Selasa, 21 April 2015

Hentian ketiga: Berkaitan dengan Akidah

Hentian ketiga: Berkaitan dengan Akidah




(Siapakah Hujah (Allah) yang berbicara ke atas manusia sebelum kedatangan Al-Yamani).

Kerana sunnah Allah Taala tidak berubah pada penciptaanNya sejak hari Khalifah pertama (dilantik) sehinggalah Allah mewariskan bumi dan segala isinya, Allah SWT berfirman:


﴿سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾


Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati peubahan pada sunnah Allah. [59],

kita dapati bahawa pendekatan orang yang mengingkari Khalifah Allah di Bumi-Nya, dengan kata-kata dan perbuatan, adalah sama, langkah demi langkah. Sebab itulah hari ini apabila salah seorang daripada mereka mendengar seruan Al-Yamani Syed Ahmad Al-Hassan (as) kata-katanya sama seperti apa yang dikatakan Firaun:

﴿قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَىٰ

"Maka bagaimanakah keadaan umat-umat yang dahulu?"} [Taha 20:51]
Orang itu, bukannya lebih memikirkan tanda-tanda dan keterangan-keterangan dakwah Allah yang disampaikan padanya, tetapi tumpuan dan kebimbangannya pada orang-orang yang mendahuluinya! Seolah-olah Allah SWT menugaskan kepadanya untuk menjaga hal penciptaan-Nya, nasib dan bebanan mereka! Pada hal dia sendiri tidak mengetahui penamatnya! Bahkah, jika dia mengeluarkan tangannya beliau hampir tidak melihatnya kerana kegelapan dan tarikan kepada dunia ini fana (binasa) ini.
                        
Sebahagian dari mereka berkata: "Andaikan kami beriman kepada Yamani sekarang dan percaya bahawa Bapanya Al-Mahdi mengutusnya, tetapi bagaimana pula dengan orang-orang yang mendahului kita, bapa-bapa dan datuk-datuk kita, apakah keadaan mereka? Siapa yang telah diutus kepada mereka? Dan bagaimana boleh kita mengambil hukum fiqh jika kamu kini membatalkan taqlid suci (tiru-ikut ulama)? Oleh itu, kamu wahai orang-orang Yamani (Yamaniyun), Sesungguhnya gerakan kamu hanyalah gerakan Zionis, gerakan Amerika, Wahabi, Ba'thi, Parsi, India ... dan lain-lain.. kamu mahu memadam kepercayaan taqlid (ikutan ulama) kami, dan tujuan kamu adalah untuk memfitnah fuqaha’ (ulama) kami. Fuqaha’ (ulama) akhir zaman yang telah melindungi Islam dan melindungi syari’at untuk kami. Dan .... .... dan ..... ", banyak perkataan lain dari mereka, jika kita menyebut kata-kata mereka banyak babnya nanti, ia tidak akan habis-habis! Walaupun orang-orang yang menjadi jurucakap Marji3iyah yang jahat mengetahui dengan baik dari orang lain mengenai kata-kata Rasulullah (S) dan keluarga suci baginda (as) tentang fuqaha’ (ulama) di akhir zaman dimana tiada siapa yang dapat menafikannya [60].

Mereka kemudian memilih untuk mengangkat taraf fuqaha’ (ulama) mereka dan mereka berkata mereka tidak berbuat demikian, Jadi bagaimana mereka boleh memberi fatwa kepada manusia walaupun yang memberi fatwa tanpa ilmu, Allah akan menjadikan lubang hidungnya jatuh tersembam ke neraka jahanam?! Atau mereka mengatakan bahawa mereka adalah fuqaha’ (ulama) mereka, bahkan adalah tuan-tuan (ketua-ketua) mereka! Oleh itu mereka membenarkan apa yang telah diriwayatkan dari para Hujaj Allah dengan penghinaan dan teguran, sehingga perkara itu sampai ke tahap di mana mereka menyifatkan sebagai sesat dan pengkhianat, bahkan, mereka menjadi sejahat-jahat fuqaha’ (ulama) di bawah bayangan langit dan dari mereka telah keluarnya fitnah dan kepada mereka akan kembali fitnah itu [61]?

Kemudian bukankah kita juga yang patut membatalkan Ijtihad [] dan taqlid dalam agama, bahkan, ia adalah perkara yang salah (tidak sah) secara asas. Dan itulah sebabnya bukan terdapat satu riwayat yang menyebut taqlid dengan cara yang baik, terdapat beberapa bab dalam Al-Kafi [62] telah mengutuk (taqlid) oleh riwayat-riwayat dari para Imam suci (as). Sebelum itu kita juga dapati ayat-ayat suci (Al-Quran) yang melarang beramal dengan pendapat [63] dan melarang mengikut pendapat dan keinginan, yang tidak membebaskannya berIjtihad sebagai mujtahid yang tidak ditetapkan Allah untuk menggubal syari’ah-Nya. Bahkan juga ia adalah tujuan firman Allah:

﴿لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ﴾

{tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka.} [64]
Mereka adalah keluarga Muhammad (as) [65] dan tidak ada orang lain. Walaupun ulama-ulama besar Al-Ushuli mereka [66] mengaku bahawa tidak ada dalil syar’ei - satu ayat atau riwayat pun – ke atas bid’ah bertaqlid. Bahkan apa yang didakwanya – adalah dusta – Dalil-dalil dari ayat-ayat (Al-Quran) sebenarnya adalah hak yang Allah khususkan untuk para Hujjaj-Nya yang disucikan. [67] tetapi mereka tidak malu-malu untuk mencuri maqam-maqam mereka (as) yang telah dikhaskan Allah untuk mereka, maka mereka pula mendakwanya untuk diri mereka sendiri. Oleh itu, adalah benar bahawa mereka itu digambarkan sebagai pencuri Ka’bah orang yang Al-Qa'im (as) akan potong tangan mereka pada masa kebangkitannya [68].
Memandangkan perkataan tersebut tidak disematkan maka tidak dibincangkan secara terperinci di sini, tetapi saya akan bawakan beberapa ucapan Syed Ahmad Al-Hassan (as) apabila dia mendengar beberapa pihak penentang berhujah dengan mengatakan bahawa yang bermaksud: " Dari mana harus Syiah mengambil hukum-hukum fiqah mereka sebelum kedatangan Al-Yamani? " Dan oleh itu hujah mereka mahu menggambarkan bahawa taqlid adalah satu keperluan ketika Ghaibah Imam Mahdi (as).

Jadi beliau (as) berkata, sambil bertanyakan soalan sebagi jawapannya:

(Adakah Syeikh Al-Mufid seorang Faqih, adakah Syeikh Al-Thusi seorang Faqih, adakah Al-Kulaini seorang Faqih, adakah Al-Shaduq seorang Faqih? Jawapannya adalah: Ya mereka fuqaha'. Jadi, adakah mereka mempunyai kitab-kitab di mana terdapat hukum-hukum syari’ah (Al-Ahkam Al-Syar3iyah) dan sehinggakan Syiah pada zaman mereka beramal mengikut apa yang telah ditulis di dalam (kitab-kitab) tersebut, atau tidak? Kemudian, adakah kamu dapati dalam kitab-kitab mereka suatu bab yang dinamakan "Al-Taqlid" seperti dalam kitab-kitab Al-Uhsuli "Kitab taqlid" ??
               
Jadi, apa yang anda akan katakan? Adakah para ulama Syiah awal (terdahulu), yang telah melindungi mazhab mereka atas kebenaran, atau para ulama hari ini mereka yang berada di atas kebenaran? Jadi, adakah mereka menganggap para ulama besar Syiah yang membatalkan taqlid dan adalah sesat sesiapa yang mengatakannya batil - mereka jauh dari itu?!

Kemudian: Al-Faidh Al-Kasyani, Al-Mirza Al-Nuri, dan Ni3mah Allah Al-Jaza'iri, dan Al-Hurr Al-3amili, dan yang lain daripada mereka...  adakah mereka yang berada di atas kebatilan [kerana] mereka semua mengatakan dan membatilkan taqlid?!)

Jelas sekali, Imam Ahmed Al-Hassan (as) berhujah dengan mereka dengan kata-kata mereka dimana "adalah perlu untuk bertaqlid pada seorang Mujtahid." Dengan anggapan ini adalah cara (pintu) penyempurna yang akan memelihara syari’at pada zaman Ghaibah dan jika tidak agama dan penganutnya akan sesat seperti yang mereka katakan. Pada hal, Syiah melaksanakan agama mereka [pada zaman para ulama Syiah awal] dan tiada sebarang tanda untuk dakwaan bertaqlid ini, dan mereka tidak bersyari’at seperti apa yang disyari’atkan oleh fuqaha’ akhir zaman dan pengikut mereka hari ini?!!

Lalu saya bertanya kepada Abdus Soleh (as) dan berkata: Apabila saya bentangkan contoh jawapan para ulama yang beramal yang tidak mempunyai bab di dalam kitab-kitab mereka tentang taqlid, kami ditanya mengenai hujjah yang berbicara (Al-Hujjah Al-Nathiq) kepada manusia sebelum kedatangan Al-Yamani, terutamanya bahawa Imam [Mahdi] (as) telah dibangkitkan (diangkat) sejak lahir.

Jadi dia (a.s) menjawab:

(Perkara ini, saya tidak perlu jawab, saya hanya berhujah dengan mereka dengan apa yang menjadi hujah pada mereka. Jawapan mereka memalukan mereka, kerana mereka bercakap tentang hukum Syar3i secara khusus.

Bagi Imam Mahdi (as) yang dibangkitkan sejak lahir, saya tidak mengatakannya. Sebaliknya, saya katakan bahawa dia telah diangkat selepas kelahirannya [69], tetapi selepas itu dia hidup bertahun-tahun lamanya di dalam dunia ini secara semula jadi sehingga Ghaibah Kubra.

Adapun sebab mengapa dia (as) tidak diutus berhadapan dengan manusia? Saya telah jelaskan di dalam beberapa kitab sejak lama dahulu, anda akan dapati di dalam kitab Al-'ijl (Berhala Anak Lembu). Adapun hujjah yang berbicara yang bererti "Washiy" dan "hujjah atas manusia" maka ini tidak wujud, tidak wujud selain daripada dua belas Imam-imam dan kemudian dua belas Mahdi-mahdi.
     
Kemudian, jika manusia tidak menerima orang yang diutus kepada mereka, maka adakah (masih) diutus kepada mereka? Jika seseorang itu tidak dapat melihat, adakah berguna dibentangkan di hadapannya imej (bentuk rupa) untuk dia melihatnya?!

Saya akan ceritakan pada kamu suatu rukya (mimpi): Pada suatu hari saya berada di bumi Allah yang luas, Saya melihat beberapa makhluk yang dilindungi dengan nama manusia secara zahir. Jadi saya bertanya kepada Allah, jika ada sesuatu yang berguna dengan orang-orang itu atau mungkinkah mereka beriman. Dan pada waktu malam, saya melihat dalam rukya mengenai orang-orang tersebut, ringkasnya: mereka adalah serangga besar tanpa mata, dan mereka kelihatan seperti cacing. Jadi saya tahu makna rukya itu, mereka tidak mempunyai penglihatan, maknanya, tidak ada harapan dengan mereka!

Adakah kamu faham mengapa saya sebutkan rukya ini kepada kamu? Kebijaksanaan adalah dengan meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, supaya kamu [harus] menghantar kepada sesiapa yang akan menerima utusan kamu. Bagi orang-orang yang tidak mahu menerima, maka hujjah yang tersedia atas mereka adalah Khalifah Allah di muka bumi-Nya. Dan ini adalah mencukupi dan dia telah menghantar pada masa-masa tertentu, tetapi gerombolan liar dan para ulama Syiah telah menyambut mereka dengan lembing (Kamu samada tidak memahami perintah-Nya atau tidak menerima daripada Auliyak-Nya).

Inilah perkataan Imam (as), tidakkah begitu?)


✡✡✡✡✡


______________________________
[59] - Al-Ahzab 33:62
[60] - Dalam kitab Makarim Al-Akhlaq (Akhlak Mulia), daripada perintah-perintah Rasulullah (S) kepada ibn Mas'ud (wahai Ibn Mas'ud, maka akan datang suatu masa atas manusia di mana orang yang bersabar (memegang erat) agamanya seperti orang yang memegang erat bara api, oleh itu dia mesti menjadi seperti serigala pada masa itu, atau jika tidak, serigala akan memakannya. Wahai Ibnu Mas'ud, ulama dan fuqaha’ mereka `adalah pengkhianat jahat, bahkan, mereka adalah makhluk yang paling jahat di sisi Allah, dan begitu juga pengikut mereka, dan yang pergi kepada mereka, dan orang yang menziarahi mereka, dan yang mengasihi mereka dan duduk bersama mereka, dan yang berunding dengan mereka, ciptaan Allah yang paling jahat, Allah akan masukkan mereka ke neraka jahanam, mereka pekak, bisu dan buta, dan mereka tidak akan kembali. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat dan muka mereka [jatuh] dalam keadaan buta, bisu dan pekak, maka tempat kediaman mereka ialah neraka yang menyala-nyala, setiap kali kulit mereka hangus akan Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasakan azab itu, apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar daripadanya sesuatu [yang mengerikan] manakala ia menyedutnya dan mendidih, ia hampir meletus dengan kegeraman, dan setiap kali mereka mahu keluar dari dari kesedihan, mereka dikembalikan kepadanya, dan [dikatakan kepada mereka] rasailah azab neraka yang membakar, kerana mereka di dalamnya akan mengeluh berat [keluh kesah], dan mereka di dalamnya tidak boleh mendengar. Wahai Ibnu Mas'ud, mereka mendakwa berada pada agama ku dan Sunnahku pada jalanku dan syari’at-ku, sesungguhnya, mereka tidak berdosa padaku, dan aku berlepas diri dari mereka. Wahai Ibnu Mas'ud, jangan duduk bersama mereka di khalayak ramai, dan tidak berjual-beli dengan mereka di pasar, dan tidak membimbing mereka di jalan-jalan, dan tidak memberikan air kepada mereka. Dia SWT berfirman:
﴿مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ﴾
{Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.} [Hud 11:15]
Wahai Ibnu Mas'ud, dan berapa [kali] umatku telah menerima daripada mereka permusuhan dan kebencian, dan bantahan, mereka adalah golongan yang hina bagi umat ini dalam dunia mereka. Demi Dia yang telah mengutus ku dengan kebenaran, Allah akan menyebabkan bumi menelan mereka, dan Dia akan mengubah mereka menjadi kera dan babi. Beliau berkata, kemudian Rasulullah (S) menangis, dan kami juga menangis kerana tangisan baginda. Dan kemudian kami berkata: apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, (rahmat bagi yang mengalami masalah [atau yang dibebani]). Allah SWT, berfirman:
﴿وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ فَزِعُوا فَلَا فَوْتَ وَأُخِذُوا مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ﴾
{Dan jikalau kamu melihat ketika mereka terperanjat ketakutan; maka mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat,} [Saba' 34:51], iaitu para ulama dan fuqaha’) - Makarim Al-Akhlaq Al-Thabrasi halaman 450
[61] Itu semua bukan kata-kata kami, oleh itu janganlah katakan tentang kami apa yang kamu katakan! Itu adalah kata-kata Rasulullah dan para Imam (shalawatu rabbi 3alaihim) jika kamu mempercayai mereka! Amirul Mukminin Imam Ali (as) berkata: (Akan datang suatu zaman apabila tiada apa yang tinggal pada manusia dari Al-Quran kecuali tulisan, dan tiada apa yang akan tinggal dari Islam kecuali namanya. Mereka akan dinamakan dengan nama Muslim, tetapi. urusan mereka jauh dari Islam. masjid mereka dikunjungi ramai, tetapi mereka tidak mendapat hidayah. Para ulama dan fuqaha’ pada masa itu adalah sejahat-jahat manusia di bawah bayangan langit. Fitnah muncul dari mereka, dan kepada mereka akan kembali fitnah itu) - Al-Kafi Jilid 8 halaman 308 Hadis 479.
Juga Rasulullah (S) bersabda dalam satu Hadis (..lalu saya berkata, Saidi dan Maulai, bilakah ini akan berlaku? Lalu Allah SWT mewahyukan kepadaku: Ini akan berlaku apabila ilmu diangkat dan apabila kejahilan muncul, dan apabila Qari ramai, dan bertambahnya pembunuhan, dan apabila ulama dan fuqaha’ hidayah menjadi sedikit dan apabila para ulama pengkhianat ulama dan fuqaha’ sesat menjadi ramai ..) - Bihar Al-Anwar jilid 51 Halaman 70
[] - Ijtihad bermaksud: "pemikiran bebas" atau "usaha terbaik seorang individu boleh dikemukakan dalam membuat keputusan (hukum)", maknanya, membuat keputusan (hukum) dalam agama dan perundangan melalui usaha peribadi dan kesimpulan peribadi.
[62] - Al-Kafi Jilid 1 Halaman 53, Bab Taqlid, Hadis 1-3.
[63] - Ijtihad adalah hasil satu peraturan yang berasaskan pendapat, kerana ia tidak tersembunyi, sepertimana mereka katakan apabila mereka mentakrifkannya (Ijtihad); Rujuk kepada apa kata Al-'Alamma Al-Hilli: (Berbagai kumpulan pendapat dalam hukum Syar3i) dalam Kifayah Al-Ushul: Halaman 463.
[64] – Al-Nisaa’ 4:83.
[65] - Abi Ja'far (as) berkata tentang firman Allah SWT:
(… لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ)
{Dan jika mereka telah merujuk kembali kepada Rasul dan orang-orang yang berkuasa di antara mereka, maka orang-orang daripada mereka yang mendapat ia akan mengetahuinya} [Al-Nisaa '4:83], (Mereka adalah Imam-imam yang ma'sum (as)) - Al-Wasa'il Al-Syiah “Aali Al-Bait” jilid 27 Halaman 200.
[66] Sebagai contoh, rujuk pada apa yang dikatakan oleh Al-Akhund Al-Kharasani dalam kitabnya kifiyat Al-Usul Halaman 472.
[67] Sebagaimana Syed Al-Khoei lakukan pada (Misbah Al-Usul Jilid 1 Halaman 449), dan juga yang lain daripada-Nya, yang menggunakan ayat Ahlul Zhikir
[{Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,} – [Al-Nahl 16:43], mereka mengatakan bahawa ayat ini adalah bukti bahawa orang harus merujuk kepada Mujtahidin (orang-orang yang melakukan Ijtihad (para ulama), dan lain-lain)! Walaupun mereka riwayatkan puluhan riwayat-riwayat yang menjelaskan bahawa ayat ini adalah tentang keluarga Muhammad (as). Sebagai contoh, merujuk kepada buku Basa'ir Al-Darajat oleh Al-Saffar Halaman 85 dan muka surat berikutnya, anda akan menemui 28 riwayat tentangnya.
[68] Abu Bashir berkata: Abu Abdullah (as) berkata: (Apabila Qa'im bangkit ia akan merobohkan Al-Masjid Al-Haram sehingga ia dikembalikan pada asal, dan dia akan kembalikan Maqam (Ibrahim) ke tempat letak asalnya, dan dia akan memotong tangan Bani Shaibah dan dia akan menggantung mereka pada Ka'bah, dan dia akan menulis: Mereka ini adalah pencuri Ka’bah) - Bihar al-Anwar jilid 52 Halaman 338

[69] Rujuk kepada: Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah oleh Al-Shaduq, Halaman 426. Dalam riwayat yang panjang, Imam Al-Askari (as) berkata tentang Imam Mahdi (as): (.... Jadi dia menjerit kepada burung-burung, dan berkata: Bawa dia dan jaga dia serta kembalikan dia kepada kami setiap empat puluh hari ...)


Tiada ulasan: