Diangkat
Dan Jasad Yang Diangkat
Kita
masih Bersama Abdus Soleh (as) dan dalam perkara pengangkatan. Saya bertanya
kepadanya: Dalam Kitab
Al-Mutasyabihaat Jilid 1, dalam perkara menjelaskan bahawa pengangkatan
Adam adalah pengangkatan tajalli, tuan telah menjelaskan bahawa tubuhnya
mempunyai kewujudan di muka bumi ini atau kalau tidak dia akan mati, dan pengangkatan
Imam Mahdi (as) juga pengangkatan tajalli. Adakah juga dengan jisim tubuh kebendaan
yang wujud di Bumi seperti Adam (as), atau ada sesuatu yang lain mengenai
perkara ini?
Jadi
dia (a.s) menjawab:
(Ya dia mempunyai
kewujudan dengan bentuk tertentu, dan kewujudannya tidak sama seperti manusia yang
lain. Pengangkatan Adam mempunyai kewujudan, dan begitu juga dengan orang lain
daripada orang-orang yang diangkat. Ada sesuatu yang mungkin akan menjelaskan
kepada anda sesuatu dari perkara itu: Adakah anda tahu mengenai (hasad) dengki,
dan bagaimana kesannya yang terjadi dan mengapakah (hasad) dengki adalah dari
Kaba'ir (dosa-dosa Besar) pelakunya dan jika tidak terjadi perbuatan yang
dilakukannya oleh diri dan tangannya sendiri?
Sekarang pertama
sekali marilah kita melihat pada manusia dan kewujudannya dalam Alam Jasmani. Alam
Jasmani hakikatnya adalah bahawa ia adalah pemeluwapan tenaga (kekuatan) atau
keupayaan (kudrat). Dan pemeluwapan ini mempunyai had (julat) turun dan naik yang
bermula antara nilai tinggi dan nilai rendah. Dan ini anda melihatnya dengan
jelas dari bayangan jisim-jisim yang berbeza yang anda tahu; walaupun ia jatuh hampir
pada tahap perbezaan antaranya tidak besar, maka anda pasti mengelaskannya sebagai
gas yang mengelilingi bumi berbeza daripada bagaimana anda mengelaskan
perbezaan air dan juga batu, dan sebagainya. Dan anda tidak melihat udara atau
gas yang mengelilingi bumi, tetapi hakikat bahawa anda tidak melihatnya dan
tidak menafikan kewujudannya di muka bumi ini.
Kini, manusia -
setiap manusia – kewujudannya meliputi dari langit pertama, atau bahagian bawah
yang lebih rendah dan inilah dirinya sehingga perkara yang paling padat dalam Alam
Jasmani. Dan itulah sebabnya anda dapati dalam struktur pembinaan tubuh (jisim)
manusia ada logam-logam. Jadi hakikatnya diri dan tubuh kebendaan boleh dilihat,
sementara ada jisim benda tidak kelihatan. Dan untuk lebih mudah lagi bagi
anda, saya katakan ada satu tubuh yang tidak dapat dilihat. Tetapi hakikatnya terdapat
terlalu banyak tajalliat (perwujudan) dan terlalu banyak penzahiran-penzahiran,
dan terdapat bilangannya sebanyak jisim-jisim pada manusia. Dan itulah sebabnya
Allah SWT berfirman:
﴿إِن
تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ﴾
{Dan jika kamu
menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya
manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).} [90]
Maka menghitung adalah
mungkin, tetapi mengiranya tidak mungkin. Dan sebab itu adalah kerana: Bilangan
kewujudan manusia yang melimpah-limpah dengan nikmat-nikmat sama bilangan
kewujudannya dibahagikan dengan tajalliatnya. [91] Dan dengan
tajalli mestilah menjadi kurang kemungkinan untuk menyempurnakan sambungan di
antara kewujudan manusia, bermakna ia sesuatu yang seperti jalur pelengkap,
sehingga ia menjadi sehampir mungkin kepada sifar.
Sekarang, jika anda
membahagikan mana-mana nombor dengan sifar apakah hasilnya? Hasilnya adalah
infiniti. Dan infiniti tidak boleh dikira dan tidak boleh disebut satu persatu.
Tetapi kita tidak mempunyai sifar, sebaliknya, bilangan sehampir mungkin kepada
sifar. Dan apakah hasil daripada sesuatu bilangan yang dibahagikan dengan
jumlah yang paling hampir dengan sifar? Hasilnya akan menjadi jumlah yang
sangat besar, [nombor ini] terletak di dalam nombor bulat, tetapi ia tidak
boleh disebut satu persatu, ia adalah sangat besar, lebih besar daripada
kemampuan untuk menghitung.
Dalam usaha untuk memberi
gambaran dengan lebih dekat lagi kepada anda: Bayangkan bahawa jumlah ini
adalah sama dengan 1, dan di sebelumnya ada banyak sifar dan anda perlukan ribu
juta tahun cahaya untuk menghitungnya.
Jadi, jika
nikmat-nikmat Allah adalah 10 atau 100 atau 1000 maka ia boleh dikira dan
disebut satu persatu. Dan jika saya katakan pada anda kirakanlah untuk saya
antara nikmat-nikmat Allah kepada anda, maka bilangannya tidak akan mencapai satu
juta bahkan saya ragu-ragu bahawa anda juga akan mencapai bilangan 1000
nikmat-nikmat.
Jadi bagaimanakah
Allah SWT mengatakan bahawa nikmat-nikmat-Nya tidak boleh dihitung satu
persatu? Dan Dia boleh mengatakan bahawa nikmat-nikmat-Nya tidak boleh dihitung
satu persatu, sedangkan ianya berada dalam keadaan boleh dihitung?
Anda boleh
menyelesaikan perkara-perkara itu dan percanggahannya dengan mengetahui bahawa
manusia mempunyai banyak tajalliat (penzahiran-penzahiran) dan kewujudan
seperti yang ditunjukkan bahawa ianya boleh dihitung tetapi tidak boleh dikira
akhirnya. Kerana setiap nikmat dari nikmat-nikmat Allah melimpah atas semua tajalliat
ini! Jadi, satu nikmat sudah cukup untuk dipanggil "tidak terhingga
(terhitung)" Kini, salah satu daripada jisim-jisim atau tajalliat sudah
cukup untuk menjadi kewujudan ketiga dan memberi kesan sama seperti tubuh yang memberi
kesan di Alam Jasmani ini.
Sekarang mari kita
kembali kepada hasad (dengki):
Sebagai contoh,
seorang lelaki berharap untuk memiliki kereta orang lain, dan dia mahu kereta
ini akan diambil dari laki-laki tersebut dan menjadi miliknya, maka dia mencari
kereta ini yang sedang bergerak laju di jalan raya dan diterbalikkannya
sehingga remuk teruk. Bukankah ini sejenis hasad dengki? Mengapa ia haram (dilarang)?
Mengapa orang yang berhasad dengki dihukum jika dia bukan orang yang menterbalikkan
kereta dengan tangannya sendiri?
Ya, dia menterbalikkannya
dengan tubuh ketiganya, atau dengan diwujudkan tubuh yang tidak kelihatan,
tetapi ia mempunyai kesan dalam Alam Jasmani.
DI sana ada martabat
dari tajalliat (penzahiran-penzahiran) ini yang saya nyatakan sebelum ini yang
tidak dapat dilihat, tetapi ianya mempunyai kepadatan yang cukup untuk memberi kesan
dengan Alam Jasmani ini dan apa yang ada di dalamnya. Maka Allah SWT menguji
manusia dengan memberikan kepadanya keupayaan untuk mempengaruhi orang lain
dengan tajalli (penzahiran) ini, atau jisim yang tidak dapat dilihat ini, dan Dia
memerintahkan supaya tidak melakukan kejahatan dengan keupayaan ini, dan jika
dia berbuat jahat dia akan dihukum, kerana dia akan melakukannya dengan
tangannya dan bukan hanya hasad dengki seperti yang dibayangkan manusia.
Kini, wujud satu pengangkatan
jenis tajalliat dan kewujudan ini, dan ia mempunyai tubuh jenis ini.)
Lalu
saya berkata: Adakah semua martabat ini tiada titik pengangkatan kepadanya atau
adakah ia juga dalam martabat pengangkatan?
Jadi
dia (a.s) berkata:
(Pengangkatan adalah
bahawa tidaklah yang mempunyai tubuh kebendaan seperti tubuh ini, tetapi yang
tinggal padanya tajalli dan tubuh dalam kedudukan (martabat) di atas kewujudan tubuh
kebendaan ini. Maknanya, sekarang jika anda memegang kertas di tangan anda, ia mempunyai
atas dan bawah. Katakan titik teratas dalam kertas adalah diri manusia, dan
titik terendah dalam kertas adalah tubuh manusia yang boleh dilihat di Alam
Jasmani ini, dan kertas ini ialah kewujudan manusia. Dan bayangkan bahawa
terdapat satu jalur selari yang sangat kecil (halus) dan sebilangan besar
daripadanya adalah terdiri dari kertas ini, jalur ini adalah tajalliat manusia
lain yang tidak kelihatan, dan diri lain di hujung
langit pertama.
Sekarang, pengangkatan
ibarat pembatalan kewujudan manusia di bahagian bawah halaman (kertas), iaitu,
untuk menjadikan dia menyatakan (tajalli) dirinya di atas bahagian bawah satu
sentimeter sebagai contoh. Dan dari satu sentimeter ini ke bahagian bawah
halaman tidak ada kewujudan baginya, yang membatalkan kewujudannya pada
martabat (kedudukan) ini. Ini adalah contoh yang saya berikan kepada anda,
supaya gambaran yang berkenaan lebih jelas kepada anda) [92]
Lalu
saya berkata: Apakah langit pertama titik tertinggi bagi orang yang diangkat?
Yang bererti bahawa ia diangkat semasa dia masih di alam ini, atau dia boleh
lulus ke satu tahap yang lebih tinggi?
Jadi
dia (a.s) berkata:
(Sudah tentu yang
lulus mengikut maqamnya. Saya telah katakan kepada anda tentang manusia rendah kewujudannya
maka dirinya akan berada di bawah langit yang pertama, tetapi sesiapa yang naik
dan naik, jadi dia akan mempunyai peluang (nasib) untuk dinaikkan dengan limpah
kurnia Allah, dan kemudian ditinggikan halaman kewujudannya suatu maqam yang
lebih tinggi yang telah dicapainya.)
Lalu
saya berkata: Adakah dirinya juga meningkat ke paras tertinggi diri di alamnya?
Atau ia meningkat dengan cara lain? Maknanya, bahawa Alam Diri-diri (Alam
Al-Anfus) adalah di bawah Langit Pertama, jadi bagaimana dia naik di atas Langit
Pertama?
Jadi
dia (a.s) berkata:
(Alam Diri-diri (Alam
Al-Anfus) bukan di bawah Langit Pertama, sebaliknya ia adalah di bahagian bawahnya,
di akhirnya, ini adalah di mana semua orang mempunyai peluang (nasib) di sini. Adapun
di atas semua ini adalah mengikut atas usaha manusia ini, dan keadaan manusia
berubah setiap kali ia meningkat. Anda mahu memahami perbezaan antara diri dan roh,
ada sebuah buku yang saya telah tulis beberapa waktu yang lalu perihal roh,
insya Allah (jika dikehendaki Allah) saya akan cuba menerbitkannya, dalam hal
ini perlukan banyak perbualan mengenainya))
✡✡✡✡✡
______________________________
[90]
- Ibrahim 14:34
[91]
- Maksudnya, untuk mendapatkan jumlah kewujudan daripada manusia dari Langit
Pertama ke Alam Jasmani ini, kita perlu membahagikan (lanjutannya dari Langit
Pertama dengan Alam ini) dengan (tajallinya) yang mesti berada dalam bentuk
yang terbaik, dan dengan keadaan yang terbaik, kita maksudkan bahawa yang
membolehkan cahaya dipancarkan selepas daripada tajalli dan zuhurnya, dan ia
tidak akan menjadi seperti itu melainkan jika ia adalah sehalu dan sekecil
mungkin supaya lanjutan ini akan muncul sebagai salah satu tiang penghubung,
walaupun pada hakikatnya ia adalah menghubungkan satu tajalli kepada tajalli
dan satu kezuhuran kepada kezuhuran (yang lain).
[92]
Syeikh Nathim Al-Uqaili berkata:
(Tidak
ada satu pendapat yang kuat mengenai sifat kehidupan Imam Mahdi (as), dan
sejauh yang saya tahu, orang pertama yang menangani perkara ini dengan
terperinci adalah Al-Syahid Al-Syed Muhammad Muhammad Shadiq Al-Sadr dalam
"Ensiklopedia Imam Mahdi (as)" bahagian kedua yang bertajuk:
"Sejarah Ghaibah Kubra", di mana beliau mengandaikan dua andaian untuk
sifat kehidupan Imam Mahdi (as) Salah satu daripada andaiannya adalah "Peribadi
yang tersembunyi" dan andaian kedua adalah "Lambang Yang Tersembunyi".
Al-Syahid Al-Sadr berkata andaian kedua (Lambang Yang Tersembunyi) adalah salah
satu yang lebih mungkin, dengan menggunakan perbincangan yang boleh dikatakan lebih
daripada satu pihak, bahkan ia juga bercanggah dengan riwayat-riwayat dan khabar
(hadits) lain. Apa yang menjadi persoalan saya sekarang adalah untuk menangani andaian
(Peribadi yang tersembunyi), dan apa maknanya, dan adakah ia bermakna "diangkat"
atau tidak?
Al-Syahid
Al-Sadr (rahimahu Allah) menyebut bahawa ia adalah andaian yang menjadi taklid (ikutan)
terkenal yang mempengaruhi fikiran orang ramai, Dan menunjukkan kepadanya
beberapa kejadian petunjuk cerita-cerita (rakyat).
Ringkasan
andaian ini bahawa Imam Mahdi (as) ghaib dengan tersembunyi jasadnya dari
penglihatan manusia, dengan cara yang menakjubkan, di mana tidak ada orang yang
melihatnya mendengar atau menyentuhnya walaupun dia hadir di kalangan mereka. Andaian
ini adalah bertentangan dengan andaian yang lain (Lambang Yang Tersembunyi)
yang bermaksud bahawa tubuhnya dapat dilihat dan suaranya didengar dan dia
hidup secara biasa di kalangan manusia... tetapi orang tidak tahu bahawa dia
adalah Imam Mahdi (as)
Sekarang
saya akan menyebut ringkasan apa yang disebut Al-Syahid Al-Sadr mengenai "Peribadi
yang tersembunyi", dan selepas itu kita akan mengetahui bahawa ia bermakna
bahawa dia diangkat dan dia wujud di Bumi seperti wujud orang lain. Beliau
berkata:
(Dan
ia adalah andaian yang menjadi taklid (ikutan) terkenal yang mempengaruhi fikiran
orang ramai dan jelas dari beberapa bukti telah menyatakan bahawa andaian itu juga
sesuai dengan apa yang kita dengar, dan itu adalah bahawa Mahdi (as)
tersembunyi tubuhnya dari pengelihatan, kerana dia melihat manusia lain tetapi
orang tidak melihatnya, dan walaupun beliau mungkin wujud di tempat yang
tertentu jika anda melihat ke tempat tersebut anda tidak akan melihatnya di situ
.......
Ia jelas kepada kita bagaimana dan apakah tujuan Tuhan memelihara dan
melindungi beliau, seperti dengan memanjangkan usianya. Jika perlindungannya
terhad kepada tersembunyi dirinya, maka ia menjadi satu keperluan atas Allah Azza
Wa Jalla melaksanakan keajaiban ini untuk memenuhi tujuan besar-Nya.
Ia
menambah andaian pertama ini, dengan mengatakan: bahawa keghaiban ini
kadang-kadang boleh hilang (terbatal) bila ada kepentingan dalam pembatalan
itu. Sebagai contoh, jika Al-Mahdi (as) mahu berjumpa seseorang agar dia boleh
memenuhi keperluan tertentu atau untuk memberinya arahan tertentu atau memberi
amaran kepada seseorang, maka pertemuan itu akan bergantung kepada melihatnya,
dan ia tidak akan berlaku dengan persembunyian. Jadi kadar kezuhurannya kepada manusia
dihadkan oleh kepentingan. Jadi, jika kepentingan memerlukan dia akan muncul
kepada manusia dengan penampilan lengkap kepada setiap orang, maka yang akan
berlaku dan orang-orang akan tetap melihatnya selagi dia melaksanakan tujuan
dari pertemuan itu, kemudian dia akan tiba-tiba terlindung (hilang) tanpa
sesiapa melihatnya, walaupun dia tidak meninggalkan tempat dia berada. Dan jika
kepentingan memerlukan dia muncul kepada seseorang dan tidak kepada yang lain,
maka ini juga akan berlaku, kerana mungkin kehadirannya kepada orang lain akan
membahayakannya.
Kesemua
riwayat-riwayat yang dibawa tentang melihat Al-Mahdi (as) semasa keghaiban
beliau, walaupun semasa Ghaibah Sughra, dan terutamanya apa yang kita dengar
dari sejarah Ghaibah Sughra bahawa Imam Mahdi (as) menampakkan diri kepada bapa
saudaranya Ja'far Al-Kazhzhab (Ja'far pendusta) dua kali, lalu ia menghilang
tanpa dia mengetahui di mana dia pergi. Jadi keghaiban di sini berlawanan dengan
andaian itu. Adapun riwayat-riwayat tentang melihat Imam Mahdi (as) semasa
Ghaibah Kubra, sebahagian daripadanya adalah jelas dalam petunjuk ke arah itu, bahkan,
ada di antara yang menjelaskannya...) - Tarikh Al-Ghaibah Al-Kubra halaman
35-37, Dar Al-Qariy, Beirut, Lubnan, Edisi Pertama 1428 Hijriah.
Walaupun
Al-Syahid Al-Sadr cuba memberikan tafsiran penyembunyian peribadi Imam Mahdi
(as) semasa ghaibnya itu, dengan menggunakan andaian-andaian itu, tetapi
tafsiran itu tersasar jauh, terutama selepas kita mendengar penjelasan Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as) mengenai apa iitu "pengangkatan" dan bagaimana
ia berlaku. Ia adalah suatu perkara yang paling dapat diterima dan tidak seperti
bagaimana sesetengah orang menggambarkannya.
Al-Syahid
Al-Sadr (rahimahu Allah) menjelaskan bahawa penyembunyian peribadi Imam Mahdi
(as) dilihat dari berlaku sama ada melalui pembatalan pada [yang memerhati]
atau melalui pembatalan pada [yang diperhatikan].
Beliau
berkata mengenai pembatalan pada yang memerhati: (pembatalan pada
yang memerhati adalah mengenai untuk menjadikan ia tidak dapat memahami keadaan
sebenar di hadapannya, sehingga ia melihat tempat itu tiada Imam Mahdi (as) walaupun
ia sememangnya wujud...) - Tarikh Ma Ba3da Al-Dzuhur. Halaman 47
Dan
beliau berkata mengenai pembatalan pada yang diperhatikan:
(Bagi keajaiban pada yang diperhatikan,
maknanya, keadaan sebenar tujuan yang mengesahkan penglihatan, maka untuk
menjelaskan jalan yang demikian itu adalah merupakan keajaiban yang berubah
tanpa mencapai imej cahaya yang terbit dari tubuh Imam Mahdi (as) atau getaran
suara beliau, dan perkara-perkara lain dari penerimaan lima deria,.... Ia
berlaku tanpa mencapai pada yang melihat atau yang mendengar. Dan individu yang
bersamanya itu juga lemah untuk merasai keadaan sebenar tujuan perkara di
hadapannya – Ibid.
Dan
menurut penjelasan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), mengenai perkara pengangkatan,
menjelaskan bahawa tersembunyinya pribadi Imam Mahdi (as) adalah melalui pembatalan
pada [yang diperhatikan] bukan pada [yang memerhati], Kadang kala ia boleh berlaku
pada yang memerhati, tetapi dengan cara yang berbeza daripada tafsiran Al-Syahid
Al-Sadr (rahimahu Allah). Atau dikatakan bahawa ia adalah tafsiran yang sama,
tetapi Al-Syahid Al-Sadr tidak menjelaskan bagaimana gambaran cahaya, yang terbit
dari tubuh Imam Mahdi (as), atau getaran suara sampai kepada deria manusia?
Beliau hanya menyebut bahawa ia sesuai dengan keajaiban sahaja.
Al-Syahid
Al-Sadr (rahimahu Allah) terpaksa mengatakan dengan "keajaiban yang diketahui",
kerana tiap-tiap tubuh kebendaan padat seperti manusia. Ia mesti tertakluk
kepada peraturan benda-benda, dari segi melihat, mendengar suaranya, merasa,
dan sebagainya. Kerana tidak bebas dari peraturan ini, melainkan berpisah kepadatan
jasad kebendaannya yang memerlukan penglihatan dan pendengaran suara dan merasa
... dan sebagainya.
Setelah
disiasat dan direnung, tidak ada perbezaan antara Keajaiban, yang dikatakan
oleh Al-Syahid Al-Sadr dalam andaian itu, dengan "pengangkatan"
menurut apa telah dijelaskan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), kerana keajaiban
dalam pencegahan menerima gambarn tubuh Imam Mahdi (as) dan getaran suarannya...
daripada dicapai deria manusia, jadi yang paling hampir kita boleh bayangkan
adalah bahawa kenaikan tubuhnya itu adalah daripada ketumpatan kebendaan yang diperlukannya
itu, atau seperti yang dinyatakan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as): bahawa diangkat
satu daripada tajalliatnya di atas tahap kebendaan dan peraturannya. Jadi dia
mempunyai kewujudan di dunia ini, tetapi ia tidak seperti kewujudan bentuk
kebendaan manusia. Dan setiap kali dia mahu berjumpa dengan seseorang akan
kembali kepada tubuh kebendaannya yang tumpat supaya terlaksana peraturan kebendaan
itu dengan melihat tubuhnya dan mendengar suaranya... dan sebagainya.
Bagaimana
manusia akan wujud dengan kewujudan kebendaan padat dan secara umum di bawah peraturan
kebendaan dan tidak terpakai peraturan tersebut baginya?!
Walaupun
keajaiban mesti menjadi peraturan pembentukannya (Qanun Takwini), Allah SWT berfirman:
{إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ}
{Sesungguhnya Kami
menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.}
[Al-Qamar 54:49],
{وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلاَّ عِندَنَا
خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلاَّ بِقَدَرٍ مَّعْلُومٍ}
{Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi
Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang
tertentu.} [Al-Hijr 15:21],
{... وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ
تَقْدِيراً}
{... dan Dia telah
menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.}
[Al-Furqan 25 : 2],
{... قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ
قَدْراً}
{... Sesungguhnya
Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.}
[Al-Talaq 65: 3]
Walaupun
api Ibrahim (as), ketika Allah mahu menyelamatkan dia darinya, ini bukanlah
tanpa peraturan pembentukan (Qanun Takwini), walaupun kita tidak tahu mengenainya,
Allah SWT berfirman:
{قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْداً وَسَلَاماً عَلَى إِبْرَاهِيمَ}
{Kami berfirman:
"Hai api jadilah dingin, dan menjadi selamatlah bagi Ibrahim",}
[Al-Anbiyaa '21:69]
"Jadilah",
yang bermaksud, Allah Jalla Jalalah mengubah api menjadi sejuk, dan tidak kekal
sifat api dengan tidak membakarnya. Atau Allah SWT mengambil pembentukannya yang
akan melazimi pembakaran. Apa yang penting adalah bahawa Allah SWT menjadikan
atau mengubahnya menjadi sesuatu yang lain selain api yang membakar.
Jadi
di sini Jasad benda, jika Allah Taala mahu ia bebas dari
peraturan kebendaan zahiriyah, ia mesti merubah pembentukannya (Takwini) kepada
pembentukan yang tidak mempunyai kuasa pada peraturan kebendaan ke atasnya,
seolah-olah diangkat kepada kewujudan yang berasingan daripada kebendaannya
yang padat... dan pemahaman ini sepadan dengan Al-Quran dengan takdir dan peraturan,
di mana ia tidak sempurna dengan kurangnya cahaya untuk memindahkan imej, atau
ruang udara untuk memindahkan suara, dan deria sentuhan untuk menyentuh. Dan dengan
itu, dapat memelihat jasad atau mewujudkan keharmonian dengan peraturan Allah; maka
berjalanlah atasnya peraturan kebendaan pada benda-benda yang padat, dan tidak
akan berjalan atasnya peraturan yang meninggalkan ketumpatannya dan ditinggikan
kepada wujud yang lain dengan peraturan khas berbeza daripada peraturan kebendaan.
Terdapat
banyak cerita yang diceritakan kepada kita mengenai melihat Imam Mahdi (as) dan
kehilangan secara tiba-tiba... jadi di mana dia pergi jika ia masih berada
dalam kewujudan benda yang padat?!!
Dan
mungkin penjelasan ini menafsirkan untuk kita banyak Karamat dan mukjizat yang
berlaku kepada Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam suci (as) atau kepada sebahagian
Auliyaa', seperti bagaimana mereka dihijab dari dilihat manusia, atau melipat
(memendekkan jarak) Bumi untuk mereka, dan perkara-perkara yang serupa dengannya.
Perbezaannya ialah bahawa keadaan ini akan menjadi tidak teratur dengan mereka.
Perbezaannya
ialah bahawa keadaan ini terjadi ketika mereka cemas ... Adapun Imam Mahdi (as)
sesudah ia diangkat, keadaan ini akan berkekalan... Tetapi akan menjalani kewujudan
kebendaan padat setiap kali Imam Mahdi (as) mahu bertemu dengan seseorang atau melaksanakan
tanggungjawab atau kerja-kerja tertentu yang diperlukannya.
Dalil
utama Al-Syahid Al-Sadr (rahimahu Allah) dalam memberi kekuatan andaiannya
"lambang yang tersembunyi" atas andaian "peribadi yang
tersembunyi", adalah bahawa andaian peribadi yang tersembunyi yang
bergantung kepada berlakunya mukjizat yang berterusan dalam peribadi yang
tersembunyi Imam Mahdi (as) dan kezuhurannya, dan ini – seperti yang
dikatakan - tidak sepadan dengan peraturan keajaiban am yang sepatutnya
mengikut kepentingan dan kawalan tertentu yang tidak mempunyai apa-apa hal di
setiap kesempatan.
Ini
pada hakikatnya tidak dapat diperbahaskan, kerana penetapan sama ada mempunyai kepentingan
atau tidaknya, tidak diketahui hakikatnya oleh sesiapa pun kecuali Allah TWT,
terutama dalam masalah Imam Mahdi (as), Allah SWT berfirman:
{... وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً}
{...dan
kamu tidak diberi ilmu kecuali sedikit} [Al-Israa '17:85].
Ini
jika kita menganggap bahawa masalah peribadi yang tersembunyi [diangkat]
adalah satu keajaiban yang tidak boleh berlaku kecuali jika ada kepentingan atau
hikmah yang diketahui oleh Allah Ta’ala. Tetapi yang boleh diterima ia bukanlah
dari bab keajaiban seperti itu, sebaliknya ia menjadi peraturan pembentukan
(Qanun Takwini), yang tidak termasuk dalam keajaiban ini yang Al-Syahid Al-Sadr
perkatakan mengenainya, terutamanya jika kita memberi perhatian kepada
penjelasan dan tafsiran Al-Syed Ahmad Al-Hassan pada masalah "diangkat".
Dan
terdapat riwayat-riwayat dari Ahlul Bayt (as) menjadi pada masalah "peribadi
yang tersembunyi" dalam hal Imam Mahdi (as), sebahagian daripadanya
adalah:
*
Dari Al-Raiyan bin Al-Shalt berkata: Aku mendengar Abu Al Hassan Al-Redha (as)
berkata - apabila ditanya mengenai Qa'im – maka dia berkata: (Tubuhnya tidak
dilihat, dan namanya tidak dipanggil) - Al-Kafi 1 halaman 333
*
Dari Daud bin Al-Qasim Al-Ja'fari: dia berkata: Aku mendengar Abu Al-Hassan
Al-Askari (as) berkata: (Pengganti selepasku adalah Al-Hassan, maka bagaimana kamu
dengan pengganti selepas pengganti? Jadi saya berkata: Tidak bolehkah aku
menjadi tebusan mu? Lalu ia berkata: Kamu tidak akan melihat dirinya dan kamu
tidak dibenarkan untuk menyebut namanya ...) - Al-Kafi Jilid 1 halaman 332-333
* Dari Ubaidah bin Zurarah berkata: Aku
mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Orang-orang akan kehilangan Imam mereka,
beliau akan menyaksikan musim ini, dia melihat mereka tetapi mereka tidak
melihatnya) - Al-Kafi Jilid 1 halaman 337-338.
Riwayat-riwayat ini jelas - terutamanya
riwayat pertama dan ketiga - bahawa tubuh Imam Mahdi (as) tidak dapat dilihat,
tetapi Al-Syahid Al-Sadr (rahimahu Allah) cuba untuk menyangkal bahawa dengan
apa yang Timbalan (Safir) kedua Imam Mahdi (as) telah riwayatkan: Dari Abdullah
bin Ja'far Al-Humairi, dari Muhammad bin Uthman Al-‘Amri (ra), dia berkata:
Saya mendengar dia berkata: (Demi Allah jika Pemilik Urusan ini akan menghadiri
musim setiap tahun, dia akan melihat manusia dan mengenali mereka dan mereka
akan melihatnya namun tidak mengenalinya) – Kamal Al-Din waTamam Al- Ni3mah halaman
440.
Tetapi Al-Syahid Al-Sadr (rahimahu
Allah) tidak memberi perhatian bahawa riwayat (khabar) ini adalah dari
kata-kata Timbalan (Safir) kedua (Muhammad bin Uthman (as)) dan bukan riwayat
dari Imam Mahdi (as), kata-kata timbalan (safir) mengenai keadaan Imam Mahdi
(as) semasa Ghaibah Sughra, bahkan ia adalah seperti berikut:
Dengan berdalilkan percakapan timbalan
kepada orang-orang di sekelilingnya dan dia telah bersumpah kepada mereka
tentang sesuatu perkara yang dia tahu atau mengikutinya keluar pada setiap
musim pada masa itu, manakala kita sedang memperkatakan tentang keghaiban Imam
Mahdi (as) di zaman Ghaibah Kubra dan bukan Ghaibah Sughra... Dan walaupun ini
hanya satu kemungkinan, maka ia sesuai untuk mengumpul antara riwayat-riwayat...
yang tidak ada percanggahan.
Kemudian riwayat ini
mungkin petunjuk mengenai
musim haji secara khusus, bahkan, ini adalah zahirnya. Dan mengesahkan sesuatu
dalam masa yang tertentu tidak bermakna mengesahkan dalam setiap masa. Juga
Imam Mahdi (as) pada musim haji mungkin dilihat oleh sebahagian manusia dan
yang lain tidak melihatnya... maka membenarkan semua riwayat-riwayat... dan
tidak ada pertentangan juga.
Jadi,
jika anda berkata: Bagaimana sebahagian orang boleh melihatnya manakala yang
lain tidak boleh, padahal kesemua mereka berada di tempat dan masa yang sama?
Oleh itu, jika dia kewujudannya benda padat maka semua orang melihatnya dan terpakai
baginya peraturan kebendaan tanpa pengecualian. Seperti yang telah dibentangkan
sebelum ini?!
Aku
katakan: Dalam keadaan ini, bukanlah perlu untuk memungkinkan dia wujud dengan
kewujudan benda padat, tetapi mungkin dia wujud dengan kewujudan yang bukan
benda, dan orang-orang yang melihatnya sama ada secara kasyaf dibukakan
pengelihatan mereka, atau mereka melihatnya juga dengan kewujudan mereka yang juga
bukan benda. Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah menjelaskan bahawa setiap
manusia mempunyai kewujudan yang dikaitkan dari Langit Diri-diri (Sama’ Al-Anfus),
dan ke Alam Benda ini, dan apa yang berada di atas Langit Diri-diri - yang
bermaksud di bahagian bawah Langit Pertama - setiap manusia akan mengikut ketentuannya.
Riwayat-riwayat
memberitahu kita bahawa kehidupan Al-Khidir (as) adalah seperti kehidupan Imam
Mahdi (as) dari segi tubuhnya tidak dilihat, seperti dalam perkataan Ahlul Bayt
(as) yang menunjukkan bahawa Al-Khidir (as) telah datang kepada mereka dan
berkata kepada mereka dan mereka tidak melihat tubuh atau orang itu:
*
Dari Abi Al-Hassan bin Musa Al-Redha (as) berkata: (Apabila Rasulullah (S)
wafat, seseorang datang kepada mereka dan berdiri di pintu dan memberi takziah
kepada mereka, dan orang-orang di rumah itu ialah mendengar kata-katanya tetapi
mereka tidak melihatnya, maka Ali bin Abi Talib (as) berkata: Ia adalah Al-Khidir
(as) dia datang kepada kamu untuk turut berduka cita dengan kamu atas Nabi kamu
(S)) - Kamal Al-Din waTamam Al- Ni3mah halaman 391
*
Dari Ali bin Al-Hussein (as) - dalam riwayat yang panjang - berkata di penghujungnya:
(Apabila Rasulullah (S) wafat, dan ramai yang memberi takziah datang, seseorang
datang kepada mereka, mereka boleh mendengar suaranya tetapi mereka tidak dapat
melihat dirinya, maka dia berkata: "Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan keberkatanNya,
tiap-tiap diri akan merasai mati, dan sesungguhnya kamu akan diberi ganjaran pada
hari kiamat, maka sesungguhnya terdapat takziah dari Allah pada setiap musibah. Dan
menggantikan semua yang binasa .... " jadi Ali ibn Abi Talib berkata:
Adakah kamu tahu siapa dia ini? Lalu mereka berkata: Tidak. Lalu dia berkata: Dia
adalah Al-Khidir (as)) - Kamal Al-Din waTamam
Al- Ni3mah halaman 392?.
Dan
menjadi jelas kepada kita bahawa Al-Khidir (as) juga diangkat seperti Isa (as),
dan dia masih hidup seperti Imam Mahdi (as) dan Nabi Isa (as), dengan "diangkat"
seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as). Penjelasan yang
lengkap yang tiada yang mendahuluinya dalam perkara itu. Dari mana lagi terjadinya
perkara ini kalau bukan dari keturunan Al-Mustafa (as)?
Mungkin
riwayat berikut akan menunjukkan bahawa Imam Mahdi (as) mempunyai sebuah rumah
di langit, yang dipanggil "Bait Al-Hamd (Rumah Terpuji)".
Dari
Mufaddal katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Pemilik Urusan ini
mempunyai sebuah rumah di langit yang dikenali sebagai: "Bait Al-Hamd (Rumah
Terpuji)", di dalamnya terdapat lampu bercahaya sejak hari dia dilahirkan
sehingga hari dia dibangkitkan dengan pedang, ia tidak terpadam) - Al-Ghaybah
oleh Al-Nu3mani halaman 245, dan Syeikh Al-Thusi
dengan sanad dari Salam bin Abi 'Umayra dari Imam Al-Baqir (as), merujuk kepada
buku Al-Ghaybah oleh Al-Thusi halaman 467.
Juga
mungkin dalam riwayat berikut terdapat petunjuk atau nas mengenai diangkat Imam
Mahdi (as):
*
Dari Ayub bin Noh, dari Abi Al-Hassan Ketiga (as) bahawa beliau berkata: (Apabila
diangkat ilmu kamu dari antara kamu, kemudian mengharapkan kelapangan dari
bawah kaki kamu) - Al-Kafi Jilid 1 halaman 341.
Mungkin
apa yang dimaksudkan dengan "ilmu kamu" adalah pemilik ilmu kamu,
atau tanda kamu terhadap Allah, dan dia adalah Imam yang ma'sum, Al-Mahdi (as).
Juga mungkin terdapat petunjuk mengenai diangkat dalam dua
riwayat-riwayat berikut:
*
Dari Marwan Al-Anbari berkata: Keluar dari Abi Ja'far (as): (Jika Allah
membenci kita yang berada dekat dengan sesuatu kaum, Dia akan mengangkat kita dari
kalangan mereka) – 3ilal Al-Syarai3 Jilid 1 halaman 244.
* Dari Muhammad bin Al-Faraj berkata: Ditulis oleh Abu
Ja'far (as): (Jika Allah TWT murka pada penciptaan-Nya, Dia akan membawa kita
jauh dari berjiran dengan mereka) - Al-Kafi Jilid 1 halaman 343. Dan Allah Maha
Mengetahui dan Maha Bijaksana).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan