dan
ketahuilah bahawa azab tidak lain hanyalah mendedahkan hakikat kepada manusia
dan meninggalkan mereka dan apa yang mereka telah pilih untuk diri mereka
sendiri, Untuk sesiapa yang memilih bumi (dunia) dan kehidupan dunia ini
sahaja, akan didedahkan pilihan mereka. Akan disingkap tutupan supaya mereka
dapat melihat hakikat diri mereka, seperti mereka melihat tiap-tiap hasad
(kedengkian) dikelilingi oleh semua keinginan terlarang adalah nanah dan
batang-batang besi yang membelenggunya, dan tidak ada orang lain selain dia,
dirinya. Dunia ini adalah ambang neraka jahanam tetapi kamu tidak mengetahuinya.
Sebaliknya, kamu berfikir (percaya) bahawa ia adalah syurga selama-lamanya dan
itulah sebabnya kamu tidak sabar-sabar untuk memiliki dan meraih sebanyak yang
boleh dimiliki daripadanya.
Sekarang,
adakah kamu dapati keadilan yang lebih besar daripada keadilan Allah SWT,
kerana Dia tidak akan melakukan sesuatu yang buruk kepada kamu, bahkan Dia
hanya akan nyatakan pilihan kamu. Bagi sesiapa yang memilih dunia ini atau meraih
kebendaan hendaklah tinggal di dalamnya atau berpindah ke tempat yang lebih
rendah daripadanya di dalam neraka jahanam dan itu adalah pilihannya. Hanya
yang Allah akan lakukan adalah membuang tabir manusia supaya dia melihat
realiti dan melihat dan mengetahui pilihannya. Dan juga walaupun membuang tabir
(menyingkap hijab) adalah dari keperluan-keperluan (kelaziman) peredaran Al-A3dzam
(yang agung) dari kecenderungan akhirat.
Sekarang,
azab bukanlah pada hakikatnya selain daripada pilihan kamu. Dan telah diberi
amaran kepada kamu Dia SWT daripada pilihan ini tetapi kamu adalah orang-orang
tidak suka kepada nasihat.
Jawapan
Soalan 4: Jika Allah telah menetapkan (mengesahkan) kepada kamu maka tetaplah ia
kepada kamu apa yang telah diberitahu kepada kita, dan jika kamu kafir kepada
Allah maka diberitahu kepada kita supaya menetapkan (mengesahkan) kepada kamu
kewujudan-Nya, walaupun saya berkata; butalah mata yang tidak melihat Dia Yang
Maha Suci.
✡✡✡✡✡
----------------------------------
[7]
- Yusuf 12: 4 - 6
[8]
- Al-Waqiah 56:62.
[9]
- Al-A3raaf 7:172-173.
[10]
- Al-Anfal 8:23.
[11]
- Al-Zukhruf 43:23.
[12]
- Al-Zukhruf 43:22.
[13]
- Qaf 50:22
Tiada ulasan:
Catat Ulasan