Isnin, 1 September 2014

Pertempuran Menegakkan Kesucian


Pertempuran Menegakkan Kesucian
ملحمة القيام المقدّس


Di antara Iblis dan tenteranya dari manusia dan jin, dan di antara Allah dan tentera-Nya manusia, malaikat dan jin.

Tentera Iblis (Laknahumu Allah) adalah dari Al-Thaghut (yang melampaui batas). Maka wujudlah Firaun, Namrud dan semua taghut penzalim. Dan wujudlah sifat sebenar mereka bersama kehadiran mereka. Seumpama bandingan kehadiran Iblis di kalangan manusia begitulah kehadirannya di kalangan manusia. Dan kewujudan utusan-utusan dari nabi-nabi yang diutus terdahulu adalah para nabi (as) di dalam Pertempuran Suci ini. Dan seperti kewujudan shurah (Imej) Allah, wajah Allah, dan Nama-nama Allah yang Baik, dan Khalifah Allah yang merupakan Hujjah Allah atas ciptaan-Nya pada zaman kezuhuran dan kebangkitan Al-Mahdi, kewujudan Allah SWT dalam pertempuran ini, berperang dengan tentera-Nya, ini telah disebutkan di dalam Taurat:

"Sebab itu Tuhan sendirilah yang akan memberikan kepadamu suatu pertanda: Sesungguhnya, seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki, dan ia akan menamakan Dia Imanuel. ". [114]

Dan erti [Immanuel (Allah Ma3ana)] adalah "Allah bersama kita." Juga teks yang hampir sama dan maksud "Allah bersama kita" telah disebut di dalam Injil Matius, dalam Bab pertama.

Dalam Dua daripada Al-Samaat:

“... Dan aku mohon padaMu Ya Allah ... kedatanganMu (thala3) di Gunung Sa3ir  iaitu Isa mewakil Kedatangan Allah di Gunung Sa3ir, ....dan kemunculanMu (zuhur) di Bukit Faran
iaitu mewakil dan kemunculan (zuhur) Allah di Gunung Faran ....”[115]
                        
Pertempuran ini adalah "Pertempuran Hidayah" dinisbahkan kepada Al-Mahdi (as), bukan pertempuran pembunuhan dan pertumpahan darah, maka Iblis (laknahu Allah) mahu mengambil sebilangan besar mungkin bersamanya untuk mereka dihumban ke dalam neraka (jahanam) dan mencapai janjinya dalam penggodaan mereka, manakala Al-Mahdi (as) mahu mengambil sebilangan besar mungkin bersamanya ke syurga dengan membimbing mereka kepada kebenaran dan Tauhid yang ikhlas kepada-Nya SWT.

Oleh itu pada mulanya pertempuran adalah pertempuran akidah kepercayaan perbahasan lisan. Al-Mahdi (as) adalah (seumpama) Ali (as) dan Al-Hussain. Dan Ali (as) tidak memulakan pertempuran mempersiapkan Tentera Sucinya, untuk memulakan Peperangan Jamal, sehingga dia mengutus seorang pemuda yang membawa al-Quran kepada mereka, orang-orang yang telah menggerakkan tentera terhadapnya untuk membunuhnya. Tetapi, tindak balas tentera Iblis adalah membunuh pemuda itu dan mengoyak-ngoyakkan Al-Quran. Begitulah juga Al-Hussain (as) yang tidak tidak memulakan pertempuran mempersiapkan Tentera Sucinya sehingga dia dan sahabat-sahabatnya berkata kepada kaum itu dan menasihati mereka. Tetapi mereka bertindak balas kepada beliau dan sahabat-sahabatnya dengan lembing. Oleh itu Dia berkata kepada para sahabatnya,

"Bangkitlah, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu! Kerana ini adalah utusan-utusan kaum itu kepada kamu. "[116]

Oleh itu Ali dan Hussain (as) memulakan dengan percakapan dan memberikan hujjah-hujjah untuk membimbing manusia. Tetapi tentera syaitan, kerana ketidakupayaan mereka, dan kegagalan mereka untuk mencari jawapan kepada kebijaksanaan Ali (as) dan Al-Hussain (as) melainkan peperangan.

Begitulah juga dengan Al-Mahdi (as) anak kepada Ali (as) dan anak kepada Al-Hussain (as), memulakan dengan percakapan dan pengajaran dengan akidah kepercayaan untuk membimbing manusia, tetapi kerana ketidakupayaan mereka mereka gagal untuk mencari jawapan dengan perkataan yang bijak dan hujjah-hujjah yang kukuh melainkan peperangan.

Pada masa itu, Al-Mahdi (as) tidak akan mendapati satu perkara untuk dikatakan kecuali kata-kata Ali (as),

"Kita memerangi mereka atas tertumpah darah ini," dan kata-kata Al-Hussain (as),

"Bangkitlah, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu! Kerana ini adalah utusan-utusan kaum itu kepada kamu. "

والحمد لله رب العالمين

Ahmad Al-Hassan
Zhul-Hijjah 1427




✡✡✡✡✡✡✡✡✡✡



----------------------------------
[114] - Taurat (perjanjian Lama) Yesaya 7:14
[115] -. Misbah Al-Mutahajid halaman 416, Jamal Al-Usbu3: halaman 321. Mishbah Al-Kafa3imiy halaman 424, Bihar Al-Anwar Jilid 87 halaman 97,

[116] - Manaqib Aali Abi Thalib, Jilid 3, halaman 250 Bihar Al-Anwar, Jilid 45, halaman 12 Al-3awalim, Al-Imam Al-Hussain (as), halaman 255. Kitab Al-Futuh, Jilid 5, halaman 101. A3yan Al-Syi3ah, Jilid 1, halaman 603

Tiada ulasan: