Ahad, 19 April 2015

Apakah Cahaya Di Sini Adalah Cahaya Di Alam Yang Lebih Tinggi

Apakah Cahaya Di Sini Adalah Cahaya Di Alam Yang Lebih Tinggi


Saya telah membaca satu riwayat yang berkaitan dengan penjelasan tentang Cahaya. Riwayat tersebut adalah:


Dari 3ashim bin Hamid, diriwayatkan dari Abi Abdillah (as): Dia berkata: saya sebutkan kepada Abi Abdillah (as) apa yang mereka lihat dari Al-Rukyah (mimpi). Jadi beliau (as) berkata: (Matahari adalah sebahagian dari tujuh puluh bahagian dari Cahaya Al-Kursiy, dan Al-Kursiy adalah tujuh puluh bahagian dari cahaya Al-Arasy, dan Al-Arasy adalah tujuh puluh bahagian dari Cahaya Al-Hijab, dan Al-Hijab adalah sebahagian dari tujuh puluh bahagian dari cahaya perlindung (Al-Sitr). Oleh itu, jika mereka orang yang benar biarkan mereka memenuhi mata mereka dengan (cahaya) matahari yang tidak dilindungi awan) [56]

Jadi saya bertanyakan Hamba Soleh (as) tentang hal itu, dan berkata: Adakah ini [penerangan] yang menjadikannya mustahil untuk difahami, atau ia adalah sambungan antara apa yang kita panggil "cahaya" di sini, dengan cahaya di sana?

Jadi dia (a.s) menjawab:
(Cahaya di sini adalah tajalli (manifestasi-penzahiran) Cahaya di sana)


✡✡✡✡✡

______________________________
[56] Syarah Usul Al-Kafi oleh Al-Mazindrani: Jilid 3 halaman 181. Dan Bihar Al-Anwar Jilid 55 halaman halaman 28

✡✡✡✡✡

Tinggalkan Urusan Itu Sehingga Masanya Tiba


Saya akan akhiri Hentian bersama Abdus Soleh (as) ini dengan suatu nasihat dari beliau. Nasihat ini diberikan selepas saya bertanya kepada beliau mengenai dua riwayat. Walaupun masanya belum tiba, saya akan menyebutkannya untuk mengetahui apa yang akan dikatakan oleh beliau, semoga jiwaku menjadi tebusannya.

Saya bertanya kepada beliau dan berkata: Ada dua riwayat; yang pertama: Dari Muhammad bin Muslim, katanya: Saya bertanya kepada Aba Ja’far (as):
﴿والنهار إذا تجلى﴾
{Dan siang apabila ia muncul,} Dia (as) berkata”
(Siang adalah Qaim dari kami Ahlul Bayt (as), apabila dia bangkit, dia akan mengalahkan daulah kebatilan. Dalam Al-Qur'an terdapat contoh-contoh yang diberikan kepada manusia, dan [Allah] berkata kepada kita dan Nabi-Nya (S) dengannya, tiada siapa yang mengetahuinya selain kita) [57]

Satu lagi Riwayat: Dari Abi Abdillah (as) berkata:
(Firman Allah SWT:
﴿والفجر﴾
{Demi Fajar} ia adalah Al-Qa'im
﴿وَلَيَالٍ عَشْرٍ
Dan {Dan malam yang sepuluh } mereka adalah para Imam (as) dan dari Al-Hassan [Al-Mujtaba’] hingga Al-Hassan [Al-Askari].
و ﴿الشفع﴾
Dan {Dan demi yang genap)} Mereka adalah Amirul Mukminin dan Fatimah (as).
و ﴿الوتر﴾
Dan {Dan demi Yang Ganjil)} Dia adalah Allah sahaja, tiada sekutu bagi-Nya.
﴿والليل إذا يسر﴾
Dan {Dan malam ketika ia berlalu} ia adalah daulah Habtar, untuk itu akan berterusan sehingga kebangkitan Qa'im (as)) [58]

Adakah riwayat yang pertama mengenai Mahdi Pertama (as), dan yang kedua mengenai Imam Mahdi (as)?

Jadi dia (a.s) menjawab:

(Tinggalkan ini, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu. Kamu membahagi-bahagikannya sekarang, maka tinggalkanlah perkara itu sehingga tiba masanya. Limpahan itu telah datang menghampiri, dan tidak banyak masa yang tinggal. Jika kamu mahukan sesuatu kamu mempunyai riwayat-riwayat, dan juga kamu mempunyai Al-Mutasyabihsat.)

Lalu aku berkata: Limpahan itu telah datang menghampiri, dan memastikan bahawa tidak binasa bersama mereka. Dan semoga dilindungi Allah dari perkara tersebut. Maka Salam atas kamu, dari yang mengasihi mu dengan ruhnya, dan semoga dijauhkan Allah kelalaian sebanyak-banyaknya.

Jadi dia (a.s) berkata:

(Aku bermohon kepada Allah supaya Dia menyelamatkan kamu. Malangnya, mereka mengikuti ulama sesat (Fuqaha’ Al-Dhaallin), dan mereka itu akan membawa mereka (yang lain) ke neraka jahanam. Kerana ulama itu dan kerana dunia ini akan membakar mereka, mereka mengutuk ku dan memerangiku dan mereka kehilangan dunia dan akhirat.

Jika untuk menyelamatkan mereka dan membimbing mereka adalah dengan menumpahkan darah ku, aku akan berbuat demikian hari ini sebelum (datangnya hari) esok. Demi Allah, aku sedih dan terluka kerana orang-orang yang telah tertipu itu, kerana aku melihat bahawa kemusnahan telah meliputi mereka, ketika mereka mengira bahawa mereka akan kekal di dunia ini dan bahawa dunia ini adalah kekal untuk mereka).



✡✡✡✡✡

______________________________
[57] Bihar Al-Anwar Jilid 24 halaman 71-72
[58] Al-Bihar Anwar Jilid 24 halaman 78



Tiada ulasan: