Sabtu, 25 April 2015

Maksud Diangkat

Maksud Diangkat




Kenyataan mengenai cara diangkat dan penerangan maknanya, adalah perkara kedua yang masih belum dijawab dari soalan sebelum ini di mana saya bertanya Abdus Soleh (as) mengenainya, dan saya berkata, "Bahawa kami tidak berjaya dalam menjelaskan makna diangkat, atau sekurang-kurangnya ia tidak begitu jelas kepada sebahagian daripada kami."

Beliau (as) menjawab:

(Berhubung dengan cara mengangkat saya akan berikan contoh, namun adakah anda tahu kalkulus dan perkamilan dalam matematik? Kerana contoh ini bergantung kepadanya.)

Jadi, saya berkata, "Saya tidak tahu."

Jadi dia (as) berkata,

(Alhamdu Lillah, adakah anda tahu garis lurus? Adakah anda tahu “infiniti” (tiada had - tak terhingga) yang dimaksudkan dalam matematik?

Walau apa pun, saya akan cuba untuk meletakkannya dalam cara (bentuk) yang semudah mungkin.

Andaikan anda mempunyai sebatang  kayu (tongkat - turus) dan anda meletakkannya secara menegak, kedudukan teratas adalah bagi diri seseorang, atau tinggi orang itu, dan yang paling rendah bagi jasad orang itu, namun saya minta anda ambil perhatian bahawa ia adalah satu contoh dan bukan keadaan yang sebenarnya.

Sekarang, bahagikan kayu ini ke dalam keratan-keratan dalam fikiran anda, walau bagaimanapun, untuk hasil yang terbaik, keratan-keratan ini hendaklah yang sekecil (nipis) mungkin. Sekarang, lihat keratan-keratan ini, berapa banyak bilangannya?

Untuk mengetahuinya, anda perlu membahagikan panjang batang kayu dengan panjang (tebal) keratan-keratan itu, jadi sebagai contoh jika panjang batang adalah 1 unit, dan tebal keratan-keratannya adalah sekecil mungkin, Adakah anda tahu berapa banyak jumlah keratan kecil yang sama panjang itu? Jumlah terkecil bentuk kewujudan, ia bukan sifar, tetapi hampir kepada sifar. Dan kerana nombor-nombor itu tidak terbatas, Ia tidak boleh dihadkan, tetapi mustahil untuk membayangkannya. Jadi ia bukan satu persepuluh, kerana seperseratus adalah lebih kecil, begitu juga satu per seribu lebih kecil, dan seterusnya, Jadi anda boleh menambah sifar hingga ke akhirnya, Oleh kerana itu jumlahnya adalah tak terhingga, jadi tanggapan kita hasilnya dengan hasil daripada pembahagian kepada sifar..

1/10 = 0.1
1/100 = 0.01
1/1000 = 0.001
1/1 000 000 = 0.000001 >>

Jadi hasil daripada membahagikan panjang batang (kayu) kepada sifar yang sama panjang adalah infiniti (tak terhingga). Dan kerana bilangannya bukan sifar sebaliknya ia adalah dekat dengannya, hasilnya akan menjadi seperti firman Allah,

﴿وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا﴾

{Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya.}, [85

Bermakna ia adalah mungkin (boleh) dikira; dari segi kemungkinan ia boleh dikira, tetapi pada hakikatnya adakah ia boleh dikira? Tidak, {Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya.}.

Sekarang, ayat ini juga menjelaskan kepada anda maknanya, mungkin sebelum ini anda telah bertanya diri anda: Bagaimana nikmat Allah tidak boleh dikira dan bagaimana saya tidak boleh menghitungnya, walaupun pada zahirnya ia boleh dikira, bukankah begitu? Berapa banyakkah nikmat itu. Biarlah ia menjadi sebarang bilangan, ia masih boleh dikira. Walau bagaimanapun telah dijelaskan kepada anda mengapa ia tidak dapat dihitung, atau bahawa ia mustahil untuk dihitung pada kenyataannya, kerana pada hakikatnya ia melimpah ke atas semua kewujudan manusia, pada semua perwujudannya atau penzahirannya (Tajalliat). Jika anda mahu mengira semua perwujudan (Tajalliat) manusia, adakah mungkin anda dapat menghitungnya? Saya telah menjelaskannya dalam bentuk contoh bahawa ini adalah mustahil, adakah ia jelas sekarang?)

Jadi, saya berkata, "Ya."

Maka dia (Abdus Sholeh (as)) berkata, (Jangan berkata "Ya" jika ada sesuatu yang tidak jelas)

Dan sesungguhnya terdapat suatu perkara yang samar-samar dan tidak jelas, saya menyatakan dengan jelas dalam soalan saya, jadi saya berkata, "Adakah perwujudan (Tajalliat) manusia bermakna keadaan-keadaan yang berbeza yang dilalui seperti berdiri, duduk dan ... dan ..."

Jadi dia (as) berkata,
 
(Tidak, saya akan berikan satu lagi contoh: marilah kita menganggap bahawa manusia adalah cahaya yang saya mahu ia sampai (pindah) ke suatu tempat tertentu, dan anda membuka sumber cahaya di suatu tempat, jadi bagaimana cahaya dihantar dari sumber dan dari tempat ke tempat yang lain? Ia berlaku oleh perwujudan (Tajalliat) pancaran demi pancaran ke arah sasaran pancaran-pancaran ini -. pergerakan pancaran-pancaran – ia adalah perwujudan (Tajalliat) manusia. yang pada hakikatnya, malah ianya kekal sebagai. pancaran-pancaran yang berterusan dan sentiasa diperbaharui, kerana sumbernya sentiasa menghantarnya. Jika penghantaran terputus, manusia akan binasa (mati) dan kembali kepada tiada.

Sekarang, jika saya membuat anda melangkah beberapa langkah ke belakang (ke atas iaitu ke sumber cahaya), ia tidak akan mengubah sesuatu pada anda. Anda hanya akan dapat dilihat dalam Alam Jasmani (dunia fizikal), dan anda akan mempunyai sebuah badan (jasad) yang lebih bersifat nur (banyak cahaya) dan tidak dibebani dengan kegelapan; inilah yang mengangkatnya dan ia adalah martabat. Jika saya mahu anda kembali beberapa langkah, anda akan dapat dilihat dan apa yang diperlukan oleh penghuni di Alam Jasmani untuk tinggal di dalamnya, demikian juga orang yang diangkat di antara manusia dan dia tiada padanya.[86]

Oleh kerana manusia sebenarnya diibaratkan wujud pezahiranannya (Tajalliat) yang bilangannya adalah dekat dengan yang tidak terhingga, Maka nikmat Ilahiyah kepadanya tidak terkira (begitu banyak). Sebagai manusia (fitrah manusia) terletak berhampiran dengan yang tidak terhingga dan Dia adalah Allah SWT. Kerana dia adalah Shurah Al-Lahut (Imej Ketuhanan). Itulah sebabnya Ali (as) berkata dalam menggambarkan keadaan manusia, "Anggaplah diri kamu menunjukkan yang kecil, sedangkan kamu berada dalam alam yang lebih besar." maka mungkin kamu akan dipayahkan, atau menganggu mu, maka maafkan aku.)

Orang beriman sepatutnya berfikir dan membaca penjelasan ini, ini sahaja sudah mencukupi membuktikan bahawa Yamani Aali Muhammad, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) adalah dalil atas kebenaran dakwah Ilahiyah. telah bertahun-tahun berlalu dan orang-orang yang mendakwa mempunyai pengetahuan telah membaca firman Allah SWT:

﴿إِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا﴾

{(Ingatlah), ketika Allah berfirman: "Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mewafatkan kamu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang kafir,} [88]

Malah mereka tidak tahu apakah maknanya, dan bagaimana Isa (as) diwafatkan dan diangkat, dan pada masa yang sama hidup tidak mati, dan diterima sebagai contoh untuk membuktikan kehidupan panjang Imam Mahdi (as). Jadi apakah makna diangkat dan bagaimana boleh pada masa yang sama (berkumpul) Wafat Tetapi Tidak Mati? Soalan-soalan yang masih tidak terjawab di sisi mereka, atau "meraba-raba seperti pemungut kayu api di waktu malam." Seperti yang berlaku pada ahli-ahli tafsir (mufasirin). []

Bahkan, jika bagi menerangkan mengenai makna firman Allah Taala:

﴿وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا﴾

{Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya } [Ibrahim 14:34]

juga cukup sebagai bukti bahawa Abdus Soleh adalah benar, kerana ia diketahui bahawa apa sahaja boleh dikira dan boleh disebut satu persatu, tetapi untuk sesuatu yang boleh dikira - seperti nikmat-nikmat Allah - tetapi tidak boleh disebut satu persatu pada masa yang sama, seperti yang dinyatakan di dalam ayat ini, adalah suatu perkara yang memerlukan penjelasan. Jadi mengapa orang-orang yang mendakwa mempunyai pengetahuan tidak menjelaskannya? Ia tidaklah menghairankan kerana Al-Qur'an adalah milik ahlinya. Tetapi mengapa mereka tidak melihat ke arah orang yang menyeru kepada Allah, dan bukannya mengambil jalan Iblis dan tenteranya dan berlaku sombong terhadap Hujjaj Allah (para hujjah Allah) dengan menuduh mereka, mengejek mereka, mendustakan mereka dan memerangi mereka tanpa bukti?!!



✡✡✡✡✡

______________________________
[85] – Ibrahim 14:34.
[86] - Setelah Imam Ali (as) dilukakan, beliau berkata: (... Semalam aku teman kamu; hari ini aku telah menjadi pelajaran bagi kamu; dan esok aku akan berpisah dangan kamu... Bahawa aku adalah jiran kamu, hari-hari badan ku tinggal bersebelahan kamu, dan tidak lama lagi kamu akan dapati hanya sebuah badan kosong ku, tidak akan bersuara selepas bergerak, dan diam selepas berbicara, supaya memberi pengajaran dengan diamku, mengecut dan terbentur, dan tinggal berehat anggota badanku, Ia memberitakan kepadamu dari pembicara yang fasih ...) - AlKafi Jilid 1 halaman 299 Hadith 6
[87] - Lihat: U3yun Al-Syiah: Jilid 1 halaman 552.
[88] - Aali-Imran 3:55.
[] Nota Penterjemah ini: "meraba-raba seperti pemungut kayu api di waktu malam." adalah pepatah yang digunakan oleh orang-orang Arab untuk menunjukkan seseorang yang keluar pada waktu malam mencari kayu untuk dijual di pasaran. Oleh kerana kegelapan malam, dia tidak akan tahu apa yang dia pungut dan dengan itu dia akan mengambil apa sahaja dan memasukkannya ke dalam bekas. Dia melakukan ini sehingga satu hari dia terpungut ular dan terbunuh olehnya. Perumpamaan ini diberikan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru agama dan orang yang tidak dapat membezakan ketepatan ilmu yang mereka belajar atau mengajar dan hanya terus mentafsirkan sesuatu di sini dan di sana, keluar daripada pendapat atau andaian mereka sendiri, tanpa asas yang kukuh atas apa yang mereka katakan.




(Ulasan Penterjemah)

Allah mencipta manusia dari tanah di bumiNya di Langit Jasmani di Al-Sama’ Al-Dunya (Langit Dunia).
Langit Dunia terdiri dari Langit Jasmani (Alam Syahadah) dan  Langit Pertama.
Di Langit Pertama terdapat Syurga Kerajaan   Dunia (Al-Jannah Al-Mulkiyah)
di Langit Kedua terdapat Syurga Kerajaan Langit (Al-Jannah AL-Malakutiyah), atau Syurga-syurga Kerajaan Langit

Manusia yang hidup di Bumi shurah (imej) jasadnya adalah tajalliat (tajalli-tajali) atau perwujudan-perwujudan atau manifestasi-manifestasi yang berhubungan di pangkal (sumber) nafsnya (diri rohaninya) di Malakut (langit 1,2 3 -7) mengikut martabat. Turus (seperti tiang cahaya) Tajalliat ini tak terhingga banyaknya (∞ infiniti) ia terpisah terlalu nipis. (perkiraan infiniti telah diterangkan di dalam pengangkat Istana Balqis)

Tajalliat A: Manusia biasa pangkal (sumber) nafsnya di Langit Pertama.
Tajalliat B: Tajalliat Adam sebelum Turun ke bumi, Turus Tajalliatnya di angkat sedikit   sehingga jika ada makhluk di bumi wujud tidak dapat melihatnya. Hakikatnya Adam tetap berada di bumi.

Tajalliat C: Turus Tajalliat Anbiak, Aushiak, Auliak dsb. Turus Tajalliatnya menjulang ke   Malakutiyah dan mungkin di Langit Ke 7 – mengikut Martabat.




Tiada ulasan: