Adakah
Dijadikan Khalifah Dan Imamah Perkara Syari’at Atau Perkara Alam Penciptaan (Takwini)?
Bahawa Allah Yang Maha
Suci menjadikan Khalifah di Bumi ini dan menetapkan mereka sebagai asas Agama Allah
yang mereka tidak diperdebatkan padanya seorangpun. Dia SWT berfirman:
﴿وَإِذْ
قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
{Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku akan
menjadikan seorang khalifah di muka bumi".} [112],
dan Dia SWT berfirman:
﴿يَا
دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ﴾
{Hai
Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi,} [113].
Dan tiada tempat
(peranan) yang disebutkan bagi manusia atau selainnya dari seluruh Penciptaan dalam
menyengutukan (mensyirikkan) Tuhannya - dan aku berlindung kepada Allah (Wal3iyazha
Billah) - dalam pelantikan, pememilihan dan pengangkatan Ilahiyah (ketuhanan) itu,
Allah SWT berfirman:
﴿وَرَبُّكَ
يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ
وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ﴾
{Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).} [114]
Dari 3amru ibn Al-Asy3ats
berkata: Aku mendengar Aba Abdullah (as) berkata: (Adakah kamu fikir Washiy itu
daripada kami yang diwasiatkan (dilantik) kepada sesiapa yang dikehendaki?
Tidak demi Allah! Tetapi ia adalah janji dari Allah dan Rasul-Nya (S) daripada
seorang lelaki kepada seorang lelaki sehingga perkara itu sampai ke Pemiliknya)
[115]
Hakikat bahawa Agama
Allah = Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah), adalah suatu perkara yang jelas
dengan limpah kurnia dari Allah ke atas hamba-hambaNya. Tetapi ada di antara
mereka yang dipanggil dengan nama Islam cuba untuk mewujudkan keraguan dalam
perkara itu, sebagai usaha untuk mewajarkan penguasaan orang-orang munafik yang
merampas Khalifah, walaupun ia menyebabkan kewajaran untuk mengetepikan asas
agama.
Di antara apa yang biasa
disoal kepada kita mengenai tajuk ini adalah: Apakah menjadikan Imamah dan
Khalifah sebagai Hujaj Allah perkara Syari’at atau perkara Penciptaan (Takwini)?
Maka saya bangun bertanya kepada Abdus Soleh (as) dan berkata: Sebahagian
daripada saudara-saudara kita bertanya mengenai dijadikan Khalifah atau Imamah
sebagai Hujaj Allah bagi sesetengah daripada mereka, mereka mengatakan bahawa
ia di-Syari’at-kan (Tasyri3i) . Adakah ini betul?
Jadi dia (as) menjawab:
(Semoga
Allah memberi kejayaan pada anda, anda tahu bahawa takrif ungkapan istilah yang
anda gunakan, jadi apa yang dimaksudkan dengan dijadikan Syari’at (Al-Ja3al Al-Tasyri3i),
anda perlu mengenalnya terlebih dahulu, dan apa yang kamu inginkan dengannya
supaya saya katakan ya atau tidak, dan ini juga perlukan perbahasan, makna anda
perlu bebaskan istilah sebelum menggunakannya untuk mengesahkan kebenarannya,
jika tidak ucapan anda tidak mempunyai makna.)
Lalu aku berkata:
Dikatakan bahawa Dijadikan
Syari’at adalah apa yang berkaitan dengan suruhan dan larangan, kepada
hamba di satu pihak sebagai amal ibadah. Dan Dijadikan Sejak Penciptaan (Al-Ja3al
Al-Takwini) ialah: apa yang hanya berkaitan dengan kehendak Allah, tanpa campur
tangan manusia sama sekali. Dan saya gunakannya untuk mengenal bahawa Imamah
dan Khalifah Ilahiyah dalam bentuk umum adalah yang dihimpun olehNya SWT untuk tugas
ini.
Jadi dia (a.s)
berkata:
(Semoga
Allah memberi anda kejayaan, jadi jika takrif Dijadikan Syari’at adalah:
suatu yang menjadi suruhan atau larangan kepada hamba di satu pihak dalam menerima
atau tidak, maka Khalifah dalam hal Khalifah yang sama, bukankah ia perintah. Dan
Khalifah bagi orang-orang yang taat kepada Khalifah (Pengganti), bukankah ia juga
perintah?
Tidakkah
kamu membaca firman Allah (swt):?
﴿آمَنَ
الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ﴾
{Rasul
telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya.}
Adakah
tidak disedari apa yang diimani Rasul-rasul? Dan baginda (shalawatu Allah
3alaihi) adalah dari mereka, sehingga bagindalah yang pertama beriman bahawa baginda
adalah Rasul Allah dan khalifah-Nya di bumi-Nya.
﴿آمَنَ
الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ
بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن
رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ
الْمَصِيرُ﴾
{Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada
Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka
mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang
lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan
kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada
Engkaulah tempat kembali"."}
[116].
Ini
yang sesuai dengan khalifah. Kerana Khalifah adalah perintah dan dia
menerimanya dan beriman dengannya. Jadi tidak akan menjadi perkara seperti ini
untuk membenarkan takrif anda sebelum ini?
Adapun
Khalifah yang sesuai dengan mereka yang taat kepada Khalifah, maka adalah jelas
bahawa ia adalah perintah, dan mereka boleh menerimanya atau menafikannya,
kerana jika mereka menerimanya, mereka akan diberi ganjaran, dan jika mereka
menafikannya, mereka akan dihukum)
Lalu aku berkata: Jadi
apa maknanya bahawa mereka (as) adalah Imam-imam yang sama ada penciptaan (makhluk)
menerimanya atau tidak, sama ada penciptaan (makhluk) mengikuti mereka atau
tidak, seperti yang telah disampaikan dalam banyak riwayat-riwayat
Jadi dia (a.s)
berkata:
(Ya,
mereka Imam-imam (as) sama sahaja penciptaan menerimanya atau tidak, mereka
adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi-Nya, sama ada manusia menerimanya
atau tidak, di manakah percanggahannya dalam perkara ini?)
Lalu saya berkata:
Maksudnya, mereka (as) dijadikan Imam-imam dengan kehendak Allah secara paksa (Al-Qahhariyah),
dan ia adalah Dijadikan Sejak Penciptaan itu. Dan saya memohon maaf
kerana menggunakan beberapa ungkapan (istilah) yang digunakan dalam bacaan kami
yang diguna pakai dalam 'Ilm Al-Kalam (ilmu Ushuluddin).
Jadi dia (a.s)
berkata:
(Apa
yang kamu maksudkan secara paksa (Qahhariyah)?! Dan paksaan
kepada siapa? Adakah Allah menjadikan mereka Imam-imam dan mereka adalah orang-orang
yang dipaksa menjadi Imam-imam dan khalifah-khalifah Allah di bumiNya, sebagai
contoh? Adakah manusia, orang-orang yang dipaksa taat kepada mereka, contohnya?
Jika perkara itu adalah satu perkara paksaan, untuk menjadikan mereka Imam-imam
dan khalifah-khalifah Allah di bumi-Nya tetapi mereka tidak akan mempunyai
apa-apa keutamaan dengannya dan mereka tidak akan diberi ganjaran untuk sesuatu
yang mereka dipaksakan, juga di manakah keadilan Allah? Dan jika manusia dipaksa
supaya taat kepada mereka maka tidak ada yang akan tidak mendengarkan mereka).
Lalu aku berkata: Jadi,
ia adalah perkara Syari’at (Amr Tasyri3i).
Jadi dia (a.s)
berkata:
(Pada
saya, saya tidak mementingkan istilah, semoga Allah memberi anda kejayaan.
Seperti yang saya katakan, apabila seseorang bercakap kepada saya menggunakan
istilah, saya akan bertanya kepadanya takrif (difinasi), supaya tidak lari kepada akidah yang batil
(sesat) bahawa yang dia perlukan adalah hujah yang haq (benar), maka akan diterangkan
padanya dan bagi selain darinya adalah perkara palsu (batil) padanya dan dijelaskan
kepadanya, setelah Ia mentakrifkan (mengetahui) istilahnya)
✡✡✡✡✡
_____________________
[112] - Al-Baqarah 2:30.
[113] - Shad 38:26
[114] - Al-Qashash 28:68
[115] - Al-Kafi Jilid 1 halaman 278
Hadits 2
[116] - Al-Baqarah 2:285.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan