10 04 2015
KHUTBAH PERTAMA
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
* الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ
لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ
عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،
وصلى
الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد
ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان
عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا
اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah
kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu
mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam
Mahdi
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
Salah seorang Ansar telah ditanya oleh
seorang Muslim tentang maksud ayat Umpan Neraka Jahanam
:
﴿إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ
اللَّهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنْتُمْ لَهَا وَارِدُونَ﴾
Sesungguhnya kamu dan
apa yang kamu sembah selain Allah, adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk ke
dalamnya. [Al-Anbiak 21:98],
Kalaulah orang-orang Kristian dan Al-Masihi
menyembah Isa bin Mariam (as), adakah ini bermakna bahawa Isa (as) dimasukkan
ke dalam neraka, dia dan ibunya Al-3uzharaa’ (Mariam yang dara) (as), atau
adakah penjelasan (tafsir) lain?!
Imam Ahmad Al Hassan menjawap soalan ini:
Firman Allah SWT:
اعوذَ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ
وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا
الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنْفُسُ وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مِنْ رَبِّهِمُ الْهُدَى﴾
Itu tidak lain
hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak
menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah)nya. Mereka tidak lain hanyalah
mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan
sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka. [Al-Najm
53:23].
Sesungguhnya hakikat perhambaan mereka yang
menyembah Al-Ana (Keakuan) dan hawa nafsu diri sendiri, seperti maksud ayat:
Bahawa mereka mengumpulkan kayu api (bahan bakar) neraka, maka sesungguhnya
kerakusan Al-Ana (Keakuan) dan hawa nafsu akan membawa mereka ke neraka
(jahanam), merekalah bahan bakarnya, dan merekalah yang menjulangkan api neraka
mereka dan sebagai bahan bakarnya. Seperti mana ditunjukkan di sepanjang
perjalanan manusia memerangi agama demi agama, iaitu mereka yang memerangi
agama adalah ulamak yang tidak beramal, pengikut dan orang yang bertaklid
dengan mereka – iaitu orang-orang yang menyembah mereka - memerangi Anbiak,
Aushiak dan orang-orang yang beriman dengan mereka, Dia Yang Maha Tinggi
berfirman:
﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ
أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾
Mereka menjadikan
orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka tuhan-tuhan selain Allah. [Al-Taubah
9:31].
Iaitu yang mengikuti ulamak mereka yang
memerangi Anbiak dan Aushiak (as), sampai ke peringkat di mana pengikut
menyembah ulamak yang tidak beramal selain Allah.
Diriwayatkan dari Abi Abdillah (as) pada
firmanNya Yang Maha Tinggi:
﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ
أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan
rahib-rahib mereka tuhan-tuhan selain Allah.
Dia (as) berkata:
(Adapun, demi Allah apa yang mereka seru supaya
disembah diri mereka walaupun seruan mereka tidak dijawab. Mereka menghalalkan
apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan atas mereka. Maka
(sebenarnya) mereka menyembah (diri mereka) tetapi mereka tidak menyedarinya)
Sesungguhnya Allah
telah menetapkan di dalam Al-Quran untuk faedah manusia dan mengambilnya
sebagai satu pengajaran dan ia juga diberitakan (diberi amaran) oleh Al-Rasul
(S) bahawa apa yang telah dilakukan umat-umat sebelum ini akan berlaku pada
umat ini selangkah demi selangkah, dan selepas ayat Al-Karim dan hadis
Al-Syarif ini, marilah kita tanya kepada diri kita sendiri, kepada siapakah
ayat ini dan hadis ini bercakap (tujukan)? Adakah ia mengikut ulamaknya dengan
dalil? Apakah dalil untuk mengikut mereka? Kemudian adakah mereka orang-orang
sah diikuti? Atau dari bait Hadits Rasulullah (sawas) yang membenarkan mereka:
(Fuqahak (ulama) pada akhir zaman adalah sejahat-jahat fuqahak di bawah
bayangan langit, daripada mereka keluarnya fitnah kepada mereka ia (fitnah) itu
dikembalikan). Bukankah mereka itulah orang-orang yang disifatkan Ahl al-Bayt
(as) kerana merekalah yang pertama memerangi Imam al-Mahdi (as) dan berkata
kepadanya: (pulanglah dari mana kamu datang anak-anak Fatimah, Agama dalam
keadaan baik). Maka mengapa kita zalim menyetuh hak-hak (harta-hata Imam)
yang tidak perlu untuk kamu mendekatinya, atau dari ayat membenarkan firmanNya
Yang Maha Tinggi:
(وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا
الْقُرْآنَ مَهْجُوراً)
Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku,
sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak
diacuhkan".[Al-Furqaan 25:30],
Merekalah orang-orang yang berkata bahawa
Al-Quran dan dalil-dalilnya bukanlah hujjah, atau dari orang-orang yang
mencabar hadits Ahli Bait (as) dan berkata bahawa Hadits mereka tidak boleh
dijadikan hujjah dan banyak yang lain lagi, dan terlalu banyak yang akan
mendedahkan hakikat kehidupan .
اللّهُمّ
أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ
الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،: وَلِمُحَمّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً
كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما
صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ
وَ اغْفِرْ
لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ*
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ
* وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).
اعوذَ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ
أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ﴿١﴾ مَلِكِ
النَّاسِ ﴿٢﴾ إِلَـٰهِ
النَّاسِ ﴿٣﴾مِن
شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ﴿٤﴾ الَّذِي
يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ﴿٥﴾ مِنَ
الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ﴿٦﴾
KHUTBAH KEDUA
بِسْمِ
اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ
اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ
وَلَدًا* وَّ
اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ
الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ
الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا * اُوْصِيْكُمْ
عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ *
وصلى
الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Wahai
hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta
saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara
semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang
tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin
untuk kita melarikan diri dari kematian itu.
Wahai
ansar Allah,
Wahai
ansar Imam Mahdi
Wahai
ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
Negara Yaman sedang bergolak sekarang.
Imam Ahmad Al Hassan pewaris dan utusan Imam Al Mahdi (a.s) juga digelar Al
Yamani. Siapakah Al Yamani? Adakah terdapat kriteria-kriteria tertentu yang
menerangkan tentang personaliti ini bagi membolehkan kita mengenalpasti pemilik
sebenarnya? Adakah dia dari Yaman?
Adakah dia Maksum memandangkan dia tidak
membawa manusia kepada kebatilan dan tidak mengeluarkan mereka dari jalan
kebenaran sepertimana yang diriwayatkan daripada Imam Al Baqir (a.s):
“Sesungguhnya
panjinya adalah panji petunjuk, diharamkan bagi muslim untuk berpaling
daripadanya, barangsiapa yang melakukan sedemikian adalah dia dari kalangan
ahli neraka, kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus”?
Untuk menjawap soalan ini Imam Ahmad Al
Hassan mengatakan
Pertama sekali, hendaklah diketahui bahawa
Mekah adalah dari Tuhamah dan ia satu tempat di Yaman. (Dahulu Semenanjung Arab
dikenali sebagai Yaman). Oleh itu Muhammad (S) dan keseluruhan ahli keluarganya
(a.s) adalah “Yamani”, Ali (a.s) adalah “Yamani”, Imam Al Mahdi (a.s) adalah
“Yamani”, dua belas Mahdi adalah “Yamani”, dan begitu juga Mahdi pertama adalah
“Yamani”. Inilah maksud “Yamani” yang difahami oleh ulama ‘Amilin (yang beramal
dengan ilmunya) terawal (semoga Allah merahmati mereka). Firman Allah SWT:
﴿فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا
الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً﴾
“Maka datanglah sesudah mereka,
pengganti [yang jelek] yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa
nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.”[1]
Alamah Majlisi (r.a) di dalam kitabnya Bihar
Al Anwar telah menamakan kata-kata Ahlulbayt (a.s) sebagai “Hikmah Yamani”.
Bahkan diriwayatkan dari Rasulullah (sawas) bahawa datuknya Abdul Muttalib
menamakan Baitulharam sebagai “Kaabah Yamani.”
Adapun kriteria-kriteria yang mendefinisikan
Al Yamani adalah berdasarkan riwayat yang diambil daripada Imam Al Baqir (a.s):
“Tiada panji yang
lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji
petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s),
apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai
dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana
panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling
daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli
neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”
Butiran-butiran penting berkaitan riwayat
ini, adalah seperti berikut:
Pertama: ”Dan tidak dibenarkan berpaling
daripadanya, dan barangsiapa berbuat demikian adalah dari kalangan ahli
neraka...” Ini bermakna Al-Yamani adalah pemilik kekuasaan Ilahi. Seseorang itu
tidak akan menjadi hujjah ke atas manusia sedangkan dalam masa yang sama
berpaling daripadanya menyebabkan seseorang itu masuk neraka, walaupun mereka
melakukan solat dan berpuasa. Melainkan mereka adalah dari kalangan
khalifah-khalifah Allah di bumiNYA dan juga pemilik kekuasaan Ilahi dari kalangan
nabi-nabi, rasul-rasul, para imam dan Mahdi-mahdi (a.s).
Kedua: “Sesungguhnya dia mengajak kepada
kebenaran dan jalan yang lurus”; Dakwah kepada kebenaran dan jalan yang lurus
bermakna personaliti ini tidak akan melakukan kesalahan iaitu tidak membawa
manusia kepada kebatilan dan mengeluarkan mereka daripada kebenaran. Dengan
kata lain, dia adalah Maksum berdasarkan peruntukkan teks Ilahi (nas).
Pembatasan karakter berdasarkan kriteria ini adalah amat penting dalam
menentukan individu Al-Yamani yang sebenar. Ini kerana jika seseorang
beranggapan selain dari maksud ini dalam memahami riwayat ini “kerana dia
mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus” akan menyebabkan kata-kata Imam
(a.s) menjadi sia-sia dan tidak lagi terdapat sebarang batas limitasi atau had
ke atas individu Al Yamani (iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi Al Yamani), dan
semoga dijauhkan Allah para Imam (a.s) bersifat sepertimana yang mereka
sangkakan.
Dapat disimpulkan tentang hakikat sebenar Al
Yamani sebagai salah seorang khalifah dari khalifah-khalifah Allah di bumiNYA
dan dia adalah maksum bersandarkan peruntukan teks (nas) Ilahi. Ianya juga
dibuktikan melalui riwayat-riwayat yang mutawatir dan teks yang berotoriti
(qat’’i) bahawa khalifah-khalifah selepas Rasulullah (S) adalah duabelas Imam
(a.s) dan duabelas Mahdi (a.s) selepas mereka (a.s). Tiada hujjah (khalifah)
selain daripada mereka kerana melalui mereka lengkaplah nikmat, sempurnanya
agama (Deen) dan penutup risalah langit.
Sebagaimana kita ketahui bahawa sebelas Imam
(a.s) telah berlalu pergi meninggalkan kita dan sekarang hanya satu sahaja Imam
yang masih kekal iaitu Imam Al Mahdi (a.s) dan dua belas Mahdi (a.s). Al Yamani
mengajak kepada Imam Al Mahdi (a.s). Oleh itu, Al Yamani mestilah Mahdi Pertama
kerana sebelas Mahdi selepasnya adalah dari zuriat keturunannya, firman Allah
SWT:
﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ
سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾
“[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya
[keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”[5]
Mereka (sebelas Mahdi) ini akan datang
selepas zaman kemunculan Imam Al Mahdi (a.s), malah mereka bakal berada dalam
era “Daulah Keadilan Ilahi”. Manakala Mahdi Pertama (a.s) sebagaimana
dibuktikan bahawa dia wujud di zaman kemunculan Imam Al Mahdi (a.s) dan dia
adalah orang yang pertama beriman dengan Imam Mahdi (a.s) di awal
kemunculannya. Matlamat utama Mahdi Pertama adalah untuk mempersiapkan segala
keperluan bagi kebangkitan Imam Al Mahdi (a.s) sepertimana yang diriwayatkan
dalam wasiat Rasulullah (sawas). Dari sini dapat disimpulkankan bahawa Al
Yamani adalah terbatas kepada individu Mahdi Pertama daripada dua belas Mahdi
(a.s).
اِنَّ
اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ
اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ *وَ
عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ
مُحَمَّدٍ* وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ
بِسَمِّ الْجَفَا *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ
عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ *وَ
مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَّ
مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي *وَ
مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَ
الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ
الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ
بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ
اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ *مَكَّنَ
اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي
الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ،
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا
لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ
أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
اللّهُمَّ
أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ
انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ
وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ
الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي
العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على
عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين
والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين
مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.
اعوذَ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا
جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَأَيْتَ
النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾
فَسَبِّحْ
بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا﴿٣﴾
Tiada ulasan:
Catat Ulasan