Ahad, 19 April 2015

Petikan dari Al-Ziyarah Al-Jam'iah

Petikan dari Al-Ziyarah Al-Jam'iah

Setiap orang mukmin dan yang telah diberi kejayaan untuk membaca Al-Ziyarah Al-Jam'iah Al-Kabirah yang telah disebutkan (Al-Waridah) dari Imam Ali Al-Hadi (as), sesungguhnya kata-kata bercahaya itu telah meninggalkan kesan yang baik di dalam hatinya jika ia ditinjau kembali. Bagaimana dia tidak begitu, apabila dia melihat dengan mata hatinya di hadapan pengelihatan mata hatinya sebahagiam makam (darjat) Aali Muhammad (as) dan bahawa mereka adalah: pintu-pintu Allah, perbendaharaan kata-kata Allah, gedung simpanan dari ilmu Allah, para pentafsirkan wahyu-wahyu Allah, ..... dll.

Saya bertanya kepada Abdus Soleh (as) mengenai petikan ini dari Al- Ziyarah Al-Jam'iah, jadi saya kata: Ada bebarapa bahagian dalam Al-Ziyarah Al-Jam'iah telah menyatakan: "Nama-nama kamu di dalam nama-nama, diri-diri kamu di dalam diri-diri, kuburan kamu di dalam kubur-kubur." Kata-kata itu telah membuat saya tertanya-tanya tentangnya untuk masa yang lama dan saya tidak tahu apa yang mereka (as) maksudkan, seperti banyak perkataan-perkataan lain yang saya tidak tahu apa yang mereka maksudkan?

Jadi dia (a.s) menjawab:

(Ya, "Mengingat kamu pada orang-orang yang mengingat, nama-nama kamu dalam nama-nama, jasad-jasad kamu dalam jasad-jasad, roh-roh kamu dalam roh-roh, diri-diri kamu dalam diri-diri, tinggalan (Al-Aatsar) kamu dalam tinggalan-tinggalan, kuburan kamu adalah di dalam kubur-kubur ".

Kematian adalah dari kehidupan Aali Muhammad, kematian adalah daripada kehidupan Muhammad dan Aali Muhammad, Muhammad dan Aali Muhammad mereka adalah Firaun dan Musa, adakah kamu memahami kata-kata ini?

Tidak semua orang memahaminya, semoga Allah memberikan kamu kejayaan. Oleh Muhammad dan Aali Muhammad akan mewujudkan segala sesuatu di alam-alam penciptaan, kebaikan diwujudkan dengan mereka, dan begitu juga lawannya.

Kematian tidak boleh berlaku kecuali dengan Keupayaan, dan Keupayaan adalah dari kehidupan, dan setiap kehidupan diwujudkan dari kehidupan mereka. Firaun diwujudkan dari mereka, dan Musa diwujudkan dari mereka, dan Izrael diwujudkan dari mereka, adakah jelas perkara yang ini sekarang?)

Lalu aku berkata: Sebahagian daripadanya, ya, dengan kurniaan Allah. Mereka adalah perantara punca limpahan Ilahi, dan segala-galanya diwujudkan dari mereka (shalawatu Allah 3alaihim). Ini jelas, jika dikehendaki Allah (insya Allah). Tetapi permohonan ini daripada ungkapan Ziyarah adalah apa yang tidak jelas kepada saya.

Jadi dia (a.s) berkata:
(Ayat-ayat (ungkapan) itu bermaksud:.. Segala sesuatu diwujudkan dari kamu, kamu ada dalam segala sesuatu, dan kamu adalah segala sesuatu, ini adalah apa yang ungkapan itu maksudkan)





✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: