Kedatangan Washiy
Sebelum Al-Hujjah
Sebagai sambungan kepada apa yang telah
dibentangkan, Abdus Soleh (as) berkata:
(Mereka
bertanya kepada kamu: Bagaimana Washiy boleh datang sebelum Al-Hujjah? Ia
adalah Harun, beliau telah diutus di Mesir sebelum Musa, dan dengan nas Al-Qu'ran
yang jelas:
﴿وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ
الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ * قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلَا يَتَّقُونَ * قَالَ رَبِّ
إِنِّي أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ * وَيَضِيقُ صَدْرِي وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِي
فَأَرْسِلْ إِلَى هَارُونَ﴾
{Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (firman-Nya): "Datangilah kaum yang
zalim itu, * (iaitu) kaum Fir'aun. Mengapa mereka tidak bertakwa?" * Berkata
(Musa): "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan
aku. * Dan (karenanya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku maka utuslah
kepada Harun.} [79]
Ayat-ayat
ini menjelaskan bahawa Musa meminta dari Allah supaya mengutus Harun, maknanya,
seperti dimaklumkan kepadanya supaya dimaklumkan pada Harun. Dan seruan
(dakwah) telah dimulakan oleh Harun, yang menyediakan kaumnya untuk menerima
Musa.
﴿قَالَ
كَلَّا فَاذْهَبَا بِآيَاتِنَا إِنَّا مَعَكُم مُّسْتَمِعُونَ﴾
{Allah
berfirman: "Jangan takut, maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat
Kami; sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan,}. [80]
Ayat
ini menjelaskan bahawa Allah menjawab permintaan Musa (as), bukan itu sahaja, bahkan
yang kekal menghadapi secara langsung adalah Harun.
﴿فَأُلْقِيَ
السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى﴾
{Lalu
tukang-tukang sihir itu tersungkur bersujud, seraya berkata: "Kami telah beriman
kepada Tuhan Harun dan Musa".} [81].
Harun
mendahului Musa; kerana dia adalah orang yang menghadapi mereka, dan Harun Washiy
Musa telah diutus di Tanah Risalah dan ia adalah Mesir, sebelum Musa, bahkan dia
terus menerus berbicara dan menghadapi ketika Musa ada; kerana Musa meminta
untuk itu. Tetapi yang menjadi Hujaj adalah Musa, jadi Harun tidak berbicara
kecuali dengan perintah Musa.
﴿وَيَضِيقُ
صَدْرِي وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِي فَأَرْسِلْ إِلَى هَارُونَ﴾
{Dan
(karenanya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku maka utuslah kepada Harun
}
Musa,
apa yang dia pinta? Siapakah yang berbicara? Beliau meminta agar pembicara adalah
Harun, dan Allah telah mengabulkannya, sehinggkan ahli-ahli sihir memanggil ketika
mereka beriman nama Harun sebelum nama Musa, Adakah kamu memperhatikannya:
﴿فَأُلْقِيَ
السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى﴾
{Lalu
tukang-tukang sihir itu tersungkur bersujud, seraya berkata: "Kami telah beriman
kepada Tuhan Harun dan Musa".}?
Sekarang,
adakah berakhir di sini? Maksudnya, Jika Washiy yang boleh diutus sebelum Al-Hujjah
yang merupakan Hujaj (Mahjuj) yang melakukan urusan ini dengannya (Musa dan
Harun)?
Dan
sebelum itu saya berikan kepada kamu tiga contoh:
Luth
dan Ibrahim, Muhammad dan Ali, Sulaiman dan Daud kepada mereka (shalawatu Allah
3alaihim), dan ini adalah contoh keempat, dan keempat-empat contoh sudah mencukupi.
Bahkan yang terakhir yang saya berikan kepada kamu cukup sesuai. Yang tinggal
adalah bahawa jika mereka memberitahu kamu bahawa Imam Mahdi diangkat, maka contohnya
adalah Isa dan Washiy-washiynya.
Mereka
tidak mempunyai pendapat mengenai cara hidup Imam Mahdi (as), mereka menyebut
Isa dan Al-Khidir untuk menunjukkan kehidupan yang panjang Imam Mahdi (as), dan
ini bermakna mereka percaya dia diangkat) .
✡✡✡✡✡
_______________________
[79] - Al-Shu'araa’ 26:10-13
[80] - Al-Shu'araa' 26:15
[81] - Taha 20:70
Tiada ulasan:
Catat Ulasan