Apa
Yang Berikutan Dengan Pengangkatan
Selepas
Abdus Soleh (as) menjelaskan apakah maksud diangkat yang diminta,
beliau (semoga jiwaku menjadi tebusannya) mula menjelaskan apa yang berikutnya.
Jadi dia (a.s) berkata:
(Sebelum ini saya
telah menjelaskan kepada anda maksud diangkat, dan sekarang saya
akan menjelaskan kepada anda mengenai penglibatan kepada penjelasan yang saya
telah diberikan:
Dari apa yang telah
dibentangkan, ia telah menjelaskan bahawa setiap roh yang berhubungan dengan
jasad dalam alam-alam yang lebih rendah (Al-Awalam Al-Safliyah), yang bermakna,
alam yang di bawahnya dan yang lebih gelap. Juga ia menjelaskan bahawa tidak
mungkin bagi roh sesuatu yang lebih tinggi untuk disambung secara langsung
dengan Alam Jasmani tanpa tajallinya (penzahirannya) dalam semua alam penciptaan
yang lebih rendah darinya sehingga ia mencapai alam jisim-jisim dan bersambung dengannya.
Oleh itu, tidak boleh menjadi perangsang (penggerak) sesuatu jasad selain cahaya
dan kegelapan, bahkan, yang paling hampir dengan alam Jasmani, dan itu sudah
tentulah makhluk kerana ia tidak boleh menjadi cahaya semata-mata (mutlak) cahaya
yang tiada kegelapan di dalamnya; kerana ia ditajallikan (dizahirkan) dalam
kegelapan. Maka, tidak boleh sehingga menganggap bahawa Allah-lah (Kerana
Dia adalah cahaya tanpa kegelapan di dalamnya) yang menggerakkan jasad
di alam rendah ini secara langsung menyentuhnya, Maha Tinggi Allah daripada apa
yang mereka sekutukan (syirikkan).
Bahkan, adalah jelas bahawa
kewujudanNya Yang Maha Suci dalam alam penciptaan adalah kewujudan cahaya-Nya [✡] yang dengannya zahir
kewujudan-kewujudan dalam alam-alam kegelapan, sekali-kali tidak sesungguhnya
Dia Maha Suci lagi Maha Tinggi (SWT) - kerana Dia adalah Cahaya tanpa kegelapan
di dalamnya – yang wujud dalam alam penciptaan adalah cahaya yang bercampur dengan
kegelapan. Maka ini adalah mustahil dan tidak mungkin sama sekali; kerana itu
akan bermakna fana (binasa) alam-alam penciptaan dan yang kekal hanyalah DIA
Yang Maha Suci tanpa yang selainNya daripada penciptaan-Nya.
Memahami makna dan hakikat
ini sangat penting dalam akidah dan Tauhid; kerana ianya menjelaskan apa yang
dimaksudkan dengan perkataan anda:
"إن
الله موجود في كل مكان"
"Sesungguhnya
Allah wujud di mana-mana",
Ia tidaklah bermakna wujud
Tuhan Mutlak (Al-Lahut Al-Muthlaq) di setiap tempat, jika tidak maksud perkataan
anda itu akan bermakna kedatangan Tuhan Mutlak pada makhluk-makhluk dan kewujudan-kewujudan,
dan ia adalah mustahil seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Sebaliknya, hakikatnya
adalah bahawa kewujudanNya di alam-alam penciptaan adalah tajalli-Nya pada kewujudan-kewujudan
kerana Dia memperlihatkannya dengan cahaya-Nya.
Dan kerana alam-alam
penciptaan yang berbilang-bilang dan sebahagiannya di atas sebahagian yang lain,
dan sebahagian daripadanya lebih dekat dengan Al-Lahut daripada yang lain, dan
sebahagian daripada cahayanya lebih banyak dan lebih cerah daripada yang lain,
Dia SWT berfirman:
﴿وَهُوَ
الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ وَهُوَ الْحَكِيمُ
الْعَلِيمُ﴾
{Dan
Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi
Maha Mengetahui.} [89]
Maknanya, Sesungguhnya
di Langit dan di Bumi adalah dia dan adalah yang selainNya, kerana sesungguhnya
Langit lebih banyak cahaya dan disinari dengan cahaya Allah dari di bumi alam yang
lebih rendah darinya, maka tajalli Al-Lahut di Langit adalah lebih (jelas) kezahirannya
dari di Bumi. Maka apa yang saya maksudkan dengan "yang selain dariNya"
ialah: penerima cahaya yang telah diubah dan kurang menerima cahaya Allah SWT,
tidaklah cahaya itu adalah Dia yang telah berubah dan tidak pernah, tidak akan
dan tidak diubah; kerana ia adalah cahayaNya SWT. Sebaliknya jika penerima adalah
yang berubah, dan ia sentiasa berubah, maka jadilah kemunculan (zuhur) tajalli Al-Lahut
adalah di Langit bukannya di bumi, dan itulah sebabnya Dia SWT berfirman:
﴿وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ﴾
{Dan
Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi}
Lalu
aku berkata: Adakah zuhur cahaya Allah Ta’ala dalam alam penciptaan adalah
melalui Hujjah-Nya atas penciptaan-Nya dalam semua alam-alam, dan bukan di alam
ini sahaja?
Maka
dia (a.s) berkata:
(Zuhur lengkap melalui
Hujjah, ya. Tetapi perkara itu tidak terhad kepada beliau, Al-Hujjah bukan
hujjah ke atas orang di Bumi sahaja, Dia dalam Alam Jasmani adalah Hujjah kepada
Alam Jasmani dan penciptaan di dalamnya, dan sepertu itu juga di alam-alam
selebihannya, dan penciptaan dalam Alam Jasmani ini bukan hanya anda semua sahaja.)
Lalu
aku berkata: Siapa lagi yang datang bersama-sama Al-Hujjah dalam zuhur cahaya
Allah melaluinya untuk alam-alam "Tetapi perkara itu tidak terhad kepada
beliau?"
Jadi
dia (a.s) berkata:
(Semua kewujudan
adalah dizahirkan dengan cahaya Allah, dan dengannya Allah menyatakan (tajalli)
diri-Nya, kesemuanya, sehinggkan Iblis (laknahu Allah), dan juga orang-orang
jahat)
✡✡✡✡✡
______________________________
[89] - Al-Zukhruf 43:84
Tiada ulasan:
Catat Ulasan