Selasa, 28 April 2015

Perbezaan Antara Kemaksuman Dan Pembenaran - Pertemuan Musa (As) dengan Abdus Soleh (as)

Perbezaan Antara Kemaksuman Dan Pembenaran - Pertemuan Musa (As) dengan Abdus Soleh (as)




Menjenguk ke dalam kemaksuman (Al-3ashimah), adalah perkara yang Allah khaskan pada para hujaj (hujjah-hujjah) dan AuliakNya. Sesiapa yang tidak melindungi diri dengannya dan melemparkan dirinya kepada yang tidak berkaitan dengannya, maka mereka telah menjadi seperti orang-orang yang mencari air di padang pasir gersang. Dan dari mana akan hilangnya dahaga kemanisan air jika disekat dari mata air yang suci bersih?

Jadi, marilah kita berhenti dan mengelilingi mata air yang suci bersih; Qa'im Aali Muhammad (as), dan di pertemuan dua laut Ali dan Fatimah (as), sambil menjelaskan apa yang berkaitan dengan kemaksuman, dalam perhentian bersama (melihat) contoh Al-Quran Al-3adzim (yang agung), iaitu Perjalanan Musa Ke Pertemuan Dua Laut.

Saya telah bertanya Abdus Soleh (as), dengan berkata: "Jika dibenarkan, bolehkah tuan tolong bezakan antara kemaksuman dan pembenaran.

Jadi dia (as) menjawab aku:

(Sesiapa yang berpegang teguh kepada Allah dan menahan diri dari apa yang dilarang Allah, dia adalah ma'sum mengikut bagaimana kuatnya dia berpegang kepada Allah. Kemaksuman adalah dari pihak (arah) hamba dan dari pihak Tuhan. Bagi hamba sejauh mana kadar keikhlasannya bepegang teguh kepada Allah. Dan Allah melimpahkan kadar taufiqNya memelihara menyelamatkan hamba, manakala Taufiq (pemberian kejayaan) itu adalah pasangan Ikhlas, dan diturunkan dari langit mengikut kadar keikhlasan. Tasdid (pembenaran) termasuk dalam taufiq (kejayaan) yang melimpah turun.

Tetapi anda benar-benar mahukan kemaksuman yang memelihara Aushiak (as), dan seperti saya telah terangkan kepada kamu sebelum ini, iaitu dari segi hakikatnya, tetapi ia hanya petetapan. Maknanya, bahawa hakikat kemaksuman wujud dalam setiap manusia, dan ia adalah Fitrah daripada keikhlasan, dan ia adalah cahaya yang telah dinampakkan kepada kewujudan. Dan setiap manusia mampu memegang teguh pada Allah dengan menahan diri dari apa yang diharamkan Allah, dan ia telah dicipta untuk ini, tetapi dia mungkin mensia-siakan peluangnya (nasibnya))

Lalu aku bertanya: Apakah perbezaan antara kemaksuman Al-Hujjah dengan selainnya mengikut tahap tajall di sisinya.

Jadi dia (a.s) berkata:

(Perbezaan bagi kemaksuman Aushiak, mereka hanya berpegang teguh kepada Allah pada tahap di mana mereka tidak masuk ke dalam perkara yang batil (salah) dan mereka tidak keluar dari kebenaran, maka barang siapa yang mengikuti mereka akan selamat dan tidak akan sesat dan akan mengenal kebenaran sejauh mana dia mengikuti mereka. Begitu juga -. adalah amat penting - bahawa sesiapa yang mengenal kebenaran-kebenaran Allah SWT telah diperuntukan (nash) atas kemaksuman mereka.

Dan darjat-darjat kemaksuman bukan darjat semata-mata. Tetapi apa yang mempengaruhi manusia dari kadaran (penilaian) ini: Bahawa mereka Al-Ma'sum tidak dimasukkan ke dalam perkara yang Batil (salah) dan mereka tidak keluar dari kebenaran. Tetapi jika dua orang maksum berkumpul, dan mereka memiliki dua martabat yang berbeza dalam kemaksuman dengan perbezaan di antara mereka begitu jelas seperti mana jika anda melihat pada ma'sum lebih rendah menghadapi ma'sum lebih tinggi. Iaitu, seperti keadaan Musa (as) ketika dia menghadapi yang berilmu (Al-‘Alim). Pernahkah anda melihat bagaimana keadaannya? Jika anda memerlukan lebih banyak penjelasan saya akan menjelaskan kepada anda)

Lalu aku berkata: (Ya, jika masa tuan membenarkan)

Jadi dia (a.s) berkata:

(Lihatlah kata-kata Abdus Soleh bersama Musa (as)

﴿قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْراً ..... قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْراً ..... قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِي صَبْراً ..... قَالَ هَذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْراً ...... وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْراً﴾

{Dia (Abdus Soleh) berkata: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama aku...... Dia (Abdus Soleh) berkata: "Bukankah aku telah berkata: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku? "..... Dia [Abdus Soleh] berkata: "Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?" ..... Dia [Abdus Soleh] berkata: "Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; kelak akan kuberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.... dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya". } [93])
                                                  
Abdus Soleh hampir tidak bercakap dengan Musa kecuali menyalahkannya kerana tidak cukup sabar, walaupun kesabaran - seperti yang anda tahu - telah digambarkan oleh Al-Rasul Al-Karim (S) yang mengibaratkan kedudukan iman adalah kepala pada jasad. [94] Dan juga Allah SWT berfirman:

﴿وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ﴾

{Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.} [95]

Adakah anda perasan bagaimana Musa (as) seorang Nabi dan Rasul dari Uulu Al-‘Adzm (as) dengan apa yang disifatkan oleh Abdus Soleh? Dengan menyifatkannya tidak mampu bersabar bersamanya. Maksudnya, jika anda adalah di antara kedua-dua mereka, siapa yang akan anda ikuti? Mengikuti Musa (as) atau Abdus Soleh? Siapa di antara mereka yang berhajatkan yang lain apabila mereka bertemu? Siapa di antara mereka membimbing yang lain? Siapa di antara mereka mengajar yang lain?

                        
Musa telah menjelaskan sebab mengapa dia mengikut Abdus Soleh, dan dia adalah Al-‘Alim dan ahli makrifat.

﴿قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْداً﴾

{Musa berkata kepada Abdus Soleh: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?"} [96]

Maksudnya bahawa Musa berhajat kepada beliau, ini menjelaskan kepada anda dengan jelas perbezaan antara maksumin.

Masih ada satu hujah yang telah ditulis oleh orang-orang yang tidak mengetahui kebenaran, dan mereka melakukan kerja sia-sia dengan apa yang mereka tidak punyai pengetahuan, apabila mereka menyebut bahawa Abdus Soleh itu tidak lebih berilmu daripada Musa dan bahawa dia hanya khusus dengan Ilmu Batin (dalaman), dan bahawa Musa (as) dikhususkan dengan Ilmu Syari’at. Mereka menyebut bahawa Musa adalah hujjah atas Abdus Soleh. Mungkin ini hanyalah pendapat-pendapat daripada mereka, kerana mereka tidak dapat membayangkan bahawa Abdus Soleh lebih utama daripada Musa, sehingga mereka terjumpa mengenai dia.

Hakikatnya adalah, perkara itu telah diputuskan dalam Al-Quran tentang kesolehan Abdus Soleh. Ini adalah pengakuan jelas dari Al-Quran bahawa Abdus Soleh menguasai Musa (as) dan dia adalah hujjah atas Musa:

﴿سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ صَابِراً وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْراً﴾

{"Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun".} [97]

Adakah anda perasan: "Aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun".

Dan ini juga:

﴿قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْراً﴾

{sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku"} [98]

Adakah anda perasan permohonan maaf Musa (as) dan kata-kata itu? Musa (as) di sini menunjukkan dengan jelas bahawa dia seorang pelajar dan juga gagal dalam pembelajaran.

Perhatikan juga bagaimana Abdus Soleh berkata demikian kepada Musa (as): {Dia [Abdus Soleh] berkata, "Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu."} [99]

Jangan lupa bahawa mereka adalah para hujaj (Hujjah-Hujjah) Allah SWT dan Musa adalah dari Uulu Al-‘Adzm dari Rasul-rasul (as) dan mereka hanya lima orang, dan Abdus Soleh telah berbicara dengannya seolah-olah dia telah bercakap dengan seorang kanak-kanak yang mahu belajar: {“Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu."} Saya tidak tahu, adakah anda membacanya? Adakah anda perasan mengenainya sebelum ini?

Lalu aku berkata: Semua puji bagi Allah. Dari mana? Adakah kami tahu sesuatu! Maha Suci Allah atas rahmat-Nya.

Jadi dia (as) berkata:

(Sekarang, bacalah dan jayakan seperti itu, dan anda akan mendapat banyak di dalamnya, saya hanya akan menjelaskan kepada anda sebab pertemuan Musa (as) secara menyeluruh.:

Musa menyangka bahawa dia mengenal hakikat dan memerangi keakuan (Al-Ana), terutamanya bagi sesiapa yang tidak melihat bahawa dirinya tidak lebih baik daripada anjing kurap [100]. Dan anda juga tahu permintaan Musa (as) menjadi Qa'im Aali Muhammad, saya menganggap anda telah membaca riwayat-riwayat ini [101]. Pertemuan beliau adalah di atas kedua-dua sebab ini.

Jika anda membaca permulaan pergerakan (perjalanan) Musa (as) kamu akan dapati bahawa dia mencari pertemuan dua laut, Dan menggambarkan keadaannya bahawa dia tidak peduli jika dia menghabiskan umurnya dalam mencari pertemuan dua laut, {menghabiskan umur} Adakah anda menyedari keinginan Nabi Musa (as) untuk sampai ke pertemuan dua laut dan bagaimana dia mengambil berat tentangnya, dan dia berpendapat bahawa menghabiskan umur untuk mencari pertemuan dua laut adalah terus menerus.

Baiklah, sekarang, adakah Tuhan kamu mungkin melindungkan (menghilangkan) suatu tempat pertemuan dua sungai?!
Kesimpulannya ialah dia terlepas, bukankah begitu? Adakah diterima akal bahawa beliau berhasrat untuk sampai di tempat pertemuan dua sungai, dan beliau melaluinya dan melepasinya?! Adakah anda berpatah balik kepadanya?

Pergilah ke Surah Al-Rahman (Surah 55) dan perhatikan pertemuan dan persimpangan dua laut di sana, lihat apa yang anda akan dapati di sana. Anda akan dapati banyak riwayat-riwayat yang diriwayatkan oleh Sunni dan Syiah bahawa dua laut Ali dan Fatimah, dan pertemuan mereka adalah Al-Hassan dan Al-Hussein (as) dan para Hujaj (Hujjah-hujjah) selepas mereka (as) [102] Oleh itu, pertemuan dua lautan adalah orang dan bukan tempat, dan itulah sebabnya Musa terlepas darinya.

Yang pertama, bahawa dia terlepas. tidakkah anda lihat sangat besar kepentingannya, walaupun melintasi hampir dengannya dan duduk dekat dengannya tetapi tidak mengenalinya, siapakah dia? Dia adalah Musa (as), seorang nabi dari Uulu Al-‘Adzm, dan walaupun dia terlepas sasaran (matlamat) yang dia fikir akan menghabiskan umurnya untuk mencarinya dan tidak kira apa yang berlaku dengannya. Adakah anda perasan mengenainya?

Ini sangat penting. Hari ini mereka tidak memberi perhatian kepada perkara ini. Mereka tidak perasan, mungkin mereka juga telah terlepas sasaran (matlamat) mereka. Maha Suci Allah (Subhana Allah), adakah mereka lebih baik dari pada Musa (as)?)

Maka saya bertanya: Adakah boleh bagi kita mengatakan bahawa Al-Qa'im adalah pertemuan lautan para Imam dan lautan Mahdi-mahdi, dan bahawa adakah apa yang dicari oleh Musa?

Jadi dia (as) berkata:

(Tidak, Ali dan Fatimah (as), dan Al-Qa'im adalah hasil pertemuan mereka berdua, hasil yang didatangkan penciptaan kerananya, dan ia adalah "makrifah", "27" huruf dari tauhid dan makrifah, pertemuan dua laut)

Kemudian Abdus Soleh (as) terus menjelaskan bahagian dalam perjalanan Musa kepadanya, maka dia (as) berkata:

(Musa berjanji untuk bersabar, namun beliau mendapati dirinya keluar dari satu kegagalan dan masuk pula ke dalam kegagalan yang lain.

﴿قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْراً﴾

{Musa berkata: "Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku".."} [104] Itu adalah kali pertama.

Bagi kali kedua, melihat bagaimana Musa (as) gagal lagi

﴿قَالَ إِن سَأَلْتُكَ عَن شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِي قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْراً﴾

{Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku."} [104]

Bagi kali ketiga, mungkin anda melihat bahawa Musa (as) memilih untuk berdiam diri, atau berdiam diri yang telah dipilih oleh Musa (as), Nabi Musa terus mendengar sahaja dan beliau tidak bercakap selepas itu. Musa (as) telah belajar dan matlamat kedatangannya telah dicapai.

Abdus Soleh telah berkata kepada Musa melalui perbuatan-perbuatan mudah ini segala-galanya. Beliau memberitahu kepadanya: bahawa perjuangan melawan keakuan (Al-Ana) martabat yang tidak berakhir, dan nikmat-nikmat Allah tidak terkira (tak terhingga), dan maqam-maqam yang boleh dicapai manusia tidak dapat dihitung.

Jadi Abdus Soleh secara beransur-ansur membawa Musa (as) melalui Martabat Tauhid. Yang pertama ialah "Ana - Aku", yang kedua "Nahnu - kami", dan yang ketiga adalah "Huwa - Dia".

Dan walaupun ia adalah dengan perintah Allah, Tetapi masing-masing adalah dirujuk menunjukkan pada kufur pada martabat tertentu (Aku dan bukan Dia), dan Syirik pada martabat tertentu (Aku dan Dia), dan Tauhid (Dia sahaja).

﴿..... أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ ..... وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَن يُرْهِقَهُمَا طُغْيَاناً وَكُفْراً * فَأَرَدْنَا ..... وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحاً فَأَرَادَ رَبُّكَ ..... وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي .....﴾

{"Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan .... Dan adapun anak muda itu, maka keduanya orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran * Maka kami bertujuan ..... Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki ..... dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri....} [105]

Lalu aku berkata: Adakah tidak berguna terus menerus. Dan Abdus Soleh telah berkata kepada Musa (as):
{"Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama aku.”}.
Sekarang, apabila pintu terbuka kepada Allah tanpa akhir (penghujung), dan orang selain Musa (as) mahu menjadi dari Ahlul Bayt Abdus Soleh, iaitu, sebahagian dari mereka Ahlul Bayt [7], bagaimana mencapainya, pada hal Musa (as) tidak akan dapat bersabar bersamanya dengan dia, maka bagaimana selain daripadanya?

Jadi dia (a.s) berkata:

(Adakah kamu maksudkan, adakah mampu orang selain Musa (as) akan sabar? Adakah anda tahu pada apa sabar itu? Saya telah menjelaskan kepada anda sebelum ini, walaupun saya tidak menetapkan bahawa kesabaran itu adalah penetapan mengenai perkara ini, adakah anda boleh beritahu saya pada apakah sabar itu?)

Lalu aku berkata: Saya tidak tahu. Dan saya berasa malu untuk mengatakan apa yang datang dalam fikiran saya.

Jadi dia (a.s) berkata:

(Katakanlah).

Lalu aku berkata: Apakah yang tidak mampu dilaksanakan Yunus (as) - dan Allah lebih mengetahui - pertamanya - saya memohon maaf.

Jadi dia (a.s) berkata:

(Lihat, ketika Nabi Musa (as) datang untuk bertemu Abdus Soleh, dia datang kerana dia menyangka bahawa dia telah melawan dirinya dan membunuh Aku (Al-Ana) yang wujud dalam dirinya. Sekarang ujian itu mengenai perkara itu pula. Iaitu, Abdus Soleh telah berkata kepada Musa (as) "Kamu akan menemaniku, sedangkan kamu tahu bahawa aku adalah hujjah kepada kamu, dan Allah memerintahkan kamu untuk taat kepada ku, tetapi kamu tidak akan menjadi seperti Allah perintahkan kamu dan kamu tidak akan menjadi seperti mana yang kamu janjikan, sebaliknya, kamu akan menzahirkan Keakuan (Al-Ana) dari dalam hatimu dan kamu akan membantah ku walaupun aku hujjah kepada kamu, dan walaupun kamu berjanji untuk bersabar." Maknanya dia memberitahu kepada Musa: "Sekarang aku akan menguji kamu dan mendedahkan Keakuan (Al-Ana) yang ada pada kamu, tetapi kata-katanya dalam bentuk ini.
إنك لن تستطيع معي صبراً
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat bersabar bersamaku" Adakah anda tahu sekarang?)

Lalu aku berkata: Ya

Kemudian dia (as) berkata:

(Sekarang saya akan menjawab soalan anda: Ketahuilah bahawa memerangi Keakuan (Al-Ana) adalah martabat bagi sesiapa yang memerangi dirinya dalam martabat tertentu, yang pasti akan gagal jika dia diuji dalam martabat seseorang lebih tinggi daripadanya. Kerana sesiapa yang boleh terbang pada ketinggian 1000 meter, jika dia menguji sesiapa yang boleh terbang pada ketinggian 100 meter akan menggagalkannya. Dan juga orang yang boleh terbang pada ketinggian 200 meter akan gagal juga, dan begitulah seterusnya. Maka setiap daripada mereka selainnya akan gagal padanya jika dia mahu menguji mereka. Inilah jawapannya)

Lalu aku berkata: Maksud "dari kami" yang dikatakan Rasulullah (S) kepada Salman, berapa banyak yang Salman hancurkan Keakuan (Al-Ana) beliau. Atau keadaan Musa (as) selepas ujian, adakah dia lebih dekat dengan Abdus Soleh (as) dengan menghancurkan Keakuan (Al-Ana) dalam bentuk yang lebih besar?

Jadi dia (as) berkata:

(Musa (as) tahu maqamnya dan keadaannya agar tidak binasa. Dan Salman (as), tidak kira berapa banyak dia memerangi Keakuan (Al-Ana), ini tidak bermakna bahawa ia dekat kepada mereka (as))

Lalu aku berkata: Tuan, saya memohon maaf, bahawa kata-kata dan ungkapan yang telah mengganggu saya. Kerinduan hamba yang meronta-ronta untuk bersama dengan tuan-tuannya, yang tidak seorangpun daripada mereka dalam kelompok mereka, semoga dilindungi Allah (Wal3iyazha Billah). Mereka adalah suatu kaum yang tidak dapat dibandingkan. Dari satu sudut mengharapkan Allah dari apa yang dibaca dari hujajNya (Hujjah-hujjahNya). Dan dari sudut lain dia berasa sedih apabila dia melihat dirinya sendiri. Adakah sejalan? Apabila saya pertimbangkan pada "tidak akan" Abdus Soleh yang brkata-kata kepada Musa (as), saya menjadi sedih, bukan kerana keutamaan Allah terhadap hujajNya - semoga dilindungi Allah (Wal3iyazha Billah) - tetapi kerana betapa sukarnya untuk bersama mereka. Demi Allah aku tidak tahu apa yang hendak dikatakan, dan saya memohon maaf.

Jadi dia (as) berkata:

(Mereka melihat bahawa kehidupan mereka di hadapan Allah SWT adalah satu dosa dan kelemahan. Saya pendekkan kata-kata saya dan saya memohon maaf kerana tidak dapat menyatakan lebih daripada itu. Tetapi mereka ketika mereka berdiri sahaja di hadapan Tuhan mereka, air mata mereka bercucuran dengan kepedihan dan kesedihan, kerana mereka adalah orang-orang yang wujud di hadapan Allah SWT)

Lalu saya berkata: Adakah perjumpaan itu di alam ini, iaitu dalam (dunia) kebendaan Jasmani ini, atau dalam alam yang lain?

Jadi dia (a.s) berkata:

(Dalam dunia Jasmani ini, tetapi Abdus Soleh bukan dari alam ini, ia datang hanya untuk kepentingan ini sahaja.)

Lalu aku berkata: Siapakah anak muda itu yang Allah jayakan padanya untuk menghadiri pertemuan itu, apakah hikmah di sebaliknya, dan apakah manfaat daripada apa yang berlaku? Kemudian mengenai ikan yang Musa (as) terlupa itu, adakah ia tanda (alamat) yang dicari.

Jadi dia (a.s) berkata:

(maksud anda anak muda yang menemani Musa (as), dia adalah (Yosua) Yusya3  bin Nun. Ini memerlukan huraian yang panjang, saya akan menulis tafsiran bagi ayat-ayat tersebut dan lebih baik anda dapat membacanya.)




✡✡✡✡✡

______________________________
[93] - Al-Kahf 18:67, 72, 75, 78, dan 82
[94] - Al-Kafi Jilid 2 halaman 87 Hadits 2
[95] - Fushshilat 41:35
[96] - Al-Kahfi 18:66
[97] - Al-Kahfi 18:69
[98] - Al-Kahfi 18:76
[99] - Al-Kahfi 18:70
[100] Telah diriwayatkan oleh Ibn Fahd Al-Hilliy: (Apabila Allah SWT mewahyukan kepada Musa (as): Jika kamu datang untuk bermunajat, maka datanglah bersama dengan seseorang yang lebih rendah darjatnya untuk menemani kamu.
Jadi apabila Musa (as) melihat seseorang, beliau tidak berani untuk mengatakan dirinya lebih baik dari orang tersebut, lalu beliau mula mempertimbangkan jenis yang lebih rendah dan apabila beliau melihat seekor anjing liar (kurap), beliau memutuskan untuk membawa anjing itu menemani beliau. Lalu beliau melilitkan tali di leher anjing tersebut, namun di pertengahan jalan, Musa melihat kepada anjing tersebut dan berkata: Aku tidak tahu dalam bahasa apa kamu memuji Allah, jadi bagaimana aku lebih baik dari kamu? Maka Musa (as) melepaskan anjing tersebut dan pergi bermunajat.
Allah berfirman: “Wahai Musa, apa yang telah Aku perintahkan pada mu?” Maka Musa menjawab: “Ya Allah, aku tidak menjumpai sesiapapun (yang lebih rendah darjatnya)”.  Lalu Allah berfirman: “Wahai anak Imran, jika kamu tidak melepaskan anjing tersebut, maka akan Ku padamkan nama mu dari senarai kenabian.” lihat: 3iddah Al-Da3iy: halaman 204 .
[101] Salah satu riwayatnya adalah: Dari Salim Al-Asyal, beliau berkata: Aku mendengar Aba Ja'far Muhammad bin Ali al-Baqir (as) berkata: (Musa bin Imran melihat dalam perjalanan pertama dengan apa yang diberikan pada Qaim Aali Muhammad pada kedudukan dan keutamaan, Musa berkata: Tuhan, jadikanlah aku Qaim Aali Muhammad. Dikatakan kepadanya: Bahawa itu untuk keturunan Ahmad. kemudian melihat dalam perjalanan kedua dan mendapati ia seperti itu, kata beliau, seperti sebelumnya, dan telah dikatakan kepadanya seperti itu juga, kemudian melihat dalam perjalanan ketiga dia melihat seperti itu juga, dia berkata, seperti sebelumnya, dan telah dikatakan kepadanya seperti itu juga) Kitab Al-Ghaibah - Muhammad bin Ibrahim Al-Nu3mani: Halaman 246 - 247.
[102] Rujuk buku: Perjalanan Musa Kepada Pertemuan Dua Laut, oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
[103] - Al-Kahfi 18:73
[104] - Al-Kahfi 18:76
[105] - Al-Kahfi 18:79-82


Tiada ulasan: