Isnin, 27 April 2015

Diangkat Dan Jasad Yang Diangkat

Diangkat Dan Jasad Yang Diangkat




Kita masih Bersama Abdus Soleh (as) dan dalam perkara pengangkatan. Saya bertanya kepadanya: Dalam Kitab Al-Mutasyabihaat Jilid 1, dalam perkara menjelaskan bahawa pengangkatan Adam adalah pengangkatan tajalli, tuan telah menjelaskan bahawa tubuhnya mempunyai kewujudan di muka bumi ini atau kalau tidak dia akan mati, dan pengangkatan Imam Mahdi (as) juga pengangkatan tajalli. Adakah juga dengan jisim tubuh kebendaan yang wujud di Bumi seperti Adam (as), atau ada sesuatu yang lain mengenai perkara ini?

Jadi dia (a.s) menjawab:

(Ya dia mempunyai kewujudan dengan bentuk tertentu, dan kewujudannya tidak sama seperti manusia yang lain. Pengangkatan Adam mempunyai kewujudan, dan begitu juga dengan orang lain daripada orang-orang yang diangkat. Ada sesuatu yang mungkin akan menjelaskan kepada anda sesuatu dari perkara itu: Adakah anda tahu mengenai (hasad) dengki, dan bagaimana kesannya yang terjadi dan mengapakah (hasad) dengki adalah dari Kaba'ir (dosa-dosa Besar) pelakunya dan jika tidak terjadi perbuatan yang dilakukannya oleh diri dan tangannya sendiri?

Sekarang pertama sekali marilah kita melihat pada manusia dan kewujudannya dalam Alam Jasmani. Alam Jasmani hakikatnya adalah bahawa ia adalah pemeluwapan tenaga (kekuatan) atau keupayaan (kudrat). Dan pemeluwapan ini mempunyai had (julat) turun dan naik yang bermula antara nilai tinggi dan nilai rendah. Dan ini anda melihatnya dengan jelas dari bayangan jisim-jisim yang berbeza yang anda tahu; walaupun ia jatuh hampir pada tahap perbezaan antaranya tidak besar, maka anda pasti mengelaskannya sebagai gas yang mengelilingi bumi berbeza daripada bagaimana anda mengelaskan perbezaan air dan juga batu, dan sebagainya. Dan anda tidak melihat udara atau gas yang mengelilingi bumi, tetapi hakikat bahawa anda tidak melihatnya dan tidak menafikan kewujudannya di muka bumi ini.

Kini, manusia - setiap manusia – kewujudannya meliputi dari langit pertama, atau bahagian bawah yang lebih rendah dan inilah dirinya sehingga perkara yang paling padat dalam Alam Jasmani. Dan itulah sebabnya anda dapati dalam struktur pembinaan tubuh (jisim) manusia ada logam-logam. Jadi hakikatnya diri dan tubuh kebendaan boleh dilihat, sementara ada jisim benda tidak kelihatan. Dan untuk lebih mudah lagi bagi anda, saya katakan ada satu tubuh yang tidak dapat dilihat. Tetapi hakikatnya terdapat terlalu banyak tajalliat (perwujudan) dan terlalu banyak penzahiran-penzahiran, dan terdapat bilangannya sebanyak jisim-jisim pada manusia. Dan itulah sebabnya Allah SWT berfirman:

﴿إِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ﴾

{Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).} [90]

Maka menghitung adalah mungkin, tetapi mengiranya tidak mungkin. Dan sebab itu adalah kerana: Bilangan kewujudan manusia yang melimpah-limpah dengan nikmat-nikmat sama bilangan kewujudannya dibahagikan dengan tajalliatnya. [91] Dan dengan tajalli mestilah menjadi kurang kemungkinan untuk menyempurnakan sambungan di antara kewujudan manusia, bermakna ia sesuatu yang seperti jalur pelengkap, sehingga ia menjadi sehampir mungkin kepada sifar.

Sekarang, jika anda membahagikan mana-mana nombor dengan sifar apakah hasilnya? Hasilnya adalah infiniti. Dan infiniti tidak boleh dikira dan tidak boleh disebut satu persatu. Tetapi kita tidak mempunyai sifar, sebaliknya, bilangan sehampir mungkin kepada sifar. Dan apakah hasil daripada sesuatu bilangan yang dibahagikan dengan jumlah yang paling hampir dengan sifar? Hasilnya akan menjadi jumlah yang sangat besar, [nombor ini] terletak di dalam nombor bulat, tetapi ia tidak boleh disebut satu persatu, ia adalah sangat besar, lebih besar daripada kemampuan untuk menghitung.

Dalam usaha untuk memberi gambaran dengan lebih dekat lagi kepada anda: Bayangkan bahawa jumlah ini adalah sama dengan 1, dan di sebelumnya ada banyak sifar dan anda perlukan ribu juta tahun cahaya untuk menghitungnya.

Jadi, jika nikmat-nikmat Allah adalah 10 atau 100 atau 1000 maka ia boleh dikira dan disebut satu persatu. Dan jika saya katakan pada anda kirakanlah untuk saya antara nikmat-nikmat Allah kepada anda, maka bilangannya tidak akan mencapai satu juta bahkan saya ragu-ragu bahawa anda juga akan mencapai bilangan 1000 nikmat-nikmat.

Jadi bagaimanakah Allah SWT mengatakan bahawa nikmat-nikmat-Nya tidak boleh dihitung satu persatu? Dan Dia boleh mengatakan bahawa nikmat-nikmat-Nya tidak boleh dihitung satu persatu, sedangkan ianya berada dalam keadaan boleh dihitung?

Anda boleh menyelesaikan perkara-perkara itu dan percanggahannya dengan mengetahui bahawa manusia mempunyai banyak tajalliat (penzahiran-penzahiran) dan kewujudan seperti yang ditunjukkan bahawa ianya boleh dihitung tetapi tidak boleh dikira akhirnya. Kerana setiap nikmat dari nikmat-nikmat Allah melimpah atas semua tajalliat ini! Jadi, satu nikmat sudah cukup untuk dipanggil "tidak terhingga (terhitung)" Kini, salah satu daripada jisim-jisim atau tajalliat sudah cukup untuk menjadi kewujudan ketiga dan memberi kesan sama seperti tubuh yang memberi kesan di Alam Jasmani ini.

Sekarang mari kita kembali kepada hasad (dengki):

Sebagai contoh, seorang lelaki berharap untuk memiliki kereta orang lain, dan dia mahu kereta ini akan diambil dari laki-laki tersebut dan menjadi miliknya, maka dia mencari kereta ini yang sedang bergerak laju di jalan raya dan diterbalikkannya sehingga remuk teruk. Bukankah ini sejenis hasad dengki? Mengapa ia haram (dilarang)? Mengapa orang yang berhasad dengki dihukum jika dia bukan orang yang menterbalikkan kereta dengan tangannya sendiri?

Ya, dia menterbalikkannya dengan tubuh ketiganya, atau dengan diwujudkan tubuh yang tidak kelihatan, tetapi ia mempunyai kesan dalam Alam Jasmani.

DI sana ada martabat dari tajalliat (penzahiran-penzahiran) ini yang saya nyatakan sebelum ini yang tidak dapat dilihat, tetapi ianya mempunyai kepadatan yang cukup untuk memberi kesan dengan Alam Jasmani ini dan apa yang ada di dalamnya. Maka Allah SWT menguji manusia dengan memberikan kepadanya keupayaan untuk mempengaruhi orang lain dengan tajalli (penzahiran) ini, atau jisim yang tidak dapat dilihat ini, dan Dia memerintahkan supaya tidak melakukan kejahatan dengan keupayaan ini, dan jika dia berbuat jahat dia akan dihukum, kerana dia akan melakukannya dengan tangannya dan bukan hanya hasad dengki seperti yang dibayangkan manusia.

Kini, wujud satu pengangkatan jenis tajalliat dan kewujudan ini, dan ia mempunyai tubuh jenis ini.)

Lalu saya berkata: Adakah semua martabat ini tiada titik pengangkatan kepadanya atau adakah ia juga dalam martabat pengangkatan?

Jadi dia (a.s) berkata:

(Pengangkatan adalah bahawa tidaklah yang mempunyai tubuh kebendaan seperti tubuh ini, tetapi yang tinggal padanya tajalli dan tubuh dalam kedudukan (martabat) di atas kewujudan tubuh kebendaan ini. Maknanya, sekarang jika anda memegang kertas di tangan anda, ia mempunyai atas dan bawah. Katakan titik teratas dalam kertas adalah diri manusia, dan titik terendah dalam kertas adalah tubuh manusia yang boleh dilihat di Alam Jasmani ini, dan kertas ini ialah kewujudan manusia. Dan bayangkan bahawa terdapat satu jalur selari yang sangat kecil (halus) dan sebilangan besar daripadanya adalah terdiri dari kertas ini, jalur ini adalah tajalliat manusia lain yang tidak kelihatan, dan diri lain di hujung langit pertama.

Sekarang, pengangkatan ibarat pembatalan kewujudan manusia di bahagian bawah halaman (kertas), iaitu, untuk menjadikan dia menyatakan (tajalli) dirinya di atas bahagian bawah satu sentimeter sebagai contoh. Dan dari satu sentimeter ini ke bahagian bawah halaman tidak ada kewujudan baginya, yang membatalkan kewujudannya pada martabat (kedudukan) ini. Ini adalah contoh yang saya berikan kepada anda, supaya gambaran yang berkenaan lebih jelas kepada anda) [92]

Lalu saya berkata: Apakah langit pertama titik tertinggi bagi orang yang diangkat? Yang bererti bahawa ia diangkat semasa dia masih di alam ini, atau dia boleh lulus ke satu tahap yang lebih tinggi?

Jadi dia (a.s) berkata:

(Sudah tentu yang lulus mengikut maqamnya. Saya telah katakan kepada anda tentang manusia rendah kewujudannya maka dirinya akan berada di bawah langit yang pertama, tetapi sesiapa yang naik dan naik, jadi dia akan mempunyai peluang (nasib) untuk dinaikkan dengan limpah kurnia Allah, dan kemudian ditinggikan halaman kewujudannya suatu maqam yang lebih tinggi yang telah dicapainya.)

Lalu saya berkata: Adakah dirinya juga meningkat ke paras tertinggi diri di alamnya? Atau ia meningkat dengan cara lain? Maknanya, bahawa Alam Diri-diri (Alam Al-Anfus) adalah di bawah Langit Pertama, jadi bagaimana dia naik di atas Langit Pertama?

Jadi dia (a.s) berkata:

(Alam Diri-diri (Alam Al-Anfus) bukan di bawah Langit Pertama, sebaliknya ia adalah di bahagian bawahnya, di akhirnya, ini adalah di mana semua orang mempunyai peluang (nasib) di sini. Adapun di atas semua ini adalah mengikut atas usaha manusia ini, dan keadaan manusia berubah setiap kali ia meningkat. Anda mahu memahami perbezaan antara diri dan roh, ada sebuah buku yang saya telah tulis beberapa waktu yang lalu perihal roh, insya Allah (jika dikehendaki Allah) saya akan cuba menerbitkannya, dalam hal ini perlukan banyak perbualan mengenainya))



✡✡✡✡✡

______________________________
[90] - Ibrahim 14:34
[91] - Maksudnya, untuk mendapatkan jumlah kewujudan daripada manusia dari Langit Pertama ke Alam Jasmani ini, kita perlu membahagikan (lanjutannya dari Langit Pertama dengan Alam ini) dengan (tajallinya) yang mesti berada dalam bentuk yang terbaik, dan dengan keadaan yang terbaik, kita maksudkan bahawa yang membolehkan cahaya dipancarkan selepas daripada tajalli dan zuhurnya, dan ia tidak akan menjadi seperti itu melainkan jika ia adalah sehalu dan sekecil mungkin supaya lanjutan ini akan muncul sebagai salah satu tiang penghubung, walaupun pada hakikatnya ia adalah menghubungkan satu tajalli kepada tajalli dan satu kezuhuran kepada kezuhuran (yang lain).
[92] Syeikh Nathim Al-Uqaili berkata:
(Tidak ada satu pendapat yang kuat mengenai sifat kehidupan Imam Mahdi (as), dan sejauh yang saya tahu, orang pertama yang menangani perkara ini dengan terperinci adalah Al-Syahid Al-Syed Muhammad Muhammad Shadiq Al-Sadr dalam "Ensiklopedia Imam Mahdi (as)" bahagian kedua yang bertajuk: "Sejarah Ghaibah Kubra", di mana beliau mengandaikan dua andaian untuk sifat kehidupan Imam Mahdi (as) Salah satu daripada andaiannya adalah "Peribadi yang tersembunyi" dan andaian kedua adalah "Lambang Yang Tersembunyi". Al-Syahid Al-Sadr berkata andaian kedua (Lambang Yang Tersembunyi) adalah salah satu yang lebih mungkin, dengan menggunakan perbincangan yang boleh dikatakan lebih daripada satu pihak, bahkan ia juga bercanggah dengan riwayat-riwayat dan khabar (hadits) lain. Apa yang menjadi persoalan saya sekarang adalah untuk menangani andaian (Peribadi yang tersembunyi), dan apa maknanya, dan adakah ia bermakna "diangkat" atau tidak?

Al-Syahid Al-Sadr (rahimahu Allah) menyebut bahawa ia adalah andaian yang menjadi taklid (ikutan) terkenal yang mempengaruhi fikiran orang ramai, Dan menunjukkan kepadanya beberapa kejadian petunjuk cerita-cerita (rakyat).

Ringkasan andaian ini bahawa Imam Mahdi (as) ghaib dengan tersembunyi jasadnya dari penglihatan manusia, dengan cara yang menakjubkan, di mana tidak ada orang yang melihatnya mendengar atau menyentuhnya walaupun dia hadir di kalangan mereka. Andaian ini adalah bertentangan dengan andaian yang lain (Lambang Yang Tersembunyi) yang bermaksud bahawa tubuhnya dapat dilihat dan suaranya didengar dan dia hidup secara biasa di kalangan manusia... tetapi orang tidak tahu bahawa dia adalah Imam Mahdi (as)
                                                    
Sekarang saya akan menyebut ringkasan apa yang disebut Al-Syahid Al-Sadr mengenai "Peribadi yang tersembunyi", dan selepas itu kita akan mengetahui bahawa ia bermakna bahawa dia diangkat dan dia wujud di Bumi seperti wujud orang lain. Beliau berkata:
(Dan ia adalah andaian yang menjadi taklid (ikutan) terkenal yang mempengaruhi fikiran orang ramai dan jelas dari beberapa bukti telah menyatakan bahawa andaian itu juga sesuai dengan apa yang kita dengar, dan itu adalah bahawa Mahdi (as) tersembunyi tubuhnya dari pengelihatan, kerana dia melihat manusia lain tetapi orang tidak melihatnya, dan walaupun beliau mungkin wujud di tempat yang tertentu jika anda melihat ke tempat tersebut anda tidak akan melihatnya di situ

....... Ia jelas kepada kita bagaimana dan apakah tujuan Tuhan memelihara dan melindungi beliau, seperti dengan memanjangkan usianya. Jika perlindungannya terhad kepada tersembunyi dirinya, maka ia menjadi satu keperluan atas Allah Azza Wa Jalla melaksanakan keajaiban ini untuk memenuhi tujuan besar-Nya.

Ia menambah andaian pertama ini, dengan mengatakan: bahawa keghaiban ini kadang-kadang boleh hilang (terbatal) bila ada kepentingan dalam pembatalan itu. Sebagai contoh, jika Al-Mahdi (as) mahu berjumpa seseorang agar dia boleh memenuhi keperluan tertentu atau untuk memberinya arahan tertentu atau memberi amaran kepada seseorang, maka pertemuan itu akan bergantung kepada melihatnya, dan ia tidak akan berlaku dengan persembunyian. Jadi kadar kezuhurannya kepada manusia dihadkan oleh kepentingan. Jadi, jika kepentingan memerlukan dia akan muncul kepada manusia dengan penampilan lengkap kepada setiap orang, maka yang akan berlaku dan orang-orang akan tetap melihatnya selagi dia melaksanakan tujuan dari pertemuan itu, kemudian dia akan tiba-tiba terlindung (hilang) tanpa sesiapa melihatnya, walaupun dia tidak meninggalkan tempat dia berada. Dan jika kepentingan memerlukan dia muncul kepada seseorang dan tidak kepada yang lain, maka ini juga akan berlaku, kerana mungkin kehadirannya kepada orang lain akan membahayakannya.

Kesemua riwayat-riwayat yang dibawa tentang melihat Al-Mahdi (as) semasa keghaiban beliau, walaupun semasa Ghaibah Sughra, dan terutamanya apa yang kita dengar dari sejarah Ghaibah Sughra bahawa Imam Mahdi (as) menampakkan diri kepada bapa saudaranya Ja'far Al-Kazhzhab (Ja'far pendusta) dua kali, lalu ia menghilang tanpa dia mengetahui di mana dia pergi. Jadi keghaiban di sini berlawanan dengan andaian itu. Adapun riwayat-riwayat tentang melihat Imam Mahdi (as) semasa Ghaibah Kubra, sebahagian daripadanya adalah jelas dalam petunjuk ke arah itu, bahkan, ada di antara yang menjelaskannya...) - Tarikh Al-Ghaibah Al-Kubra halaman 35-37, Dar Al-Qariy, Beirut, Lubnan, Edisi Pertama 1428 Hijriah.

Walaupun Al-Syahid Al-Sadr cuba memberikan tafsiran penyembunyian peribadi Imam Mahdi (as) semasa ghaibnya itu, dengan menggunakan andaian-andaian itu, tetapi tafsiran itu tersasar jauh, terutama selepas kita mendengar penjelasan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengenai apa iitu "pengangkatan" dan bagaimana ia berlaku. Ia adalah suatu perkara yang paling dapat diterima dan tidak seperti bagaimana sesetengah orang menggambarkannya.

Al-Syahid Al-Sadr (rahimahu Allah) menjelaskan bahawa penyembunyian peribadi Imam Mahdi (as) dilihat dari berlaku sama ada melalui pembatalan pada [yang memerhati] atau melalui pembatalan pada [yang diperhatikan].

Beliau berkata mengenai pembatalan pada yang memerhati: (pembatalan pada yang memerhati adalah mengenai untuk menjadikan ia tidak dapat memahami keadaan sebenar di hadapannya, sehingga ia melihat tempat itu tiada Imam Mahdi (as) walaupun ia sememangnya wujud...) - Tarikh Ma Ba3da Al-Dzuhur. Halaman 47

Dan beliau berkata mengenai pembatalan pada yang diperhatikan:

(Bagi keajaiban pada yang diperhatikan, maknanya, keadaan sebenar tujuan yang mengesahkan penglihatan, maka untuk menjelaskan jalan yang demikian itu adalah merupakan keajaiban yang berubah tanpa mencapai imej cahaya yang terbit dari tubuh Imam Mahdi (as) atau getaran suara beliau, dan perkara-perkara lain dari penerimaan lima deria,.... Ia berlaku tanpa mencapai pada yang melihat atau yang mendengar. Dan individu yang bersamanya itu juga lemah untuk merasai keadaan sebenar tujuan perkara di hadapannya – Ibid.

Dan menurut penjelasan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), mengenai perkara pengangkatan, menjelaskan bahawa tersembunyinya pribadi Imam Mahdi (as) adalah melalui pembatalan pada [yang diperhatikan] bukan pada [yang memerhati], Kadang kala ia boleh berlaku pada yang memerhati, tetapi dengan cara yang berbeza daripada tafsiran Al-Syahid Al-Sadr (rahimahu Allah). Atau dikatakan bahawa ia adalah tafsiran yang sama, tetapi Al-Syahid Al-Sadr tidak menjelaskan bagaimana gambaran cahaya, yang terbit dari tubuh Imam Mahdi (as), atau getaran suara sampai kepada deria manusia? Beliau hanya menyebut bahawa ia sesuai dengan keajaiban sahaja.

Al-Syahid Al-Sadr (rahimahu Allah) terpaksa mengatakan dengan "keajaiban yang diketahui", kerana tiap-tiap tubuh kebendaan padat seperti manusia. Ia mesti tertakluk kepada peraturan benda-benda, dari segi melihat, mendengar suaranya, merasa, dan sebagainya. Kerana tidak bebas dari peraturan ini, melainkan berpisah kepadatan jasad kebendaannya yang memerlukan penglihatan dan pendengaran suara dan merasa ... dan sebagainya.

Setelah disiasat dan direnung, tidak ada perbezaan antara Keajaiban, yang dikatakan oleh Al-Syahid Al-Sadr dalam andaian itu, dengan "pengangkatan" menurut apa telah dijelaskan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), kerana keajaiban dalam pencegahan menerima gambarn tubuh Imam Mahdi (as) dan getaran suarannya... daripada dicapai deria manusia, jadi yang paling hampir kita boleh bayangkan adalah bahawa kenaikan tubuhnya itu adalah daripada ketumpatan kebendaan yang diperlukannya itu, atau seperti yang dinyatakan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as): bahawa diangkat satu daripada tajalliatnya di atas tahap kebendaan dan peraturannya. Jadi dia mempunyai kewujudan di dunia ini, tetapi ia tidak seperti kewujudan bentuk kebendaan manusia. Dan setiap kali dia mahu berjumpa dengan seseorang akan kembali kepada tubuh kebendaannya yang tumpat supaya terlaksana peraturan kebendaan itu dengan melihat tubuhnya dan mendengar suaranya... dan sebagainya.

Bagaimana manusia akan wujud dengan kewujudan kebendaan padat dan secara umum di bawah peraturan kebendaan dan tidak terpakai peraturan tersebut baginya?!
Walaupun keajaiban mesti menjadi peraturan pembentukannya (Qanun Takwini), Allah SWT berfirman:
{إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ}
{Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.} [Al-Qamar 54:49],
{وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلاَّ عِندَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلاَّ بِقَدَرٍ مَّعْلُومٍ}
{Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.} [Al-Hijr 15:21],
{... وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيراً}
{... dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.} [Al-Furqan 25 : 2],
{... قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً}
{... Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.} [Al-Talaq 65: 3]
Walaupun api Ibrahim (as), ketika Allah mahu menyelamatkan dia darinya, ini bukanlah tanpa peraturan pembentukan (Qanun Takwini), walaupun kita tidak tahu mengenainya, Allah SWT berfirman:
{قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْداً وَسَلَاماً عَلَى إِبْرَاهِيمَ}
{Kami berfirman: "Hai api jadilah dingin, dan menjadi selamatlah bagi Ibrahim",} [Al-Anbiyaa '21:69]
"Jadilah", yang bermaksud, Allah Jalla Jalalah mengubah api menjadi sejuk, dan tidak kekal sifat api dengan tidak membakarnya. Atau Allah SWT mengambil pembentukannya yang akan melazimi pembakaran. Apa yang penting adalah bahawa Allah SWT menjadikan atau mengubahnya menjadi sesuatu yang lain selain api yang membakar.
Jadi di sini Jasad benda, jika Allah Taala mahu ia bebas dari peraturan kebendaan zahiriyah, ia mesti merubah pembentukannya (Takwini) kepada pembentukan yang tidak mempunyai kuasa pada peraturan kebendaan ke atasnya, seolah-olah diangkat kepada kewujudan yang berasingan daripada kebendaannya yang padat... dan pemahaman ini sepadan dengan Al-Quran dengan takdir dan peraturan, di mana ia tidak sempurna dengan kurangnya cahaya untuk memindahkan imej, atau ruang udara untuk memindahkan suara, dan deria sentuhan untuk menyentuh. Dan dengan itu, dapat memelihat jasad atau mewujudkan keharmonian dengan peraturan Allah; maka berjalanlah atasnya peraturan kebendaan pada benda-benda yang padat, dan tidak akan berjalan atasnya peraturan yang meninggalkan ketumpatannya dan ditinggikan kepada wujud yang lain dengan peraturan khas berbeza daripada peraturan kebendaan.

Terdapat banyak cerita yang diceritakan kepada kita mengenai melihat Imam Mahdi (as) dan kehilangan secara tiba-tiba... jadi di mana dia pergi jika ia masih berada dalam kewujudan benda yang padat?!!
Dan mungkin penjelasan ini menafsirkan untuk kita banyak Karamat dan mukjizat yang berlaku kepada Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam suci (as) atau kepada sebahagian Auliyaa', seperti bagaimana mereka dihijab dari dilihat manusia, atau melipat (memendekkan jarak) Bumi untuk mereka, dan perkara-perkara yang serupa dengannya. Perbezaannya ialah bahawa keadaan ini akan menjadi tidak teratur dengan mereka.
Perbezaannya ialah bahawa keadaan ini terjadi ketika mereka cemas ... Adapun Imam Mahdi (as) sesudah ia diangkat, keadaan ini akan berkekalan... Tetapi akan menjalani kewujudan kebendaan padat setiap kali Imam Mahdi (as) mahu bertemu dengan seseorang atau melaksanakan tanggungjawab atau kerja-kerja tertentu yang diperlukannya.

Dalil utama Al-Syahid Al-Sadr (rahimahu Allah) dalam memberi kekuatan andaiannya "lambang yang tersembunyi" atas andaian "peribadi yang tersembunyi", adalah bahawa andaian peribadi yang tersembunyi yang bergantung kepada berlakunya mukjizat yang berterusan dalam peribadi yang tersembunyi Imam Mahdi (as) dan kezuhurannya, dan ini – seperti yang dikatakan - tidak sepadan dengan peraturan keajaiban am yang sepatutnya mengikut kepentingan dan kawalan tertentu yang tidak mempunyai apa-apa hal di setiap kesempatan.

Ini pada hakikatnya tidak dapat diperbahaskan, kerana penetapan sama ada mempunyai kepentingan atau tidaknya, tidak diketahui hakikatnya oleh sesiapa pun kecuali Allah TWT, terutama dalam masalah Imam Mahdi (as), Allah SWT berfirman:
{... وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً}
{...dan kamu tidak diberi ilmu kecuali sedikit} [Al-Israa '17:85].
Ini jika kita menganggap bahawa masalah peribadi yang tersembunyi [diangkat] adalah satu keajaiban yang tidak boleh berlaku kecuali jika ada kepentingan atau hikmah yang diketahui oleh Allah Ta’ala. Tetapi yang boleh diterima ia bukanlah dari bab keajaiban seperti itu, sebaliknya ia menjadi peraturan pembentukan (Qanun Takwini), yang tidak termasuk dalam keajaiban ini yang Al-Syahid Al-Sadr perkatakan mengenainya, terutamanya jika kita memberi perhatian kepada penjelasan dan tafsiran Al-Syed Ahmad Al-Hassan pada masalah "diangkat".

Dan terdapat riwayat-riwayat dari Ahlul Bayt (as) menjadi pada masalah "peribadi yang tersembunyi" dalam hal Imam Mahdi (as), sebahagian daripadanya adalah:
* Dari Al-Raiyan bin Al-Shalt berkata: Aku mendengar Abu Al Hassan Al-Redha (as) berkata - apabila ditanya mengenai Qa'im – maka dia berkata: (Tubuhnya tidak dilihat, dan namanya tidak dipanggil) - Al-Kafi 1 halaman 333
* Dari Daud bin Al-Qasim Al-Ja'fari: dia berkata: Aku mendengar Abu Al-Hassan Al-Askari (as) berkata: (Pengganti selepasku adalah Al-Hassan, maka bagaimana kamu dengan pengganti selepas pengganti? Jadi saya berkata: Tidak bolehkah aku menjadi tebusan mu? Lalu ia berkata: Kamu tidak akan melihat dirinya dan kamu tidak dibenarkan untuk menyebut namanya ...) - Al-Kafi Jilid 1 halaman 332-333
* Dari Ubaidah bin Zurarah berkata: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Orang-orang akan kehilangan Imam mereka, beliau akan menyaksikan musim ini, dia melihat mereka tetapi mereka tidak melihatnya) - Al-Kafi Jilid 1 halaman 337-338.
Riwayat-riwayat ini jelas - terutamanya riwayat pertama dan ketiga - bahawa tubuh Imam Mahdi (as) tidak dapat dilihat, tetapi Al-Syahid Al-Sadr (rahimahu Allah) cuba untuk menyangkal bahawa dengan apa yang Timbalan (Safir) kedua Imam Mahdi (as) telah riwayatkan: Dari Abdullah bin Ja'far Al-Humairi, dari Muhammad bin Uthman Al-‘Amri (ra), dia berkata: Saya mendengar dia berkata: (Demi Allah jika Pemilik Urusan ini akan menghadiri musim setiap tahun, dia akan melihat manusia dan mengenali mereka dan mereka akan melihatnya namun tidak mengenalinya) – Kamal Al-Din waTamam Al- Ni3mah halaman 440.
Tetapi Al-Syahid Al-Sadr (rahimahu Allah) tidak memberi perhatian bahawa riwayat (khabar) ini adalah dari kata-kata Timbalan (Safir) kedua (Muhammad bin Uthman (as)) dan bukan riwayat dari Imam Mahdi (as), kata-kata timbalan (safir) mengenai keadaan Imam Mahdi (as) semasa Ghaibah Sughra, bahkan ia adalah seperti berikut:

Dengan berdalilkan percakapan timbalan kepada orang-orang di sekelilingnya dan dia telah bersumpah kepada mereka tentang sesuatu perkara yang dia tahu atau mengikutinya keluar pada setiap musim pada masa itu, manakala kita sedang memperkatakan tentang keghaiban Imam Mahdi (as) di zaman Ghaibah Kubra dan bukan Ghaibah Sughra... Dan walaupun ini hanya satu kemungkinan, maka ia sesuai untuk mengumpul antara riwayat-riwayat... yang tidak ada percanggahan.

Kemudian riwayat ini mungkin petunjuk mengenai musim haji secara khusus, bahkan, ini adalah zahirnya. Dan mengesahkan sesuatu dalam masa yang tertentu tidak bermakna mengesahkan dalam setiap masa. Juga Imam Mahdi (as) pada musim haji mungkin dilihat oleh sebahagian manusia dan yang lain tidak melihatnya... maka membenarkan semua riwayat-riwayat... dan tidak ada pertentangan juga.

Jadi, jika anda berkata: Bagaimana sebahagian orang boleh melihatnya manakala yang lain tidak boleh, padahal kesemua mereka berada di tempat dan masa yang sama? Oleh itu, jika dia kewujudannya benda padat maka semua orang melihatnya dan terpakai baginya peraturan kebendaan tanpa pengecualian. Seperti yang telah dibentangkan sebelum ini?!

Aku katakan: Dalam keadaan ini, bukanlah perlu untuk memungkinkan dia wujud dengan kewujudan benda padat, tetapi mungkin dia wujud dengan kewujudan yang bukan benda, dan orang-orang yang melihatnya sama ada secara kasyaf dibukakan pengelihatan mereka, atau mereka melihatnya juga dengan kewujudan mereka yang juga bukan benda. Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah menjelaskan bahawa setiap manusia mempunyai kewujudan yang dikaitkan dari Langit Diri-diri (Sama’ Al-Anfus), dan ke Alam Benda ini, dan apa yang berada di atas Langit Diri-diri - yang bermaksud di bahagian bawah Langit Pertama - setiap manusia akan mengikut ketentuannya.

Riwayat-riwayat memberitahu kita bahawa kehidupan Al-Khidir (as) adalah seperti kehidupan Imam Mahdi (as) dari segi tubuhnya tidak dilihat, seperti dalam perkataan Ahlul Bayt (as) yang menunjukkan bahawa Al-Khidir (as) telah datang kepada mereka dan berkata kepada mereka dan mereka tidak melihat tubuh atau orang itu:

* Dari Abi Al-Hassan bin Musa Al-Redha (as) berkata: (Apabila Rasulullah (S) wafat, seseorang datang kepada mereka dan berdiri di pintu dan memberi takziah kepada mereka, dan orang-orang di rumah itu ialah mendengar kata-katanya tetapi mereka tidak melihatnya, maka Ali bin Abi Talib (as) berkata: Ia adalah Al-Khidir (as) dia datang kepada kamu untuk turut berduka cita dengan kamu atas Nabi kamu (S)) - Kamal Al-Din waTamam Al- Ni3mah halaman 391
* Dari Ali bin Al-Hussein (as) - dalam riwayat yang panjang - berkata di penghujungnya: (Apabila Rasulullah (S) wafat, dan ramai yang memberi takziah datang, seseorang datang kepada mereka, mereka boleh mendengar suaranya tetapi mereka tidak dapat melihat dirinya, maka dia berkata: "Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan keberkatanNya, tiap-tiap diri akan merasai mati, dan sesungguhnya kamu akan diberi ganjaran pada hari kiamat, maka sesungguhnya terdapat takziah dari Allah pada setiap musibah. Dan menggantikan semua yang binasa .... " jadi Ali ibn Abi Talib berkata: Adakah kamu tahu siapa dia ini? Lalu mereka berkata: Tidak. Lalu dia berkata: Dia adalah Al-Khidir (as)) - Kamal Al-Din waTamam Al- Ni3mah halaman 392?.

Dan menjadi jelas kepada kita bahawa Al-Khidir (as) juga diangkat seperti Isa (as), dan dia masih hidup seperti Imam Mahdi (as) dan Nabi Isa (as), dengan "diangkat" seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as). Penjelasan yang lengkap yang tiada yang mendahuluinya dalam perkara itu. Dari mana lagi terjadinya perkara ini kalau bukan dari keturunan Al-Mustafa (as)?

Mungkin riwayat berikut akan menunjukkan bahawa Imam Mahdi (as) mempunyai sebuah rumah di langit, yang dipanggil "Bait Al-Hamd (Rumah Terpuji)".

Dari Mufaddal katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Pemilik Urusan ini mempunyai sebuah rumah di langit yang dikenali sebagai: "Bait Al-Hamd (Rumah Terpuji)", di dalamnya terdapat lampu bercahaya sejak hari dia dilahirkan sehingga hari dia dibangkitkan dengan pedang, ia tidak terpadam) - Al-Ghaybah oleh Al-Nu3mani halaman 245, dan Syeikh Al-Thusi dengan sanad dari Salam bin Abi 'Umayra dari Imam Al-Baqir (as), merujuk kepada buku Al-Ghaybah oleh Al-Thusi halaman 467.

Juga mungkin dalam riwayat berikut terdapat petunjuk atau nas mengenai diangkat Imam Mahdi (as):

* Dari Ayub bin Noh, dari Abi Al-Hassan Ketiga (as) bahawa beliau berkata: (Apabila diangkat ilmu kamu dari antara kamu, kemudian mengharapkan kelapangan dari bawah kaki kamu) - Al-Kafi Jilid 1 halaman 341.

Mungkin apa yang dimaksudkan dengan "ilmu kamu" adalah pemilik ilmu kamu, atau tanda kamu terhadap Allah, dan dia adalah Imam yang ma'sum, Al-Mahdi (as). Juga mungkin terdapat petunjuk mengenai diangkat dalam dua riwayat-riwayat berikut:

* Dari Marwan Al-Anbari berkata: Keluar dari Abi Ja'far (as): (Jika Allah membenci kita yang berada dekat dengan sesuatu kaum, Dia akan mengangkat kita dari kalangan mereka) – 3ilal Al-Syarai3 Jilid 1 halaman 244.

* Dari Muhammad bin Al-Faraj berkata: Ditulis oleh Abu Ja'far (as): (Jika Allah TWT murka pada penciptaan-Nya, Dia akan membawa kita jauh dari berjiran dengan mereka) - Al-Kafi Jilid 1 halaman 343. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana).


Tiada ulasan: