Isnin, 15 September 2014

Soalan 63: Iman berada di tepi

Soalan 63: Allah berfirman:

﴿وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ﴾

{Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.} [49]

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat yang mulia ini?

Pengirim: Ibrahim Taghil

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Ayat ini diturunkan kepada orang yang berjalan bersama kebenaran, tetapi tidak mengetahui (mengenal) kebenaran, sehingga kamu dapati sebelah kakinya melangkah ke hadapaa dan sebelah kakinya yang lain mengundur ke belakang, maka dia ragu-ragu dalam urusannya dan ia mendapati sebagai fitnah atau kekeliruan yang menjadi alasan untuk dia meninggalkan kebenaran atau mungkin untuk menentangnya. Oleh itu, dia tidak bersedia untuk mengorbankan harta, dirinya atau dia hanya mendengar demi kebenaran yang didakwanya untuk diikuti. Walaupun hakikat keimanannya meningkatkan ujian (fitnah) terhadap kesucian imannya supaya dia mengorbankan harta dan dirinya dari awal demi jalan kebenaran yang diimaninya.

Iman mestilah tanpa sebarang permintaan untuk manfaat keduniaan. Selain itu, orang beriman harus bersedia untuk menghadapi apa-apa kemudaratan duniawi yang merupakan kesan (natijah) daripada keimanannya. Dan jika orang yang beriman itu berada di atas gunung [50], nescaya Allah akan menghantar kepadanya orang yang akan membahayakannya agar dia diberi ganjaran dengannya dan untuk menaikkan maqamnya. Bahkan, orang yang paling menderita sengsara adalah para nabi dan Aushiak, kemudian diikuti oleh orang-orang yang seperti mereka. [51]  

Juga, iman mesti sangat sedikit dicemari dengan kebendaan atau keraguan, maka mesti beriman kepada yang ghaib dan terselamat dari keraguan, oleh itu, beriman disebabkan oleh tanda-tanda kebendaan, paksaan dan tidak ada pilihan selain menerimanya, dan jika ia diterima maka sudah tentulah iman Firaun telah diterima

﴿وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرائيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْياً وَعَدْواً حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرائيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴾

{Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Aku percaya bahqwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".} [52]

Jadi di sini, beliau mengisytiharkan keimanan dan Islam beliau selepas dia telah disentuh dinding air yang tiada pilihan lain lagi baginya, tetapi Allah tidak menerima iman ini yang tidak sah bagi perkara ghaib, kerana Allah adalah perkara yang ghaib Mutlak

﴿آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ﴾

{Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.} [53].   
Juga iman orang-orang kafir pada hari pembukaan (kemenangaan) itu tidak akan diterima

﴿قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لا يَنْفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ﴾

{Katakanlah: "Pada hari pembukaan itu tidak berguna bagi orang-orang kafir, iman mereka dan tidak pula mereka diberi tangguh."."} [54]. [55].

Begitulah juga, jika keraguan meresap ke dalam halaman iman, ia membinasakan (membatalkan) iman. Maka orang beriman mesti beramal bukan hanya menjadi dari orang-orang yang mendengar atau melihat (hakikat) kebenaran, tetapi menjadi dari orang-orang yang terpanggang (membara) oleh imannya. Selain itu, yang terbaik daripada yang terbaik bagi orang beriman adalah untuk menjadi dari orang-orang yang benar-benar dibakar oleh api kebenaran sehingga orang percaya dirinya menjadi hakikat kebenaran dan jurucakap hakikat kebenaran.




✡✡✡✡✡


----------------------------------
[49] – Al-Hajj 22:11 
[50] - Rasulullah (S) bersabda: "Aku dan Nabi-nabi dan orang yang beriman sebelumku tetap ditimpakan dengan orang-orang yang menyakiti kami. Dan jika orang yang beriman itu berada di atas sebuah gunung, Allah akan menghantar kepadanya orang yang akan membahayakannya agar dia diberi ganjaran dengannya. "3ilal Al-Syarai3 Vol. 1 halaman 45 [Ditambah oleh pengulas].
[51] - Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Lebih ramai manusia menimpakan musibah kepada nabi-nabi mereka (shalawatu Allah 3alaihim) dan kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian, kemudian diikuti oleh orang-orang yang seperti mereka) Bihar Al-Anwar Jilid 11, hal 69. (Pengulas).
[52] – Yunus 10:90.
[53] – Yunus 10:91.
[54] – Al-Sajdah 32:29.
[55] – Dari Ibrahim bin Muhammad Al-Hamdani berkata, "Saya bertanya kepada Imam Al-Ridha (as) mengapa Allah menenggelamkan Firaun selepas dia beriman kepada-Nya, maka dia (as) berkata," Oleh kerana beliau beriman selepas dia melihat azab, dan beriman selepas melihat hukuman tidak diterima. Dan itu adalah janji Allah SWT, Dia disebut kepada orang-orang yang sebelumnya. Allah AWJ berfirman,
(فَلَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا قَالُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَحْدَهُ وَكَفَرْنَا بِمَا كُنَّا بِهِ مُشْرِكِينَ * فَلَمْ يَكُ يَنفَعُهُمْ إِيمَانُهُمْ لَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا)
{Maka tatkala mereka melihat azab Kami, mereka berkata: "Kami beriman hanya kepada Allah saja, dan kami kafir kepada sembahan-sembahan yang telah kami persekutukan dengan Allah". [Ghafir 40:.84-85.]
Dan Allah AWJ berfirman
(يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لاَ يَنفَعُ نَفْساً إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْراً)
{Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.} 6: 158. Dan begtulah halnya dengan Firaun apabila dia akan lemas, beliau berkata,
: (آمَنتُ أَنَّهُ لا إِلِـهَ إِلاَّ الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِينَ)
{" "Aku percaya bahqwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".Yunus 10:90.
(آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ...)
{Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.} - Bihar al-Anwar. Jilid 6 halaman 23 [Ditambah oleh pengulas]

"Manusia menentang apa yang mereka jahil mengenainya" -Imam Ali (as)

Tiada ulasan: