KEAKUAN
DAN
PEMBUKAAN
YANG JELAS
Ditulis:
Misy3al Al Musa - Kuwait
[Ansar
Imam Mahdi (as)]
Diterjemahkan
ke Bahasa Inggeris: Ossama Hasan Al Ansary
Diterjemahkan
ke Bahasa Melayu: Aba Al-Hussaini
Dari
Kitab
(الأنــا والفتح المبين)
The
‘’I’’ And The Clear Opening
Ditulis:
Misy3al Al Musa - Kuwait
Diterjemahkan
ke Bahasa Inggeris: Ossama Hasan Al Ansary
Diterjemahkan
ke Bahasa Melayu: Aba Al-Hussaini
Versi
Ansar Imam Mahdi (as)
(الأنــا والفتح المبين)
The
‘’I’’ and the clear Opening
Keakuan
dan Pembukaan Yang Jelas
Editisi
Pertama
1435H
–2014 M
Untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai
Seruan
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Sila
lawati:www.almahdyoon.org
`
Kebaktian
Kepada
Pemilik masa dan zaman
Dan
Kepada Maulaku dan Ketuaku Yamani Aali Muhammad, dan Mahdi Pertama, Imam Ahmad
Al-Hassan (as)
Kepada
arwah para syuhada ansar
Untuk
keluarga tertindas yang meringkuk di penjara Penzalim
Kepada
Ansar di Timur dunia dan Baratnya
Ya
Allah, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan
lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku,
Ya
Allah kurniakanlah aku makrifah kepadaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah
padaMu aku tidak kenal UtusanMu,
Ya
Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku
tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu,
Ya
Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat
makrifah pada HujjahMu, aku tidak dapat makrifah (mengenal) agamaku.
Segala
puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali
tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk.
Dan segala puji bagi
Allah dan segala hal.
Ya Allah jadikanlah kami sebagaimana yang Kau sukai,
dan janganlah jadikan kami sebagaimana yang kami sukai.
Ya Allah berikanlah kepada
kami kemanisan pengabdian kepada Mu, dan dan ajarkan kepada kami mentaaatiMu
penurutan, walaupun sekarang.
Pengantar Penterjemah
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام
عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله
رب العالمين .وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا
Saudara-saudari.
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam
ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala
pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dan
Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, Aimmah dan Mahdiyyin serta limpahan
salam pengiktirafan sebanyak-banyaknya.
Ya
Allah aku berlindung denganMu dari sifat keakuan, keegoan dan Al-Ana. Sifat
yang menjauhkan aku dariMu, terutama Aku yang berjinak-jinak dengan Si Jahil
yang Engkau cipta yang tidak mengenal amar perintahMu, dia yang gelap zulumat itu.
Berilah Aku hidayah yang sepadan dengan diriku yang Engkau kehendaki.
Ada
terlalu banyak buku-buku atau kitab-kitab yang di hasilkan oleh para ansar
(ansar Imam Mahdi (as) yang menjadi pengikut Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani
(as)) dari seluruh dunia. Sebelum ini RISALAH
YAMANI DAN WASIAT AR-RASUL oleh
Anis Kotia telah saya, Alhamdu Lillah terjemahkan terus dari Bahasa
Inggeris. Kini saya cuba, Insya’ Allah menterjemahkan pula buku yang
diterbitkan bertajuk Al-Ana Wa Al-Fat7 Al-Mubin (Al-Ana wal Fathul Mubin) dalam
Bahasa Arab dan ditulis oleh Misy3al Al Musa, seorang ansar Kuwait dan diterjemahkan
ke Bahasa Inggeris bertajuk The ‘’I’’ And The Clear Opening oleh Ossama Hasan
Al Ansary yang saya terjemahkan ke Bahasa Melayu: dan diberikan tajuk Keakuan
dan Pembukaan Yang Jelas. Sebarang kesalahan penterjemahan adalah dari kekurangan
yang ada pada saya dan bukannya dari kesalahan versi-versi Arab dan Inggeris terdahulu.
Mudah-mudahan
usaha yang tidak seberapa ini memberi kefahaman kepada saya khususnya dan boleh
dipanjangkan kepada saudara jika ia boleh difahami. Saya mohon berbanyak maaf atas
kekurangan yang ada di sepanjang perterjemahan ini.
Wassalam.
Wa Fi Amanillah.
Aba
Al-Hussaini
Zhu
Al-Qa3idah 1435
Pengenalan
Pengenalan
Hubungan
seorang Muslim dengan Allah SWT adalah berdasarkan kepada kepentingan diri,
sama ada keinginan kepada syurga, atau takut dengan hukumanNya SWT. Pemikiran
kita telah dijajah dan dipenjarakan oleh para fuqahak di akhir zaman (ulamak
tidak beramal) yang telah menyifatkan Allah SWT, di antara dua yang berikut..
1-
Sama ada Dia melihat kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa untuk dihukum
2-
Atau Dia melimpahkan kurnia dan rahmat, seolah-olah hubungan antara Allah SWT
dan hambaNya adalah bersyarat. Manusia berani menghadkan ibadahnya kerana
prinsip faedah dan kepentingan diri, terus bekerja keras pada jalan ulamak
tidak beramal yang batil yang menonjolkan konsep ibadat mereka dan
memaksakannya kepada masyarakat yang jahil.
Mereka
telah menyifatkan Allah SWT sementara itu mereka tidak sedar mereka bertindak
sebagai tuhan yang perlukan sembahan dan kerja-kerja (amalan) hamba untuk
membantunya, meninggikan diri lebih daripada yang disifatkan kepada yang jahil.
Sesungguhnya ini adalah satu kepentingan ala perniagaan yang dikaitkan dengan Ego
– Al-Ana – Keakuan manusia yang
hidup dan mati untuk Keakuannya.
Tidak ada perbezaan di antara hubungan ini dengan sebuah gerakan penyembelih
terkutuk ISIS Sufyani dengan tuannya, yang percaya bahawa tindakan
kebinatangnya (subhuman) akan menjanjikan kepadanya syurga dan 70 dara !!!
Ramai
orang-orang yang percaya bahawa menangisi Imam Al Hussain (as) akan memberi
kita rahmat abadi dan keampunan, sama seperti golongan paderi yang telah
mendakwa bahawa untuk diselamatkan, seseorang hanya perlu percaya kepada Jesus
(Isa as)). Mereka seperti orang yang menerima hadiah daripada sebuah syarikat
dan menyalahgunakannya untuk mengaut keuntungan diri sendiri, kerana tahu
bahawa dia mempunyai jaminan nafkah untuk perkara itu dan dia boleh melakukan
apa saja yang diingini daripadanya.
Imam
Ahmed Al Hassan (as) berkata dalam sebuah khutbahnya (Dan apabila mereka
misalnya berkata: Kami telah menangisi Al-Hussain, dan menangis atas Hussain
akan menjanjikan kita syurga: Allah SWT, hanyalah akan dikatakan kepada mereka,
wahai ulamak batil, Sesungguhnya amalan kamu telah terhapus seperti debu yang
berterbangan
﴿وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ
هَبَاءً مَّنثُورًا﴾
(Dan kami hadapi segala
amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang
berterbangan.) Al-Furqaan 25:23,
kerana
kamu tidak menangis untuk Al-Hussain (as) yang sebenar, tetapi sesungguhnya kamu
telah menangisi ke atas Al-Hussain dalam khayalan kamu, dia tidak mempunyai
hubungan dengan Al-Hussain bin Ali, bukan dari dekat atau dari jauh, dan amalan
kamu telah hilang seperti debu yang berterbangan, sama seperti dia yang keluar
dengan sebatang besi dan ditanamnya di padang pasir dan dituangkan atasnya
petroleum, kemudian dia berkata, Sesungguhnya saya telah menanam pokok di taman
dan disiram dengan air segar. Akhirnya beliau akan dapati bahawa kerjanya tidak
mempunyai nilai, debu yang berterbangan. dan kamu (para ulamak) adalah seperti
orang-orang yang mendahului kamu, kamu menuntut bahawa kamu mengatasi Pemilik
Al-Haq atas iman, dan kamu tidak menerima bahawa Pemilik Al-Haq mewakilkan
kamu, tetapi kerana kesucian jiwanya dan keikhlasannya kepada kamu
memerintahkan kamu supaya mengikutinya, di mana walaupun Allah SWT mahu
pendekatan (manhaj) ini dilebihkanNya, Iblis menterbalikkannya dengan cara yang
mudah. Pada hal untuk memahami tujuannya kepada semua orang yang sepatutnya
memahami firmanNya
﴿وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ
الْمُرْسَلِينَ إِلَّا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي
الْأَسْوَاقِ ۗ وَجَعَلْنَا
بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ ۗوَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا﴾
(Dan Kami tidak mengutus
rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di
pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain.
Mahukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.) Al-Furqaan 25:20.
Dan
kami telah jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi
sebahagian yang lain supaya kamu bersabar? Jauh dari itu, sesungguhnya jika
orang yang sebelum mereka bersabar, sepatutnya orang-orang pada hari ini akan
bersabar
أَتَوَاصَوْا
بِهِ﴾ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ ﴿
(Apakah mereka saling
berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang
melampaui batas. 51:53.
- Khutbah Imam Ahmed Al Hassan (as) dalam
bulan Muharam.
Tetapi,
Adakah terdapat perangkap yang ketiga yang kita tidak menyedarinya? Atau
terperangkap kerana telah hilang dari kita?! Adakah manusia mampu bekerja di sisi
Tuhan, tanpa meminta balasan?! Atau tidak melihat pada dirinya sendiri?!
Imam
Ahmed Al Hassan (as) mengatakan (Sehingga apabila kita akan tetap melihat diri
kita sendiri, Demi Allah, jika Dia SWT membuatkan saya dari permulaan sehingga
akhir masa, kemudian dimasukkan dia ke dalam api neraka, DIA telah melakukan
kebaikan kepada saya, dan apakah kebaikan yang lebih besar daripada DIA memperlakukan
saya walaupun untuk seketika,. apa yang perlu ialah kita tidak peduli melainkan
untuk satu perkara iaitu DIA mengangkat (membuang) dari halaman hitam
''Keakuan'' kita ini (ego, Al-Ana) yang hampir tidak mahu berpisah dari kita).
– Kitab Ma3a 3abdu Soleh, Jilid 1 halaman 86.
Sesungguhnya
kewujudan Manusia itu sendiri dianggap Imam-imam (as) satu dosa, bahkan bagi
diri mereka sendiri. Mereka telah melihat diri mereka berdosa dengan kewujudan
Allah SWT. Kemudian, bagaimana pula keadaan kita?!!! Terutamanya dalam zaman di
mana kita berlumba-lumba memenuhi yang kononnya keperluan (sangkaan
semata-mata), yang juga dilihat sebagai mengeluarkan sebahagian dari dugaan
kemahuan dan keperluan.
Sebagai
contoh: pakaian; Memang benar ia untuk menutup badan, tetapi datang pula saya
untuk merenung warna dan reka bentuk (fesyen) dan ... .. pakaian ini. Keperluan
ini disertai oleh beberapa perkara yang serupa. Dalam keadaan itu, kita adalah di
antara dua perkara:
1-
Apa yang kita lihat
2-
Apa dorongan zaman (semasa) / kecenderungan (trend – minat) kepada kita.
Hasilnya
adalah bahawa, jiwa kita, diseret dan dirantai, ia sama ada diseret oleh hawa
nafsu kita sendiri, atau ia diseret mengikut kepentingan awam. Saudara boleh
bayangkan wahai pembaca sekelian mengenai perkara-perkara itu dengan
makanannya, keinginan-keinginan, minuman, percakapan, tindakan-tindakan,
perselisihan, pergerakan, diam, pengetahuan dan usaha mendapatkannya dan
lain-lain lagi.
Kita
melihat kepada masyarakat dan berusaha untuk bergabung dengan masyarakat ini
yang mengabaikan kehendak Allah SWT, tetapi atas alasan apa? Alasan bahawa
perkara-perkara yang dinyatakan di atas itu adalah duniawi dan yang
remeh-temeh, seolah-olah ketika mengatakannya kita tidak menyedarinya [Allah
SWT tidak ada urusan dalam hal ini!, Kita tidak berusaha untuk melibatkan Dia
SWT dalam perkara-perkara bodoh duniawi kita]. Oleh itu, kerana kejahilan kita
melakukan jenayah besar dengan menetapkan apa yang baik untuk Allah, apa yang
kita patut diberikan kepadaNya dan apa yang kita tidak patut berikan dalam hal
KetuhananNya, Maha Suci Allah daripada apa yang kita tetapkan!!! Sesungguhnya
ini adalah syirik yang dilakukan oleh sebahagian besar penduduk dunia, bukan
sahaja oleh orang-orang Islam yang tersesat.
Dengan
itu, kita ketepikan Allah SWT pada masa dan bahagian tertentu dalam kehidupan
kita, dan kita melihat perkara-perkara ini sebagai perkara remeh dan kita
percaya bahawa dengan berbuat demikian kita telah meninggikan Dia dengan
perkara-perkara ini, dan kita lupa bahawa Allah SWT adalah pencipta
segala-galanya dan wujud pada setiap tempat dan pada setiap masa.
Nampaknya,
kita hanya memberi tumpuan kepada ''Aku” (Al-Ana) dan tidak mengendahkan
Allah dengan kelalaian tersebut. Yang bermakna melalaikan “DIA”.
Dengan
kewujudan ukuruan masa kini dan masa depan ''DIA'' yang kita ketepikan (secara
terang-terangan dan tersembunyi), bagaimana kita boleh melihat kepada ''DIA”?
Apa yang diperlukan dari kita kemudian kita dapat memberi tumpuan kepada ''Dia
/ Huwa''??
Dari
Imam Ahmad Al Hassan (as) (Manusia dituntut untuk bergerak ke arah makrifat
bagi mengetahui bahawa dia tidak mampu mencapai makrifat. Bahawa Kesempurnaan
(Allah) yang dihadapkan kepadanya oleh Maha Suci DIA (HUWA), sesungguhnya yang
dikehendaki oleh Maha Suci Dia adalah untuk menyampaikan manusia kepada hakikat
ini, yang mana ia adalah makrifat sebenar. Sesungguhnya Maha Suci Dia menghadap
kepada kita dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) untuk menyampaikan kepada kita,
hakikat bahawa kita tidak mampu mencapai makrifat. Seterusnya, kita mengetahui
hakikat yang menjadikan kita, dan kita mengetahuiNya apabila kita mengetahui
sepenuhnya ketidakmampuan kita dalam mencapai makrifatNya. Makrifat
ketidakmampuan kita itulah hakikat makrifat iaitu "Barangsiapa kenal
dirinya akan kenal Tuhannya". - Kitab Ma3a 3abdu Soleh, Jilid 2 halaman
16.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan